16 July 2011

part 1

pertama skali, sayee hanya menyampaikan ape yg tersirat dalam hati. tanpa sebarang niat buruk untuk jatuhkan sesiapa. tiada sebarang pertalian dengan entry sape2. apetah lagi nak menghentam sesiapa. juga, tidak mengharapkan perselisihan paham dengan sesiapa. maka, baca la entry ini dan part 2 part 3 part 4 dan seterusnya (kalau ada) dengan rasa yang ikhlas ok. sbb penulis ni ikhlas menyampaikan dan meluahkan.

rasenye ramai yang maklum, sayee ni pro UMNO dan BN. bukan salah sayee ye. its in the blood. mmg ramai keluarga sayee yang bergiat aktif dalam politik dan sewajibnya UMNO dan BN. iye, itu keluarga. dan secara tak langsung, sayee sejak kecik didedahkan dengan UMNO dan BN. bila dah dengar hari-hari, wajib la sayee pun menyokong kan.

bila dah besar, dah masuk uni dah bekerja dan yang penting dah PERNAH menconteng semasa PRU 2008, sayee sendiri dah bole pk nak sokong mane. dah bole pk mane betul dan mane tak betul. sayee mengaku, sayee mmg penyokong UMNO dan BN bukan setakat menyokong keluarga. (Wah, siap mengaku ni. tapi still undi adalah rahsia kan).

utk pengetahuan umum jugak, sayee keje kat roadcare ni, kami bukan kerajaan dan kami jugak bukan semi kerajaan. cuma kami main con utk JKR (mmg kerajaan malaysia la) untuk keje penyelenggaraan jalan persekutuan di negeri pahang, terengganu, kelantan dan selangor. iye, ini pengakuan benar ok. kami bukan kerajaan. client kami adalah kerajaan malaysia tanah tumpahnya darahku.

sejak bekerja ni, sayee jmpa dengan berbagai-bagai jenis orang kan. kena deal dengan macam-macam jabatan. byk jugak la kena deal dengan gomen serv ni. dan byk kali jugak sayee kena buli ok. biase laa, ada yg hilangkan dokumen la, ada yang tak handle projek dengan sempurna, bila call je dia xde kat opis. mcm2 la jmpa. biase la tu. terkini dan terbaru, (yg ni xde kena mengena dengan keje), sayee marah dengan orang yg jaga kaunter derma darah kat hospital kerajaan. takyah citer panjang pasal tu la. tapi alkisahnye, sayee dah suarakan kemarahan sayee dalam fb. byk pulak komen gomen serv yang terasa dengan ayat sayee. sorry la, sayee cuma menyatakan kemarahan sayee sebab kena buli je ok. seperti biasa lah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. kan? biasa la, keje swasta pun sama gak. ada yg elok, dan ada yang buruk.

sorry la ye, ini sekadar luahan perasaan. no offense..

to be cont.....~~~~~



No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads