14 October 2010

update !!

salam...

sayee selalu runsing bila dah lama x update blog. pasalnya, terlalu byk citer, terlalu byk drafts kat post sayee ni tapi tak tau camne nak publish. pasalnye, takut nnti ada yang terkeliru, ada yang jadi runsing mcm sayee plak.

ari ni, bila baca entry mommy qastalani, sayee dapat idea camne nak buat bila perkara camni jadi kat sayee. mommy, kalau tante tiru cara mommy, itu dikira sebagai satu kesalahan ke tak mommy? hehehehe.

contohnya, sampai sekarang sayee maseh belom publish citer raya sayee kan? itu adalah kerana sayee takde gambar. rase tak syok sungguh kalau buat entry takde gambar. mcm kurang menarik plak. (konon letak gambar tu blog menarik ke angah oii???) hehehe.

takpe lah, nnti kalau dah nak masuk bulan puasa 1432H, sayee publish la kot. insyaAllah kalau diberi peluang untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan lagi.

hari ini, wpun belom diberi kebenaran oleh mommy qastalani untuk tiru cara dia, sayee cuba-cuba la untuk tiru. last week agak lama jugak sayee berdiam diri kan? dari 5 oktober sampai 10 oktober. 5 hari gak tuh takde updates.

1) seme dah tau, adik suami sayee dah selamat melahirkan pada 5 oktober tu kan. pada hari yang sama jugak, adik mak sayee meninggal dunia. umur dia baru 27 tahun, tapi Allah lebey sayangkan dia. sayee sempat melawat jenazah di HTAA, masa tu belom usai urusan untuk dibawa pulang. oleh kerana, hari bekerja dan kebetulan mmg byk laporan nak disiapkan ari tuh, maka sayee dan abg abdul tidak ke Keratong untuk sama-sama ketika pengebumian. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. amin.

petang tu, mak sayee dan mak sedare sayee datang umah sepakat-membawa-berkat. sbb dah lewat sampai dari keratong, mereka berdua tdo di sini saje. besok pagi tu sayee goreng nasi versi MIL untuk sarapan.

2) mak sedare sayee (makcu) yg dok kat melaka tu dapat cooti 3 hari sbb ada kematian kan. kebetulan plak 10.10.10 ada kenduri nenek sedare kat kuantan ni. maka, makcu pun terkedek-kedek la 'check in' di sepakat-membawa-berkat. hehehhe. dari hari khamis sampai isnin dorg lepak sini. ye lah, nak dok umah kenduri mesti bersempit-sempitan kan. sarapan pertama (jumaat), mee goreng sedap!! sarapan kedua (sabtu), nasi goreng versi MIL lagi!! sarapan ketiga (ahad) sayee balik gelanggi, jadi mereka jadi tuan umah. taktau mkn pe. kat umah kenduri kot. sarapan keempat (isnin) cekodok pisang enak!!

3) majlis perkahwinan rosdiana dan helmi. ari sabtu 9 okt, sayee ke temerloh sbb ada kenduri kawen diana n helmi. dua-dua ni adalah rakan sekerja sayee. tahniah ye!!! sayee ske g kenduri kawen!

pic source, diana's FB


4) balik dari kenduri diana, sayee dan kaksarah dan kak as terkedek-kedek ke MS garden sbb ada Tupperware Brands, Directors Recognition Rally 2010. sungguh best tgk orang lain naik pentas dan dihargai camtu. dapat adiah byk. mcm-mcm lagi. terus semangat berkobar-kobar nak jadi cam dorg jugak. insyaAllah, one day nnti. hehehhe. korang sokong lah sayee. bisa nggak?

sayee sebagai tetamu saje, berjaya membawa pulang door gift yang sangat hebat. kat dlm beg tu ada 2 botol air 470ml. versi couple kot. satu gambar pompuan naik bot. satu gambar lelaki naik bot jugak. nnti sayee pos gambar ye. selain itu, dpt jugak cash voucher 50 hengget dan jgak kad resipi. ada 3!! best!!!!

comey kan?

5) balik dari program tupperware, sayee terus berkemas-kemas dan balik ke gelanggi dengan abg abdul dan SIL bukit goh. sbb anak sedare baru demam panas, kami nak melawat dia. sampai gelanggi dah kul 11 mlm. terus tdo. sok pagi lepas bfast dan bersantai-santai tunggu waktu melawat, baru kami ke hospital.

6) balik dari hospital, sayee belajar buat laksam. wah, senang aje rupenye. SIL sayee yang penah belajar dengan  jiran, pastu dia nak praktis. orang kata kalau nak cepat ilmu terpahat dlm otak, kita kena ajar orang lain. insyaAllah pasni sayee ajar orang lain plak. baru lah sayee cepat ingat jugak. kan??



~~ini saje yang sayee teringat buat masa ni. oh, 4 hari makcu dok umah sepakat-membawa-berkat, sayee berjaya pujuk dia join sebagai consultant tupperware. best!!!


No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads