15 August 2010

tazkirah bulanan di RC

sabtu lepas bersamaan dengan 4 Ramadhan 1431H adalah hari bekerja di opish sayee. sempena bulan ramadhan yang mulia ini, satu tazkirah diadakan dengan tajuk, Amalan Sunat di Bulan Ramadhan. oleh itu, untuk memanjangkan lagi pahala ustaz Nik Ibrahim tu, sayee abadikan tazkirah beliau di dalam blog sayee ini.


para ulama berkata, perkara sunat di bulan Ramadhan bole menampung kekurangan ibadah fardhu kita. ye lah, kita dah sebaik mungkin melakukan ibadah fardhu sehari-hari, tapi mungkin ada kekurangan di mana-mana yang kita lakukan tanpa disedari. insyaAllah ibadah sunat yang kita lakukan, akan dapat menampung kekurangan tadi.


** menyegerakan berbuka apabila dah masuk waktu berbuka (matahari sudah terbenam). kalau lambat berbuka, makruh hukumnya.

** berbuka dengan kurma / sesuatu yang tidak dimasak dengan api(buah2an). kurma yang manis dapat mengembalikan tenaga. jikalau tiada kurma, minum lah beberapa teguk air yang suci lagi menyucikan.

** berdoa ketika berbuka puasa. menurut ulama, doa2 orang yang berpuasa sentiasa dimakbulkan oleh Allah, dan doa2 di bulan puasa tidak akan ditolak. insyaAllah.

** bangun sahur dan makan juga amalan sunat di bulan Ramadhan. ada hadis sebut, makanlah kamu di waktu sahur kerana di waktu sahur terdapat keberkatan. Rasulullah S.A.W bersabda, janganlah tinggal sahur. bangun lah walapun cuma minum seteguk air.

** kalau kita memberi makan untuk orang berbuka puasa akan diampunkan dosa-dosa kecil. ajak la kawan2 datang umah untuk berbuka puasa. sediakan mknn mengikut kemampuan kita.

** banyakkan sedekah dibulan Ramadhan. ada hadis menyebut, walaupun bersedekah dengan sebelah buah tamar, dapat mengelakkan azab api neraka. 
tazkirah di surau pada mlm ke 6 terawih, kalau kita bersedekah, Allah akan panjangkan umur kita. insyaAllah.

** banyakkan membaca Al-Quran (bertadarus). Rasulullah bertadarus dengan Malaikat Jibrail di bulan Ramadhan.

** hendaklah menjauhkan perbuatan yang bole menghapuskan pahala puasa. iaitu, berdusta, mengumpat, memfitnah, membuat sumpah palsu dan melemparkan pandangan berahi.

** banyakkan iktikaf di masjid, lebih2 lagi pada 10 malam terakhir. 

orang-orang yang beriman akan bergembira apabila datangnya bulan Ramadhan. orang-orang ini, Allah haramkan baginya dijilat api neraka. ada 3 peringkat orang yang berpuasa. (1) orang awam, orang yang tak dapat mengawal nafsu. berpuasa tapi melakukan maksiat. puasa nya tidak dinilai oleh Allah, cuma dapat lapar dan dahaga. (2) orang khusus, pancaindera nya turut berpuasa. dia dapat mengawal diri dari melakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa. (3) orang khusus-khusus, bukan sahaja pancaindera berpuasa, malah hatinya turut berpuasa. dia mengejar semua pahala ibadah sunat di bulan Ramadhan. orang ini biasanya akan menangis di malam raya kerana berpisah dengan Ramadhan.

setitis air mata keinsafan memohon keampunan dari Allah ketika berdoa, air mata ini akan menjadi saksi di hari pembalasan nanti. insyaAllah. akhir sekali pesanan ustaz, amik la peluang di bulan Ramadhan ini untuk membuat solat sunat tasbih walaupun sekali. dan hiasi lah rumah kita dengan solat-solat sunat dan bacaan Al-Quran.


~~semoga ibadah puasa kita, ibadah terawih kita, dan semua ibadah kita di bulan Ramadhan yang mulia ini diterima oleh Allah. insyaAllah.




No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads