fakta ttg angah alifah; sayee tak penah pk pasal nak beli umah. mungkin belom tiba masanya. mungkin sbb makabah sayee beli umah sendiri masa dah ada anak 4 orang. sebelom tu, abah maseh cikgu, dan kami sentiasa dok kuarters guru. mungkin sebab tu sayee tak penah pk pasal nak beli umah, konon2 nak tunggu ada anak 4 orang lah. (mewarisi makabah) hehehe. tapi skang, bila dah dok menyewa aje, baru lah terpk kalau lah duit sewa tu bayar duit umah sendiri, bole gak kumpul eset kan? lgpun beli umah ni tak rugi, harga makin lama makin naik. lebih menguntungkan berbanding dengan beli tunggangan. ekekeke. (alasan lagi, sbb diri sendiri tak penah beli kete, dah masuk tahun ke 4 bekerja pun maseh pakai kete yang mak bg pinjam sempena belajar dlu)
ok, back to main topic. pencarian umah ni bermula dengan abg abdul yang terlalu rajin bukak mudah.my untuk mencari umah. (oh, umah yang kami sewa ni pun dapat dari mudah.my.) satu mlm yang hening, dia jmpa umah yang dekat dengan opis sayee. nak dijual dengan harga yang agak berpatutan, dan condition umah pun nmpk macam maseh baru. umah standard yang affordable untuk golongan sederhana mcm kami berdua ie umah teres setingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air. keluasan 20 x 70 if im not mistaken.
mlm tu jugak abg abdul call owner tu. lepas call, mlm tu jugak abg abdul ajak g tgk umah. tersengguk-sengguk sayee dlm kete masa nak cari umah tak jmpa-jmpa. lepas bincang-bincang, abg abdul janji dengan owner nak tgk umah ari ahad (7nov). bila dah jmpa, abg abdul rase makin bersemangat sbb owner tu senang nak nego. dia bg kurang lagi harga umah. lepas berjanji akan survey harga dan urusan loan, abg abdul akan confirmkan dlm masa terdekat.
akhirnya, semalam abg abdul confirmkan dengan owner nak beli umah tu. tapi still bergantung dengan loan yang baru nak submit. tapi masa bincang dgn bank arituh, nmpk mcm dia yakin bole luluskan. insyaAllah.
nak tgk gambar umah tak? ok, sayee bg lah tgk sket.. umah ni owner penah duduk sebagai umah persinggahan aje. ada barang2 basic saje.
pandangan dari depan umah. porch bole masuk 2 kete. i loikee...
the hall
pandangan hall dr lorong ke dapur
*ada kesan diconteng, perlu cat dlu sket.
dapur yang agak luas bole memuatkan rak ciptaan sendiri. i loikeee!
pintu bilik ke2 belah kiri, pintu bilik ke3 belah kanan. dekat dengan dapur.
bilik ke2 yang agak luas jugak. tapi cuma cement render takde tiles. bilik ke2 ni siling sgt tinggi.
i loikee..
tandas utama
pintu tandas, belah kanan adalah lorong ke hall, belah kiri adalah dinding dapur.
tandas dlm master bedroom. agak luas jugak lah.
bilik utama. pun takde tiles. belah kiri adalah pintu tandas.
kesimpulannya, kami berdua sukakan umah ni sbb setingkat. tak perlu nak naik turun spt umah sewa skang. mmg abg abdul nak cari umah setingkat. kalau ada tetamu, bole tido dlm bilik. mcm umah sewa skang, bila makabah dtg masing2 tak larat nak naik tangga tinggi. nak tdo kat bawah aje. lepas ni, bole lah tetamu dok dlm bilik kan?
cuma satu je yang kami kurang berkenan, both tandas adalah tandas duduk. umah sewa skang, 1 tandas duduk 1 tandas cangkung. kalau orang-orang tua kan lagi ske tandas cangkung. back to old skul. hehehe. takpe lah, lama-lama nnti biasa lah dengan tandas duduk ni.
sayee nak selitkan dengan angan-angan sket dlm entry ni. sayee sebenarnya slalu berangan nak beli tanah yang luas, bole buat umah siap dengan roundabout supaya nak keluar kete, x perlu undur2. hahahha. yang pastinya, mmg nak buat umah sendiri atas tanah sendiri. insyaAllah satu hari nnti bila dah berkemampuan.
contohnya umah camni lah. kaler putih lagi jatuh chenta..!!!!
alhamdulillah. lagi bagus beli awal2. memang sesak sikit sebab korang masih muda dan baru berkahwin. Tp utk jangka panjang mmg bagus..
ReplyDeletemy dad kali pertama beli rumah masa umur dia 29tahun. selepas drp tu dia jadi addict dan selalu kumpul duit nk beli rumah. sekarang dah ada 3 rumah. (1 bkt sekilau, 1 mdn warisan, 1 bandar sunway). sebelum ni ada 4 (IM2) tapi xdaya nk bayar byk2 sejak ekonomi merudum, jual lah yg itu.
ini rumah area IM belakang shell tu ke? yg dekat dgn bypass tu ek? Kedudukan isi umah mcm penah tengok
tu lah, takpe lah umah pertama kecik sket pun. anak belom ada. nnti ada rezeki lagi, beli lagi. harga umah kan makin naik. hehhe.
ReplyDeletesejak dah mula2 mencari umah ni tante pon dah tau tentang leasehold, freehold, size umah etc etc. dlu taktau ok. buta umah sungguh.
ni umah kat belakang terus maju, perasan x ada pasaraya kat batu 6 jln ktn-gambang. kalau dr kuantan ke gambang, belah kiri. dekat sket nak g roadcare, tmpt keje tante skang. haah mmg isi umah dia lebey kurang mcm umah kat tepi bypass tu.