24 August 2010

chocolate chip cookies

aduhhhhh, dah betol2 basi neh!!! mane tak nye, buat cookies ni 3ogos, arini dah 24 ogos. baru terkedek2 nak post entry. tapi, memandangkan sayee dah janji ngn kawan sekolah nak share resipi. so, this is the time....


bahan-bahan:-

1 cawan gula putih (sayee letak 3/4 cawan nak kurangkan manis)
1 cawan gula perang (sayee letak 3/4 cawan nak kurangkan manis)
1 ketul butter (250gm kan?)
1/2 cawan softening (lelemak sayuran)
1 biji telur
1 sb susu segar (sayee guna cap dutch lady low fat)
3 cawan tepung serbaguna
1 cawan tepung jagung (utk rangup)
1 sk garam
1 sk cream of tartar
1 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanila
choc chips
cashew nuts (dibakar dlu bg rangup then ditumbuk)
hazel nuts (dibakar dlu bg rangup ditumbuk)

**untuk gambar bahan-bahan, refer entry tiada lagi alasan**




caran-cara:-

1) gaul gula putih + gula perang + butter + softening + telur + susu segar + esen vanila smpai sebati



2) masukkan tepung berdikit-dikit

3) masukkan garam + cream of tartar + soda bikarbonat

4) masukkan choc chips + cashew nuts + hazel nuts

5) susun atas cookie sheets








6) bakar suhu 175°C selama 10 - 15 minit



itu sahajaaaaa... senang kan?? nak tgk hasilnya lepas kuar dr oven??




di situ terdapat satu ketoi yang besar dr yg lain kan? itu ada special request dr abg abdul ku..

kalau buat cookies, lepas kuar dr oven takleh usik kan? sbb dia belom keras mcm biskut. jadi, tggu sejuk dlu sebelum cungkil2 untuk simpan. dengan bancuhan yang sayee buat ni, dapat menghasilkan choc chip cookies sebanyak bekas One Touch Canister Large (3.8L) by Tupperware Brands. berbaloi-baloiiii....

gambar diambil pada 23 ogos, tu pasal dah tggl sket. kami mkn after balik terawih. sungguh sedappppp.



No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads