24 July 2010

2 yrs ago~

sempena 240710 bersamaan dengan hari ke 203 abg abdul dan sayee bergelar suami dan isteri, sayee terkenang kembali peristiwa abg abdul meluahkan perasaan melamar sayee 2 tahun lepas. so, sayee nak abadikan di dalam blog ni supaya tahun depan dan tahun-tahun seterusnya sayee bole baca lagi. semoga sayee takkan lupe peristiwa manis dan suweet umpama gula-gula ni.


abg abdul dan sayee masing-masing dah lama simpan perasaan towards each other. tapi perasaan tu melekat kat dlm kerongkong masing-masing aje. nak diluahkan melalui perbuatan, tapi masing-masing agak kurang memahami ekoran dari kurangnya pengalaman bercinta. kuhik kuhik.


akhirnya; 2.12 am - 24july2008.

ketika ramai orang dah dibuai mimpi, abg abdul dan sayee masing-masing memegang hp masing-masing di bilik masing-masing. abg abdul di IM2/50 dan sayee plak di IM2/9 tgh berdebar menunggu partner masing-masing reply sms.


petang 23july2008, sayee telah melukakan hati abg abdul dengan perbuatan sayee yang kurang manis. perbuatan itu tidak dapat sayee nyatakan disini sbb ianya ada kaitan dengan yang hidup dan belom lagi mati. diringkas cerita, abg abdul membawa hati yang lara ke umah kakak di bukit goh. sampai kul 10 lebey baru dia balik ke umah IM2/50. sayee yang dari tadi menunggu kabar berita abg abdul, agak merajuk sbb abg abdul langsung tak kirim kabar berita masa dia kat umah kakak dia. reply sms pun ala-ala pendek dan sepatah-sepatah aje.


keadaan berlanjutan sehingga la sayee tidak dapat mengawal kemarahan kemerajukan lalu mematikan tepon dan tidoooo. konon-konon nak balas dendam tdo sampai ke pagi. tapi terjaga pulak kul 1245. bila on semula tepon, ada la msg dari abg abdul dengan nada memujuk. msg tu baru je beberapa minit yang lepas, maka sayee pun reply dengan harapan dia tak tdo lagi. SAH, mmg dia tunggu sayee.


kami ber'sms' lah. yang sorang tu sebok menerangkan kenapa balik umah kakak tak bg kabar berita. sorang lagi sebok menerangkan ttg kejadian sebenar petang 23july tu. keadaan berlanjutan laa sehingga ke pukul 2pagi. tibe-tibe, abg abdul meluahkan perasaan dengan panjang lebar.


sayee terus nak pengsan. untuk mengelakkan kejadian pengsan-pengsan berlaku, kami pun bergayut. dan sekali lagi abg abdul meluahkan perasaan secara LIVE menerusi corong tepon. sekali lagi rase nak pengsan.


mlm itu kami tdo dengan perasaan bahagia dan indah. terasa seperti lambat sungguh pagi nak menjelma. masing-masing tak sabar nak jmpa mata bertentang mata di opis. hehehe.


mari kita layan, gambar-gambar di opis penemu jodoh kami ye.

tepon berbunyi atas meja dia, tapi dia malas jwb, bila sayee jwb. panggilan tu utk dia. dia suh sayee buat camni.
notty kan?


semata-mata nak cari point menego, sayee pura-pura mintak tolong dengan dia.
lgpun dia kan senior engineer sayee.


candid by kak linda.
konon2 tgh  discuss la ni. padahal niat di hati nak dating. 


gambar ni sayee email to mummy, zeta, acu dan midd.
mintak approval. padahal masing-masing cuma pendam rasa lagi masa ni.


otw g F1 sepang, baju sedondon itu kebetulan aje.



balik dari sepang, g jumpa dina.
gambar ni, dina suh sayee dok sebelah abg abdul dan dia nak candid.
tapi ramai plak yang itu orang yang kaco daun.


sayee suprise kan abg abdul. tapi dia plak g bengkel. kul 2 pagi baru potong kek.


bday ke 24 tapi sayee letak 42. saje buat nakal.


bday sayee kat mcd. dok jauh-jauh je. pendam rasa la katakan.
bday last sbg single. 26th bday, kami bertunang.


masa ni sayee wish sayee dpt abg abdul. doa sebelom tiup lilin tu.
tak smpi sebulan lepas bday sayee, abg abdul luahkan rase.
bestt.



~~udah-udah la terkenang teringat. abg abdul ku baru sajee pegi keje smula, lmbt lagi nak tggu kul 5. nnti lama sangat menahan rindu. auwww..!!


2 comments:

  1. xsangka, luas taman dlm hati abg abdul awk tu ek..hehe anw, moga berbahgia berdua di dunia akhirat (^^)/

    ReplyDelete
  2. taman dlm hati? hehehe.. nway, tq for the prayer.. amin...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads