sayee telah diminta oleh kak.jue supaya menulis 20 perkara rawak tentang diri sendiri. so, here we go.
1) sayee adalah isteri kepada Abdul Sahaairul bin Alway. kini dan selamanya, insyaAllah. the one and only, insyaAllah.
gambar pada hari pertunangan kami~270609
2) sayee adalah anak kedua daripada 4 orang anak kepada pasangan Ahmad Sabrey Idris dan Zainab Yusoff, maka sayee mempunyai seorang kakak dan 2 orang adik lelaki.
mak dan abah sayee yang tersayang
4 of us. nicely captured. i loikeeee.
3) semasa kecil, sayee mempunyai iras wajah seperti abah, bila meningkat dewasa sayee mempunyai iras wajah mak pulak. lalu sayee membuat 2 kesimpulan. mungkin mak dan abah mempunyai iras wajah yang hampir sama ataupun, sayee semasa kecil mempunyai iras wajah ganaz dan brutal seperti lelaki manakala sayee semasa besar mempunya iras wajah yang lembut dan ayu seperti perempuan pulak. ada logik??
gambar ni ada sayee, ada mak, ada abah. sila nilai sendiri sayee mirip siapa.
4) semasa form 3, sayee ada penyakit pelik. ske cebet (bawa / pegang dlm bahasa pahang) pembaris panjang 30cm. sayee ske cebet 2, satu yang lembut dan satu yang keras, bila di goyangkan akan keluar bunyi kelepap kelepap. seolah-olah satu trademark nak bg org lain sedo kehadiran sayee. hahaha. skang bila ingt balik, terase diri sendiri sangat poyo.
5) semasa sekolah menengah, sayee sangat nakal dan ske langgar peraturan sekolah. kalau dibuat buku tentang kejahatan yang sayee buat kat sekolah, tukar ink 10kali pun lom tentu abis diprint. antara yang sayee ingt, sayee cabar cikgu nak lempang sayee kat perhimpunan sbb sayee tak pakai jarum di tudung. bila sayee jerit suh dia lempang, dia terus lari menangis2. mungkin tak sangka sayee garang kot. kuhik2..lagi satu, tudung sayee penah kena rampas oleh cikgu sbb sayee letak nila smpi jadi biru pengawas. cikgu tu paksa sayee pakai telekung g belajar. sayee penah buang kasut cikgu dlm tong sampah. sayee penah lompat pagar masuk paya gara-gara kena kejar sbb ponteng kelas biologi. bole dikatakan sayee masuk bilik disiplin 3 kali seminggu. sayee penah pecah masuk asrama lelaki sbb nak carik balik selipar PUMA sayee baru beli 3hari dorg dah curik. dan bermacam-macam lagi.
6) budak lelaki ske bg sayee surat cinta, wpun mereka tau sayee seorang yang brutal. hahaha. abah sayee penah tukar no tepon umah sebab nak elakkan budak2 lelaki tu call umah berkali-kali.
7) sayee mula bawak moto semasa umur 10 tahun dan sayee mula bawak kete semasa umur 14 tahun. percaye? tapi bila nak test lesen moto dan kete, sayee tak lulus. maka kena ulang lagi. percaye lah.
8) sayee penah jadi budak berkaca mata selama 3 tahun sejak form 5. masa tu sayee slalu kena migrain, pegi jmpa doktor dan dia suh buat cermin mata. tp lama kelamaan power sayee semakin kurang. dari 125 turun sedikit2 jadi 25 aje. ini kerana, sayee rajin mkn beta carotene. vitamin yang sungguh elok untuk mata.
9) sayee bole menjahit. sayee mula jatuh chenta dgn keje jahit2 semasa belajar Ekonomi Rumah Tangga form 3. sejak form 4, sayee jahit sendiri baju sekolah dan baju raya. sejak matrik, sayee jahit langsir umah mak sayee. tapi slalu siap last minit. pagi raya baru bole gantung. sayee tak dibenarkan buat biskut raya, sbb along kata sayee buat tak comey. maka sayee hanya akan tolong buat kek raya saje.
10) semasa matrik, sayee dibenci oleh budak lelaki dan mendapat gelaran 'telur masin'. taktau kenapa.
11) sayee bole membaca ketika umur 4 tahun. percaya lah! sayee katam al-Quran ketika darjah 2. alhamdulillah. sayee seorang pelajar pintar semasa sekolah rendah dan menengah dan matrikulasi. tapi zaman Uni, sayee jadi tidak pintar. kerana sayee tak ske belajar. sayee sendiri tidak percaya sayee berjaya menghabiskan degree in Civil Engineering.
12) sayee lambat dapat adik. adik bawah sayee lahir masa sayee umur 8tahun. sayee slalu paksa mak bawak balik baby orang lain sbb nak sangat ada adik. bila sayee betol2 ada adik, sayee sayang sgt kat dia. penah dia jatuh dan bibir dia pecah, sayee menangis2. rase geram kat mak sbb tak jaga adik. penah adik sayee luka kat jari trkena kaca sbb sayee yang letak dia tepi almari yg pecah. sayee marah dan pukul diri sendiri sbb sayee cuai.
13) sayee penah menjadi penggiler PINK. seme barang sayee beli warna PINK.
14) sayee penah menjadi pengapit untuk pasangan zeta & frey. sekali seumur hidup ni. 3mggu lepas jadi pengapit, sayee jadi tunangan orang.
pengapit sedang beraksi
15) sayee penah belajar buat chocolate chip cookies dan cupcakes semasa mula-mula berchenta ngn abg abdul. dan sayee juga mula belajar memasak lauk pauk dgn bersungguh-sungguh ketika itu. puding trifle jugak adalah salah satu kegemaran abg abdul. masa tu setiap kali memasak, sayee akan amik gambar dan mms ke abg abdul. layan je la gambar-gambar contoh ni. hikss.
cupcakes belom bakar
separuh dah bakar, separuh lom
dah dibakar
choc chip cookies ~ gambar tak clear. abg abdul puji sedap, cam famous amous punyer. wow!
trifle achiksss
bubur nasi @ moi sup @ nasi air
asam pedas ikan kembung + terung, sotong masak pedas, ikan goreng, taugeh goreng
patin masak tempoyak yang sgt sedap....
16) sayee tak pandai study sorang-sorang. result akan berbeza kalau sayee belajar sendiri atau dgn study group. masa sekolah, sayee belajar dgn anaconda bergilir-gilir umah. lepas belajar tuan umah akan bancuhkan air milo. masa matrik, dengan zeta. masa 1st year sayee merosot sbb sayee belajar sorang. mula dari 2nd year, sayee belajar beramai2 di library atau di cafe, result sayee kembali meningkat. dan abah bg sayee bawak kereta ke usm bila result sayee dah meningkat. best2.
17) sayee cepat bosan dengan handphone. bole dikatakan sayee tukar handphone setahun sekali. penah jugak sayee tukar lepas 4bulan.
18) dlu, sayee penah aktif giler dengan friendster. sayee penah buat blog friendster. tp ada kejadian yang tidak diingini telah berlaku, sayee bertukar kepada facebook. dan blog friendster sayee tidak lagi aktif.
19) sayee penah setup network untuk pejabat mak sayee, dan sayee dpt upah percutian ke pulau perhentian dengan kawan-kawan kesayangan sayee. masa sayee setup kan network tu, ada student uitm yg menyewa ngn mak sayee tanye, "akak belajar IT ke?" dengan bangganya, sayee bgtau dia sayee budak engineering tapi sayee belajar buat network sendiri aje. kembang idung masa bgtau tu. kuhikss kuhikss.
20) lastly, i am still TTC. =)
"Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakan zuriat yang soleh dan solehah kepada
Abdul Sahaairul dan Alifah. Amin."
wah boleh tahan ganas gak angah masa kecik dulu yer.. btw, makan beta carotena vitamins ke? brand apa? nak try gak laa kot kot leh kurang kan rabun tahap gaban mama nih hehe
ReplyDeletemasa angah lahir, parents nak sgt baby boy kot. tu yang jadi ganaz. heheeh..
ReplyDeleteangah mkn cap shaklee. try la mama. mmg ok. skang angah xder rabun langsung dah. alhamdulillah.
Zaman sekolahhh tu.....scarry a..hihihi
ReplyDelete