sejak isnin sayee terasa mcm nak mkn daging masak tumis asam. tapi isnin tu abg abdul ajak mkn kari kambing. putus hasrat dan harapan nak masak tumis asam. tapi setelah berjaya memujuk abg abdul + abg abdul hilang idea nak mkn ape for dinner last nite, akhirnya sayee berjaya memasak semangkuk daging masak tumis asam.
YUMMMYYYYYY !!!
masa abg abdul sebok memberus bilik air, sayee pun bercadang untuk memperkotak-katikkan dapur sepakat-membawa-berkat untuk menyiapkan masakan yang diidam-idamkan itu. tapi sayee kehabisan bawang blender plak. terpaksa la menyiang bawang-bawang dlu sampai menangis2.
lebey bernaseb baik, abg abdul setuju untuk tolong blender kan bawang-bawang sayee lepas siap cuci bilik air. BEST!!
gambar tak sempat nak amik sbb sungguh menyelerakan. resipi ada. mau nggak?
1) bacalah Bismillah dlu.
2) rebus daging yang dah dipotong. kalau daging agak liat, rebus lebey lama. ketepikan.
3) bawang merah dan bawang putih yang dah ditumbuk ditumis dengan api kecik. (tapi sayee guna bawang blender campuran bawang putih, bawang merah dan bawang besar jugak)
4) masukkan cili kering dah blender.
5) tumis lagi sampai garing.
6) masukkan daging dan air rebusan daging.
7) masak sampai menggelegak. kalau kurang air, tambah lagi.
8) masuk daun kesom dan bunga kantan. (smlm sayee lupe letak bunga kantan)
9) bila daging dah betol-betol empuk, buh asam keping dan garam.
10) rasa dan tutup api. siapppppp.
~~masa belom siap masak, abg abdul kata dia tak penah tgk MIL masak camni. sayee suh dia amik bau, terus dia cam. tapi dia biase mkn ikan pari masak camni. next time sayee buat ikan pari masak tumis asam plak. YUMMMYYY..!!!
~~lepas siap masak, jam dah kul 745. sayee nak mandi n maghrib dlu sebelom mkn. turun-turun tgk abg abdul dah menghirup-hirup kuah. tak sabar nak mkn lah tu ;) dia kata sedap, dan dengan izin abg abdul sayee nak masukkan dlm list menu berbuka puasa nnti. HAPPY 3rd REJAB.. :D
No comments:
Post a Comment
LUAHKAN RASA ANDA DISINI