uarghhhh.. maseh menguap....!!! di hari yang ke2 ni, awal sungguh kami bgn sbb tanak bazirkan masa dok dlm bilik. hehehe.
kul 9 kuar dari bilik. dengan bekalan baju mandi dan baju persalinan dan tuala. breakfast kat jeti lumut. sedap oh lontong kat situ... yummyyyy...
Pangkor Island, here we come!!!
lepas dah kenyang, kami cari tiket ferry. paling awal kul 1030.. masa tu baru kul 10. kami lambat sbb g CIMB dlu lepas breakfast. sementara menunggu, kami cam-whoring lagi.
pastu g sembang dengan 'bro' yang byk mulut tu. dia citer tempat2 yang menarik kat seberang sana. antaranya;
ada Pantai Bogak, tempat mandi dan bole snorkeling kat tepi pantai aje. ada ikan cantik2 kat tepi pantai aje. pastu ada Teluk Nipah, water sport centre. kat sini paling banyak tempat sewa water sport equipments macam jet ski dan banana boat. ada bazar tempat jual2 hasil makanan laur jugak. dan ada tempat buat bot jugak. kami plan nak snorkeling dan main jet ski aje. dan berendam dan merempit. hehehe.
perjalanan atas feri cuma 30minit. dengan kadar kelajuan pun yang amat perlahan. orang yang mabok laut pun jadi tak mabok sbb tak terasa dilambung2 ombak pun.
berposing dengan ferry
kami berdua atas ferry
sampai kat seberang, kami sewa moto. rm30 untuk satu hari. tapi moto ni agak kapcai. sekali pandang mcm tak yakin nak bawak ke tempat2 berbukit. takut takleh naik. rupanyaaaa, hebat weyh moto ni!!!! sbb sayee pun merempit skali, sayee tau la...
ABN 6938 ~ our rental ride kat Pangkor...
aksi minah rempit sejati....
kami decide untuk keliling pulau dlu then baru buat aktiviti membasahkan diri dan menghitamkan kulit. hehehe. sampai kat area teluk dalam, kami benti makan mee rebus. sedap ohh. mmg sedap betollll. yummyyy..
lepas kenyang, kami sambung rempit semula. sampai ke pangkor jetty semula. cukup satu round pusing keliling pulau. pastu kami g ke pantai bogak untuk mandi manda. kat sini pun ada jet ski n snorkeling. ada sorang india yang kami jumpa, dia bgtau dia buat sewa jet ski n snorkeling set jugak. kami pun sewa dengan dia.
mula-mula kami main jet ski. setengah jam je. tu pun dah penatttt.. penat dilambung ombakkk. mmg best!! seronokkkk. tapi takde sape nak snap kan gambar kami. lepas main jet ski baru lah mandi berendam dengan set snorkeling.
menurut kata-kata india tu, skang ni musim laut bergelora, mmg tak nampak sangat kalau snorkeling pun. jadi aktiviti kami sebenarnye lebey kepada mandi dan menghitamkan kulit. sbb waktu itu tepat jam 1tghari. muakakakaka. mmg hitam..
lepas mandi, kami decide untuk mengeringkan baju sambil merempit lagi. lgpun minyak moto yang kami penuhkan tadi baru abis setengah tangki. bila sampai kat jetty semula baju tak kering pun. kami pun cari masjid untuk mandi dan tukar baju. iye, kat situ takde tandas awam. pelik betol.
bukti kami yang dah itam.... kah3
kami naik ferry pulang kul 5 ptg. sementara tunggu ferry, sempat la pegi kedai jual hasil makanan laut kat bazar tu. atas ferry, masing-masing dah penat, tak larat nak feeling-feeling titanic dah. kami hampir-hampir tertido dah.
sampai kat jetty lumut, kami singgah mkn, dan tapau untuk mlm. lepas tu tdoooo. sbb sok nak gerak ke KL seawal lepas subuh. esok sayee sambung dengan edisi vacation hari ke 3 plak. tata.
~~oh, untuk pengetahuan, kat Pangkor ada airport. sayee amat heran. masa pusing keliling pulau tu kami ada lalu kat area tu. iye, percaya lah..... atau sayee sorang je yang selok neh? hahaha.
No comments:
Post a Comment
LUAHKAN RASA ANDA DISINI