12 October 2010

konflik sungguh lerrrr..

sayee rase, orang-orang yang ada akaun facebook ramai dah yang baca bingkisan notes yang dikongsikan bertajuk "Faedah Memeluk Isteri" kan? 1st time sayee baca, terus sayee share kat wall fb sayee. byk laa komen2 dari rakan-rakan kesayangan sayee.

tibe-tibe timbul persoalan dalam benak fikiran sayee. camne kalau orang tu ada 2 isteri? lumrah suami zaman skang yang ada lebey dari 1 isteri, mesti lagi ske peluk yang muda, yang baru. bukan isteri yang tua, yang lama kan? ini lumrah dan ini sekadar contoh aje dan ini jugak sekadar pendapat sayee saje.

sebenarnya sayee baca kesah ni kat wall seseorang yang berstatus isteri 2, dan suami dia bole komen-komen plak. (tak perlu lah sayee copy paste plak komen dia kan). hmmm, sebelom ni lagi sayee agak kurang setuju bila orang yang berstatus isteri 2 bole terang-terangan 'bermesra' dgn suami orang a.k.a suami sendiri di internet. dia tak pk ke perasaan isteri 1 atau anak-anak isteri 1? sungguhpun dia dpt kebenaran berkahwin dari isteri 1, atau isteri 1 mmg dah x sayang kat suami dia, atau ape ape je lah tapi rasenye lebey manis kalau segalanya dilapik dan dialas sket. skang kan kemudahan internet ni tanpa batasan. dah mcm takde privacy. ada kemungkinan anak-anak isteri 1 tu bole baca seme ni kan? tak pk ke? hmmm tapi sape lah sayee nak masuk campur hal orang lain kan. sekadar bole membebel di blog sendiri saje.

cukup la membebel, sayee share kan aje lah di blog ini plak.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
  
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

~~bila baca part nak suh isteri cepat turunkan berat badan kena slalu peluk, ada yang secara tak langsung anggap abg abdul jarang peluk sayee sbb tu sayee gumukkk.. hiksss... lepas ni, akan slalu paksa abg abdul peluk sayee lah. hhihihihi..


~~abaikan entry membebel kali ini ye, ini adalah sekadar luahan perasaan tidak puas hati, wpun bukan sayee anak-anak dari isteri 1 orang itu. sayee cuma tertanya-tanya aje. 




No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads