05 May 2010

vacation with in laws

saje la letak gambar strawrebby, nak bgtau dia g vacation ke cameron. ngade2. nyampah! 
hehehe. sebelom korang ckp, biar sayee yg ckp kat diri sendiri.


1 mei 2010 bersamaan 16 Jamadil Awal 1431H. genap 4 bulan kami berumah dan bertangga. alhamdulillah. sayee bersyukur ke hadrat Allah kerana memberi peluang untuk sayee berkongsi hidup indah bersama abg abdul.

disebabkan itu, maka kerajaan Malaysia telah menganugerahkan kami cooti sehari sempena genap 4 bulan hidup bersama. chewahhhh... (kalau betol la kan, sungguh indah...)

sudah laa berangan, kita teruskan cerita asal. 1 mei kan hari buruh jatuh plak pada hari sabtu. maka dapatlah abg abdul bercuti selama 2 hari. sekalian keluarga abg abdul mengajak bercuti-cuti malaysia ke cameron highlands. setelah menghadapi beberapa komplikasi, akhirnya tepat jam 8 pagi kami bertolak dari umah gelanggi. beriringan seramai 3 buah kereta. rombongan cik kiah kaann.

View Larger Map
laluan yang kami lalu dari gelanggi ke sg koyan.


dari sg koyan, kami lalu ikut pos betau. jalan ni jalan baru, belom siap sepenuhnya. route C156 kalau sayee tak silap. ada laa lebey kurang 5km jalan yang maseh belom siap. sikit mencabar la nak lalu sbb kereta bukan 4wd. tp ikut jalan ni leh jimat masa. if ikut gua musang, 4 jam. if ikut pos betau ni, dari sg koyan ke tanah rata cuma sejam setengah je. jimat kan?

kami sampai kat tanah rata kul 1, tp lom leh masuk apartment tu sbb prev guests lom kuar. so, kitorang g sakan dlu sbb my FIL tertinggal beg pakaian dia.

bukti kami g sakan cameron highlands. hehehe.

check in at 2pm. lepas mkn n performed our solat zuhur and asar, sessi jelajah sekitar cameron dimulakan pada pukul 5pm.

abg abdul muka penat + lapooo tp maintain encem! hehehe.


naseb yang tidak berapa baik, kami tersekat dalam kesesakan jalanraya. akibat daripada pasar malam di brinchang. mmg panjang kena beratur, dari tanah rata sesak sket, yg betol2 sesak dari brinchang ke kea farm. mmg dasat! smpi ada yang hampir2 nak bergaduh!



nmpk? mmg tak bergerak! ni gambar masa otw turun dah.


sempat la singgah2 kejap, amek gambar. yg ni kat uncle sam rasenye

yang ini jugak tmpt yg sama~pakaian harus sedondon ala2 romantik gitu

kul 8pm, kami teruskan jugak perjalanan turun nak balik ke tanah rata. ada yang sempat singgah pasar malam. tapi sayee dan abg abdul dan warga cbc yang lain terus balik ke bilik aje. sbb mmg dah penat. budak2 pun dah start nanges. rimas kot. smpi bilik kul 11lebey dah. maseng2 lapo, tp mkn bekal je. lepas solat, terus tdo. sejukkkkkkkk.

esok, seawal lepas subuh MIL dah ajak kluar beli sayur. kitorang pun terus check out n gerak ke Kea Farm. tempat yang sesuai untuk memborong sayur-sayuran dan segala bagai laa. sayee dan abg abdul cuma beli sket sayur2 dan keledek untuk mak. lain2 tu cuma jalan2 aje. cari fridge magnet.

suasana kat Kea Farm, photo from google

abg abdul posing ala2 mawi kat dalam salah satu kedai. hahaha.

yg ini sayee mintak ngn abg abdul. seb baik dilayan. sebelom tu mintak bunga, bolayan!!! sesobss.


lepas menghabiskan duit borong sayur2an, kami gerak ke BOH sungei Palas. FIL ajak mengeteh sudah. penat kot layan pompuan2 shopping sayur.

tgk la abg abdul, excited sungguh nak g ngeteh, ajak amik gambar pun taknak posing dah.

ladang teh hijauuuuu je..

posing keretapi comeyyy.

lepas ngeteh dan beli teh, kami gerak nak pulang. tp singgah mkn dlu kat tanah rata. dari tanah rata kul 3, smpi koyan kul 430. benti solat kat masjid al-muhajirin. sampai umah kul 730. masing-masing penat tp gembira!! nti bila jalan pos betau dan sempurna, mesti kejap je nak sampai ke cameron. ske ske ske!!

all of us without abg teh the cameraman. after makan kat tanah rata.


akan tetapi, 

ada satu tempat. kami sepatutnye pegi sini; 



supaya kami dapat buat ini;


seperti ini; 


tapi tak dapat peluang. maybe next time ok...



4 comments:

  1. wahhh.......
    saya rindu dengan semua orang dalam semua gambar...
    huhu...sedih.
    bilakah mahu jumpa pakcik n makcik lagi juga tatau...
    kak alifah bawaklah mereka semua datang ke shah alam..:D

    ReplyDelete
  2. hehehe.. ayuh la balik gelanggi.. bacang nak kenalkan rose dgn kazen yg bujang2.. hehehe...

    ReplyDelete
  3. Sedapnye nmpk stoberi cicah ceklat tu...yumyum!
    k.jue x penah lagi g Cameron... Cameron ada dlm list 'Nak Bercuti2 Ntahnye Bila' K.jue...hikhikhik

    ReplyDelete
  4. sedap jugak.. rase mcm masam2 manis.. kak jue, nnti jalan pos betau dah totally siap, dekat aje nak g cameron dari jtut/jengka.

    pegi la cuti-cuti cameron...(promote)

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads