03 May 2011

Alhamdulillah..ku syukuri NikmatMu

sejak akhir-akhir ni, rezeki sayee dipermudahkan oleh Allah SWT. Alhamdulillah. sayee amat bersyukur. maseh ada yang menyayangi. sayee penah baca beberapa blog kawan-kawan tentang senarai kesyukuran masing-masing. sayee tak mampu nak senaraikan sepanjang dan sebanyak mereka. tapi, syukur sangat atas kurniaan Ilahi kepada sayee.

1) ramai yg dah maklum sayee masuk wad bulan feb dan april baru2 ni kan. dan sayee plak dilindungi oleh insurans sejak feb tahun lalu. dan oleh kerana sayee guna GL dari tmpt sayee bekerja, maka sayee dapat claim elaun sayee masuk wad. bukan mengambil kesempatan, sekadar menuntuk hak dan milik sayee. elaun utk masuk wad feb lepas sayee dah dapat dpt bulan april baru2 ni. agak lmbat, tapi better late than never kan?

2) selain insurans perlindungan hayat tu, sayee jugak ada amik insurans untuk kemalangan. haritu kan sayee masuk wad sebab jatuh dlm longkang masa keje. so, sayee claim jugak. alhamdulillah. dapat ari tu jugak dalam bulan april.

3) majikan sayee bagi bonus mengikut performance sayee bekerja pada tahun lepas. dan alhamdulillah, sayee dapat markah yg tinggi. (tatau la markah kesian atau markah betul2, tapi who cares kan?). alhamdulillah sayee dapat bonus yang agak tinggi untuk tahun ini. syukur kepadaMu Ya Allah.

4) akhir skali, paycheck sayee bulan lepas jugak lebih dari biasa sbb sayee dapat arrears utk kenaikan gaji dari january. dan hari ni sayee dapat pay slip, alhamdulillah. kenaikan pun lebey dari yg dijangkakan. syukur.....


entry ini sekadar peringatan untuk sayee agar tidak putus berdoa mohon kepada Allah. mohon la ape2 pun dari Yang Maha Esa. InsyaAllah akan dimakbulkan. cuma lambat atau cepat je. tapi, walau ape pun, kehidupan di dunia hanyalah sementara. yang di akhirat jua kekal abadi. selamat beramal.... :)


~~maseh menunggu saat utk mendapat berita diri ini akan bergelar ibu. insyaAllah satu hari nnti. amin.


4 comments:

  1. alhamdulillah... ;) dtg png komperm kene banje..hehehe.. =p

    ReplyDelete
  2. congrats angah. moga pasni makin bertambah murah rezeki :-)

    ReplyDelete
  3. ej, aku nak banje kau tapi kau yg xbg aku dtg penang.. :P

    ReplyDelete
  4. mama, tq mama doakan angah.. semoga kita semua murah rezeki.. amin...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads