11 October 2012

promote cloth diaper kat doktor

al kesah nye begini...

anakanda solleh dan makbonda nya (sayee lah) diserang batuk dan selsema.. dek kerana kerinduan memuncak kepada ayahanda nye... heehhehe..

mlm tadi kami berjaga bersama2 berdua2an di bawah lampu toilet yang terang benderang..sebab sama2 tak bole tido.. main lawan sape batuk lagi kuat.. bole???

solleh penah sekali batuk masa tu kami masih kat spital (read here here here). doctors slalu check paru2 dia takut ada kahak. kerap ok doc check. sayee pun risau la bila solleh diserang batuk lg. maka, pagi tadi sayee dgn rela hatinya bawak solleh g klinik sebab nak check paru-parunye. alhamdulillah lungs is clear.

kesah promote cloth diaper pun bermula begini. masa doc nk check paru2 tu, dia suh sayee selak baju solleh. dia suh sayee bukak baju dr bawah sbb sayee pakaikan rompers. maka, terserlah la cd solleh kan. siap sayee pakaikan matching dengan baju arini. doc ckp, "matching la baju awak dengan spenda awak ni sayang'... hahaha.. doc tu pompuan. lembut sgt.. tu yg bersayang2 bagai dengan patient kenit di pagi hari.

pastu sayee pun jawab la, ni bukan spenda tapi lampin yang bole basuh tu. dia terus tunjuk minat yang mendalam. sbb dia penah dengar kat Wanita Hari Ini TV3 tu tapi tak penah jmpa secara live si pemakai. dia pun ada baby lelaki umur 7bulan. tu pasal dia mesra sangat ngn solleh kot sbb dia dok ingat kat anak dia. hehehe.

doc tanye harga, sayee bgtau coolababy rm20, lunatots 60++ etc etc. pastu dia tanye cara basuh, cara nak hntr pengasuh, cara nak simpan seme lah. sayee pun citer la. lama plak borak dalam tu. seb baik takde patient lain selepas solleh. hehehe.

last skali masa nk kluar tu, dia siap suh sayee eja coolababy camne. dia nak search kat mudah. hahhaha. gembira rasa dapat promote pasal cd kat doktor. ilang sket rasa risau kat batuk solleh. lgpun doktor dah check paru2 clear. alhamdulillah.


10 October 2012

kakak nena..

baru lagi citer pasal kakak nena dah pandai ckp, pandai panggil mummy abah wan aki mak etc etc..pandai mintak nasi, pandai bgtau kalau yaakkk dan mcm2 lagi lah... tibe2 hari ni dah nak dapat adik. yes, mummy illa is expecting.. hoooyeeeehhhhh...

ske2 je sayee tlg announce kan.. siap tampal kat blog ku lagi...

tahniah mummy... angah doakan along sihat sepanjang pregnant kali ni.. dan semoga dapat bersalin normal plak kali ni.. jaga makan tu, jgn mkn manis2.. nti kena g klinik 4 kali sehari.. nti kena masuk wad sokmo plak.. hehehehe..

skeeeee nyeeee dengan berita ni... 

Lilypie Pregnancy tickers

sebenarnye sayee sangat amat serabut pagi tadi.. ntah kenapa sayee betul2 tak larat pagi tadi.. tekak ni perit je rase nak batuk.. maka sayee dengan aman damai tdo lepas abg abdul g keje.. lupe langsung botol dah takde utk bawak g opis.. cukup2 untuk letak susu bekal g umah mama solleh je.. cd solleh pun dah 10 helai bersidai kat penyepit dalam bilik air tu. tunggu masa nk dibasuh..solleh plak pandai nk bermanja pagi tadi.. nak berdokong je.. agaknye dia pun dapat rasa dalam perut mummy ada 'adik'.. tu yg manja lebey2 kott... 

ape2pun, berita ni mmg menghilangkan seme stress sayee di pagi hari.. hehehehe...


09 October 2012

anak mak~bonda

dah lama tak citer pasal anak sulong sayee ni. aina qaisara la. sape lagi. solleh anak no satu. anak sulong sayee aina qaisara. hehehe. complicated? takde lah..

aina dah nak masuk 21bulan x lama lagi. mcm2 perkataan dah dia pandai ckp. panggil wan pass, aki pass, abah dah lama pass, mummy jadi ammi, baby pun dah pass, solleh jadi ayehh. hehehe.

bole ckp;

nak itutttt..
nak airr..
nak mandi camne tah dia sebut.. tak reti nk eja pelat dia tu.. hehe.
nak nasyik pandai..
kalau dah bubu dia bgtau dia yakkk.
kalau nk keluar bilik pun dah pandai ckp nak kuarr.

latest; dah pandai panggil MAK. sayee lah tu. sejak ada solleh sayee pun tukar la bonda jadi mak. senang, xyah tukar2 nk ckp ngn solleh n aina nnti2.

