06 November 2014

stokin bawang putih

syukur alhamdulillah.

sebenarnya my boys demam baru2 ni. tapi sayee dan abg abdul berjaya merawat dorg dgn cara baru. mungkin tak baru utk org lain, tapi baru untuk kami. last weekend, kami g family day kat janda baik. solleh dan abg abdul mandi kat situ. sayee dan siddiq stay dlm bilik je sbb siddiq tdo. solleh mungkin demam sebab sejuk sangat mandi sungai kot. siddiq plak sbb teething kot ataupun jangkit ngn abang dia.

isnin pagi, bgn tdo tu dua2 berhingus. (sayee bercuti sbb PAHANG menang PIALA MALAYSIA). hehehe. ptg tu kami balik ke kuantan. mlm tu dua2 panas. bukak baju, sayee jelum je. siddiq bole lagi nak paksa2 jelum. solleh mmg payah la. dia tanak basah2. dia tak ske. lepas maghrib tu kami g farmasi. beli ubat demam dan selsema. tak bawak g klinik pun. sbb nak mengelak dari antibiotik. balik tu, solleh makan ubat selsema. pastu tdo. siddiq plak, sayee jelum2 lagi. suhu solleh 37.4 siddiq plak 37.1. mmg tak demam sgt. cuma dorg merengek jugak lah.

bila dorg dah tdo, kami pakaikan garlic sox. google lah, ramai yg share cara nak buat garlic sox ni. yg sayee buat senang je. kupas bawang putih, belah dua pastu buh dlm stokin, pakaikan kat my boys. alhamdulillah tdo lena mereka. ada jugak la batuk sket2 tapi tak lah teruk sgt smpi tak bole tdo.

dan, mlm tadi dah cukup 3 malam pakai garlic sox. hari kedua (selasa) tu dah takde demam. ubat selsema pun skali je mkn mlm mula2 balik kuantan tu. aktif mcm biasa. selera makan solleh pun dah kembali. alhamdulillah. siddiq mcm biasa lah, susu mak sahaja.

oh, sayee ada jugak buat garlic oil. sapu kan kat dada, belakang, tengkuk dan ubun2 dorg. utk batuk selsema jugak. cara sayee buat garlic oil; cucuk bawang putih kat garfu, bakar kat api dapur tu smpi kulit dia hangus belaka. pastu buang semua kulit tadi. tenyeh2 dgn olive oil. gaul2 pastu buh dalam botol. bila nak guna, tuang je. sapu la merata2 badan anak.

my point is, kadang kala kita kena cuba cara lain selain cara yang biasa. dan kadang kala ubat jaman tori (zaman dahulu) tu byk yang mujarab. cuba lah.

till then. take care. 

2 comments:

  1. hi angah.bawang putih mmg mujarab.kite pun pakai minyak bawang putih kat anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kan bawang putih.. angah baru je start. sbb rase mcm kurang percaya dah ngn ubat2 doktor ni.. tapi still bawak jumpa doktor, cuma tak bg ubat. solleh tu, dari penakut mkn ubat, smpi dah redha.. sedih mak tgk..

      Delete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads