05 July 2010

vacation~Day 3

perjalanan untuk hari ke3 dimulakan seawal pukul 5 pagi. mmg ngntuk. penat berendam smlm lom ilang lagi dah kena paksa bukak mata. abg abdul kejut sayee, "syg, bgn. kalau lambat, abg g dlu ye". bole pulak dia terpikir nak tgglkan isteri comel dia ni? tak patut......


615am~check out. dengar bunyi azan je terus solat. masa tu dah siap susun beg kat tepi pintu. perjalanan dari lumut ke kl makan masa 4 jam. oleh kerana kami gerak awal dari yg dirancang, abg abdul drive pun dlm keadaan tenang. sempat sayee snap gambar sunrise. skeeee sgt.



segar sungguh mata ini dapat melihat matahari terbit di waktu pagi.....


dalam perjalanan ke tol bidor, kami mencari-cari warung untuk bersarapan. tibe-tibe nmpak satu warung yang menarik hati kami untuk berhenti. tak rugi, nasi lemak kat situ sedapp oh. biase kalau sayee mintak nasi lemak ayam, mesti dapat nasi lemak dan ayam goreng. tapi kat situ, sayee dapat nasi lemak dengan sambal dan telur dan kacang dan ikan bilis cam biasa. tapi ada extra ayam masak kari. caya laaa. sedap weyh! dan, teh tarik gelas plak kami dapat mug bertutup. yang besar tu. mmg best.

kami masuk tol bidor kul 830 pagi. mmg 2 jam dari lumut ke tol bidor. dasat sungguh perjalanan. merentasi 4 jambatan besar (seingat sayee laa).

kul 1030 kami sampai kl. terus g umah kakteh. abg abdul mintak tolong kakaknye (ibu kepada loppy) hntr kami ke KL sentral. sbb kami sampai awal, sempat la minum2 kat ani sup utara dlu. sampai kl sentral, ngam2 aje bas dah nak gerak. naik kul 1130, smpi 1230. betol2 sejam seperti yang dikatakan.

kami berdua malas nak usung beg-beg, terus check in aje. tggu kat dalam smpi kul 2. masuk flight aje, dua-dua lapo sbb masing-masing belom mkn tghari dengan sengaja nak makan kat atas awan biru. hihihi. 

tepat jam 315pm kami menjejakkan kaki ke bumi mahsuri. masa tunggu nak amik beg, dah beratur kutu-kutu sewa kete. abg abdul pinjam satu wira dengan harga rm160. kluar dari airport dah kul 4++. cari minyak dlu. kami jumpa ini!!!



dari stesen minyak terus ke Malibest Resort. sungguh excited tgk laut depan bilik. rase nak terjun dah. tapi abg abdul heret ajak jalan-jalan dlu. ajak makan sbb lapoo lagi. mkn di awan biru tak kenyang lah! kami cari ATM ke kuah. tapi mkn kat pantai cenang jugak. kedai ikan bakar depan underwater world.

muka masam sbb lapo. tak leh besar2 sbb muka selebet kelapran. hahaha.


view dari kedai makan. sementara menunggu makanan.


24 jun, hari paling indah dan romantik untuk sayee. sbb hari ini ialah 24hb. remember our anniversary, 240708 kan. dan yang paling indah, sayee dpt tgk matahari terbit dan matahari terbenam. indah nye perasaan...sunrise di bidor dan sunset di pantai cenang. oh, i love my abg abdul so much..!!


cantik kan matahari itu......

indahhhhhhh nyeee !!

SubhanAllah........

asalnya, kami nak lepak dan cam-whoring aje. tapi terlalu tak sabar nak terjun dlm air, akhirnya kami pulang ke bilik dan tukar pakaian untuk terjun......... maka, gambar-gambar matahari terbenam tersimpan dalam kenangan kami berdua aje lah...... mandi smpi tak ingt dah senja. 

bila teringat kesah suami isteri yang hanyut sehari sebelom kami sampai, sehingga detik kami mandi tu pun mayat maseh lom ditemui. terus naik lerr... insaf dengan keadaan dah maghrib.

mlm itu adalah sessi jalan-jalan buang masa. terasa rugi sungguh sewa kete mahal-mahal tapi kete tu lagi byk tersadai aje. tepi pantai cenang kan sungguh meriah dengan kedai-kedai. jalan-jalan saje la.

abg abdul paksa sayee buat camni....

bila masing-masing dah penat, sayee ajak abg abdul g refleksologi. dah lama ajak buat kat kuantan, tapi dia kata rugi sbb mahal. kat langkawi agak murah la jugak. sbb ada byk persaingan. tepi jalan dah byk kedai tukang urut, spa, refleksologi segala bagai.

oh, sayee dah gemok sgt kan??

lepas urut-urut, kami berdua jalan-jalan kat tepi pantai plak. pasir pantai cenang yang halus tu buat abg abdul jatuh cinta. asyik nak ke pantai aje dia.

hehehe. tamat sudah edisi hari ke3, akan bersambung next entry untuk edisi hari ke4 plak. tata.


~~oh, sebelom urut tadi kami pergi booking untuk island hopping besok. abg abdul nak snorkeling tapi sbb isteri comel dia nak sangat pegi mandi kat tasik dayang bunting, maka dia berkorban ler....!!! again, i LOVE you abg abdul.




No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads