05 May 2010

pompuan ni mmg clumsy!!

super duper clumsy woman : photo from google

1) kejadian mggu lepas; sayee hampir2 jatuh tersungkur kat dlm bilik air bawah masa nak membasuh para tudung-tudung yang sudah terkumpul sekian lamanye. (hahaha. yek yek kan..) my point is, sayee hampir2 nak JATUH TERSUNGKUR. (siap ulang suara tuh.) bilik air bawah tu mcm ada tinggi rendah, sayee nak langkah tmpt tggi tu sbb paip air kat situ, masa tu ar nak terlanggar bucu lantai tu, hampir2 tersungkur. isk isk. sempat sayee berpegang pada dinding. tidak jadi tersungkur lahhh.

2) keesokkan harinya; sayee tergelincir kat bilik air atas plak. tapi sempat la berpaut pada toilet bowl. (again, yek yek kan..) 

photo from google lagi

3) kejadian hari semalam; yang ni paling menyayat hati. sbb melibatkan darah yang banyak. sayee balik jengka sbb nak bagi keropok untuk mak bawak ke bandung. (sian kat adik ku yang semakin hari semakin kurus sbb tiada keseleraan makan makanan bandung. 

sampai kat jengka, sayee dok kat kerusi depan meja pc. kerusi tu kerusi meja makan yang lama, dah hampir2 rosak sbb dah lama kan. pastu masa nak tarik kerusi tu ke depan sket, jari tgh belah kanan tersepit kat bawah tmpt duduk tu. dlm masa yang sama, sayee dah duduk. bila rase sakit, sayee tarik jari tu. jadi pertumpahan darah yang agak dasat!! sesobss.

gambar baru disnap 5 minit yang lepas. dah cuci tp darah beku kat dlm maseh jelas.

zoom sket, nampak tak?

yang ni lebey jelas.

sekarang pun maseh lagi sedey-mode + denyut2-mode + takleh menaip-mode!!

yang suweet dan yang tidak suweet nye ialah, abah sayee terus bgn bila tgk jari sayee berdarah. amik minyak dan sapukan kat jari sayee. kejadian itu disaksikan oleh abah dan abg abdul. yang tidak suweet nye ialah, abg abdul buat tak tau aje. dia meneruskan aktiviti menonton berita tanpa mempedulikan sayee yang sedang berdarah ini. lepas abah buh minyak, sayee sendiri yang g kat abg abdul, ngadu2. sesobs again.

4) kejadian pg td; sayee nak g toilet. bila nak balik ke bilik sayee semula, sayee tersadung kat bendul pintu. uwaaaaaaaaaaa... knape kah???


~~pagi tadi dlm kete otw balik ktn, sayee tanye abg abdul. knape tak dtg tgk masa sayee berdarah2 tu. dia bole jawab "sbb abah dah bgn, dia segan nak bgn". sayee pun belasah laa satu das. "nti mesti abah citer kat mak tentang kerisauan hatinya melepaskan sayee kepada abg abdul !! ye la kan, dah berguguran darah ku jatuh menyembah bumi, dia maseh tidak bergerak ke arah sayee". hahaha. dia terus risau satu das!!

~~terpikir nak ngadu kat MIL plak. sure abg abdul kena marah kan? hahahaha. nakal-mode!


No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads