17 February 2011

aina kena cocok arini !!

aina dah kena cocok arini. utk sebulan. mummy Illa citer, dia jerit2 masa kena cocok tu tapi kejab je. hehe. gud gurl kan? lepas aina kena check2 seme, mummy Illa plak nak kena check. g dari pagi pun abisnye tghari jugak. lepas cocok, mummy Illa ajak wan g kedai moto je. dah bosan dok umah katanye. haish! x abis pantang lagi aina dah g jual moto tau. dah ler katil belom bawak lagi, main tdo atas setty je. sungguh la brutal budak tu. letak la kat mane2 pun, gerenti bole je dia tdo. ekekek.. brutal cam siapa? mesti la cam bonda kan? ;)

tadi call wan, dia kata ari ahad lepas aina cirit sbb mummy Illa mkn kerabu pegaga buh lada itam. cian budak tecik tu. tapi sakit perut pun maseh tak meragam. alhamdulillah. aina budak baik.... :D

gambar cilok dari FB abah aina**

ni ape cer plak???



heyyyyy!!! ni yg buat sayee marah ni. blog ni sayee citer kesah hidup sayee je. tapi apehal plak kuar bende2 camni???? nmpk tu??? sape punye keje ni???? dah takde keje sangat la tu nak tgk bende gitu. 

hai laaaa dunia akhir zaman ni...........


16 February 2011

sayee...

1. sayee sakit belakang sejak 3 minggu yg lepas rasenye. ke dah sebulan ek? ntah. yg pastinye mmg dah lame ar. start dr event dengan MB pahang 17jan lepas rasenye. sayee pakai heels. dah 2 kali g klinik. kali kedua sayee g ari khamis lepas. terus dpt surat refer kena g jmpa pakar. dan dpt mc 2 hari. kebetulan mustaqim dtg ktn, sayee terus ikut dia balik jengka. tinggal abg abdul sorang kat ktn. sayee cadang nak g jmpa pakar ari isnin which is smlm. tapiii......

2. sayee balik sini ari ahad dengan PIL. disebabkan itu abg abdul tak balik jengka sabtu tu. kami berjauhan selama 3 malam. sesobss.. PIL dtg ktn sbb nak g hospital pekan, visit ayah sedare masuk wad situ. smpi kat wad icu yg sejuk tu, sayee terus rase lain macam. rase sejuk smpi ke tulang. terus terdetik dalam hati ni, "balik ni mesti demam". masa otw balik tu, sayee dah pening2. smpi umah je terus baring. tdooo.

3. sayee demam panas smpi suhu naik 39.0. sayee g klinik 2 kali sbb masa 1st tu doktor takde (waktu maghrib). masa nak g kali ke2 tu, sayee takleh bukak mata. rase nak pitam macam gelap mata. smpi hospital, sayee dapat surat refer yang ke2 sbb masalah tongsil ni. iye, sayee belom operate. sbb maseh dalam proses timbang-menimbang.

4. sayee dapat mc lagi sehari iaitu pada hari isnin. dan tambah dengan cuti sempena maulud nabi pada hari selasa. (that is why sayee x jadi pegi jmpa specialist on monday as i mentioned earlier). disebabkan sayee terlalu lembik, PIL tdo kat sini walaupun hati risau tinggalkan umah gelanggi. sayee dapat ubat yang sangat kuat, isnin pagi tu dah bole bangun dah. MIL ckp, "macam kapur dengan kunyit" sbb ubat tu lepas mkn je terus nmpk kesannye. kul 8 pagi PIL dah balik gelanggi.

5. sayee tinggal kat umah sorang2 hari isnin dan selasa sbb abg abdul keje. sayee rehat banyak2. sayee tdo banyak2 smpi mimpi2 ngarut. sayee masak bubur nasik buh daging, tapi sayee mcm pening. jadinye sayee buh beras byk giler. oleh itu bubur tu jadi byk giler. haish!! bole mkn petang tu dengan abg abdul, dan mkn besok pagi masa bfast. tghari selasa sayee masak tomyam. dan suh abg abdul balik mkn tghari. menu nasi putih dengan tomyam dengan telur dadar dan sambal belacan. yummmyyy!!

6. ari rabu sayee g keje. dan sayee sgt byk keje. dan rupenye sayee ada staff meeting early in the morning. and im not prepared. jadi sayee byk senyap dari bercakap.

7. sayee tulis camni sbb sayee byk bende nak citer tapi tatau nak mula dari mana. ekekekke.


~~btw, sayee dah agak sehat cuma sakit tekak belom baik sepenuhnya. dan sayee maseh belom pegi hospital jmpa specialist lagi. tatau lagi bila nak pegi.


16 jan - 16 feb

yeayyy, aina anakanda ku dah cukup sebulan. yeay, besar sudah....!!!


aina dah otai.

aina tdo takyah bedung dah. bedung tu utk budak kecik je.

aina dah takyah pakai mitten. tapi mummy paksa pakai jugak. aina pakai sebelah je nak amik hati mummy. 

ekekekekke..

bonda? merindu ler, ape lagi... hehehe....




jualan murah BYO..

sayee nak buat jualan murah giler ni.. pendek citer.. harga katalog rm136.90. tapi sayee nak jual harga rm79.00 saje.. minat tak? ada 3 set available. sape cepat dia dapat. hehehe. 

full view..

yg ni sayee tunjuk noodle holder.

disclaimer: sila abaikan background gambar ye. sayee tak sempat nak crop..

BYO tupperware brands ni byk kelebihannya. mmg berbaloi-baloi kalau beli. antara kelebihannya ialah:
  • bole masuk dlm microwave
  • noodle holder tu plak akan pastikan mee atau bihun kita tak jadi lembik bila dah sejuk. wap dari sup panas akan sentiasa panaskan mee/bihun tu.
  • ada 2 lagi bekas lain utk tapau mknn lain. contohnya, korang dok serumah tapi sorang nak tapau bihun sup, sorang nak tapau nasi ayam, sorang nak tapau nasi goreng kampung. bole share bekas ni. jimat 3 styrofoam. korang tau tak bekas tu bahaya untuk kesihatan. sbb bahan kimia bekas tu bole mengakibatkan kanser. jangka masa yg lama la. tapi, bekas tu lepas mkn kita buang je kan. ape salahnye guna 5 minit untuk basuh bekas tupperware ni dan guna bekas yg sama je. sampah pun x byk. betol? sekali sekala kena sayangkan alam sekitar. peninggalan untuk anak cucu cicit kita nnti kan.....
  • BYO ta-pau ni siap ada tangkai. nak bawak pun senang.
  • kaler pun ceria, g tapau mknn dlm food court pasaraya pun tak malu kan? nmpk stylo je. betol?
ada byk lagi kelebihan BYO ta-pau ni. tapi korang guna dlu baru bole bg markah. bole? hehehe..

cepat, ada 3 je ni. sape la yg bertuah tu. hehehehe.

kalau korang sekitar kuantan yang berminat, sayee g hntr. smpi ke balok beserah pun sanggup. kalau kat luar kuantan, tambah la extra rm3.00 untuk pos ek. plzzz.. hehehe..




15 February 2011

aktiviti main belon di gelanggi

seperti yg dijanjikan arituh dlm entry gelagat anak sedare, arini sayee kuarkan entry budak2 ni main belon. mak2 sedarenye tumpang selox jugak. ekekeke. siap ada kesah bacang buat magic kuarkan belon dr mulot lagi. bacang hebat bacang hebat... kekekee...





 kenapa muka sayee camtu? sbb umairah suh bukak balik belon yg dah simpul, sbb nak kecikkan kan. sayee kata xleh. tu muka tgh berusaha nak bukak ler.




yg ni plak sbb ada belon yg dah pecah.. sayee yg jerit kuat. haishh!!







video
video ni plak utk tatapan cikna, pengubat rindu kat anak2 sedare dan kakak ipar ni.
sbb ada makndak je yg enterprem. ekekke.


mukhriz mahathir di bandar tun razak jengka...

sayee maseh lagi rajin mengemas folder dlm external hdd. maseh rajin atau folder tu yg mmg bersepah tahap cipan?? kuiii..

sedang mengemas, sayee jmpa gambar mukhriz mahathir. betulkan ni? sayee tak pasti dari mane dtgnye. mungkin sayee penah copy all folder dr cpu lama tu kot. ada abah sayee letak gambar2 ni dlm tu. entah laa..


ni ayahanda sayee dgn mukhriz.









~~penulis maseh demam dan belom byk idea nak mengarang. ampun kan penulis blog ni ye..

14 February 2011

video aina qaisara

sayee nak tunjuk video aina masa dia tanak tdo. masa tu maghrib. dia mmg jarang tdo time maghrib. tapi dia x nangis. dia dok tgk kiri kanan je. mcm la paham sgt ape ada kat keliling dia.


video



~~bonda demam kat ktn ni. kalau slalu sgt demam camne la nak main ngn aina slalu. takut jangkit... huhuhu...


12 February 2011

aina b.e.r.a.k kat bonda

haiii la aina, seb baik la awak tu budak kecik. kalau awak dah besya, pastu lepaskan hajat atas bonda, mmg la kena cobit.. eekkeke..

citer nye camni, sayee tlg jaga dia masa mummy tgh perah susu kat dapur. pastu dia xnak tdo. padahal baru lepas nyusu. mesti kenyang kan.

sayee pun cuba la check diaper dia. rupenye ada isi, tu pasal x selesa nak tdo. masa sayee nak cuci v.on.to.t aina, dia bole pulak kentut diiringi dengan isi nye skali. haiiii la aina. abis suar bonda kena 'hasil' aina tau. main sumpit2 plak dia. 

ekekekeke. masa cuci tu, sayee bebel la kat dia. bukan bebel marah. bebel manja je. pastu dia bole pulak balas2 balik seolah2 tgh borak ngn bonda bgtau dia mintak maaf kot. ekekek. comey jee... mcm dah besar sgt.

hehhee. aina skang ni kalau pagi, dah pandai xnak tdo. dah pandai nak main2. kalau dia bgn waktu subuh tu, pas minum susu, dia akan tdo dlu kejap. dlm kul 7lebey tu dah bgn. main2 smpi kul 9, mandi. lepas mandi tu, smpi kul 11 la x tdo. kadang2 smpi kul 12. konon2 nak main la tu.

hehehehe. comeynyeee la ciptaan Allah yg bernama bayi kan....?


11 February 2011

gelagat anak sedare ku....part 2

ini anak sedare belah abg abdul. kalau belah sayee, baru ada sorang anak sedare. aina qaisara la. tapi kalau anak sedara sepupu dah 6 org. sebab kami rapat, anak sedare sepupu pun rase cam anak sedare sendiri jugak.

minggu lepas, agak ramai jugak yang balik ke gelanggi. kan cuti lama. rasenye 2 org yg kat sabah je tak balik. maka, meriah la umah atuk n nenek kat gelanggi tu. 6 org cucu dia ada kat umah. mmg riuh rendah. macam2 bende main. mula2 smpi tu, dorg tgh main belon. alamak, gambar kat external hdd, nnti sayee tunjuk dlm entry lain ye.

entry ni sayee nak tunjuk gambar dorg main naik keretapi. si kenit yang baru umur 20 bulan tu pun join main skali.

 yg depan tu lopi, tgh2 yg pakai helmet tu umairah dan belakang skali amin, adik umairah.

 yg ni dah tukar plak driver nye. passenger yg paling belakang tu dah tertungkup dgn periuk dah.
hahahhha

sayee amik gambar ni guna henpon. sbb mak suh sayee send kat cikna kat sabah tu. sayee tulis caption kat mms tu, "GELAGAT ANAK SEDARE DI HARI RAYA. hahaha. kan raye cine ni... 

pastu, cikna balas dgn gambar anak dia, zaid g jalan2 masa raya cina jugakss.. hehehe.. ni gambar dia. g fish spa natural.




petua hidup..part 2

haiiii. maseh lagi bersiaran secara langsung dengan sayee dalam edisi petua hidup. hehehe.

ok, mari kita layanzzz.

KEPALA
**********
Bentuk dan ukuran kepala tak boleh diubah. Bagaimanapun kita boleh mengimbangi penampilan keseluruhan dgn memilih gaya rambut yg sesuai dgn diri kita.

Wanita kecil molek tak sesuai berambut mengerbang atau keriting halus. Ia membuatkan bahagian pinggang, dari badan ke atas  nampak lebih besar.

Wanita bertubuh besar dan montel tidak cantik berambut pendek dan nipis. Ia membuatkan kepala nampak kecil dan seolah2 tidak seimbang dgn badan.


LEHER
********
Bagi yg montel dan berleher pendek, mmg sering menghadapi masalah dlm memilih baju dan juga fesyen yg sesuai.

-Petua Leher Nampak Panjang-

- Pilih kolar berbentuk 'V'.
- Pakai rantai labuh separas dada. Ukuran manik ataupun mutiara pula, biarlah yg sederhana saja.

-Elakkan-

- Blaus atau kemeja T berkolar tinggi (turtle neck), berkolar Mandarin, terutamanya warna gelap. Ini kerana ia akan membuat leher nampak tenggelam.
- Jgn pakai rantai pendek dan berbelit2 di leher mahupun coker.
- Jgn pakai anting2 terlalu labuh hingga mencecah ke bahu.
- Jgn pakai pelapik bahu yg terlalu tebal spt pemain ragbi.


BAHU
*******
Tidak semua wanita berbahu secantik 'penyangkut baju'. Ada yang berbahu kecil atau 'jatuh' (sloping) dan ada juga terlalu lebar.

Bagi memulihkan dan melindungi bentuk bahu 'jatuh', cuba petua ini :-

- Pilihlah leher baju berpotongan segiempat atau sampan (boatneck) kerana ia membuatkan bahu seolah2 seimbang atau besar.

- Jangan pakai top ketat kerana ia akan menyebabkan badan nampak tirus ke atas dan pinggul lebih besar.

- Pakai top/blaus dgn kain/seluar ataupun skirt sewarna agar bahagian atas dan bawah nampak seimbang.

- Wanita berbahu 'jatuh' juga tidak sesuai memakai baju bertali halus atau fesyen bahu terbuka.


BUAH DADA
************

Usah bersedih seandainya kita dianugerahi buah dada yg terlalu besar atau kecil serta tidak seimbang dgn bentuk badan. Cuba petua ini.

-Buah dada besar-

- Leher blaus berpotongan 'V' tanpa kolar adalah paling sesuai.
- Pilih blaus longgar dan pakai tali pinggang halus pada pinggul. Ia membuatkan pinggang nampak lebih panjang, agar buah dada kurang menonjol.
- Pakai kot dan jaket longgar dari fabrik lembut.

-Elakkan-

- Tali pinggang lebar kerana ia membuatkan badan bahagian atas 'penuh' dan besar.
- Baju ketat.
- Pakaian dpd fabrik tebal.
- Blaus penuh hiasan pada dada. Misalnya kolar besar, renda, reben atu butang besar.
- Kerongsang besar, rantai labuh berbelit2 atau buah rantai besar kerana ia membuatkan bahagian dada nampak lebih berat.



-Buah dada kecil-

- Cuba pakai baju dalam berpelapik (Wonderbra) agar tampak 'penuh'.
- Elakkan baju terlalu ketat atau terlalu longgar.
- Sut padanan tiga atau jaket dubel bres juga boleh melindungi kekurangan pada bahagian dada.


PINGGANG
***********

Ada 3 jenis ukuran pinggang - sederhana, panjang dan pendek. Ukuran diambil berdasarkan jarak di antara buah dada dan pinggul. Wanita berpinggang pendek mempunyai jarak antara buah dada dan pinggang lebih pendek. Ia membuatkan bahagian dari pusat ke bawah (kaki) lebih panjang.

-Pinggang sederhana-
Pinggang sederhana mempunyai jarak seimbang antarabuah dada dan pinggul. Mereka boleh menggayakan sebarang fesyen. Masalah timbul jika pinggang mereka lebar (ukurlilit) serta perut buncit atau terlalu ramping dan punggung besar. Cuba lindungi dgn blaus labuh menutupi punggung dan tidak terlalu ketat.


-Pinggang panjang-
Jarak di antara buah dada dan pinggang lebih panjang, berbanding di antara pinggang ke pinggul. Ia membuatkan bentuk badan dari pusat ke bawah (kaki) nampak pendek. Cuba petua ini agar kaki nampak lebih panjang.


- Pakai skirt labuh. Ia mampu melindungi jarak pendek di antara pinggang ke pangkal peha serta ukuran sebenar kaki tidak ketara.
- Pilih seluar atau skirt tanpa pinggang (pelapik keras pada pinggang) dgn sisipan kecil khusus utk talipinggang.
- Pilih warna sana utk sut padanan dua terutamanya jika berseluar.
- Jika pakai blaus dan seluar, pilih tali pinggang sewarna blaus. Ia dpt melarikan pandangan dan melindungi jarak pendek di antara pinggang dan pangkal peha.


PUNGGUNG, PINGGUL dan PEHA
******************************
Kebanyakan wanita mengalami masalah punggung lebar, pinggul serta peha besar. Cuba petua ini utk membaiki penampilan keseluruhan.

- Skirt berpotongan lurus atau kembang sedikit di bawah (bentuk A) memang cantik.
- Warna gelap terutama hitam paling serasi. Ia membuatkan si pemakai nampak lebih langsing.
- Skirt labuh kain lembut dgn sedikit lisu pada pinggang dipadankan dgnjaket, rompi atau blausyg menutupi pinggul juga amat sesuai.
- Jika menggemari warna cerah, cuba pilih baju & seluar/skirt sewarna kerana ia membuatkan pandangan lebih selari. Penggunaan warna berbeza membuatkan badan seolah2 terbahagi 2, menyebabkan bahagian badan ke atas nampak lebih lebar.
- Pelapik bahu (sederhana) berupaya mengimbangi penampilan kerana ia membuatkan bahagian badan ke atas nampak lebih lebar.
- Seluar ketat memeri (legging) perlu dijauhi. Seandainya teringin menggayakannya, pakai dgn blaus atau kemeja T besar, labuh dan longgar.

-Elakkan-
- Skirt kembang bergetah/berkedut pada pinggang.
- Jaket ketat dan pendek dipadankan seluar/skirt ketat kerana ia menonjolkan lagi kekurangan yg ada.


PERUT
******
Perut wanita mmg buncit sikit berbanding dgn lelaki. Bagaimanapun jika ia terlalu buncit (adakala nampak mcm mengandung 2 bulan), jgn pakai baju ketat terutama yg dikemaskan dgn talipinggang. Pilih jaket atau blaus yg menutupi bahagian perut.



petua hidup..part 1

dlu, masa bujang-bujang sayee mmg ske google macam2 petua. tak penah buat pun seme nye, tapi sayee ske kumpul. bila sembang-sembang, sayee bole citer kat org. tapi sayee x penah la ckp sayee google petua2 ni, biasenye sayee akan ckp 'orang kata kalau kita nak bla bla blaaa, buat camni bla bla blaaaa......'

hehehhe, ni plak antara petua-petua yang sayee kumpul. sayee skang sejak ada mini hp tu, rajin bebenor kemas folder dlm external hdd sayee. setelah berkurun lama sayee tak amik tau pasal hdd ni. baru skang start smula. hehehe.


1) Turunkan berat badan:
dua biji limau nipis/kasturi diperah airnya. kemudian tambahkan air sejuk pada jus limau tadi,dan di masukkan dalam peti sejuk.minum setiap kali lepas mkn tengah hari dan mkn mlm(diikuti dgn senaman).

2) kempiskan perut:
minum air campuran jus limau nipis dan teh tanpa gula.lakukan setiap hari.

3) naikkan seri muka:
basuh muka dgn air basuhan beras yg ketiga. bilas dgn  air bersih setelah 10 minit.


**For all galz out there mesti inginkan perut yg kempis dan menawan. Petua ini saya dapat dari orang² lama dan alhamdulillah berkesan. Kita hanya memerlukan beberapa biji buah limau (limau nipis atau kasturi). Terdapat 2 kaedah yg boleh dilakukan iaitu dengan memakan kulit buah limau tersebut. Namun begitu bagi sesiapa yang tak boleh tahan dgn rasa kulit limau yg pahit tu, perah beberapa buah limau dan campurkan dgn sedikit kapur makan (boleh dibeli dikedai runcit). Kemudian, ramuan tersebut disapu ke perut, sapukan sebelum tidur. Amalkan setiap malam sebelum tidur, insyaAllah dalam masa dua minggu, anda akan melihat kesannya.


khasiat bawang:


1. pening kepala:
potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.

2. lemah otot:
ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.

3. demam selsema:
telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

4. susah hadam:
rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.

5. serangan angin:
campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. kacau dan minum campuran itu setiap hari.

6. serangan cacing:
amalkam meminum air rebusan bawang merah setiap hari.


Petua house chores


1. menghilangkan karat kepada pakaian:
perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus. kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

2. hampas teh suburkan tanaman:
taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

3. mengatasi sengal tulang:
patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.

4. merawat kulit berkedut:
parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.  sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.

5. daun puding atasi gatal:
bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tuala bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu.

6. legakan sakit gigi:
celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.

7. segarkan mata:
sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

8. kunyit atasi hidung bayi tersumbat:
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.

9. kulit limau hilangkan bau badan:
potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu.

10. mengurangkan dengkur:
tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur.

11. cara menghilangkan ketuat:
sapukan getah dari pelepah betik yang depetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

12. menaikkan seri muka:
basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.

13. mengelakkan nafas berbau:
sangar hampas kelapa hingga kuning. amalkan mengunyah hampas kelapa itu. jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. minumlah air suam selalu.

14. limau nipis mewangikan rambut:
potong dua biji limau nipis melintang. kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit sebelum dibilas.

15. mengelakkan cermin kenderaan kabur:
basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan menggunakan tuala tadi.

16. mengelak keguguran rambut:
ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. sapukan ke kuit kepala se-eloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemomor.

17. ubati bibir yang pecah:
bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian di minum beberapa kali.

18. menghilangkan kembong perut.
ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut.

19. atasi tumit pecah:
gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.

20. ubat sakit angin:
kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual dan pening akan berakhir.

21. menghaluskan kulit muka:
didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

22. melembutkan tapak kaki:
ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang-kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.

23. mengatasi mabuk perjalanan jauh:
bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.

24. menghapuskan urat timbul di kaki sewaktu mengandung:
belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.

25. mencantikan telur rebus:
rebuskan telur sehingga tiga suku masak. masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. kemudian rebuskan kembali telur itu.

26. menghalau semut:
masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

27. mengelakkan lipas:
ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

28. mengelakkan sawang atau sarang laba-laba:
bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.

29. hilangkan lebam di bawah mata:
sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali.

30. menghilangkan bau mulut:
tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga  bersih. lakukannya tiga hari sekali.

31. merawat sakit lecur:
titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur.

32. meredakan batuk:
rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman di dalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin.

33. mengembalikan seri muka selepas bersalin:
rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. se-eloknya pada waktu pagi dan malam.

34. mencantikan kulit janin:
amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti terhindar dari mendapat ruam lampin.

35. mengembalikan kesegaran kepala:
ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam bekas air suam. tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama sepuluh minit. kemudian barulah dibilas. lakukan diwaktu petang.

36. menghaluskan kulit muka:
bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas.

37. mencabut kutu babi:
petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi. selepas itu ianya akan menjadi senang untuk  dicabut.





10 February 2011

Field Density Test

dah lama sayee x keluarkan entry yang berbaur engineering kan? arini, sayee nak share gambar2 masa sayee jadi witness utk Field Density Test kat Akademi Memandu Jengka.











sayee bg cuma contoh gambar2 saje. untuk info lebih lanjut, go google. lain kali, kalau sayee ada masa sayee akan citer panjang lebar pasal field density test ni ok..


Related Posts with Thumbnails

ads