hoorayyyyy.. tercapai jugak impian untuk berbuka puasa di luar smlm. sambil dating2 dengan abg abdul. ske ske ske..!!
nak tau kami ke mane? hehehe. ke tempat yang sangat ramai orang. tempat yang sangat diminati ramai di kala bulan puasa ni. di kala bulan tidak puasa, tempat ni cuma dipenuhi dengan pemain bola yang tidak diiktiraf oleh pihak pengurusan piala dunia. hahaha. kidding!! ok ok, cukup membebel. biar la bongkarkan rahsiye tempat berbuka smlm.
iye, di padang bola berhampiran masjid negeri. dekat dengan taman kerang.
kuantan, pahang DM.
sayee dan abg abdul dah lama merancang nak g berbuka kat sini. this is my 2nd time berbuka puasa dengan abg abdul kat padang ni. kali pertama masa ramadhan 1428H. masa tu kami berdua belom ada apa2 hubungan hati. cuma sekadar teman sekerja.
ari isnin tu, mmg dah plan baik punye nak g berbuka kat padang. kat tepi padang ni ada PaRam. so mmg sayee tak yah masak untuk berbuka. beli saje. terus bawak g padang n ngappp!! tapi malangnya, ujan lebat dan ribut petir melanda kuantan. sayee dengan pantasnya memasak juadah berbuka. mmg jadi superwoman kejap. memasak dengan kadar segera. heehhee. dan abg abdul janji akan postpone rancangan ni kepada ari esoknye.
ari selasa plak, sayee dilanda sakit kepala secara tiba2. siap amik MC. betol2 tak larat. abg abdul amik sayee kat opis, bawak g klinik terus hntr balik. kete sayee pun tinggal aje kat opish.
dan akhirnya, pada 15 Ramadhan 1431H dapat la kami berdua 'ulang balik' kisah percintaan di tengah2 padang ni. skeeeee!!!
juadah berbuka sudah siap dihidang atas tikar baru beli. hehehe.
cadangan asal nak mkn laksa / bihun sup. sayee pun bawak bekal mangkuk dari umah. tapi malangnya kami stuck dlm kete sebab pusing2 cari parking. masa tu dah agak lambat, susah tol nak dpt parking. maka, beli ape aje yang mula2 nmpk. nasi ayam goreng rempah. mkn dlm polistrin aje sbb sayee bawak mangkuk tapi takde pinggan. hahaha. pastu abg abdul beli air katsira, sayee beli air soya cincau. yang pasti bekalan air teh tetap ada. sayee siap beli baru vacum flask. sbb sayee tak penah ada bende ni kat umah. hehehe. dan sayee bawak buah tembikai dan buah cempedak, bekalan cuci mulut.
bekalan air teh dlm flusk merah baru beli, air basuh tgn dlm botol biru, dan tisu dan mangkuk dan sudu.
dengan pantas abg abdul menyedut air katsira nya. belom siap hidang lagi, azan dah berkumandang.
suasana di padang. ramai kan???
lepas siap mkn, kami berdua terkedek2 ke masjid untuk solat maghrib. niat asal nak terawih skali, tapi abg abdul diserang sakit gigi. terus kami ke klinik gigi.
dari klinik, sayee pulang dengan perasaan bahagia sbb berjaya bukak puasa kat padang. tapi abg abdul pulang dengan sebondong ubat antibiotik. abg abdul ckp next time nak pegi lagi. nak kuar umah lebey awal supaya dpt tawaf PaRam. wajib la sayee mengangguk laju-laju kan..!!!
~~pagi tadi masa sahur abg abdul mkn ubat antibiotik sejurus lepas minum air teh, mungkin tidak sesuai. skang dia diserang munt munt dan cherry berry. sedang berehat di rumah. and here i am blogging di opish. ape kah?????
awww.. sweet bukak pose di padang MPK. dh makin glamer kan situ! patut lenkali bawak sekali lilin. ala2 romantik gituu
ReplyDeleteair katsira air ape ekk??
ramainye org..best2x
ReplyDeleteangah..kite pon bukak pose kt padang MPK smlm..
ReplyDeletemommy QZ, i will bring a candle next time!! good idea!! hehehe.. air katsira tu air pandan campur susu campur selasih. bang bedul ku ske sgt air tu..
ReplyDeletemommy SN, next time nak cari cruise plak.. heehhe..
intan, best kan??? seb baik tak ujan..