30 June 2011

Happy Birthday Nana + Pedot


Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Nana Nurgaya
Happy Birthday tooooooo youuuuuuuu..


nana ni kawan skolah sayee masa f 4 n f5. brape kali dah sayee citer bende ni kan. dan dia jugak yg shoot gambar kami masa kawen dlu. ni pon dah byk kali citer. dan, dia jugak bday dekat2 dgn sayee. dan dekat2 jugak ngn suami dia. beza 2 hari je. tapi umur suami dia sayee tak pasti plak.


Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Pedot
Happy Birthday tooooooo youuuuuuuu..

pedot ni plak, kawan sayee masa kat usm dlu. tapi sayee dak civil, dia dah kimia. tapi kami rapat start 2nd year. camne tah leh rapat. tapi smpi skang, kami bestfriend. "weyh pedot, aku doakan kau cepat dapat jodoh. dan aku doakan kau berjodoh dengan along. saha pun kata korang nmpk sesuai. amin." opsss. jgn marah...



bestday prezzie

best kan dapat adiah? ahad lepas, sayee singgah jengka jap sebelom balik kuantan. ahad tu kan 26hb. sehari sebelom bestday sayee esoknye 27hb. jadi, sayee pun tuntut adiah bestday dari mummy aina. pastu dia pun kasi ini!!!


sepasang pisau Tupperware Brands !!! siap ada sarung ok!!!

sbnrnye pisau ni suatu ketika dlu mmg ada dalam katalog. tapi masa tu sayee belom berkecimpung dalam tupperware. skang ni, dah takde dalam katalog. aritu, masa along balik taiping, dia jmpa pisau ni kat kedai tupperware kat taiping. terus la dia beli. sayee kirim ngn dia. tapi ahad lepas masa sayee tuntut pisau ni, sayee tak byr balik kat along. maka, sayee assume la pisau ni bestday present utk sayee!!! bole?




29 June 2011

Happy Birthday Diana


Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Diana
Happy Birthday tooooooo youuuuuuuu..


ni pon birthday yang ke 28. tapi dia anak sulong. diana ni kawan pejabat sayee jugak. suami dia plak sama keje ngn abg abdul. dlu, suami dia keje sama ngn kitorang jugak, tapi polisi syarikat takleh keje suami isteri. maka, salah sorang kena benti keje. lepas kawen, terus suami dia keje sama ngn abg abdul. 


WW#3 s.u.w.e.e.t


ada gaya seorang ABANG kan?


28 June 2011

Happy Birthday Ji (Mak Aisyah) + Nasa


Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Mak Aisyah
Happy Birthday tooooooo youuuuuuuu..

patutnye sayee tulis Happy Birthday to Angah Aziah, sbb ji (mak aisyah) ni pun anak ke2 jugak. tapi sbb takde org panggil dia angah, sayee letak 'mak aisyah' la ye. dia ni isteri kepada amin. amin ni plak kawan pejabat sayee dan kawan serumah abg abdul masa bujang dlu. mak aisyah pun bday yg ke28 jugak. sama umur je.


Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Nasa Ismail
Happy Birthday tooooooo youuuuuuuu..

Nasa Ismail ni plak, suami kepada nana kawan baik sayee masa sekolah f4 n f5 dlu. bday dia 28 jun, tapi sayee tak ingat tahun dia lahir. nana n suami n geng dlu photog kami masa kawen. cantik sungguh gambar kami, sbb dorg yg shoot. :D

oh, last year kami celebrate bday sama2 jugak. kat umah sepakat-membawa-berkat.




27 June 2011

Happy Birthday Angah Alifah


Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Angah Alifah
Happy Birthday tooooooo youuuuuuuu..




mode: bahagia sbb abg abdul belikan cheesecake utk bday sayee. pastu dia masakkan burger special. oh, kek tu suprise giler, sayee tatau bile dia g beli. bila tanye dia jawab "rahsiyee".. hmmmphhh..!!

tapi ape2pun, "terima kasih abg, sbb belikan kek utk syg.. macam tau-tau je syg mengidam nak cheesecake.."

cheesecake + air nescafe utk bday gurl + ali cafe utk suami bday gurl


bila diriku milikmu...

idea ni tercetus masa sayee tgh lipat pakaian abg abdul hari khamis lepas. tibe2 timbul idea nak buat entry khas untuk sayee dan dia. bukan ape, sayee tak penah buat entry ttg kesah hati sayee dan dia kan.

disaat dia melafazkan ijabkabul, dia dah terima sayee sebagai isteri, dia dah terima satu tanggungjawab baru untuk membentuk isteri, membimbing isteri, menjaga isteri, menyediakan pakaian dan tempat utk dia dan isteri dia tinggal. kan? utk mane-mane suami pun, mmg itu lah yang dia harus pikul. 

sehingga hari ini dah 541 hari kami hidup bersama di bawah satu bumbung rumah, di bawah satu bumbung kereta, berkongsi tilam dan selimut yang sama, berkongsi bantal busyukk yang sama. dan selama 541 hari ini, sayee lah perempuan dia, satu2nya isteri dia. sayee lah perempuan paling baik untuk dia. sayee lah perempuan paling kurus di pandangan dia. sayee lah perempuan paling subur di mata dia. sayee lah perempuan paling manja di depan dia. sayee lah perempuan paling cantik comel di pandangan mata dia. sayee lah perempuan paling bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk menjadi suri di hati dia. walaupun sayee bukan perempuan paling baik di dunia, walaupun sayee gemok sebenarnye, walaupun sayee belom melahirkan zuriat untuk dia, walaupun sayee tak pandai memanjakan dia, walaupun sayee itam berjemur di tepi jalan.....

tapi, sampai hari ini dia tetap bersama sayee. dia tetap pulang ke rumah kami selepas abis keje, dia tetap bawak sayee balik ke rumah parents dia di hujung mggu (kadang2 umah parents sayee). dan dia tetap call / sms sayee bila berjauhan waktu keje. tak lupe jugak, dia tetap makan dinner yang sayee masak walaupun kadang-kadang hanya nasi putih dan ayam goreng.

nama dia tersisip di dalam doaku usai solat. dia adalah suami sayee, Abg Abdul ku yang tersayang.


hari ini ulang tahun kelahiran sayee yang ke 28. adiah yang sayee mintak dari dia, tidak harta benda, tidak jugak intan berlian. tapi cuma, harapan tinggi menggunung supaya perkahwinan yang kami bina atas dasar cinta diiringi doa ke hadrat Ilahi agar sentiasa dipanjangkan jodoh antara kami berdua, sentiasa dalam lindunganNya. semoga hubungan hati yang suci ini direstui olehMu Ya Allah. semoga sayee dan suami dimurahkan rezeki halal melimpah ruah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. semoga tiada insan lain yang menggangu gugat hubungan kami. 



26 June 2011

Happy Birthday Angah Farina


Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Angah Farina
Happy Birthday tooooooo youuuuuuuu..


Angah Farina ni sepupu kepada kawan baik sayee ie Anaconda.. dia dok kat n9. masa sayee matrik kat KC dlu, mak dia berniaga kat kedai makan kat bahau. penah jmpa mak dia beberapa kali kat situ. tapi tak penah jmpa angah ni. 1st time jmpa masa wedding anaconda la. masa tu kami tukar2 id ym. terus la jadi rapat smpi skang. masa wedding angah farina ni may2008, abg abdul la yg teman sayee g. kat felda palong. masa tu baru berkawan je ngn abg abdul. angah farina ni dah ada sorang anak lelaki nama danish. skang plak tgh pregnant anak ke2.. 

so, happy birthday to you ye. take care.....





24 June 2011

off to Kuala Selangor

mggu ni sayee akan ke Kuala Selangor untuk kenduri kawen my SIL's SIL. paham ke? ok, erti kata lain sayee citer kat bawah ni.

sayee
|
|
abg abdul = suami sayee
|
|
cikna = adik abg abdul aka SIL
|
|
shafik = suami cikna
|
|
adik shafik = my SIL's SIL la kan?


dah alang-alang jmpa ni, bole la sayee bg duit keuntungan cikna skali. untung ape lagi, jual tupperware laa. tupperware dia yg ada kat semenanjung dlu, dia mintak sayee jualkan, baru skang dpt jmpa nak kasi duit untung nyee.




23 June 2011

K.A.N.T.O.I

bukan lah kantoi amende. tapi kantoi kena capture masa makan, masa nak amik makanan, masa mengketedarah!!! opsss...

gambar-gambar ni adalah semasa jamuan-jamuan kat opis ni. sayee mane sedar diri sendiri kena capture. maka, mmg huduh la gambar-gambar ni. sayee dah gelak kat diri sendiri dah. korang nak gelak pulak, silakan laa.

"lambat pulak org sebelah ni cedok mknn. lapooo dah ni!!!"

bila dah dapat, terus menyuap tak pandang kiri kanan dah.




ni gambar jamuan hari lain plak. rasenye masa ni ada buat potluck kot. sayee bawak kek pisang. tapi sayee tak mkn pun kek yg sayee bawak. dok mkn mknn org lain bawak. seme nye sedap-sedap belaka.





nmpk pompuan bertudung merah belakang tu? tgh melantak.

ni tgh 'jual minyak'











sayee kalau dah dapat makan, mmg tak pandang kiri kanan dah. lagi-lagi kalau makanan masa jamuan potluck. mmg skeee. sbb ada byk jenis mknn. haisssh, sedapnyeeee lah!!!


21 June 2011

weekend cara sayee..

setelah beberapa minggu kami tidak berhujung minggu di umah Impian Perdana, akhirnya mggu lepas dapat jugak. tapi kami berdua sebok plak. tak sempat nak melepak2 di Impian Perdana. abg abdul macam biase la, keje ari sabtu. ahad pun dia g keje. sayee plak, sabtu ahad ada event tupperware dan jugak director meeting.

sabtu 18jun 2011.

kul 11 lebey, sayee g umah aisyah ni. abah aisyah ni opismate sayee. dan jugak ex-housemate abg abdul masa bujang dlu. secara tak langsung sayee ngn mak aisyah ni pun rapat jugak la. memandangkan abg abdul keje sabtu tu, sayee pun g la awal sket kat umah ni. ada kenduri doa selamat dan birthday party aisyah yg setahun. abg abdul plak smpi dalam kul 2, lepas abg abdul siap mkn, sayee terus g tupperware business center kat jalan teluk sisek tu. dok 'keje' kat sana, smpi kul 6 camtu.

antara aktiviti petang sabtu ialah;

# demo masak pizza guna tupper chef fryer
# demo masak lempeng nyorrr guna tupper chef fryer
# jualan best buy
# demo water filter tupperware brands
# lots of gamessss
# etc etc


ni lah aisyah
happy birthday comeyyy!!

sesi perkenalan dgn peserta games jigsaw puzzle

main jigsaw puzzle gambar untuk promo ECO by tupperware







ni plak games MAK HARIMAU
peserta nya mak budak dan budak-budak





demo masak pizza 




ahad 19jun 2011

pagi-pagi abg abdul dah g keje. sayee plak bgn kemas-kemas umah sket sbb mak n kawansss n singgah nnti sebelom g director meeting tu. dalam kul 1030, kami gerak g business center (BC). meeting dari kul 1130 - 130. lepas tu makan nasi dagang. lepas solat kat masjid negeri, kami g BC semula utk event petang. mula2 smpi ada pertandingan mewarna utk budak-budak. lepas tu ada pertandingan kuiz utk mak-mak budak. dan, maseh ada lagi jualan best buy. cuma ari ahad takde demo masak-masak lagi dah. lepas kuiz, terus penyampaian hadiah dan jugak lucky draw. yeaaaaay...!!

baru nak start mewarna


sesi warming up kena menari lagu chicken dance dlu.
tapi mak budak yg over menari. hehehe



untuk hari sabtu dan ahad tu, sayee dapat jugak keuntungan dari jualan kepada pembeli bukan ahli. so, discounts tu sayee la yg punye. best jugak dapat duit cash kan. 25% tu, sape nak kasi??? kalau ada sape2 berminat, meh la join ngn sayee. bisnes yang tak perlukan modal yg banyak. cuma rm60 jeeee.


Related Posts with Thumbnails

ads