19 November 2014

WW#21 jom bawa bekal

sayee menjadi pembawa bekal tegar sejak beberapa mggu kebelakangan ni. sebab ske tgk ibu2 lain share gambar bento kat fb group kelab bento tu. lg satu sebab siddiq dah start solid. maka, kena bgn lebih awal dr biasa utk masak bubur n blend etc etc. so sayee sempat la masak bekal yg dewasa ni skali. antara gambar sempat di snap sebelom mkn. hehe

nasi minyak ayam masak kurma telur masak kurma

kiri, siddiq punye bubur kosong
kanan, solleh punye nasi minyak ngn ayam telur masak kurma

nasi lemak utk bfast dan lunch sayee

lunch, nasi putih ngn ikan kembong masak kicap

nasi putih ngn ayam masak kurma (lagi)




12 November 2014

WW#20 tayang gambar anak kedua

gambo latest sabtu lepas. testing ergobaby baru beli

mata berair baru nangis lah tu

sengeh lepas 3 hari tak jmpa abah, ikut mak g kursus melaka

kat umah wancu kat melaka

umah wancu lagi

umah wan

kat best buffet, dengan makngah

baru lepas botak kepala

cakkk, baru bgn tdo

teething, dok isap jari sokmo

oh-my-siddiq


10 November 2014

muffin puding roti

~entry khas. requested by mama aliya amira. hehehe

last month, sayee ada buat puding roti ngn solleh. solleh ni mmg jenis payah mkn. mmg mencabar jadi mak dia. kena memerah otak nak pk menu utk dia. paling payah makan nasi. berperang! kena cari betul2 lauk yang sesuai dengan tekak dia baru nak mkn. pastu mudah jemu plak tu.

penah sayee baca tips seorang ibu yang ada anak picky eater. dia ckp try ajak anak tu prepare food dia sendiri. supaya dia ada rase nak mkn, ye lah dia yang masak konon2nye kan. satu hari yang hening, abg abdul balik keje lmbt. sayee terpikir nak buat puding roti utk solleh. sbb kebetulan ada kismis nenek dia bagi masa balik gelanggi arituh. 

sayee pun ajak dia ke dapur. "solleh, jom masak ngn mak nak tak?" "aleh masak? nak! yay!" dengan gembira dia berlari g dapur. adik ikut kat belakang, naik walker dia. hehe

resipi asal ada kat sini, sayee ubah buh dlm muffin tin nak suh cepat masak. hehe.

1. mula2 sayee buh roti dalam muffin tin tu. bagi muat2 masuk. kalau rajin, gelek2 sket bagi roti tu penyek. pastu suh solleh curah susu. kita monitor jgn bg tumpah je lah. buh susu smpi tenggelam roti je.

2. gaul 4sb gula+4sb butter (sayee guna marjerin sbb malas nak tggu butter lembut). tambah 1sb esen vanilla dan 2biji telur. last skali buh tepung jadung 2sb (sayee guna tepung gandum sbb tak perasan tepung jagung dah abis). step ke2 ni seme solleh yang gaul. sayee bubuh itu bubuh ini je. dapur mmg berkecah abis ngn tepung telur bagai tapi takpe lah. janji dia mkn.

3. curah adunan tadi atas roti berendam susu tadi. agak2 je byk mane utk setiap lubang tu. tapi sayee buat 6 ketul, elok2 cukup je adunan ni.

4. tabur kismis. ni mmg solleh yang buat lah. ske btul dia.

5. bakar suhu 180. masa plak agak2 lah. tgk kulit roti mcm garing tu kira masak lah. sayee bakar dalam 15minit haritu.


solleh menabur kismis

6 ketul muffin puding roti

sayee makan dengan choc syrup.
resipi ni versi kurang manis.
kalau rajin, buat kuah dia. susu cair+gula masak atas api smpi pekat.
makan dengan aiskrim vanilla pun sedap ni!
nyummmm!

nak tau solleh mkn byk mane? seketul je utk dinner dia mlm tu. kenyang kot. ada roti ada telur. hehehe.




pengalaman pertama siddiq taking solid

siddiq: mak cepat amik gambar, siddiq nak tunjuk gigi ni.

mak: tak nmpk lah, bukak mulut besar sket.

siddiq: biar siddiq nganga camni je (smbil tgn dia mengalihkan tgn mak dr mulut dia)

hahaha. dialog tipu2 tu nak bgtau siddiq dah ada gigi. 7 bulan baru tumbuh gigi. solleh dlu, belom 6 bulan dah ada. solleh tumbuh bawah dlu, siddiq tumbuh atas dlu. lain anak lain pembesarannya kan.

ok, berbalik pada citer asal.  officially siddiq tidak lagi exclusive breastfeeding. sbb sayee penah bg dia buah tembikai susu masa kat melaka (siddiq teman mak g kursus tinggal abah dan abang). masa tu dia dok ngacau sayee nak mkn, sayee bg pegang buah tu. skali dia masuk mulut, ingt dpt isap2 air je, skali dia dpt gigit. ye lah, masa tu dia dah ada gigi. jenuh sayee korek2 takut lekat tak reti nak telan.

balik dr kursus tu, 5hari dia tak poopoo. biase nye 3 hari paling lama. (siddiq mmg jenis tak berak hari2 unlike solleh. tapi doktor kata ok, sbb dia fully breastfeed). sayee tgh mkn pisang masa tu, picit2 sket pastu sayee suap dia. esok nye terus berak. hahaha. tatau la pisang tu membantu or tak.

yang latest skali, smlm sayee betul2 dah bersedia mental fizikal nak bg dia mkn. sayee beli epal nama pink lady kat giant 4 hengget sebijik tau tak. pagi2 lepas masak nasi lemak utk solleh, gigih keluarkan baby bullet (nnti sayee review) nak blend epal. 

*google*

elok2 siap blend, siddiq bgn. terus sayee suap dia. jenuh nak paksa bukak mulut. buat muka "ape-mak-suap-aku-ngn-sudu-bagai-ni". cuba2 lagi smpi dia bukak mulut. pastu dia buat muka pelik lg. "ape-bende-rase-tak-mcm-susu-mak-ni". dapat la 2 suap masuk mulut dan dia telan dengan rela. sebelom yg telan tu xyah citer la byk mane dia lueh smula. tibe2 dia buat loya2 pastu muntah. keluar lah epal berlendir2. terus mak give up. lain kali kite try lagi adik ye.

sayee rase anak2 sayee mmg jenis tak ske puree2 ni. tekak melayu nak mkn nasi aje. nti mak try masak bubur kosong ye sayang. solleh dlu pun taknak puree2. 1st skali mkn kurma. esoknye mkn delima. esoknya suap pisang dia loya2. pastu mkn kurma seminggu. pastu terus makan bubur kosong je seminggu. pstu sayee start buh sayur2 ijau. cukup 7bulan sayee bg ayam ikan segala dah. bila dah start mkn oat, sayee campur sket ngn baby food cap heinz tu. sejak tu baru sayee buat puree buah2 ni utk bg mkn ngn oat. ye lah, puree buat sendiri better dr beli kat kedai tu kan. bebas pengawet ni seme.

sekian la citer kelakar siddiq di hari makan puree epal. hahaha.



08 November 2014

breastpump - my review

sepanjang menyusukan 2 orang anak ni, sayee penah guna 3 jenis breastpumps. harini sayee nak share pengalaman sendiri pakai dan review ttg 3 jenis breastpumps ni.

1) medela harmony

*google*


pertama kali sayee pam susu adalah guna medela harmony. masa tu kat hospital. solleh kat nicu, sayee kat wad post natal. sayee pam sbb dah bengkak. sakitttttt sgt. ok, cukup lah mengimbau.

medela harmony adalah pam manual yang sgt sedap. sbb suction kuat tapi tak sakit. hasil tuaian adalah ok. yang paling best, dia bole stimulate mcm baby isap. bila dah start susu keluar, bole pam macam biasa.

parts, tak byk yang perlu di basuh. senang pakai, senang basuh, senang kering. susu byk. mak senang hati.

sayee pakai harmony sepanjang mengepam dlm pantang solleh. dapat kumpul beratus2 oz jugak lah.. refer here dan here dan here.

2) spectra 3

*google*


sayee beli pam ni masa dah start keje lepas pantang solleh. bile start keje, sayee byk dok opis sahaja. belom keje luar lagi. mengepam di bilik sendiri tanpa kekangan. tapi, bila pam sebelah kanan sebelah kiri pun kluar skali smpi lencun. bila pam sebelah kiri plak, hasil dah tak sama ngn sebelah kanan tadi. sbb banyak dah melencunkan pakaian. itu lah punca utama sayee beli spectra 3. sbb nak double pump.

suction sangat selesa. mula2 rase sakit sbb 1st time guna electric kan. tapi lama2 dah biasa. susu makin byk sbb tiada lagi masalah lencun di pakaian. setiap titisan bole dijadikan stock. gembira!

parts lagi lah senang. cuma basuh corong dan valve SAHAJA. tiub tu cuma bilas dengan air paip dan keringkan. tu pun sayee buat seminggu sekali je.

yang tidak best dengan spectra 3 ialah, kena guna plug. maka, ngadap la dinding sambil mengepam. hehehe. skang sayee tinggal je spectra 3 di opis. kalau kat luar, sayee pam guna manual sahaja.

3) unimom mezzo

*google*

ni pam manual yang sayee beli. medela harmony tu pinjam along punye je. hehe. reason sayee beli pam ni ialah, spectra hntr servis. tibe2 takde suction. maka, sayee beli mezzo utk jadi double pump dengan harmony. kelakar jugak sbnrnye. hahha.

suction mezzo lebih lembut dr harmony. hasil, cam biasa je. tapi parts dia masyaAllah. jenuh nak basuh satu2. jenuh nak keringkan satu2. tapi sayee masih pakai sampai sekarang. sbb harmony dah pulang kat along.

sekian sahaja review sayee dengan semua breastpumps yang penah guna. beberapa hari ni mezzo ni mcm buat perangai. susu terpercik sana sini. macam kurang suction. macam valve bocor ke ape taktau lah. teringin plak nak beli spectra M1. keperluan atau kemahuan???



senarai kesyukuran saya ~ part 1

1. sayee ada rumah. walaupun tak besar mane. sekadar teres 3bedrooms+2bathrooms je. tapi itu rumah sayee sekeluarga berlindung dari hujan dan panas. rumah itu rumah sendiri bukan disewa. Alhamdulillah.

2. sayee ada pendapatan. banyak tapi tak berlebih, sikit tapi mencukupi untuk keperluan harian. sayee akan bekerja bersungguh2 supaya sayee kekal ada pendapatan mcmni. mudah2an tahun depan dapat bonus lagi dan dapat increment lagi. dan sayee bersyukur kerja sayee tak perlukan sayee stay di opis selepas waktu keje tamat. sayee bole balik on time, jmpa anak2. Alhamdulillah.

3. sayee ada abg abdul. duduk sekali. jumpa setiap hari. walaupun tak dapat berkepit 24jam, tapi syukur dapat jmpa setiap hari. walaupun tak dapat seat together and having every meals together tapi sayee bersyukur, sayee ada dia.

4. anak2 yang sihat dan sempurna di mata sayee. membesar depan mata (bila kerja, dok umah pengasuh lah). anak2 yang keletah nye bole buat sayee sengeh2 sorang kat opis bila teringat kat dia. anak2 yang kadang2 bgn tgh malam nak main lah, nak merengek lah. sekurang2nya ada anak2 yang akan mendoakan sayee nanti. insyaAllah.

5. sayee ada mak dan abah (dan mertua). sayee bersyukur sayee masih punya mereka. masih bole jmpa mereka ujung minggu, masih bole call borak2, masih bole luahkan rasa, masih bole dengar nasihat mereka. syukur Alhamdulillah.

6. sayee ada kenderaan yang besar. fuhh, sayee kagum dengan exora sayee yang besar. beli deep freezer bole angkut naik exora je ok. takyah shipping2 postage2 bagai. hahha. dan CAH, sayee masih sayang kamu.

7. sayee masih ada waktu lapang utk bawak anak2 main kat padang. walaupun tidak setiap hari tapi alhamdulillah.

8. sayee ada selera makan, tak pernah plak rase taknak makan. kalau tak makan nti susu tak dijana plak kan.

9. sayee bersyukur sayee ada stock susu badan yang beratus2 oz. ketika susu merudum seperti sekarang ni, sayee belom perlu rase stress lagi. masih sempat untuk mencari jalan/idea untuk menambahkan production susu seperti biasa.

10. sayee bersyukur sayee sihat, bole jaga anak2 dan rumahtangga. berilah kesihatan yang berpanjangan kepada sayee Ya Allah.

11. sayee ada pengasuh yang baik dan penyayang. syukur Ya Allah. belom pernah solleh balik dari rumah pengasuh mengadu ape2 yang tak elok. siddiq pun belom pernah jmpa kesan luka atau lebam. kalau ada sikit2, itu perkara biasa. sayee kenal anak sayee. mmg ske memanjat dan melompat.

07 November 2014

weekend yang lalu

jumaat - 31 oct 2014

pagi tu masih kerja mcm biasa. sayee pakai shawl baru, kaler merah dengan jubah biru denim. jubah tak baru pun. abg abdul abis kerja awal, dia g bengkel tukar bateri exora. tibe2 kluar "LO" plak tanda nak mintak ganti. melayang 260 hengget. smlm tu dah g servis melayang 200 hengget. haish la duit, melayang2 kau eh.


dlm gambar nmpk tak cooler bag yang dah koyak. hehe, tamat riwayat dah beg tu. dah diganti dengan yang baru. beli 2 biji terus. sbb utk bekal ke umah pengasuh pun tukar yang besar sket. sbb siddiq minum 6 botol dah skang. beg lama tak muat. nanti2 bila nak bekalkan mknn, bole guna beg lama tu.

cooler bag baru bernama posh autumz


nmpk tanda LO tu?

petang lepas kerja, kami bergerak ke pulau santap, janda baik. ada family day belah abg abdul. smpi sana dah malam. terus join bbq. gambar tak byk, sbb sebok mkn. haha.

sabtu - 1 nov 2014

bgn pagi2 dah bersenam. masa ni siddiq solleh seme dah bgn. wpun tdo lmbt mlm tu. sigh. solleh ikut abg abdul bersenam. siddiq plak sayee dokong bersenam dengan sayee. blur dia, ape kes mak aku ni meloncat pagi2. hahha.

lepas bersenam, bfast. lepas bfast, acara sukaneka. sayee masuk acara bawak belon berpasangan. dpt tmpt ke2. yeay. pasangan mesti lah abg abdul. mula2 kena tiup belon tu, lpas tu kepit kat belakang bertemu belakang. pastu lari lah ke garisan penamat. patutnye belon tu kena pecah. smpi kat penamat dia x pecah, maka sayee picit. haha. yg menang tmpt pertama tu si isteri nye kenit. suami dia gendong terus bawak lari. abg abdul tak dapat la nak menggendong isteri dia yang terlebih kenit ni. hahha.

lepas acara sukaneka plak ialah acara berendam/mandi sungai. abg abdul bawak solleh. sayee plak dok kat bilik sbb siddiq tdo. kul 1 check out. kami lunch di dewan. dan acara bagi2 hadiah plak. terus minum petang dan penutup.

kami gerak balik kul 5 lebih. smpi umah PIL, dah start lagu negaraku. mujur sempat jgak tgk final PIALA MALAYSIA tok gajah vs harimau selatan. pahang menang!!!!

ni gambar dari balkoni bilik. 5 langkah je smpi ke sungai. seronok btul.


tujuan selfie, nak tunjuk shawl kedut 1st time pakai.
mmg best shawl ni. tak yah gosok. senang nak bawak travel.


masa otw balik dr janda baik, kami ber4 pakai baju Pahang.
baju sayee tu jersi pahang versi tshirt muslimah abg abdul belikan last year.
gambar ni masa singgah kat rnr, maghrib n dinner.

ahad - 2 nov 2014.

bangun pagi sengeh2 sbb pahang menang kan. hati berbunga2. hahha. masih di umah PIL. petang tu sebelom balik jengka, kami bukak hadiah masing.

siddiq yang dah pandai merangkak, sebok nak rebut hadiah.

sekian citer weekend kami. till then, take care.




06 November 2014

stokin bawang putih

syukur alhamdulillah.

sebenarnya my boys demam baru2 ni. tapi sayee dan abg abdul berjaya merawat dorg dgn cara baru. mungkin tak baru utk org lain, tapi baru untuk kami. last weekend, kami g family day kat janda baik. solleh dan abg abdul mandi kat situ. sayee dan siddiq stay dlm bilik je sbb siddiq tdo. solleh mungkin demam sebab sejuk sangat mandi sungai kot. siddiq plak sbb teething kot ataupun jangkit ngn abang dia.

isnin pagi, bgn tdo tu dua2 berhingus. (sayee bercuti sbb PAHANG menang PIALA MALAYSIA). hehehe. ptg tu kami balik ke kuantan. mlm tu dua2 panas. bukak baju, sayee jelum je. siddiq bole lagi nak paksa2 jelum. solleh mmg payah la. dia tanak basah2. dia tak ske. lepas maghrib tu kami g farmasi. beli ubat demam dan selsema. tak bawak g klinik pun. sbb nak mengelak dari antibiotik. balik tu, solleh makan ubat selsema. pastu tdo. siddiq plak, sayee jelum2 lagi. suhu solleh 37.4 siddiq plak 37.1. mmg tak demam sgt. cuma dorg merengek jugak lah.

bila dorg dah tdo, kami pakaikan garlic sox. google lah, ramai yg share cara nak buat garlic sox ni. yg sayee buat senang je. kupas bawang putih, belah dua pastu buh dlm stokin, pakaikan kat my boys. alhamdulillah tdo lena mereka. ada jugak la batuk sket2 tapi tak lah teruk sgt smpi tak bole tdo.

dan, mlm tadi dah cukup 3 malam pakai garlic sox. hari kedua (selasa) tu dah takde demam. ubat selsema pun skali je mkn mlm mula2 balik kuantan tu. aktif mcm biasa. selera makan solleh pun dah kembali. alhamdulillah. siddiq mcm biasa lah, susu mak sahaja.

oh, sayee ada jugak buat garlic oil. sapu kan kat dada, belakang, tengkuk dan ubun2 dorg. utk batuk selsema jugak. cara sayee buat garlic oil; cucuk bawang putih kat garfu, bakar kat api dapur tu smpi kulit dia hangus belaka. pastu buang semua kulit tadi. tenyeh2 dgn olive oil. gaul2 pastu buh dalam botol. bila nak guna, tuang je. sapu la merata2 badan anak.

my point is, kadang kala kita kena cuba cara lain selain cara yang biasa. dan kadang kala ubat jaman tori (zaman dahulu) tu byk yang mujarab. cuba lah.

till then. take care. 

Related Posts with Thumbnails

ads