30 September 2010

MENGAGUMKAN !!!

harini sayee bukak blogger di opish. tibe-tibe jumpa entry dari kak baya ttg satu blog mama kembar 3. dengan pantas sayee click link tuh. sayee mmg sungguh excited dengan anak kembar 3. (sayee slalu doa semoga ujian Allah ni diberikan ganjaran anak kembar, amin).

bila bukak, sayee baca seme entry dlm blog mama kembar 3 ni. sampai yang last skali, baru perasan dia baru je buat blog ni sehari sebelom raya. bayangkan entry baru ada 12, tapi followers dah 150. mmg kagum... tahniah kak nani.!!

btw, the heroes sangat adorable. sungguh comey!!! kak nani, biar lah dorg nakal camne pun kan, yang penting membesar dengan sehat dan aktif. sayee doakan triplets akak ni jadi anak-anak yang soleh dan beriman. amin.....



~~teringat mimpi abah sayee pd 1 ramadhan arituh. dia mimpi dpt cucu 4 orang sekaligus. dlm perot kakak sayee ada sorang, sayee mengharapkan lagi 3 orang tu ada dlm perot sayee plak. amin......



29 September 2010

Healthy Food Part III

bila mengalami sakit perot, nada bercakap akan menjadi agak mendatar kan? bila berblogging camne plak? ayat kita pun akan straight to the point je lah kot.

arini, sayee nak tepek lagi resipi healthy food. yang pertama for today is Chicken Fajita Wrap.


*google*
ingredients:

  1. tortilla, flour 4 pieces
  2. chicken breast, skinless 2 pieces
  3. olive oil 1 Tbsp
  4. honey 1/2 Tbsp
  5. garlic 1 clove, minced
  6. red bell peppers 1 large
  7. oregano, dried 1tsp
  8. chili flakes, dried 1 tsp
  9. salt & pepper to taste


    preparations:
    • in a bowl, mix together olive oil, honey, garlic. then, add in oregano, chili flakes. sprinkle salt and pepper to taste.
    • toss chicken into mixture and allow to coat and marinade for 15 mins. (better if left overnight in fridge)
    • heat oil in frying pan. place chicken into pan and cook under medium heat for 3 - 5 mins on each side until lightly browned.
    • when chicken is almost cooked, add in bell peppers.
    • serve with tortilla or pack tortilla and chicken separately in meal box to assemble when appropriate.




      Nutrional content per serving:

      calorie 221kcal
      carbohydrate 26.6g
      protein 7.7g
      fat 9.9g

      ************************************************************

      our next recipe for today is Roast Chicken with Spuds

      *google*

      ingredients:

      1. chicken thigh, skinless 2 pieces
      2. olive oil 1 Tbsp
      3. onion 1 large, sliced
      4. rosemary fresh / dried 2 stalks
      5. potato 150g, cubed
      6. sweet potato 150g, cubed
      7. salt & pepper 1 pinch each


        preparations:

        • preheat oven to 180C.
        • heat a 1/2 tsp olive oil in frying pan. pan fry chicken for 2 - 3 mins on each side until lightly browned.
        • in a roasting dish, place potatoes and onion at the base. rest chicken on top of the bed of potatoes and onion.
        • season with olive oil, salt and pepper. throw in rosemary.
        • roast chicken for 25 - 30 mins.
        • serve on a plate or pack in meal box. sprinkle roasting juice over chicken and potatoes as sauce.



        Nutrional content per serving:

        calorie 251kcal
        carbohydrate 36.0g
        protein 9.0g
        fat 8.3g

        ***********************************************************






        last recipe for today is Fried Rice with Fish Sauce

        *google*

        ingredients:

        1. spanish mackerel / tenggiri fillet 2 pieces diced
        2. rice, cooked 300 g
        3. shallots 2 Tbsp, chopped
        4. Red chili, deseeded 1 medium, sliced
        5. cucumber 1 medium, thinly sliced
        6. cornflour 1/2 Tbsp
        7. fish sauce / budu 1 1/2Tbsp
        8. cooking oil use sparingly
        9. white pepper pinch


          preparations:

          • in a bowl, mix fish with cornflour. set aside.
          • heat cooking oil in frying pan. stir-fry shallots until lightly browned. add in chili until fragrant.
          • add fish. fry until cooked.
          • add rice into pan to fry. pour in fish sauce / budu. (pinch of salt may be added to taste, if necessary). toss rice and fish to coat with sauce.
          • add cucumber slices and pepper. toss and fry rice well until well combined.
          • serve or pack in meal box.


            Nutrional content per serving:

            calorie 221kcal
            carbohydrate 41.5g
            protein 7.1g
            fat 2.3g

            ***********************************************************






            ~~perut sayee semakin kerap pulak sakit-sakit. menstrual semakin tak stabil time nya. luka parut operation maseh belom sembuh sepenuhnya. hmmm, bila bole concieved?




            ayam masak tempoyak dan kek pisang

            entry kali mengisahkan tentang kerajinan sayee menggodam dapur sepakat-membawa-berkat. dari hari sabtu lagi sayee menyatakan hasrat suci murni ke abg abdul ie nak memasak ayam masak tempoyak. tapi kat umah sepakat-membawa-berkat takde daun kesom dan bunga kantan. lgpun, menu telah ditukar serta merta hari sabtu tu sbb ada tetamu comey nak dtg beraya. sayee masakkan char kuey teow. mlm tu plak sayee teringin nak mkn beger tepi jalan. lalu hasrat suci murni itu di post pone ke hari ahad. lagi..

            *google*

            *google* 


            tiba hari ahad, dapur sepakat-membawa-berkat telah dicerobohi oleh sepasang suami isteri ie kontraktor 'renovate' rak dapur. tak leh nak masak jugak. siap-siap buat keje, masing-masing dah penat malas nak ke kedai beli daun kesom dan bunga kantan. menu ditukar lagi. sayee masak taugeh lemak putih dan sambal sotong dan ayam goreng aje.

            bila tiba pula hari isnin, sayee awal-awal bgtau abg abdul nak masak ayam tempoyak jugak! lepas keje, dengan pantas sayee ke kedai makcik pendek. lalu, sayee ternampak pisang berangan yang dah masak sedap-sedap untuk dibuat kek pisang. sayee pun rembat lah sesikat.

            bila sampai umah, abg abdul ajak pulak rendam kaki dalam air panas. katanya nak melancarkan peredaran darah di kaki. kesimpulannya, sayee masak ayam masak tempoyak tapi dah x cukup masa nak buat kek pisang. tambahan pula, umah sepakat-membawa-berkat takde pelenyek.

            *gambar pelenyek pisang digoogle*
            abg abdul yang tlg sayee lenyekkan pisang, sbb dia lebey katang dari sayee :p


            dan akhirnya, petang semalam sayee ke Happy Home untuk beli pelenyek. dan kek pisang dapat dicipta dengan berjayanya. sayee nak kongsikan resipi. tapi takde gambar sbb kek pisang sayee agak hanget di bahagian atas. dan kek sayee agak kurang manis. mcm mkn kek untuk kesihatan plak. hehehehe.

            mari kita berhenti membebel dan tepekkan resipi tanpa gambar.

            bahan-bahan:
            1. 2 biji telur
            2. 3/4 cawan gula aising (patut dilebeykan untuk rasa lebey sedap, lepas ni nak try 1 stgh cawan gula)
            3. 1 stgh pisang emas / pisang berangan dilenyek (sayee letak 2 cawan sbb sesikat dpt 2 cawan)
            4. sedikit esen pisang
            5. 1/2 cawan minyak masak
            6. 2 cawan tepung naik sendiri
            7. 1/2 sk soda bikarbonat

            cara-cara:
            • pukul gula + telur sampai betol-betol kembang
            • masukkan esen pisang + pisang dilenyek
            • masukkan minyak masak
            • masukkan tepung dan + soda bikarbonat
            • bakar 175 drjh celcius selama 1 jam.

            rasenye sungguh mabeles. mmg lembut. mmg sangat sedap, cuma kek sayee agak itam dibhgn atas hingga menyebabkan pahit melanda. sayee potong sket kat bhgn atas tu. insyaAllah pasni, sayee try lagi...


            ~~sorry, entry tanpa gambar sbb mmg sayee tak amik gambar. MALAS!!



            26 September 2010

            hari suami dan isteri bertukang

            hari minggu kan hari untuk mengemas bagi para suami dan isteri yang bekerja. jadi, hari ini kebetulan sayee dan abg abdul tak balik ke mane-mane kampung halaman. maka, kami manfaatkan hari minggu ini sebagai hari bertukang. sebenarnya dah lama sayee dan abg abdul plan nak 'renovate' rak dapur ni. tapi, memandangkan idea murni tu terbit pada bulan puasa (ke dekat-dekat nak puasa ek? lupa dah), hari raya ke 17 baru lah idea murni tu menjadi kenyataan. udah ler membebel panjang. mari kita lihat pertukangan ape yang dilakukan oleh pasangan bahgiye ini. hehehe.

            pic taken on 28 mac 2010
            :abaikan barang-barang dapur yang bersepah kat bahagian bawah tu:

            masa ni, rak ni baru je tiba di umah kami. oh, fyi rak ni adalah pemberian dari my SIL's PIL. dia yang engineered this thing. sangat puas hati dapat rak ni. sbb besar dan teguh. mmg macam2 bende bole letak atas ni. bahagian bawah tu sayee nak susun barang sebenarnya, tapi kadang-kadang jadi tempat tungkup pinggan gak. bila dah byk2 jadi bersepah. tu lah sebab utama sayee mintak abg abdul renovate rak ni.

            meh kita tgk hasil selepas di'tukang'kan oleh kami ye.


             pic taken: today 26 september 2010
            :nampak perbezaan nya? kami tambah lagi satu para supaya barang dapat disusun lebey elok dan lebey byk:
            :lagi satu, kami dah letak tikar getah kat bahagian atas tu, tapi tu sebelom raya arituh lagi dah letak:


            :opss, kantoi plak nmpk cili kering belom blender berendam kat situ:
            :ehem, barang tupperware sayee dah makin byk kan???:


            ~~hari ini jugak sayee dah ubah susun atur bilik tidur kami. tapi mcm privacy plak, takleh nak amik gambar. kesimpulannya, harini sepakat-membawa-berkat mengalami transformasi hebat.... 

            "hebat.. hebat.." sila sebut ikut sebutan Datin Wannabe ye...


            22 September 2010

            telur lebey senang untuk di-slice

            oh, hari yang sama kami keluar beli groceries, sayee dan abg abdul jumpa ini..!!!

            iye, pemotong telur rebus. bole slice nipis-nipis dan juga bole belah tengah2. best kan?
            terus abg abdul suh buat nasi lemak untuk bekal g bentong.


            Jamuan Hari Raya anjuran Opishku.

            sebelom sayee publish kan kesah raya sayee dan abg abdul, mari kita layan dlu citer jamuan raya anjuran opish ku smlm 12 Syawal. nak citer lebey2 dari awal sampai akhir tak bley laa. sbb sayee bukan ajk dan yang paling penting, sayee bercuti sungguh lama. bila masuk keje, esoknya dah nak jamuan. maknanya segala preparation mmg sayee tak tau dan tak amik tau. keh keh keh.

            kul 10 pagi sayee menepek ke yard dengan berbaju cotton purple. (sudah ku agak baju cotton mmg yang paling sejuk untuk dipakai ke jamuan raya bertempat di kawasan lapang berbumbungkan canopy saje). i was soooo right..!! 

            acara sepatutnya bermula pada pukul 12 memandangkan jemputan adalah dari 12 - 4. sayee yang sampai agak awal hanya dok melangok. dan berposing. hehehe.


            *bukti kami melangok dan berposing*

            bila kak fairus tiba, sayee tolong dia buat bende-lekat-lekat-kat-baju-tanda-orang-tu-tuan-umah. sayee tak reti pun, tapi tgk dia buat mcm senang. sayee pun tolong2 laa.

            *buat keje sambil berdiri saje*


            *lepas siap keje, sayee duduk sini nak minum air jambu*

            bila dah dekat-dekat kul 12, jemputan mula datang. tibe-tibe ada org bgtau kat khemah penyambut tetamu takde orang. sayee pun diminta membantu ape yang patut kat situ. tau je la dok khemah penyambut tetamu kan, kena laaa bermanis muka sambil ckp selamat datang, jemput masuk, selamat hari raya etc etc...


            *penyambut tetamu in action*

            oh, pasal juadah plak sayee taknak komen byk2. tapi yang pasti hidangan mmg byk dan menyelerakan. sayee sempat mkn kambing panggang yang panas2 seketol. sebelom minum air jambu tadi lah. tapi, ada satu jenis mknn yang sayee tak penah jmpa. katanya periuk kera. korang penah jmpa? meh nak tunjuk..


            *mcm lemang, tapi buh dlm daun periuk kera lah*

            sessi bergambar yang agak posing adalah di bawah ini. rasanya sayee x byk pandang camera pun smlm. 



            bila menjelang kul 2-3, sayee mula rase penat dan lenguh berdiri lama2. maka, ini lah yang terjadi. moncong itik hampir kelihatan.... hehehhe


            *muka dah tak larat nak senyum*

            lalu, tanpa membuang masa sayee pun duduk di kerusi yang berhampiran dengan khemah penyambut tetamu. bila dah dapat duduk baru lah bole buat muka comeyyy.


            *comey kan?*

            dah, masa yang paling ditunggu-tunggu adalah makan-time. bila tetamu dah mula tak ramai yang datang, sayee pun pegi mkn. ini adalah aksi pompuan gemok dapat mknn dan mood untuk menyakat orang datang kembali. hehehhe.


            *mereka sedang berposing, tapi sayee halang daripada gambar mereka di ambil*

            hhehehehehehhehehe!!!


            ~~abah sayee tak dapat datang sbb ada kematian. ibu saudara abah sayee meninggal dunia dan dikebumikan pada hari yang sama dengan jamuan ini. semoga arwah nenek saudara sayee dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm golongan orang-orang yang beriman. amin.



            kalau takde coffee mmg pelik rasenyerr

            selasa lepas, sayee dan abg abdul kuar shopping for groceries kat terus maju. asalnya nak beli beras saje. tapi dah alang-alang keluar, sayee pun ajak abg abdul beli barang-barang lain jugak.

            sampai kat rak susu, abg abdul ternampak susu F&N extra 

            *pic di google*

            bila balik, kami cuba buat air teh guna susu tuh. tapi rase nye mmg tak bole blah. mula tu ingat kan sayee je yang tak biase, dengan harapan abg abdul akan suka sbb dia dah biasa minum tongkat ali + ginseng power root tuh kan. rupenye, dia pun kata tak sedap.

            mmg betol la kan, kalau nak minum tongkat ali atau pun kacip fatimah, kena tambah kopi. baru lah bole ilangkan rase pahit dan tak sedap tu. dlu, sayee biasa jugak minum pearl kacip fatimah. kan ada 2 jenis. 1, yang tambah kopi. 1 lagi tambah honey dates kan? yg honey dates tu sayee x ske sbb sgt terasa kekacipan kefatimahan nya. hahhahha.

            tapi mungkin jugak ada yang ske susu F&N extra ni. bukan sayee nak mengecam F&N tau. hehehhehe.



            ~~nway, salah satu sebab kami nak try susu ni sbb harganya RM 1.59 saje. hehehehe.




            21 September 2010

            Seruan untuk Wanita Solehah

            di pagi selasa yang indah ini, sedang sayee membaca email, tibe2 terpaut dengan kata-kata ini. dan pada ketika yang sama, idea belom datang untuk bercerita tentang raya sayee. oleh itu, mari kita copy saje ape yang sedap untuk dibaca ye. anyway, credits to mummy for this nice words.. =)


            Wahai wanita solehah..

            Jangan risau akan jodohmu,
            kerana muslimin yang bijaksana itu,
            tidak akan terpaut pd wanita hanya kerana kecantikan
            atau lirikan senyum,
            pada bicara manja yang mengoda,
            atau pada pujuk rayu seorang wanita yang
            meruntuhkan imannya,

            Sesunguhnya lelaki itu adalah peminpin kepada wanita,
            andai belum sampai jodohmu,
            anggaplah bahawa lelaki yang sedang engkau nantikan itu,
            sedang menbina sahsiah kepimpinan dirinya,
            bagi memimpin dirimu.

            Kerana pada wanita itu,
            pasti ada kekurangan dan kelak
            lelaki yang benar-benar layak
            pasti akan hadir untuk melengkapkan
            kekuranganmu~



            ~~hari ini ada jamuan hari raya anjuran Roadcare (M) Sdn Bhd. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. opsss, sayee maseh berhutang entry kesah raya sayee tahun ini. nnti la. tunggu mood datang.




            20 September 2010

            Healthy Food Part II

            hello hello hello... maseh lagi bersiaran bersama sayee dalam siaran makanan untuk kesihatan yer puan-puan. hehhehe.

            arini sayee nak kongsikan resipi baru juga untuk main course harian kita. topik vegetables and snack belom sampai lagi. tungguuuuu...resipi arini ialah Rice + Pineapple salsa fish.

            *google*
            ingredients:
            1. fish fillet any type 2 pieces
            2. cooking oil 1/2 Tbsb
            3. pineapple fresh or canned 100 g diced
            4. red bell pepper 2 Tbsb, chopped
            5. green chili, deseeded 1 tsp, chopped
            6. coriander, fresh 1 Tbsb, chopped
            7. lime juice 1 Tbsb
            8. salt to taste
            9. rice, cooked 1/2 bowl (1person)

            preparations:
            • heat cooking oil in frying pan. pan-fry fish untuil golden brown and crisp. set aside.
            • in a bowl, combine pineapple, bell pepper, chili, coriander and lime juice. add salt to taste. set aside for 10 mins to allow flavours to blend.
            • pour salsa over fish to serve with rice or keep salsa in a small, seperate container when packing.
            Nutrional content per serving:

            calorie 195kcal
            carbohydrate 31.4g
            protein 7.4g
            fat 5.5g



            our next resipi for today is Rice + Ginger Beef.

            *google*

            ingredients:
            1. beef, lean 250 g, thinly sliced
            2. beef stock 125 ml (1/2 cup)
            3. cornflour 1 Tbsb
            4. soy sauce 1 Tbsb
            5. oyster sauce 1/2 Tbsb
            6. ginger 1 small, sliced
            7. garlic 1 clove, minced
            8. spring onion 2 stalks, cut into 2 inch lengths
            9. sesame oil 1/2 Tbsb
            10. rice, cooked 1/2 bowl (1person)


            preparations:
            • in a bowl, coat beef with cornflour, soy sauce and oyster sauce. mix well and set aside.
            • heat sesame oil in frying pan. stir-fry ginger and garlic until fragrant.
            • add in beef to stir-fry for 2-3 mins.
            • when beef is almost cooked, add spring onion and beef stock. allow to simmer until thicken.
            • serve or pack as side dish to rice.
            (you may substitude beef with chicken and use chicken stock)

            Nutrional content per serving:

            calorie 245kcal
            carbohydrate 29.0g
            protein 22.1g
            fat 4.6g


            ~~sayee maseh belom citer tentang raya sayee kan? ok, next entry ok... insyaAllah.



            11 September 2010

            choc chip cookies kegemaran ramai

            chait, perasan la kegemaran ramai. puji diri sendiri lah tuh. hehehe. tapi percayalah, mmg byk permintaan choc chip cookies ni. adik sayee yg nak balik bandung pun siap order satu balang nak bawak balik sana. biskut lain seme sayee buat satu bancuhan aje, tapi  yang ni sayee buat 2 bancuhan. ni la penyebab sayee dan abg abdul pulang lewat ke kampung. oh, itu nnti entry lain ye. kisah kami di hari raya. dan, cookies ni jugak penyebab sayee dan abg abdul berbuka puasa dengan maggi saje rabu lepas!! kah kah. cian suami ku.

            kul 430 sayee balik dari opis, terus start nak buat cookies ni. smpi dah dekat nak berbuka, lom abis lagi bakar yang 1st round. lepas berbuka baru sambung buat 2nd bancuhan.

            tapi yang kali ni untuk menjimatkan masa, sayee guna papercup. kalau bakar dlm dulang cookies aje, jadi lambat sbb 1) takleh letak rapat2 dan 2) lepas bakar kena tunggu sejuk dlu baru bole salin dlm bekas simpanan. jadi, sayee guna papercup lah!

            hasilnya:

            :kiri, choc chip cookies perisa choc dlm papercup:
            :kanan, choc chip cookies original:


            untuk resipi sila lah menjenguk ke entry lama ye. sama saje resipi nye. cuma yang bancuhan ke dua sayee tambah sedikit serbuk koko supaya biskut dia jadi mcm chipsmore konon-konon. hehhehe.



            10 September 2010

            biskut dahlia versi 2

            salamz.

            kali ni sayee nak cerita sayee buat biskut dahlia. lagi!! sbb sayee baru jumpa resipi dari Mat Tiffinbiru ni. rase nak cuba lagi byk2 resipi dan bole compare kan. jenis tepung dia ada beza sket dengan resipi sebelom ni.

            bahan-bahan:

            1. 300 g mentega
            2. 160 g gula aising
            3. 2 kuning telur
            4. 1 sk esen vanilla / rose
            5. 240 g tepung gandum
            6. 100 g tepung jagung
            7. 160 g tepung kastard
            8. ceri


            cara-cara:

            • satukan tepung-tepung dan ayak.
            • putar mentega + gula aising smpi gebu berkrim.
            • masukkan kuning telur + esen vanilla, putar lagi.
            • masuk tepung sket-sket.
            • acukan dlm dulang cookies, hias dengan ceri dan bakar 175 drjah selama 15 - 20 minit.


            :kiri, biskut dahlia 2:
            :kanan, biskut dahlia 1:


            ~~gigih sayee membeli dacing untuk timbang2 tepung ni tau. hehehehe.





            kek buah / fruit cake

            juadah seterusnya dari sayee ialah kek buah. resipi ni sayee belejar dari mak sayee. ramai yang tanye camne sayee buat buah jadi berterabur instead of tenggelam kat bawah saje. hehehe. mesti mak sayee bangga kan resipi dia hebat. hehehhe.

            bahan-bahan:
            1. 1 cawan gula
            2. 1 cawan air
            3. 1/2 ketul butter
            4. 1 paket fruit mix
            5. 1 sb soda bikarbonat
            6. 2 biji telur
            7. 2 cawan tepung gandum

            cara-cara:
            • masak gula + air. bila gula dah cair, masukkan butter dan fruit mix tadi.
            • bila dah menggelegak, masukkan soda bikarbonat. terus tutup api. kacau2 adunan tu.
            • sementara nak sejukkan, putar telur sampai betol2 kembang dan gebu.
            • masukkan adunan tadi dlm telur.
            • masukkan tepung gandum sket-sket.
            • bakar 175 darjah selama 45 minit / sehingga masak.


            ~~my MIL puji sungguh kek buah sayee buat. merata-rata dia bercerita tentang kehebatan kek buah sayee. hehehe. x sia-sia belajar ngn mak.



            09 September 2010

            biskut cornflakes rangup

            :biskut ni abg abdul tlg buat, tdo kul 2am:


            ini adalah resipi turun temurun dari kakak sayee. dia dapat dari mak sedare kot. tapi biskut ni mmg wajib ada kat umah kitorang tiap2 kali raya. cuma tahun ni je, sbb along pregnant dia tak larat nak buat biskut. maka, sayee dengan bersenang hati nak memikul tanggungjawab baru ni. hehehhee.

            resipi nya senang je, tapi mmg rangup laa biskut ni. mesti ramai je yang dah tau biskut ni...

            bahan-bahan:
            1. 2 cawan marjerin
            2. 2 cawan gula halus
            3. 2 1/2 cawan tepung gandum
            4. 2 1/2 cawan tepung jagung
            5. 1 sb esen vanilla
            6. 1 sb baking powder
            7. 2 biji kuning telur
            8. sekotak besar cornflakes (setengah dikisar halus + setengah diramas kasar)

            cara-cara:
            • pukul marjerin + gula. masukkan kuning telur + esen vanilla + baking powder.
            • masukkan tepung sekt-sket.
            • masukkan cornflakes halus diikuti dengan cornflakes kasar.
            • masuk dlm papercup dan bakar 150 darjah sampai kekuningan.



            aiskrim kacang merah yummy

            salam..

            sedang ralik berjalan-jalan di blog mat gebu, sayee jmpa resipi eskrem kacang merah yang guna coffeemate tuh. dlu, sayee penah buat eskrem camni, tapi perisa strawberry dan chocolate aje. sbb guna susu perisa tu. sayee tak penah terpk nak buat eskrem kacang merah camni.

            memandangkan sayee dan abg abdul mmg ske mkn esrem potong rasa kacang merah, sayee pun dengan bersungguh-sungguh nak buatkan eskrem ni untuk abg abdul.

            en mat gebu, sayee mintak izin kongsi resipi kat sini ye. tqvm.

            bahan-bahan yang diperlukan amatlah mudah dan simple.

            270 g coffeemate
            500 ml susu segar
            100 g gula halus
            1 tin kacang merah

            cara-cara:

            campurkan coffeemate + susu segar + gula dalam bekas, kacau2 dengan wisk smpi sebati. 
            masukkan dlm freezer selama 4 jam atau 3/4 beku.
            tos kan kacang merah dan lenyek sampai hancur.
            lepas 4 jam, keluarkan adunan eskrem tadi pukul dengan mixer (speed laju).
            masukkan kacang merah dan dilenyek, gaul2 kan.
            masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm freezer lagi. 8jam atau semalaman.

            sayee tak amik gambar eskrem sayee. sila la menjenguk ke blog mat gebu untuk lihat gambar. sayee punye eskrem agak jelas kelihatan kacang merah nye sbb sayee lenyek tak cukup hancur. peringatan, sila guna bekas yang bertutup untuk mengelakkan eskrem anda berperisa ikan dan ayam. hehehhe.



            08 September 2010

            cuppies dihias dengan chOcO rice

            hyeeeeee..

            biskut raya sayee yang ke2 untuk tahun ni. sayee buat cuppies tecik-tecik. rasa dia mcm butter cake biase je, tapi sayee letak dlm paper cup. resipi ni sayee dapat dari kawan masa kat SZY dlu. dah penah buat sebelom ni. sayee penah celup-celup dlm choc lebey kurang mcm choco top mcD tuh. 

            *ini sayee google*

            tapi kali ni sayee taburkan choc rice aje. senang dan cepat. resipinya sungguh mudah..

            bahan-bahan:

            1. 1 ketul butter
            2. 2 cwn gula halus
            3. 4 biji telur
            4. 2 sk esen vanilla
            5. 3 cwn tepung kek
            6. 1 cubit garam
            7. 1 cwn fresh milk


            cara-cara:

            • pukul butter + gula sampai kembang dan gebu
            • masukkan telur + esen vanilla
            • masukkan tepung kek + secubit garam
            • last skali masukkan fresh milk.
            • masuk dlm paper cup dan bakar 10 - 15 minit suhu 180.


            ini lah hasilnya:

            :rupanya mmg agak tidak menarik, tapi rasa nya sungguh lembut dan enak:
            percaya lah.....





            biskut dahlia versi 1

            sayee sangat gemar ske minat dengan biskut dahlia. tak tau knape. sayee mmg dari dlu ske mkn ni. kalau g beraya mesti cari biskut ni dlu. tapi sayee tak penah berminat nak belajar buat sendiri. sbb mmg dari dlu, tugas sayee buat kek saje. buat biskut adalah tugas khas untuk along. dia x bg sayee tolong sbb sayee buat tak ikut spesifikasi dia. hahahaha. 

            bila dah mula bosan tgk adunan tak surut-surut lagi, sayee mula la nak buat besar-besar, gumok-gumok, debab-debab dan nmpk tak lawa la. mana laaa tak kena marah. biskut tak consisten saiz nya. hehehe. kalau buat kek senang, satu adunan tu curah dlm satu bekas je terus bakar. kan senang cmtu? tak timbul soal x konsisten.

            mula dari 2 tahun lepas, bila sayee ada kekasih hati jantung paru-paru usus segala bagai, sayee dah start minat nak buat biskut sendiri. auwwww, tibe-tibe malu sendiri. 

            ini lah serba sedikit intro tentang kesah sayee dan biskut raya tahun ni. sayee nak cerita kan sayee berjaya menyiapkan beberapa jenis biskut dan kek raya di sepakat-membawa-berkat. 

            yang pertama sayee buat adalah biskut dahlia / biskut bunga cina. resipi ni sayee amik dari Opah Ju. opah, sayee mintak izin tepek resipi dlm blog sayee ye.

            bahan-bahan:

            1. 1/2 cwn marjerin / butter
            2. 3/4 cwn gula halus
            3. 1 biji telur
            4. 2 cwn tepung jagung
            5. 1 cwn tepung ubi
            6. 1/2 sk esen vanilla
            7. ceri utk hiasan


            cara-cara:

            • pukul marjerin + gula sampai gebu
            • masuk esen vanilla + telur, pukul lagi
            • masuk tepung sikit-sikit (sampai adunan jadi tak melekat)
            • masuk dlm acuan dan bakar.


            ini lah hasilnya:

            :yg belah kiri tu biskut sayee:
            belah kanan, cerita nya dlm next entry...



            07 September 2010

            Oreo Cheese Cake sempena Hari Kemerdekaan

            harini dah cukup seminggu. untuk apa?? seminggu selepas sayee mem'bake' Oreo Cheese Cake Merdeka. basi dah kan?? sayee tau. tapi ini adalah cbaan untuk tidak terlalu 'selox' setiap kali memasak ape2. hahahha.




            :sayee guna cap ini:


            resipi nya sayee amik dari yatie chomeyl oreo cheese cake penuh kaseh sayang, sila menjengah ke blog yatie chomeyl untuk resipi dan gambar kek yang dipotong. nmpk lebey menggiurkan berbanding dengan gambar kek sayee pandangan atas saje. hehehe.



            our double date =)

            Date: 3 september 2010 bersamaan 24 Ramadhan 1431H
            Venue: MS Garden Hotel

            keh keh, tercapai jugak hasrat nak berbuka kat hotel. tahun-tahun lepas ada gak company buat majlis berbuka kat hotel, tapi tahun ni takde. terpaksa laaa bodek2 abg abdul suh belanje. asalnya sayee book untuk 2 org saje. last minute, along kata nak dtg kuantan shopping2. dia nak berbuka kat sepakat-membawa-berkat. udahnye org sepakat-membawa-berkat tak memasak, heret aje la along n abg rizal ke MS Garden skali. seb baik bole tambah orang last minute.

            kenapa MS Garden? sayee ni sejak keje kat ktn ni, ada laa beberapa hotel yang sayee dah try bufet ramadhan nye. tapi sayee rase MS Garden yang paling sedap. mungkin sbb sayee tak penah rase Hyatt punye. mungkin lebey sedap. tak perlulah sayee bgtau yang tak sedap tu kat mane kan.

            maka, layan aje laa pic mkn2 kami ber4 (+1) ini.

            :ours:


            :kambing panggang abg abdul:


            :my bubur lambuk:
            :ni 1st time mkn bubur lambuk bulan puasa tahun ni:


            :tuan punya badan dan tuan punya nama:


            :teh tarik harus ada ye:


            :mak buyung dengan tooth pick nye:
            sayee candid kan.hahhaha.


            :us:


            :along dan abg rizal:


            :mknn hampir abis:


            :dah kenyang takleh nk bgn kena laa buang masa amik gambar ini:


            :akhirnya kami pun bgn dan amik gmbr pakcik2 ni posing:


            ~~berbaloi ke tak mkn kat hotel sebenarnya??? kalau perot anda perot stokin, sungguh berbaloi. mkn byk pun x kenyang2 kan?? ehhehe.. opsss...!!!




            Related Posts with Thumbnails

            ads