29 September 2010

ayam masak tempoyak dan kek pisang

entry kali mengisahkan tentang kerajinan sayee menggodam dapur sepakat-membawa-berkat. dari hari sabtu lagi sayee menyatakan hasrat suci murni ke abg abdul ie nak memasak ayam masak tempoyak. tapi kat umah sepakat-membawa-berkat takde daun kesom dan bunga kantan. lgpun, menu telah ditukar serta merta hari sabtu tu sbb ada tetamu comey nak dtg beraya. sayee masakkan char kuey teow. mlm tu plak sayee teringin nak mkn beger tepi jalan. lalu hasrat suci murni itu di post pone ke hari ahad. lagi..

*google*

*google* 


tiba hari ahad, dapur sepakat-membawa-berkat telah dicerobohi oleh sepasang suami isteri ie kontraktor 'renovate' rak dapur. tak leh nak masak jugak. siap-siap buat keje, masing-masing dah penat malas nak ke kedai beli daun kesom dan bunga kantan. menu ditukar lagi. sayee masak taugeh lemak putih dan sambal sotong dan ayam goreng aje.

bila tiba pula hari isnin, sayee awal-awal bgtau abg abdul nak masak ayam tempoyak jugak! lepas keje, dengan pantas sayee ke kedai makcik pendek. lalu, sayee ternampak pisang berangan yang dah masak sedap-sedap untuk dibuat kek pisang. sayee pun rembat lah sesikat.

bila sampai umah, abg abdul ajak pulak rendam kaki dalam air panas. katanya nak melancarkan peredaran darah di kaki. kesimpulannya, sayee masak ayam masak tempoyak tapi dah x cukup masa nak buat kek pisang. tambahan pula, umah sepakat-membawa-berkat takde pelenyek.

*gambar pelenyek pisang digoogle*
abg abdul yang tlg sayee lenyekkan pisang, sbb dia lebey katang dari sayee :p


dan akhirnya, petang semalam sayee ke Happy Home untuk beli pelenyek. dan kek pisang dapat dicipta dengan berjayanya. sayee nak kongsikan resipi. tapi takde gambar sbb kek pisang sayee agak hanget di bahagian atas. dan kek sayee agak kurang manis. mcm mkn kek untuk kesihatan plak. hehehehe.

mari kita berhenti membebel dan tepekkan resipi tanpa gambar.

bahan-bahan:
  1. 2 biji telur
  2. 3/4 cawan gula aising (patut dilebeykan untuk rasa lebey sedap, lepas ni nak try 1 stgh cawan gula)
  3. 1 stgh pisang emas / pisang berangan dilenyek (sayee letak 2 cawan sbb sesikat dpt 2 cawan)
  4. sedikit esen pisang
  5. 1/2 cawan minyak masak
  6. 2 cawan tepung naik sendiri
  7. 1/2 sk soda bikarbonat

cara-cara:
  • pukul gula + telur sampai betol-betol kembang
  • masukkan esen pisang + pisang dilenyek
  • masukkan minyak masak
  • masukkan tepung dan + soda bikarbonat
  • bakar 175 drjh celcius selama 1 jam.

rasenye sungguh mabeles. mmg lembut. mmg sangat sedap, cuma kek sayee agak itam dibhgn atas hingga menyebabkan pahit melanda. sayee potong sket kat bhgn atas tu. insyaAllah pasni, sayee try lagi...


~~sorry, entry tanpa gambar sbb mmg sayee tak amik gambar. MALAS!!



No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads