06 September 2010

apa yang penting??? KERJASAMA!!!

seperti tahun-tahun sebelom ni jugak, mak sayee akan buat serunding daging berkilo-kilo. memandangkan kedua-dua puterinya yang pertama kali beraya dengan suami akan beraya di kampung suami, maka mak sayee telah menetapkan hari ahad 5 september sebagai hari mengacau serunding!!!

mak sayee punye serunding mmg 1st class. kalau orang dtg, mesti puji sedap. dan mesti mintak sket nak bawak balik. (ceh, sayee puji mak sendiri) hehehe. mmg kebiasaan mak sayee akan buat berkilo-kilo. 

untuk tahun 2010 ni, mak sayee decided untuk buat 6kg daging. proses membuat serunding ini dimulakan oleh mustaqim. sbb lepas mak beli daging, dia yang ada kat umah. sayee dan along belom ada di umah. maka, dia ditugaskan untuk potong2, basuh2, dan rebus2. big clap to u Bro..!!

lepas berbuka puasa di umah PIL pada hari sabtu, sayee dan abg abdul pulang ke umah desa (umah mak sayee laa) untuk mula menyiat-nyiat daging. bermula pada pukul 10 mlm berakhir pada pukul 2 pagi (kot). sayee tdo awal sket sbb sayee dah tertdo2 masa menyiat. (penat buat biskut raya kat sepakat-membawa-berkat) hehehehe.

esok pagi, lepas subuh mak sayee suh seme org tdo dlu untuk simpan tenaga mengacau. sementara dia nak blender segala jenis rempah. kul 10, seme org bangun. tenaga katang dr lelaki-lelaki katang di umah digunakan untuk mengopek kelapa dan membelah kelapa dan memesin kelapa. tangan katang sayee pula memerah kelapa-kelapa itu. 10 biji oh!! lenguh giler lengan neh!!

lebey kurang kul 12 tghari baru lah start masak. proses mengacau ni ikut shift. mula-mula, mustaqim dan BIL sulong nye. (oleh kerana hujan turun renyai-renyai, maka kami buat serunding di beranda tepi umah bukan belakang umah).

adik sayee mustaqim dan BIL, abg rizal.
:posing tak serius:


:posing jugak, tapi agak serius:



:6kg daging:



:2 orang menantu kesayangan mak abah:



:masa ni tgh berat lagi, tgn lenguh sayee x larat nak kacau:
:jadi, kita posing saje ye:



:tgn betol-betol katang:
mengopek kelapa dan mengacau serunding ketika maseh basah:


:suami isteri bersatu padu tapi big credit to si suami sbb isterinya posing sahaja tu:


:suami berjangkit penyakit POSING:

hahahahahahahahaha.


~~maka, berbuka puasa semalam kami pun menjamah serunding itu. selera sungguh seme orang mkn serunding 'segar'. hehhehe. tibe-tibe abah said sumthing masa berbuka, "hari ni baru cukup seme ahli keluarga". sebab ada abah, ada mak, ada along dan abg rizal, ada angah dan abg abdul, ada mustaqim, ada mursyidi.

~~tak sabar nak raya makan serunding dengan nasi impit dengan kuah kacang. yummmy!!!


2 comments:

  1. sedapnya makan serunding panas2 baru masak.lama dah x buat seunding sendiri..selalu gi beli je hehe

    ReplyDelete
  2. mmg sedap btol.. mak angah mmg slalu buat ni je.. rendang2 ni x buat sbb x tahan lama kan. kitorang ske mkn serunding dengan nasi impit kuah kacang. hehhee.

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads