20 January 2016

pencapaian tahunan

2010 - saya mendirikan rumahtangga

2011 - own a house

2012 - menjadi mak

2013 - upgrade sedan to mpv

2014 - menjadi mak kepada 2 heroes

2015 - nada nada nada

dua ribu lima belas adalah tahun yang sangat sukar, too tough to handle, involved a lot of tears, lebih duka dari suka, lebih airmata dari tawa. T_____T

tapi, alhamdulillah berjaya melepasi semua rintangan dan dugaan. syukur Ya Allah kerana mengasihani hambaMu ini.

dua ribu lima belas, yang bole dikenang cuma bawak anak2 merasa naik flight. mmg budak budak ni tak kan dapat ingat pun memori naik flight ni bila besar nnti. tapi at least dalam setahun dua ni bole la bercerita pengalaman dia naik kapal terbang. ;)

selain itu, yg takkan dilupakan ialah memori stress siddiq masuk wad 3x tahun 2015. bulan jan, bulan ogos, dan bulan september. sambut hari raya korban kat wad bole? mmg pengorbanan sungguh. wuwuwuwuwu taknak ingat dah kalau bole. semoga tahun 2016 ni siddiq dan solleh dan semua sihat2 sahaja. insyaAllah aamiin.















ok, cukup segala memori tak indah. ;) di kuantan, rumah impian perdana adalah berhadapan dengan padang permainan. saya sebut "padang permainan" bukan "taman permainan" adalah kerana padang tu mmg besar. ada budak2 main bola sepak. tepi tu ada court badminton/takraw lagi. dan jugak ada buaian dan gelongsor. mmg boleh dikatakan setiap hari abg abdul bawak solleh siddiq turun ke situ. sejak siddiq dah berjalan mmg saya serahkan aktiviti riadah petang tu bulat2 kepada abg abdul. saya dok rumah buat keje lain yang patut. keje yang perlu diselesaikan dengan segera tanpa gangguan siddiq nak berdokong la contohnya. semenjak berpindah ke jengka, budak budak ni mmg kurang aktiviti luar. sbb nak ke taman mainan mmg agak jauh dari rumah makabah saya. agak kerap jugak lah, bila balik dari taska saya akan bawak mereka ke taman permainan. bertukar ganti. hari ni di taman desa jaya 2, esok di taman jengka indah, lepas tu ke taman permatang shahbandar pula, dan pernah jugak di taman permatang shahbandar 2. bila pulang ke rumah, mood mereka lebih baik. badan penat mungkin. sampai rumah terus mandi, lepas mandi terus makan dengan senang hati, lepas maghrib dah ajak berbaring2 utk tdo. part ni mmg indah. :D








lagi kisah indah di tahun 2015 ialah potty train solleh. 3y++ dah budak bertuah tu. akhirnya berjaya jugak diaper-less. beberapa kali mencuba akhirnya berjaya. masa tu, dia sendiri yang tak nak pakai diaper. berkejaran lah mak dia g beli seluar dalam utk dia. try beli yang jenis brief tu dia tak suka. maka, pakai la yang macam boxer tu tapi jenis yang ketat mcm legging tu. tak pandai nak explain bentuk seluar kecik dia tu (perlukah explain? hahaha).

kongsi pengalaman potty train mmg mengundang stress jugak sebenarnya. byk kali kena mop lantai tau. sudah lah tinggal bersama makabah, rumah yang byk fabrik (sofa, karpet etc). mmg kena bersabar sangat2. kejadian terlepas poopoo merasa jugak lah sekali. masa tu dia main panjat2 kat cermin dalam bilik. pastu dia terbe.rak. dia jerit "mak, tolong aleh ni, tolong, tolong!!!" saya berlari dan jumpa 3 tompok ta.hik dia. mujur tak cicir2 merata. nak gelak pun ada, sebab kat sebelah meja cermin tu siddiq tengah mkn pisang goreng dengan penuh selera. kahkahkah.

cara yang betul2 menjadi ialah cara yang direka oleh abg abdul. abg abdul kata, "kalau solleh ken.cing be.rak kat tandas, abah bg duit syiling. bole masuk tabung, nak?" kebetulan dia mmg baru dapat tabung RHB yang warna pink tu. kalau masuk syiling dia menyala lampu. suka la dia. siap tanya, "kalau aleh kentut, abah bg duit tak?" "amboihhhh, kentut pun nak jual kat abah jugak?". dia jawab dengan deraian gelak ketawa. kahkahkah. bila tabung dia dah berat, abah dia janji nak keluarkan duit tu utk beli toys yang dia pilih sendiri. seronok la dia.

seluar kecik solleh jenis camni lah. tak sangka jumpa dalam google ;)


hadiah sbb berjaya potty train.


ok lah. till next entry. bai.......


1 comment:

  1. Hello Blogger!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads