hari ni dah masuk hari terakhir kami berjalan-jalan "makan-madu-di-bulan". bangun pagi-pagi, sayee ajak abg abdul check out awal pagi. atas alasan nak g cable car laa, nak shopping lama-lama laa.
tapi ajakan sayee direject mentah-mentah oleh abg abdul. kerana ape??? kerana dia nak mandi laut puas-puas sebelom balik!! sungguh kami kena datang lagi ke langkawi, sbb abg abdul benar-benar jatuh cinta dengan pantai cenang. ekekeke.
tapi tak sah la kalau memulakan hari tanpa teh tarik kan. kami bfast dlu. dengan nasi lemak + teh tarik. (hari-hari makan nasi lemak, mane la tak naik jisim badan neh!). lepas bfast, kami terjun. bukan sekejap, lama ok. smpi kul 1040 baru kuar dari laut. shopping sket aje la jawabnye!
lepas bersiap-siap, kami terus check out. dari pantai cenang, kami terus menghala ke cable car. sampai kat sana dah tghari. tapi belom lapo lagi. abg abdul belanje sayee 2 scoop eskrem yam + chocolate. lepas beli tiket, kami beratur nak naik cable car. tapi ramai sgt orang. akibat dari berasak-asak dengan orang ramai, eskrem sayee terjatuh..!! sesobsss. teros moncong itik terbit di bibir. huhuhu.
hampir sejam gak menunggu, baru dapat naik cable car. sayee yang semakin penakut sejak kawen, tak berbunyi langsung sepanjang dok dlm cable car tuh. mmg takut sungguh. taktau la knape. nyampah dengan ke'penakut'an diri sendiri!!
pandangan telaga tujuh dari atas cable car
view of the sea..saujana mata memandang..
senyum sket je. nak lentok pun takut-takut. kahkahkah.
gambar candid ni, langsung tak senyum!! muakakaka.
dok kat atas ni pun tanak lama-lama. cepat je ajak abg abdul turun.
nmpk jambatan gantung kat belakang tu? seb baik yg tu tak bukak sbb cuaca tak elok.
abg abdul dah ajak naik tu dah. sayee sangat amat takut..!!
abg abdul tlg amik gmbr satu chinese couple, ni la upahnyee.
turun dari cable car, abg abdul ganti eskrem keladi yang baru. sayee amat gumbira. dari cable car, kami gerak ke pekan kuah untuk membeli belah..!! sampai kat pekan kuah dah kul 3. kami tak cari kedai coklat, tapi kami cari spa urut kaki!! hahaha. kaki dah sangat amat lenguh. sempat urut sejam tuuuu. 340-440 ptg.
gambar abg abdul bersama suar batiknyeee. ekeke.
lepas urut, kami berjalan dengan senang dan lenang untuk bershopping. dimulakan dengan kedai coklat. memborong sampai rambang mata. penat mengira yang ni untuk sapa, yg ni untuk sape. berkali-kali dok ulang mengira. sbb takut ada yang tak dapat coklat nnti.
dari kedai coklat, kami ke kedai pinggan mangkuk. niat di hati nak beli set periuk lawa untuk makbonda dan MIL. bila dah beli, baru susah payah berpikir camne nak bawak naik flight. kami takut pecah. huaaaaa.
lepas singgah solat, kami terus ke kedai makan. skang baru rase lapo sbb tak makan tghari lagi. lepas makan kat temoyong (if im not mistaken), kami terus gerak ke airport. masa tu dah kul 7++.
lepas check in, kami cuma bersiar-siar dlm kedai bebas cukai dlm airport. bila dah penat jalan-jalan, kami duduk kat tmpt menunggu tu, jmpa sorang pakcik dgn family dia dari melaka. sembang-sembang dengan kitorang. mmg peramah pakcik tu. dia ske sgt bila abg abdul kenalkan diri sebagai 'saha'. dengan laju dia bgtau nama dia pakcik 'SAHAK'. kelako pakcik tuh!
tepat 1045mlm, kami terbang pulang ke LCCT. meninggalkan keindahan pantai cenang yang menyimpan 1001 kenangan suweet kami berdua. dengan harapan menggunung tinggi, semoga kami dapat pegi ke sana lagi. insyaAllah dengan our own babies. Amin.
~~tamat sudah edisi vacation sayee untuk kali ini. skang masa untuk mengumpul duit semula. insyaAllah ada rezeki, kita g vacation lagi ye abang!!
No comments:
Post a Comment
LUAHKAN RASA ANDA DISINI