juadah seterusnya dari sayee ialah kek buah. resipi ni sayee belejar dari mak sayee. ramai yang tanye camne sayee buat buah jadi berterabur instead of tenggelam kat bawah saje. hehehe. mesti mak sayee bangga kan resipi dia hebat. hehehhe.
bahan-bahan:
- 1 cawan gula
- 1 cawan air
- 1/2 ketul butter
- 1 paket fruit mix
- 1 sb soda bikarbonat
- 2 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
cara-cara:
- masak gula + air. bila gula dah cair, masukkan butter dan fruit mix tadi.
- bila dah menggelegak, masukkan soda bikarbonat. terus tutup api. kacau2 adunan tu.
- sementara nak sejukkan, putar telur sampai betol2 kembang dan gebu.
- masukkan adunan tadi dlm telur.
- masukkan tepung gandum sket-sket.
- bakar 175 darjah selama 45 minit / sehingga masak.
~~my MIL puji sungguh kek buah sayee buat. merata-rata dia bercerita tentang kehebatan kek buah sayee. hehehe. x sia-sia belajar ngn mak.
salam
ReplyDeleteAlifah, akak dah cuba kek ni... tapi kenapa hangus? dah ikut dah suhu dan masa tu... memang sedap tapi sayang kat tepi dah bawah kene buang sbb hangus..... boleh bagi tau mcm mana nak elakkan hangus tu? tq..
akak, tq sbb sudi cuba resipi sy ni.. hangus ek?
ReplyDelete1) hangus teruk tepi n bawah saje ek? atas elok? mungkin akak kena letak tray atas sket, supaya dpt bakar dgn menyeluruh.
2) mungkin akak bole cuba kurangkan suhu kepada 150 celcius saje. after 30mins, cuba check dgn garfu. kalau dah xde lekat kat garfu, dah masak lah. x perlu tunggu 45 minit.
sorry ye kek akak jadi hangus. tapi buah dia berterabur atau mendap ke bawah?