27 August 2011

Jualan Amal untuk Norma, Talib dan Baby Rafiq

sticky post sehingga 27 ramadhan
untuk entry baru, sila scroll sket lagi ke bawah


assalamualaikum wbt

sayee sangat tersentuh masa membaca kesah norma ni di blog yatie chomeyl. tapi sayee tak pandai untuk mengarang kesah dia, hanya mampu membaca update tentang dia di blog kak moon ni. menulis komen pun tak mampu. benar2 hati ini tersentuh dengan kesah sedey dia. dan sangat mengagumi talib yang sentiasa di sisi norma. dan sewajibnya sangat simpati dengan rafiq. bayi kecil yang belom mengerti apa.

untuk menampung belanja perubatan, mampu itu tidak ada. untuk membantu menjagakan rafiq, siapalah sayee. maka, sayee terpikir untuk membantu sedaya upaya dengan bisnes kecil2an tupperware sayee. dan terhasillah jualan amal ni.

25% untung runcit yang sayee dapat, akan sayee hadiahkan kepada norma dan keluarga. untuk sesiapa yang berminat, bole la hubungi sayee ye. semoga bantuan yang kita hulurkan hari ini mendapat keberkatan dariNya. insyaAllah.

Fix N Mix
RM 25/each
1.5L each


Jumbo Fix N Mix
RM 85
6.3L


Large Fix N Mix
RM 43 each
3.4L each
1 SOLD 1 AVAILABLE


One Touch Family
RM 39 for all
~500ml each
SOLD


Double Deep & Goody Box Set
RM 70 whole set
~3.4 L


RM 10 each
520ml each


eco bottle
RM 25
1.0 L


Beverage Buddy
RM 30
2.0 L


Square-A-Way
RM 10 each
3 set available
350ml each


Large Bowl
RM 15
SOLD


Clear Bowl
RM 57 all 3
290ml each


Handy Cool
RM 30 each
1.0 L


Colander
RM 39


Giant Canister
RM 50
8.6 L


FreezerMates
RM 160 for all
250ml each (small one)
1.6 L each (big one)


Modular Mates Square
RM 35
5 units available
2.6 L


Square Round
RM 70 all 4
880ml each
SOLD





15 August 2011

menu iftar

day 10, mee kung fu sedap oh sungguh nikmat. ni 1st time buat, tp abg abdul puji tinggi melangit. udah kembang semangkuk dah penulis blog ini. ekekeke.

sayee kongsikan resipi ye. sayee dapat dari kakinakl, dia pulak dapat dr kak hanieliza. mmg sedap dan ringkas aje.

bahan-bahan:-

~mee kuning
~telur
~udang
~dada ayam / isi ayam
~fish cake
~bawang putih
~bunga kobis
~lobak
~jagung muda
~minyak masak
~tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
~kiub ayam
~sos tiram
~lada sulah
~kicap cair

cara-cara:-
* mee kuning (utk seorang mkn) digaul dengan sebiji telur yang dipukul. goreng seperti telur dadar. ulang semula untuk berapa orang yg nak mkn.
* dada ayam tadi direbus dengan air, campur 1 kiub ayam. rebus smpi mendidih.
* tumis bawang putih hingga agak garing. masuk udang + fish cake.
* masuk air rebusan ayam + ayam tadi. masuk 1sb lada sulah, 3sb sos tiram, jagung muda n lobak.
* biarkan mendidih. masukkan tepung jagung tadi. dan kacau supaya tidak berketul.
* masukkan bunga kobis atau sayur lain (jika ada). tutup api dan kacau sampai pekat.
* tuang atas mee yg telah digoreng dadar tadi.
* hiaskan dengan bawang goreng / daup sup / daun bawang.

masa sayee buat kuah tu, byk sgt untuk 2 orang mkn. lain kali kena kurangkan sket. hehehe. tp sedap!

day 11, murtabak melayu yang sedap. beli smpi 2 keping. tp berbaloi-baloi.

day 12, mee sup dan laksa PaRam. kami memborong air smpi 4 jenis. sayee nk cendol ngn teh bunga. abg abdul plak nak air katira ngn laici kang. seb baik berjaya abiskan. tiada pembaziran berlaku. alhamdulillah.

day 13, bubur nasi si isteri mengidam. masa sahur plak, sayee perangat lagi bubur nasi ni, abg abdul pun mkn bubur je. biasenye dia nak nasi, tp sebab ada tapau cheese nan masa dia kuar jmpa kawan tu, maka kami sahur ala mamak la jugak pg tu. siap ada teh tarik ok. 

day 14, blackpepper beef steak. tq zatul, resepi awak sungguh sedap dan mendapat pujian orang ramai.



10 August 2011

pengalaman pertama membeli lauk di PaRam

terlebih dlu, sayee nak amik peluang untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ye. 

hari ni dah 10 ramadhan, baru sayee berpeluang nak mengarang entry. lama betul amik masa nak menyesuaikan diri dengan masa balik keje yg berubah, masa nak masak berbuka, masa nak g masjid, masa nak moreh, masa nak tdo dan masa nak bgn sahur. opsss, camtu la sayee. bukannye tak penah berpuasa. tapi camtu la tiap2 tahun mesti nak amik masa nak sesuaikan diri. padahal tahun lepas dah merasa berpuasa sebagai seorang isteri. ntah, cuma mengharapkan setiap ramadhan ada perubahan yang positif. insyaAllah.

hari ni sayee nak kongsi citer pasal smlm 9 ramadhan. sayee agak sebok kat pejabat, dan terasa sedikit penat. pastu lupe pulak nak plan nak masak ape utk berbuka. smpi kul 4, sayee maseh takde idea. sayee pun call abg abdul suh dia pilih menu. dia kata, "sayang rilek je la arini, takyah masak. beli lauk je kat PaRam untuk sahur. utk berbuka, kita makan kuih2 dan murtabak aje". pulak dah. 

sayee pun taktau patut gembira ke patut risau. gembira sbb diSURUH rilek, tapi risau sbb  taktau nak beli lauk ape. teringat la ada sawi dalam fridge, ada lobak etc dan dlm freezer ada ikan n daging. so plannye, nak beli gulai ape2 sejenis je, nnti balik bole tambah dengan sayur goreng dan ikan goreng.

maka, terkedek2 la sayee ke PaRam. beli Kari Kambing, kuih lopez, kuih onde-onde, murtabak daging, air soya panas dan air katsira utk abg abdul.

sampai umah, sayee siap bole bermesra dengan irfan sebelah umah tu. tanye dia dah merangkak ke belom. opsss, irfan tu baby la. baru nak masuk 8 bulan umurnya. lepas sembang2 ngn irfan dan ibu nya, sayee sempat basuh baju, etc etc. lepas solat asar, sayee salin-salin juadah tadi pastu bole tergolek je tgk tv ok.

bila abg abdul smpi umah, dia pun join skali tgk tv. dah dekat kul 7 baru sayee ke dapur jerang air, perangat murtabak, perangat kari kambing dan buat teh tarik. sayee cancel goreng sayur dan goreng ikan, sbb maseh ada leftovers singgang ikan aye dan taugeh masak lemak putih dlm fridge. sayee perangat jgak.

masa berbuka, abg abdul mkn murtabak dan sayee mkn kuih-kuih aje. minum air byk2. terus kenyang. lepas solat, abg abdul kata tanak makan nasi sebelom g masjid. sayee simpan aje la seme lauk2 tadi. 

balik dari masjid pun abg abdul belom nak makan nasi. katanya nak makan masa sahur aje. sayee pun perangat lagi skali kari kambing dan seme lauk2 tadi.

dan, pagi tadi masa bangun sahur sayee tgk kari kambing sayee dan berbuih-buih. BOLE????? maka, kami sahur dengan singgang ikan aye + sayur taugeh + telur dadar aje.

rugi camtu je rm6 sayee smlm. iye, kari kambing tu RM6.00 ok. sebungkus kecik aje.

terus sayee ckp ngn abg abdul, biar la sayee masak sendiri aje. wpun tak sesedap mane, tapi sekurang-kurangnye terjamin kebersihan dan kesucian. bukan la nak menuduh, cuma sayee rase kari kambing tu dah dicampur dengan baki semalam punye tak abis dijual. kalau x, masakan cepat benorrrr rosaknyeee. sedangkan leftovers yang sayee simpan dalam fridge pun tak rosak. sedeyyy.

day 1, rendang ayam, kangkung goreng dan telur masin
day 2, singgang daging
day 3, ikan bawal sweet sour
day 4, TAK INGAT SAYEE MASAK APE, bole?
day 5, singgang ikan aye + ikan lampam goreng
day 6, bubur lambuk umah makabah
day 7, roti jala umah PIL
day 8, taugeh masak lemak putih + ikan goreng garing + sambal tempoyak
day 9, kari kambing yang menyedihkan.


ada satu hari sayee buat puding karamel, tak ingat dah hari ape. hehehe. abg abdul kata sedap jugak, tp manis sangat. hehe.


Related Posts with Thumbnails

ads