sabtu lepas, sayee dapat call dari AMbank. nak bg baucer penginapan lagi. 3 hari 2 malam gak. and yang paling penting, valid setahun ok..!! terbeliak biji mata sayee, tapi maseh bole control suara dlm tepon laa. dia mintak sayee g grand continental kuantan untuk dengan business plan mereka. 45 minit sahaja. then bole collect itu baucer. mula-mula agak malas, sbb dlu g SG, kata sejam jadi berjam-jam. sayee pun bg alasan, suami takde kat umah takleh nak tanya. skali dia kata, "xpe puan, bincang dlu mlm ni dengan husband, esok pagi sayee call semula". chaitt bersungguh pulak budak neh.
ahad masa otw g bukit goh, itu orang dah call tapi sayee belom tanye abg abdul. waduh. terus tanye ot the spot, seb baik abg abdul angguk tanda setuju.
maka, pada pukul 6 petang kami pun bergelek-gelek lah ke hotel grand continental kuantan.
sampai kat sana, ada ramai gak orang kat luar dewan bentong tuh. terus g register, then tunggu orang dia panggil masuk dlm dewan. sayee ingt kena dengar taklimat beramai-ramai, rupenye, dlm tu ada meja2 kecik cam meja seminar tu. setiap meja ada sepasang yang tgh dok dengar orang-orang ambank membebel.
business plan yg diwar-warkan pada kami adalah tentang melabur untuk LTH Groups S/B. LTH
(Life Time Holidays) ni adalah company macam travel n tours, tapi skang dah mengembangkan bisnes dan join dengan company yang bekalkan R.O water (Reverse Osmosis). macam machine yang sayee slalu beli air dlu2. 20sen seliter. refer
sini.
brand yang mereka jual adalah Air Sihatku. tak penah nmpk di tepi-tepi jalan atau di depan 7E kan? sebab mesin ni hanya dipasang di kilang-kilang atau di pelabuhan yang mana pelanggan beratur beramai-ramai untuk beli air ni. contohnya, kat pelabuhan johor (dia kata pelabuhan yang paling besar di Malaysia). selain tu, ada jugak kat Sime Darby punye kilang. kat tempat-tempat mcm ni pekerja ramai dan beroperasi 24 jam. itu adalah sasaran utama penjual mesin ini.
ok, yang dia promote kepada kami adalah untuk melabur kan? dia kata ada dapat tempahan mesin baru akan dipasang. maka, dia mencari pelabur-pelabur yang bole melabur untuk membeli mesin tersebut, dan keuntungan di bahagi sama rata. minimum yang dijanjikan adalah RM 1,200.00 per month. dalam masa 5-6 bulan dan bole dapat pulangan modal. kontrak selama 10 tahun. maka, lagi sembilan tahun setengah itu adalah keuntungan yang kita bole dapat bulat-bulat.
sekali pandang atau sekali pk, mmg berbaloi kan? tapi, sayee dan abg abdul kurang keyakinan sebab pengurus yang bawak borang untuk ditandatangani itu sudah terlalu tua. dia kata dia besarkan anak dengan duit mesin sebab dia adalah single mother. tapi, skang anak dia seme dah besar dan berjaya, katanya. tapi kenapa dia maseh bekerja walaupun sudah tua? sepatutnya dia bole duk di rumah dan beribadat kerana duit dia dah banyak kan? sepatutnya lah. hanya Allah yang tau.
maka, untuk tidak menjebakkan diri dengan hutang atau ape jua masalah finance, sayee dan abg abdul amik keputusan untuk mengundurkan diri. biarlah kami berdua mengerah tulang 4 kerat untuk mencari rezeki. di samping itu, berdoa memohon kesenangan hidup dari Allah. dan semoga kami berdua tidak leka dan alpha bila sudah senang nnti. Amin.
~~sungguhpun begitu, baucer tetap menjadi kepunyaan kami. abg abdul nak bg kat kakteh, sbb dia kata nak bawak anak jalan-jalan. kami berdua sedang dlm mode berehat dari bercuti. bole gitu? hehehe.