09 September 2010

aiskrim kacang merah yummy

salam..

sedang ralik berjalan-jalan di blog mat gebu, sayee jmpa resipi eskrem kacang merah yang guna coffeemate tuh. dlu, sayee penah buat eskrem camni, tapi perisa strawberry dan chocolate aje. sbb guna susu perisa tu. sayee tak penah terpk nak buat eskrem kacang merah camni.

memandangkan sayee dan abg abdul mmg ske mkn esrem potong rasa kacang merah, sayee pun dengan bersungguh-sungguh nak buatkan eskrem ni untuk abg abdul.

en mat gebu, sayee mintak izin kongsi resipi kat sini ye. tqvm.

bahan-bahan yang diperlukan amatlah mudah dan simple.

270 g coffeemate
500 ml susu segar
100 g gula halus
1 tin kacang merah

cara-cara:

campurkan coffeemate + susu segar + gula dalam bekas, kacau2 dengan wisk smpi sebati. 
masukkan dlm freezer selama 4 jam atau 3/4 beku.
tos kan kacang merah dan lenyek sampai hancur.
lepas 4 jam, keluarkan adunan eskrem tadi pukul dengan mixer (speed laju).
masukkan kacang merah dan dilenyek, gaul2 kan.
masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm freezer lagi. 8jam atau semalaman.

sayee tak amik gambar eskrem sayee. sila la menjenguk ke blog mat gebu untuk lihat gambar. sayee punye eskrem agak jelas kelihatan kacang merah nye sbb sayee lenyek tak cukup hancur. peringatan, sila guna bekas yang bertutup untuk mengelakkan eskrem anda berperisa ikan dan ayam. hehehhe.



No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads