06 October 2011

kesah anak bonda


video

dah lama tak pot pet pasal tuan puteri ni kan. asyik dok citer pasal adik dia inside my womb aje.

1. dia dah semakin lasak sejak pandai merangkak, memanjat etc. panjat tangga pun dah lepas dah.



2. masa bulan puasa aritu, dah penah jatuh katil (tak ingat sayee penah citer tak).

3. berat dia 7kg masa timbang 8 bulan. yeyyyyy.

++ gambar masa baru lepas timbang ++

4. makan bubur 3 kali sehari. dah pandai mkn snack plak skang ni. kadang2 biskut farley tu. kadang2 pisang. makan macam2 bende, tp sbb lasak sgt jadi berat badan tak naik sgt. pipi je nmpk boolat.

5. belom pandai tepuk amai-amai. tapi dah hebat wave gudbye. hehe. comel sangat dia wave, cam ala2 ratu. tapi kalau mknn dia abis pun dia wave jugak. isyarat abis dah kot.

6. ujung bulan lepas, jatuh walker smpai benjol dahi dan terguris kat hidung. tapi yang nangis lagi kuat ialah mummy dia. 
++ mlm selepas kejadian ++

7. sangat kurang tdo hari siang. sbb dia ikut mummy dia dok kat kedai moto, byk moto la nk panjat kan. kalau tdo, nnti tak cukup masa nak panjat sana sini. 

++ muka kelat kena paksa tdo ++

8. lepas dapat tau dia nak dapat adik, terus dia pandai duduk. hehe. comel sangat dia duduk.

++ sebelom pandai ++

++ sesudah pandai ++

9. kesah video kat atas tu. petang lepas balik keje, dia main ngn sudu. mummy dia rilek2 tggu masa nak suap bubur. tibe2 dia nangis main ngn sudu. kami ni teka la. agaknye dia nak mintak bubur tp tak reti. maka, dia pun nangis. masa suap bubur tu, hati tgh syahdu lg pasal dapat sudu tp tak dapat bubur lagi. hahaha. lawak btul anak bonda.

10. oh, dah dua tiga hari dia kena demam selsema. bawak g klinik, dapat ubat. kelmarin, masa suap bubur dia mkn dalam tdo. sbb ngntuk mkn ubat agaknye. bila mummy tak suap, dia marah. tp mata maintain pejam. dan bubur tetap abis semangkuk. hahaha.

ok, bonda dia tak ingat dah pencapaian dia. nnti kena tanya mummy balik semula. ok, tata.


05 October 2011

happy birthday Zaid !!

Lilypie First Birthday tickers

harini zaid dah cukup setahun la.. Happy Birthday Dear Zaid...

ibu dia ckp gigi dia baru tumbuh beberapa hari lepas. syabas zaid.

sayee ckp; nmpk gayenye, aina kena tunggu bulan 1 la baru tumbuh gigi kot. hehehe..


04 October 2011

speechless**

*copied from chedet.cc/blog


1. Saya tertarik dengan penjelasan Nik Aziz kenapa selepas 30 tahun mengguna “perjuangan untuk Negara Islam ala PAS” untuk mendapat sokongan orang Melayu, sekarang PAS menggugurkan Negara Islam dan hukum Hudud. Kononnya Nik Aziz berpandukan Al-Quran dan Hadith.
2. Apakah Nik Aziz baru saja baca Surah Al-Baqarah dan sedar yang Negara Islam PAS menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu? Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam – Karpal Singh) maka PAS menggugur Negara Islam PAS, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong PAS dalam pilihanraya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak.
3. Kerana UMNO tidak menyokong Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS, Nik Aziz tidak terima UMNO.
4. Tetapi bila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian PAS, Nik Aziz semak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun, mendapati bahawa Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara kebaijikan PAS.
5. Demikianlah Nik Aziz lebih bersedia akur kepada pendapat DAP dan Karpal kerana ingin mendapat undi bukan Islam. Penyokong PAS akan turut dimana sahaja pemimpin PAS bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi PAS.
6. Untuk perpaduan Melayu dan Islam Nik Aziz tidak sanggup berganjak walau sedikit pun. Biarlah orang Melayu Islam berpecah dan hancur kononnya kerana bagi Nik Aziz perjuangan PAS untuk Negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dibelakangkan atau digugur. Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara PAS dengan UMNO, Nik Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO tidak Islam.
7. Tetapi kita sekarang dapat lihat bagaimana mudahnya PAS dan Nik Aziz menolak Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS kerana ingin bersekongkol dengan DAP untuk mendapat undi bukan Islam.
8. Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan Surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan Negara Islamnya. Nik Aziz sendiri berkata yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihanraya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS.


Related Posts with Thumbnails

ads