25 January 2011

bayar hutang

Pisang Emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
Hutang Emas bole dibayar
Hutang Budi dibawa mati...

##chewahhh, berpantun pulak diaaa...

tapi kan, kalau hutang kek pisang? camne nak bayar??? heehhe... ape kesah plak ni ngn kek pisang? ok, meh nak story.. kesah di petang 2nov. abg abdul balik keje bawak balik pisang. nak suh buatkan kek pisang untuk bday dia esoknya (3nov). sayee kan dah order cupcakes utk bday dia tapi dia tatau sbb nama pun suprise kan... oleh itu, sayee pun ckp la nnti sayee buatkan (dlm hati tatau bila nak buat). pisang tu dah lama2 sayee pun buat cekodok je. ingtkan abg abdul takkan mintak laa sbb sayee dah bg dia cuppies kan? rupenyee...dia nak jugak mkn kek pisang tu...

selepas 3 bulan, baru lah sayee berkemampuan nak bayar utang tu. sebenarnye sayee taknak buat, sbb resipi sayee yang lama dlu, mcm kurang best. selama 3 bulan ni sayee mencari resipi yang baru. akhirnya sayee terjumpa di blog kak hana jepun tu.

cantik struktur dia.. rase pun sgt sedap. tak tipu. thanx kak hana!!

sayee buat hari jumaat lepas, masa tu abg abdul lom balik keje. elok2 je oven bunyi kelentinggg, abg abdul pun balik. dia sengeh je bila bau kek pisang ni. panas2 lagi dah suh potong. sepiring tu dia mkn sorang tau, jgn tak tau!! dia kata sedapppppp sangat.....

sayee kongsikan resipi dari kakhana ye...

bahan-bahan:
* 190g pisang emas tapi sayee guna pisang berangan * 180g tepung gandum * 180g gula perang supaya kaler kek jadi perang * 3 biji telor * 120ml minyak masak * 1sk soda bikarbonat * 1sk baking powder * 2 sudu besar susu segar *

p/s kak hana letak ovelate 1sk tapi sayee tak letak sbb takde kat umah. dan kak hana campur tepung mix pancake, sayee ltak seme tepung gandum pun sbb takde kat umah. dan kak hana jugak letak hiasan badam kat atas, tapi sayee tak letak sbb sayee dah malas. hehehe.

cara-cara:
* blend pisang + susu + sket gula. * pukul telur + gula smpi gebu. * masukkan pisang blend + minyak masak. * masukkan tepung + baking powder + soda bikarbonat. * curah dlm loyang yg dah digris * pastu bakar 180 darjah celcius selama 40 minit. * pastikan adunan tu separuh dari loyang sbb nnti akan naik sekali ganda *


sayee jamin rasenye mmg sangat sedap. esoknya abg abdul bawak bekal kek pisang. dia bg makcik kantin kat site dia rase, makcik tu tak percaya isteri abg abdul yg buat sendiri. dia ingat beli kat kedai. wahhh, kembang hidung sayee kejap. ekekke...



~~sabtu sayee balik jengka, dan sayee buat lagi kek pisang utk tetamu yang akan dtg visit baby aina. pastu mummy pesan, kalau dia dah abis pantang nnti, make sure sayee buat lagi untuk dia plak. ehhehe.



2 comments:

  1. sedang menunggu saatnya encik oven bertandang ke dapur taman sierra..pastu, leh la menjemput cik kek pisang hadir menemani en oven itu..huu..sabar menanti

    ReplyDelete
  2. kalau lom ada oven, beli la tupperchef fryer, leh masak kek dlm tu je. selain itu, leh jugak jadi sbg pressure cooker. mmg multi purpose. hehehe... cikna bole beli dgn harga murah dlm masa 30hari sign up tupperware.. berbaloi2... :D

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads