05 November 2010

routine VS periodic

ramai yang dah sedia maklum, i am no longer an engineer since i am working here at Roadcare (M) Sdn Bhd since 16dec2009. refer entry ini. umur sayee sebagai staff roadcare dan umur sayee sebagai 'staff' abg abdul lebey kurang aje. cuma berbeza plus minus 16hari saje.

kat roadcare ni sayee memegang post sebagai Technical Executive (P). 'P' adalah ringkasan untuk Periodic. ataupun kerja-kerja berkala. ada lagi jawatan yang setaraf dengan sayee ialah Technical Executive (R) manakala 'R' membawa maksud Routine ataupun kerja-kerja rutin. kan?

tugas-tugas sayee adalah meliputi seluruh negeri pahang tapi dalam bidang kerja berkala sahaje. projek yang termasuk dalam bidang kerja berkala adalah seperti kerja pavemen yang dilaporkan dah terlalu teruk, bila ada peruntukan dari JKR, kami akan laksanakan. selain itu, kerja-kerja kecemasan jugak bawah bidang kerja berkala. tak perlu tunggu peruntukan, bila ada kecemasan saje, kami akan laksanakan dan buat tuntutan saje.

tugas-tugas TE (R) pula juga meliputi seluruh negeri pahang tapi dalam bidang kerja rutin saje lah. contohnya, kerja potong rumput, cuci longkang, cuci culvert, cuci jambatan, cuci papantanda dan lain2 lagi kerja cuci mencuci.

masa mula-mula masuk keje, awal tahun 2010 masa tu belom ada sebarang peruntukan dikeluarkan oleh JKR, maka sayee cuma buat tuntutan untuk keje kecemasan saje. di kala TE (R) sedang sebok, sayee penah membantu untuk siapkan laporan bulanan setebal kamus Oxford (kuasa 2). mmg tebal dengan gambar-gambar cuci longkang etc etc.

bila masuk bulan 5 (if im not mistaken), banyaaaaaaaaaaakkkk sungguh peruntukan keluar dari JKR, dan sayee jadi sungguh sebok dengan keje-keje berkala termasuk lah projek yang melibatkan Polymer Modified Asphaltic yang dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya pada 21 jun yang lepas.

bila dah merasa buat both jobs, sayee rase sayee lagi ske buat keje rutin lah. sbb sayee dah tau the do's and the dont's. keje berkala pun sayee ske sbb byk pengalaman, buat bende baru je kan.

tibe-tibe di satu hari yang hening, sayee TERaplikasiKAN konsep periodic dan routine dlm hidup berumahtangga. dalam sepakat-membawa-berkat ni, meh nak citer. sayee rase sayee lah TE(R) dan abg abdul lah TE(P) nye. sbb ape? sbb abg abdul buat keje berkala dan  sayee buat keje rutin lah..

contoh kerja-kerja rutin di sepakat-membawa-berkat ialah:-
  • masak
  • basuh baju
  • basuh pinggan
  • sidai baju
  • angkat baju
  • lipat baju
  • susun baju dlm almari

contoh kerja-kerja berkala di sepakat-membawa-berkat pulak ialah:-
  • vacum umah atas dan bawah
  • buang sampah
  • cuci kipas
  • cuci sawang
  • basuh lantai parking kete
  • tukar mentol lampu
  • etc (yang tidak dilakukan setiap hari lah)

ada byk lagi sebenarnye, yang kat atas tu sayee bagi sebagai contoh aje. sayee bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan seorang suami yang ringan tulang seperti abg abdul. sayee seorang yang kurang rajin buat keje umah, abg abdul plak seorang yang sentiasa nak tgk umah bersih dan kemas. jadi, sayee terpaksa lah buat rajin2 nnti kang berantakan plak rumah dan tangga kami ni. itu pun byk je keje lain yang abg abdul tolong sayee buat. tambah2 lagi bila pagi2 time nak buat bfast. kalau sayee sedang masak, abg abdul cepat2 tolong buat air teh. dalam list kerja-kerja rutin pun, byk je yang abg abdul tolong buat.

penah satu hari tu, abg abdul nak tukar mentol lampu kat garaj kereta tu, sayee plak kat dapur tgh masak. tgh tukar-tukar lampu tu, dia nak mintak tolong sayee (x ingt buat ape tah). pastu dia panggil sayee tapi sayee x dengar. pastu dia call henpon pun sayee x dgr. last skali dia call umah. sayee lari2 g angkat, tibe2 dengar suara dia. rase kelako plak. sbb dok kat luar umah aje pon.

penah jugak, abg abdul nak try masak sendiri. masa tu sayee kat opis, tak sempat buat bekal tghari dia. dia nak goreng ayam, tapi byk sangat garam nye. smpi xleh nak makan. petang tu balik dari opis, sayee basuh2 ayam tu, racik2, masuk dlm nasi nak goreng kan. xyah isi garam pun dlm nasi goreng tu. masin sungguh-sungguh kan???

penah jugak, SIL dtg umah. masa tu dorg nak g tganu, ada kenduri kawen. tapi sayee dan abg abdul tak pegi sbb keje. kenduri tu buat ari isnin. pagi2 sayee buat nasi lemak, abg abdul pun tolong sayee buat air. pastu SIL tnye, "mmg slalu abg ndak ke yang buat air?". opsss, sayee kantoi di situ. hehhehhe.



~~sayee baru balik tupperware ni. nnti sayee citer kan dlm entry lain ye..


2 comments:

  1. hehe bets kan dpt hubby yg suka tolong kita buat kerja. macam yatie pon, solah byk buat kerja rumah ngeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. haah, dlu masa bujang takut nak kawen sbb takut x larat buat keje umah.. kalau lah tau bakal suami ni jenis ske tlg buat keje umah, dah lama kawen.. hihihi...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads