27 June 2011

bila diriku milikmu...

idea ni tercetus masa sayee tgh lipat pakaian abg abdul hari khamis lepas. tibe2 timbul idea nak buat entry khas untuk sayee dan dia. bukan ape, sayee tak penah buat entry ttg kesah hati sayee dan dia kan.

disaat dia melafazkan ijabkabul, dia dah terima sayee sebagai isteri, dia dah terima satu tanggungjawab baru untuk membentuk isteri, membimbing isteri, menjaga isteri, menyediakan pakaian dan tempat utk dia dan isteri dia tinggal. kan? utk mane-mane suami pun, mmg itu lah yang dia harus pikul. 

sehingga hari ini dah 541 hari kami hidup bersama di bawah satu bumbung rumah, di bawah satu bumbung kereta, berkongsi tilam dan selimut yang sama, berkongsi bantal busyukk yang sama. dan selama 541 hari ini, sayee lah perempuan dia, satu2nya isteri dia. sayee lah perempuan paling baik untuk dia. sayee lah perempuan paling kurus di pandangan dia. sayee lah perempuan paling subur di mata dia. sayee lah perempuan paling manja di depan dia. sayee lah perempuan paling cantik comel di pandangan mata dia. sayee lah perempuan paling bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk menjadi suri di hati dia. walaupun sayee bukan perempuan paling baik di dunia, walaupun sayee gemok sebenarnye, walaupun sayee belom melahirkan zuriat untuk dia, walaupun sayee tak pandai memanjakan dia, walaupun sayee itam berjemur di tepi jalan.....

tapi, sampai hari ini dia tetap bersama sayee. dia tetap pulang ke rumah kami selepas abis keje, dia tetap bawak sayee balik ke rumah parents dia di hujung mggu (kadang2 umah parents sayee). dan dia tetap call / sms sayee bila berjauhan waktu keje. tak lupe jugak, dia tetap makan dinner yang sayee masak walaupun kadang-kadang hanya nasi putih dan ayam goreng.

nama dia tersisip di dalam doaku usai solat. dia adalah suami sayee, Abg Abdul ku yang tersayang.


hari ini ulang tahun kelahiran sayee yang ke 28. adiah yang sayee mintak dari dia, tidak harta benda, tidak jugak intan berlian. tapi cuma, harapan tinggi menggunung supaya perkahwinan yang kami bina atas dasar cinta diiringi doa ke hadrat Ilahi agar sentiasa dipanjangkan jodoh antara kami berdua, sentiasa dalam lindunganNya. semoga hubungan hati yang suci ini direstui olehMu Ya Allah. semoga sayee dan suami dimurahkan rezeki halal melimpah ruah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. semoga tiada insan lain yang menggangu gugat hubungan kami. 



6 comments:

  1. hepi bestday angah. may all uyour dream come true :)

    ReplyDelete
  2. tq yatie.. amin...

    yatie x sehat ek? jgn lupe mkn ubat ye.. suh solah balik awal.. sok sambung buat keje... :) take care..

    ReplyDelete
  3. wah2....sgt2 likey...!! so happy for yaaa.....hepi birthday..!! ;)

    ReplyDelete
  4. ej, aku pun eppy gakz mlm tu.. ekekke...

    thanx again dearie... :D

    ReplyDelete
  5. Moga bahagia..tersentuh gak baca coretan ini...

    kak smile lyn ;)

    ReplyDelete
  6. tima kasih kak lyn... doakan sayee yee....

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads