08 November 2014

senarai kesyukuran saya ~ part 1

1. sayee ada rumah. walaupun tak besar mane. sekadar teres 3bedrooms+2bathrooms je. tapi itu rumah sayee sekeluarga berlindung dari hujan dan panas. rumah itu rumah sendiri bukan disewa. Alhamdulillah.

2. sayee ada pendapatan. banyak tapi tak berlebih, sikit tapi mencukupi untuk keperluan harian. sayee akan bekerja bersungguh2 supaya sayee kekal ada pendapatan mcmni. mudah2an tahun depan dapat bonus lagi dan dapat increment lagi. dan sayee bersyukur kerja sayee tak perlukan sayee stay di opis selepas waktu keje tamat. sayee bole balik on time, jmpa anak2. Alhamdulillah.

3. sayee ada abg abdul. duduk sekali. jumpa setiap hari. walaupun tak dapat berkepit 24jam, tapi syukur dapat jmpa setiap hari. walaupun tak dapat seat together and having every meals together tapi sayee bersyukur, sayee ada dia.

4. anak2 yang sihat dan sempurna di mata sayee. membesar depan mata (bila kerja, dok umah pengasuh lah). anak2 yang keletah nye bole buat sayee sengeh2 sorang kat opis bila teringat kat dia. anak2 yang kadang2 bgn tgh malam nak main lah, nak merengek lah. sekurang2nya ada anak2 yang akan mendoakan sayee nanti. insyaAllah.

5. sayee ada mak dan abah (dan mertua). sayee bersyukur sayee masih punya mereka. masih bole jmpa mereka ujung minggu, masih bole call borak2, masih bole luahkan rasa, masih bole dengar nasihat mereka. syukur Alhamdulillah.

6. sayee ada kenderaan yang besar. fuhh, sayee kagum dengan exora sayee yang besar. beli deep freezer bole angkut naik exora je ok. takyah shipping2 postage2 bagai. hahha. dan CAH, sayee masih sayang kamu.

7. sayee masih ada waktu lapang utk bawak anak2 main kat padang. walaupun tidak setiap hari tapi alhamdulillah.

8. sayee ada selera makan, tak pernah plak rase taknak makan. kalau tak makan nti susu tak dijana plak kan.

9. sayee bersyukur sayee ada stock susu badan yang beratus2 oz. ketika susu merudum seperti sekarang ni, sayee belom perlu rase stress lagi. masih sempat untuk mencari jalan/idea untuk menambahkan production susu seperti biasa.

10. sayee bersyukur sayee sihat, bole jaga anak2 dan rumahtangga. berilah kesihatan yang berpanjangan kepada sayee Ya Allah.

11. sayee ada pengasuh yang baik dan penyayang. syukur Ya Allah. belom pernah solleh balik dari rumah pengasuh mengadu ape2 yang tak elok. siddiq pun belom pernah jmpa kesan luka atau lebam. kalau ada sikit2, itu perkara biasa. sayee kenal anak sayee. mmg ske memanjat dan melompat.

No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads