14 April 2010

mari ke dapur

Entry yang mengisahkan aktiviti makan2. sedappppp..!!

1. singgang ikan tenggiri

ada satu hari tuh, lama dah dlu. di pagi yg hening, suami citer sayee mengigau bercakap. dasat!! sayee suh la dia citer dialog tu.

jam dah kul 12 lebey. dia baru2 nak lelapkan mata kot.

  sayee (mata pejam): nak mkn singgang. rase nak mkn singgang ikan tenggiri laa.
  dia (mata celik): bila nye nak mkn? skang ker?
  sayee (mata pejam): nak singgang masak sendiri.
  dia (mata celik): ok, masak laa. nak masak skang ker? bahan2 ada tak kat umah?
  sayee (mata pejam): kat umah takde lengkuas.
  dia (mata celik): yg lain seme ada?
  sayee (mata pejam): ada
  dia (mata celik): ok, nnti masak la ye.
  sayee (mata pejam): zzzzzzzzzz..(senyap daaa)

oleh kerana citer ni dah lama dlu, sayee pun x ingt sgt dah yg suami citerkan dlu. ni lebey kurang je ar kot. nti mintak suami citer semula laa.

2-3 hari lepas kejadian berlaku, suami bawak sayee mkn tghari. tibe2 nmpk singgang ikan tenggiri, terus sayee amik lauk tuh. ngn kuah byk2. (rase nak mkn nasi dlm mangkuk je masa tu supaya dpt amik byk kuah) hahahha.

tapi, sayee maseh lom puas hati sbb belom dpt mkn singgang ikan tenggiri masakan sendiri (cheh, ngade2). ahad dlu, lepas suami ngecat grill kat dapur. kitorang g giant, nak beli groceries. dgn pantasnye sayee g amik ikan tenggiri 3 keping. pastu g cari lengkuas, tp takde kat giant. hampa lagi nak masak singgang. diringkaskan cerita (kang nyampah plak org nak baca), ari selasa last week dapat la akhirnya sayee masak singgang ni. lengkuas pun mintak suami yang belikan.


bahan-bahan yang dah siap dikumpulkan. belom siang lg.


cara-caranya amat la mudah. hiris seme bahan2 tu, masukkan dlm periuk, tambah asam keping dan garam. masak dgn api perlahan smpi menggelegak. mak sayee kata org belah tganu kalau masak singgang tenggiri tak letak kunyit idup, oleh itu singgang di sana tidak kuning seperti singgang org pahang. tp rasenya sama je. hmmm. sayee menaip sambil telan air liur sbb terliur.

2. ayam masak kurmaQ

khamis 8 april, 1623 - tibe2 suami hntr sms terasa nak mkn ayam masak kurmaQ. seb baik mmg ada rempah kurmaQ kat umah. suh dia belikan santan kotak aje laa. ptg tu, sambil dia cabut rumput, sayee masak kat dapur. pun senang aje resipi nye. 


bahan-bahan yang diperlukan

tumis bawang merah dan bawah putih sampai naik bau, campak halia sket. pastu masuk rempah kurmaQ yang dah dibancuh ngn air. tumis lagi. pastu masuk ayam dan bawang besar yang belah 4 dan kentang. masak sampai kentang hempuk. pastu masuk santan dan asam dan garam. siapppp...

nampak sedap x? hehehe...

3. nasi goreng ikan masin

9 april, kakak sayee dtg dgn suami. sbb 10april dia ada exam PTD. sebelom g exam, dia masakkan sup ayam kegemaran suami dia. tp pasal sabtu mlm kitorang g tgk wayang, dan mkn kat jhonny's (tatau eja plak) oleh itu sup tidak dipanaskan. esok nya dah berbuih. sayang btol.

11 april, kitorang nak g 'picnic' kat hostel adik mursyidi. (iye, sekolah SBPIK yang sayee penah buat entry pasal longkang tu.) sayee masak nasi goreng ikan masin dan along buat sandwich. nasi goreng ikan masin senang aje. yang penting kena ada ikan tenggiri jeruk yang bole di beli kat sin kee tepi jalan kuantan-gambang. 

"This is a must visit shop when you visit Kuantan since the town is reputable for its fresh seafood, dried seafood and salted fish. Most tourists will drop by this shop to purchase some local produce as gift for friends & relatives."

bahan-bahannya;
untuk 4-5 org mkn. 2 potong ikan tenggiri jeruk tu, potong kecil2. 3 ulas bawang putih. 3 ulas bawang merah. lada kecik sikit (ikut kepedasan yang diperlukan). sawi sket ye. kailan pun boleh. potong halus sket. kalau suke, bole letak ayam jugak. 


cara-caranya;
tumbuk bawang putih dan bawang merah dan lada kecik. panaskan sket minyak api sederhana. goreng ikan tenggiri tu. masukkan bahan tumbuk. tumis sekejap. masukkan ayam. masukkan nasi putih. gaul rata. masuk sawi/kailan. goreng sampai kuning2 sket. siappppp.