masa awal2 nk ajar dia panggil mak tu, kelako sgt. sayee tunjuk kat seme org, seme dia kenal n leh sebut nama. bile sayee tanye mane MAK, dia tatau. sayee pun tunjuk la sayee ni MAK. lepas tu sayee tanye semula mane MAK. dia bole tunjuk kat diri dia plak. abis seme org gelakkk. 

hahahha..

hmmm. aina dah pandai pilih lagu. kalau bukak youtube, dia nnti pilih lagu siti n hafiz tu. mutiara hati ek? yg lagu tema adam dan hawa tu. mummy dia la punye pasal, slalu dok tgk citer cinta tu. dia pun naik hafal dah kot. lagi satu dia ske lagu kuatkan radio. ada video dia joget lagu tu, comel betul budak tu.

aina sangat sayang kat adik solleh dia. kalau nmpk sayee je mesti dia panggil "babyyyyy", siap ada intonasi dia sendiri. manja betul cara dia panggil tu. kalau adik tarik rambut dia, dia tahan je. sambil jerit "ambuttt..ambuttt.." hhihihihi.. baikkan kakak nena???

solleh dah panggil. lain kali plak sambung citer. 

daaaaaaaa...


08 October 2012

new routine...

dlu masa solleh belom makan, rutin sayee bila balik keje;

simpan susu yg baru pam kat opis
basuh, sterilize botol yang guna kat umah pengasuh
bilas cd
mandi, solat

sambil2 buat seme ni dapat la main ngn solleh. tu pun sebelom dia tdo je la. sbb solleh ni jenis tdo awal. kadang2 tu lom maghrib dah nk tdo, tapi sayee saje tahan kan nk tunggu masuk maghrib dlu. bila dia dah start tdo, biasenye tak bangun dah kecuali time menyusu.

skang ni bila solleh dah start makan, rutin sayee bertambah la sket. im not complaining, cuma bercerita je.

balik keje, lepas simpan susu yg baru pam kat opis tu, sayee akan terus kuarkan 2 ketul solleh punye frozen homemade baby food. botol2 n cd kotor letak tepi dlu.

frozen baby food tadi sayee panaskan semula dalam microwave. cepat dan mudah. lepas tu terus bagi solleh makan. maka, masa sayee main dengan solleh lama la sket. sbb kami sgt enjoy time makan tu. solleh punye la selera mkn, dan sayee pun seronok je dapat tgk dia makan. dan bangga jugak la sbb dia mkn my homemade baby food tu. walaupun bukan tiap2 hari sayee berperang kat dapur nak masakkn utk dia, tapi frozen pun sayee jugak yg prepare. solleh tetap dapat merasa air tangan sayee setiap hari kan.

pengorbanan yang terpaksa dikorbankan oleh ibu bekerja. kalau ikutkan, seme ibu nak tgk anak membesar depan mata hari2. tapi apakan daya, kehidupan perlu diteruskan. hehhe. jauh plak melalut.

oh, lagi satu nk citer. solleh dah ada gigi. tumbuh gigi umur 5 bulan 3 minggu. mak skeeee!!

tapi penat la nak menjerit bila dia test power gigi dia tu time menyusu. huhuhu.

merangkak : belom lg. baru pandai pusing2 masa meniarap. dah macam jarum jam dinding. hehehe.

tadi g check up 6 bulan. seme nye normal je. alhamdulillah. bcg scar pun dah ada. 

berat latest : 7.0 kg. patut la lenguh tangan dah dokong dia. hehehe. mak skeee anak mak membesar bak juara!!

masa ni mak dia baru tau dia ada gigi dah...!! yeayy !!


03 October 2012

WW#17 solleh dan makanan pejal nya

sayee mak yg excited. tak abis2 nak citer dia suap anak dia makan. hehehe.

ni muka selepas mkn his 1st solid food.
tgk tu, smpi kembang idung ske sgt. haha.
abaikan novel adam dan hawa kat ujung tu ye. opssss.


kurma utk solleh.
lepas buang kulit luar tu, sayee steam kan dengan hot water.
then penyek2 kan kasi solleh.
pinjam sudu merah kak nena sbb mak solleh lom beli sudu dan mangkuk utk solleh.


solleh and his solid feeding gadgets.

mangkuk biru tu MAM punye. dapat sudu skali. sudu tu plak bole bertukar warna mengikut susu makanan. sayee beli sbb dia ada 2 bahagian. nti dah mkn snacks bole la asingkan main dish dan snacks. ngade sgt mak dia kan..

botol air biru tu pun MAM punye. sayee nk ajar solleh minum air kosong dalam botol ni. kalau ok, nnti2 bole bg EBM guna botol ni jugak. hehehe.

yang solleh tgh pegang tu plak mangkuk pureen. skali ngn sudu jugak. sayee beli sbb comel sangat.


variasi muka kekenyangan kot ni. hehehe.


Related Posts with Thumbnails

ads