4. kari daging n kacang boncis goreng


lepas picnic kat hostel SBPIK, along kuar ngn suami nya. nak tgk wayang again. citer titans plan. nite before, kitorang dah g tgk stilleto.


sayee dan suami gelak paling kuat dlm panggung. cite ni kelako tp jalan citer agak bosan.



oh, baru tau citer ni epic movie rupenye. kalau sayee tgk, confirm ber'krohhh' dlm wayang.


berbalik pada citer asal ttg kari daging n kacang boncis goreng. sayee nak prepare dinner untuk along dan suami dan suami sayee. tp along smpi umah terus nak balik cepat sbb masa tu dah agak lewat. x sempat mkn pun. tp sayee masak jugak mkn ngn suami je. 


cara-caranya;
tumis bawang putih dan bawang besar yang dah blender. pastu masukkan lada kering yang dah blender jugak. tumis lg. pastu masukkan rempah kari yang dah dibancuh ngn air. pastu masuk kentang dan daging. masak sampai kentang hempuk. pastu masuk santan, asam keping dan garam. siappp. kacang boncis plak sayee goreng ngn sos tiram je.




5. masakkan terakhir, tomyam (baru masak mlm td)


hari mggu yang kitorang balik gelanggi, sayee masak tomyam gak. seekor ayam. tp suami x puas mkn. sbb ada lauk lain yg lebey sdap kot. pstu smlm dia mintak suh masak. sayee masak tomyam tak guna minyak atau pes tomyam yang berminyak tu. ni kira resipi yang berkhasiat la sket. (perasan-mode)


bahan-bahan;
tomato, serai, daun limau purut, limau nipis, lobak, jagung muda, bunga kobis, fish-cake, bawang besar dibelah empat, lada kecik, ayam/udang/daging/sotong. 


cara-cara;
kisar tomato dan lada kecik. kalau nak pekat, guna 4-5 biji tomato. (smlm sayee masak setengah ekor ayam, sayee guna 3 biji tomato) (lada tu kalau nak pedas, letak byk2). rebus ayam dgn air. air tu agak-agak sama level ngn ayam je. kalau banyak nnti cair plak kuah tomyam. bila dan mula menggelegak, masukkan tomato + lada kisar td. masuk serai ketuk dan daun limau purut diracik kasar. masuk air limau nipis. pastu masukkn bahan2 lain. last skali masuk garam secukup rasa. siapppp. smlm kitorang mkn ngn mee kuning. sbb suami tibe2 tanak mkn nasi plak.




sekian, untuk kali ni. lain kali plak. tata.


10 comments:

  1. yg singgang nk cuba.. sebab x penah try , tapi yg seketui besaq tu ape??

    ReplyDelete
  2. mama farrihin, yg tu lengkuas. tp suami beli seketui besaq. angah potong la. sbb nak guna sket aje. 2cm je lebey kurang. pastu hiris nipis2.. try laa ye.. sedappp...

    mommy SN, suami tak ske mkn kat luar. kena la masak. hehe. betol x singgang kelantan x letak kunyit kan?

    ReplyDelete
  3. Ini resepi terkumpul ni angah...hehehe. K.jue ni memilih sket bab2 mkn (sbb byk bnda yg x mkn...) tapi resepi ni sume kena ngn tekak! ~ kecuali daging (x suke daging). kecur air liur tau...dh lah x bekfes lagi nih, nk msk lunch dh pon! hehe...

    Suami k.jue oghe kelate...singgang sana kaler plain jer. mula2 tu cam pelik gak coz mak k.jue org kuantan so k.jue dh biasa mkn singgang kaler kuning (lebih nmpk menyelerekan...tapi rase sama jer)

    ReplyDelete
  4. haah. saje buat entry mari ke dapur ni kak jue. hehehe. benda ape yg kak jue x mkn? angah plak mkn seme bende sbb tu badan sehat. haha.

    singgang tu plak mmg faveret sayee. kalau ada singgang mmg amik kuah byk2.. sedappnyeee...

    ReplyDelete
  5. hahaha...k.jue byk benda x mkn, tapi bdn sihat jugak!kahkahkah...
    er klu nk ckp benda yg x mkn tu...byk sgtla angah. er nnti k.jue nk wat entry pasal nilah. tunggu yer...hehehe.

    ReplyDelete
  6. sunguh ku tak sangka..angot rajinnye masak!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. jwpn yg sama untuk edah n yatie, abg abdul ku kurang ske mkn kat luar.. dah biase ngn mak dia mkn kat umah aje.. ;) masa bujang dan duduk menyewa, terpaksa la mkn kat luar sbb sendiri tak reti masak... udah ade isteri ni, kena la mkn kat umah kan ;) hehehhe...

    ReplyDelete
  8. angot..aku nak amik resepi singgang kau.macam senang nak buat..setengah jam sempat tak masak? en meor puasa hari nie..nak menu mudah, cepat, sedap..

    ReplyDelete
  9. edah, jadi ke buat singgang arituh? hehehe...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads