Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

19 January 2016

breastfeeding journey with siddiq ~ part 2

Abdullah siddiq anak bertuah sgt manja suka berdokong kuat merajuk
alhamdulillah..

dah dapat my 2nd master in breastfeeding. siddiq dah genap setahun 10 bulan 10 hari semasa mula-mula campur dengan susu formula. stok yang terkumpul mmg dah habis. kali terakhir saya cairkan ebm untuk siddiq ialah di pagi 13jan yg hening. nak aje saya ambil gambar masa tu, tapi kekangan masa la plak. lagipun, biarlah kenangan tu tersimpan dalam memori indah saya di pagi hari je, kalau ada gambar kang terasa nak share pulak. bila share menjadi viral pulak. golongan mak-mak yg OBSES dengan susu ibu semakin dibenci pula kebelakangan ni. ok, cukup dengan ayat-ayat negatif. kita kembali kepada mood ceria dengan cerita susu ibu. (nampak sangat aku lah mak yang OBSES itu). ;)
beberapa hari sebelum stok susu habis, saya mmg ada bagi siddiq minum susu formula. penah bg pediasure (solleh punye) dan jugak dugro. sebenarnya nak buat ujian samada siddiq ni boleh minum susu biasa (bukan susu tanpa laktosa tu). macam solleh, dia kena minum susu tanpa laktosa. kalau minum susu lain, dia nanti be.rak banyak kali dan najis dia agak cair lembik. pernah bagi solleh anmum, lactogen, dutch lady, nan. semuanya be.rak tak cantik. macam kesian plak dia be.rak banyak kali. mmg tak merengek sakit perut pun. tapi mesti ada sebab dia be.rak banyak kali dan cair camtu kan.

berbalik kepada cerita siddiq tadi, mmg najis dia pun tak seperti biasa masa minum dugro tapi bila bagi pediasure dia ok. maka, kami berdua buat keputusan nak bagi je siddiq susu yang sama dengan solleh iaitu pediasure. ya, mmg agak drastik la perubahan $$ daripada susu free kepada susu mahal. tapi apakan daya. mungkin nanti dah besar sket nak bagi susu mamex (susu soya yg solleh pernah minum dlu). buat masa ni, malas nak peningkan kepala.

tapi, perjalanan menyusukan siddiq belum berhenti sebab dia masih df dengan saya. cuma ketika di taska je dia minum susu pediasure. kesimpulan yang dapat disimpulkan dari perjalanan bersama siddiq kali ni, ya saya mmg semakin bersedia. mental dan fizikal. ketika susu sesekali merudum, saya masih boleh bergembira sahaja sebab stok saya mmg banyak untuk siddiq. selepas saya stop mengepam dia pejabat (kali terakhir pam ialah 28may2015), stok bertahan sehingga 13jan2016. berpindah randah stok susu siddiq. dari jengka ke kuantan, ke bukit goh (semasa banjir 2014), pastu ke jengka semula. turun naik lori/kereta susu tu. lejen sungguh! hahahaha.

sistem yang sama akan digunakan untuk anak ke3 nanti (jika saya belum menjadi WAHM lah). perlu jugak ditingkatkan lagi supaya stok lebih banyak. ya lah, mungkin masa menyusukan anak ke3 nnti, umur saya dah 34 tahun. hormon berbeza, keadaan berbeza dan bilangan anak berbeza pun pasti tugasan menjadi mak semakin mencabar kan. apa2pun, saya sudah teramat berbahagia dan berbangga di atas pencapaian menyusukan siddiq kali ni. semoga dapat df sehingga dia genap 2 tahun dan semoga proses weaning nnti akan semudah macam solleh dlu. insyaAllah.

saya nak kongsikan beberapa tips agak berguna untuk bf mom yang lain. antaranya;
~ bekal ke pejabat cuma 2 botol sahaja untuk guna semasa pam, lepas tu salin terus dalam storage bags. ini akan menjimatkan penggunaan botol, jimatkan ruang dalam peti, dan jimatkan ruang dalam cooling bag yang dibawa ke pejabat setiap hari.
~ bag yang 2 compartments tu agak penting. satu untuk letak ice pack dan ebm dalam storage bags. satu lagi untuk letak pam dan aksesori dan jugak botol tadi.
~ untuk jimatkan masa, botol dan pam berserta aksesori tadi tak perlu di basuh pun, cuma pastikan ia di dalam cooling bags supaya tiada bakteria membiak. balik rumah nnti, hanya perlu basuh pam dan aksesori dan jugak 2 botol tadi. ebm dalam storage bags boleh terus masuk freezer tanpa perlu disejukkan dalam chiller terlebih dahulu. ini kerana ebm tersebut telah pun sejuk semasa di dalam ice pack.
~ jadual mengepam yg saya gunakan adalah sangat membantu. nanti saya kongsikan jadual tersebut.
~ sentiasa minum air yang banyak. jangan stress. walau berapa oz skali pun yang dihasilkan dalam tetiap sesi, sentiasa bersyukur.
~ makan kerap. tapi saya makan banyak, sbb tu saya gemok. sejak stop pam, bertambah2 gemok badan ni. dah macam kerbau abah saya ckp. grrrrr.

mungkin ini sahaja buat masa ni. kalau ada lagi, nnti saya edit atau buat entry yang lain pula.






08 November 2014

breastpump - my review

sepanjang menyusukan 2 orang anak ni, sayee penah guna 3 jenis breastpumps. harini sayee nak share pengalaman sendiri pakai dan review ttg 3 jenis breastpumps ni.

1) medela harmony

*google*


pertama kali sayee pam susu adalah guna medela harmony. masa tu kat hospital. solleh kat nicu, sayee kat wad post natal. sayee pam sbb dah bengkak. sakitttttt sgt. ok, cukup lah mengimbau.

medela harmony adalah pam manual yang sgt sedap. sbb suction kuat tapi tak sakit. hasil tuaian adalah ok. yang paling best, dia bole stimulate mcm baby isap. bila dah start susu keluar, bole pam macam biasa.

parts, tak byk yang perlu di basuh. senang pakai, senang basuh, senang kering. susu byk. mak senang hati.

sayee pakai harmony sepanjang mengepam dlm pantang solleh. dapat kumpul beratus2 oz jugak lah.. refer here dan here dan here.

2) spectra 3

*google*


sayee beli pam ni masa dah start keje lepas pantang solleh. bile start keje, sayee byk dok opis sahaja. belom keje luar lagi. mengepam di bilik sendiri tanpa kekangan. tapi, bila pam sebelah kanan sebelah kiri pun kluar skali smpi lencun. bila pam sebelah kiri plak, hasil dah tak sama ngn sebelah kanan tadi. sbb banyak dah melencunkan pakaian. itu lah punca utama sayee beli spectra 3. sbb nak double pump.

suction sangat selesa. mula2 rase sakit sbb 1st time guna electric kan. tapi lama2 dah biasa. susu makin byk sbb tiada lagi masalah lencun di pakaian. setiap titisan bole dijadikan stock. gembira!

parts lagi lah senang. cuma basuh corong dan valve SAHAJA. tiub tu cuma bilas dengan air paip dan keringkan. tu pun sayee buat seminggu sekali je.

yang tidak best dengan spectra 3 ialah, kena guna plug. maka, ngadap la dinding sambil mengepam. hehehe. skang sayee tinggal je spectra 3 di opis. kalau kat luar, sayee pam guna manual sahaja.

3) unimom mezzo

*google*

ni pam manual yang sayee beli. medela harmony tu pinjam along punye je. hehe. reason sayee beli pam ni ialah, spectra hntr servis. tibe2 takde suction. maka, sayee beli mezzo utk jadi double pump dengan harmony. kelakar jugak sbnrnye. hahha.

suction mezzo lebih lembut dr harmony. hasil, cam biasa je. tapi parts dia masyaAllah. jenuh nak basuh satu2. jenuh nak keringkan satu2. tapi sayee masih pakai sampai sekarang. sbb harmony dah pulang kat along.

sekian sahaja review sayee dengan semua breastpumps yang penah guna. beberapa hari ni mezzo ni mcm buat perangai. susu terpercik sana sini. macam kurang suction. macam valve bocor ke ape taktau lah. teringin plak nak beli spectra M1. keperluan atau kemahuan???



26 September 2014

breastfeeding journey with siddiq

alhamdulillah, dah dapat diploma in breastfeeding *again**. sebab siddiq dah 6 bulan. minum susu mak sahaja. syukur alhamdulillah.

rasenye ni 1st time citer pasal breastfeeding journey sayee dan siddiq. alhamdulillah. dah 2nd time. ilmu dan pengalaman zaman solleh dlu dah ada, cuma tambah2 sikit sebanyak. perbaiki mane yg kurang. rajinkan mane yang malas.

secara ringkasnye, sayee start pam hari ke 12 dalam pantang. 1st pam dpt 3oz. lepas tu tiap2 kali pam paling byk pun 2oz. siddiq mmg kuat nyusu, 2jam skali. bile dah 2mggu pam, stok masih tak banyak. sayee pun revise jadual mengepam. start dr bangun tdo, sayee terus pam. lpas tu setiap kali sejam lpas siddiq nyusu pun sayee pam jugak. kosongkan breast supaya bole produce lagi byk susu. maka, pendekkan cite sayee kembali bekerja dengan bekalan 300oz++. syukur alhamdulillah.

mula2 keje, siddiq cuma minum susu fresh. so yg beku, simpan je dlu. utk bekalan akan dtg. sayee start buat jadual untuk stok susu siddiq. sehari berapa bekalan, berapa sayee dapat total pam, dan berapa total terkini selepas ditolak bekalan dan ditambah jumpah pam seharian.

sehingga harini, stok yang dapat dikumpul adalah 980oz. alhamdulillah. syukur sgt.


abdullah siddiq. berat terkini 8.4kg masa 6mo.

15 sept. rekod setakat ni paling byk terkumpul dalam sehari 31oz.

rekod peribadi paling byk sekali pam ialah pd 23jun mencecah 14oz!!

clap2. jgn putus asa angah alifah!!!




28 January 2014

after a very long hiatus

mengimbau 2013

january***sayee ada citer kat sini

february***solleh 10mo. ada masuk wad 3 hari sebab demam. masa yg sama, abah sayee kena heart attack. dr hospital jka terus ke CCU Hoshas dan terus ke IJN. bile solleh dah discaj, sayee g IJN. masa tu abah dah bole balik. Alhamdulillah.

jom layan gambo solleh masa 10mo++.

















mac***seperti biasa, weekdays sayee berdua di kuantan dengan solleh, weekend balik kampung. mengepam seperti biasa. ada naik dan turun hasilnya pun seperti biasa. bulan mac jugak solleh dapat car seat baru. facing forward sbb dah big boy. ske dia leh tgk luar. sbb car seat yg lama tu mcm rendah xleh pandang luar. 




april***yeay, dapat kete baru. proses nk beli kete baru ni dah lamaaaa sangat. byk betul tangguhannye. malas nk panjang citer,  akhirnya 4/4 dapat kete. terus abg abdul bawak balik kuantan. amik sayee balik keje n amik solleh kat umah pengasuh naik kete baru. mlm tu nak g ronda ngn kete baru, maka kami g giant. hehhe. 14/4 solleh cukup setahun. yeaaaayyy. abah beli adiah. mak tak beli ape2. ari bday tu ahad, solleh lepak 2org ngn mak je kat kuantan. mak masak penuh kasih sayang je ari tu.



mei***kete baru eksiden langgar lembu. masa tu abg abdul ngn solleh otw balik jengka. sayee kat kuantan. uwaaaa, x sampai sebulan pun. takpe, yg penting abg abdul n solleh selamat. Alhamdulillah. kami ke cameron highlands ngn family jengka. syoookkk jalan2 tempat sejuk. masa ni sayee kena keje kat opis jengka selama 6 minggu. seronok btul hari2 solleh dapat jmpa abah dia. ujung bulan mei plak sayee kena g audit kat opis terengganu. sayee angkut solleh ngn abg abdul skali. tapi x sempat jalan2 sangat pun. sbb kena keje. jadual agak padat. hari last tu plak solleh sepatutnya g hoshas. terkejar2 balik. tapi x sempat . maka, apmnt tunda esok nya. masa kat tganu tu solleh betul2 belajar berjalan. akhirnya 13mo++ anak mak dah bole berjalan. yeaaayyyy...




june***kete dah siap repair. kami g mandi air terjun kat lata meraung. celebrate father's day. skali ngn bday abah. tgh bulan tu sayee start keje kat kuantan semula. bermula semula rutin jumpa di ujung mggu sahaja. sesobs. abg abdul plak start berniaga kat kolej matrik waktu malam. mmg langsung tak leh balik weekdays. tapi masa bday sayee, dia balik sini n blanje sayee bday dinner. syoookkk. abg abdul bg sayee organizer bag yg baru. dan blanje sayee herbaline.

july***awal bulan tu my buddies datang kuantan. celebrate our bday yg ke30 bersama2. kami lepak di cherating. 1st time solleh g pantai. ske dia. 15july, sayee buat pregnancy test and its positive. yeaaay. bulan 7 jugak solleh kena sup panas kat peha. sesobss.




ogos***selamat hari raya!!!


sept***solleh masuk wad lagi. sbb terjatuh dalam mesin basuh. masa tu sayee ada kat tepi. dia mmg selalu main air kat situ. tapi sayee tak penah pun biar dia sorang2. tapi ari tu nak terkena, dia terjatuh dalam mesin yg dah ada sabun. kena dok wad semalaman sebab nk monitor. syukur sangat takde ape2. seme org marah sayee. sesobs. ada satu hari tu, mama ngasuh dia cuti. solleh balik ikut abah ari jumaat. sabtu tu sayee keje. maka, jumaat mlm tu sayee dok sorang kat kuantan. 1st time solleh berpisah ngn mak. mak yg sedey beria. dan bulan 9 tu jugak 1st time sayee n solleh g stadium bola sepak!!!



okt***masa ni solleh dah sangat kurang menyusu dengan sayee. byk minum susu botol je. solleh ikut sayee kursus kat ikram. sbb kursus 4 hari, sayee tak sanggup nak berpisah lama2 ngn solleh. solleh start ralik (focus) tgk buku2 bergambar masa ni. pandai anak mak ni.


nov***bday abg abdul. kami celebrate kat kuala besut. beramai2 g umah adik abg abdul. sayee bg hadiah jam tgn kat abg abdul sbb jam tgn dia dah rosak. tapi hadiah dia yg lebih bermakna ialah kemenangan pahang dapat menjulang Piala Malaysia. kakak sayee jugak selamat melahirkan anak ke2. baby boy. 29/11/13. muhammad aqil yusri. solleh ske sgt cium baby tu. berebut2 ngn kakak aina nak cium baby. 

dis***sayee akhiri tahun 2013 dengan perasaan sedih. umah kami kena banjir. bagi sayee sendiri ini lah pengalaman pertama. air naik smpi paras pinggang. nti sayee citer dalam entry lain la pasal banjir ni. sedih. smpi hari ni dah nak abis bulan 1 pun, umah tu belom siap kemas dengan sempurna lg.



sekian dlu coretan sayee kali ni. semoga sayee lebih rajin menulis di sini lepas ni. insyaAllah.



perjalanan menyusukan abdullah solleh

dah lama tak menulis kat sini. harini nak share kesah breastfeeding anak sulung sayee tu. org kata kalau dapat menyusukan sampai setahun setengah maknanye mak dia dapat master in breastfeeding kan. maka, dengan ini sayee isytiharkan sayee ada master lah. terima kasih solleh atas kerjasama utk tlg mak dapatkan master ni. Alhamdulillah..


14 april 2012 - 29 oktober 2013


sepanjang menyusukan abdullah solleh ada banyak panca dan roba nye. ini lah pengalaman pertama, dengan kerjaya lagi, dengan perkahwinan jarak jauh lagi, dengan pregnant anak ke2 lagi. tapi alhamdulillah segalanya dah dilalui. syukur sangat.

imbau kembali, sayee penah share dlu solleh ada minum susu tambahan masa di wad. sebab sayee tak dapat rooming in ngn dia. dia kat wad SCN sayee kat wad postnatal. bile dah dapat dok skali, sayee pun ada bg dia minum susu tambahan jugak sebab sayee assume dia tak tdo sbb susu sayee tak cukup mengenyangkan dia. hmmm, sedih mmg sedih. tapi pasrah aje lah..

ingat lagi 16 april 2012 pukul 5am, tu lah kali terakhir dia minum susu tambahan. sayee bg dia fully breastmilk sejak tu smpi lah 27 jun 2013. masa tu dia baru 14mo++. stok susu mmg zero. susu cuma kuar kalau dia direct feeding aje. bila pump mmg takde ldr langsung. maka, sayee redha bekalkan dia fresh milk kat umah pengasuh.

15 july 2013 sayee dapat tau sayee pregnant. mungkin ni lah penyebab susu sayee sangat merudum. sejak pregnant, solleh lebih ske susu botol walaupun sayee ada. malam pun kadang2 sekali je bgn mintak susu. ada masa langsung tak bangun. sejak awal pregnant, mmg ramai yang suh sayee weaning off solleh. biase lah org2 tua kan, x kasi share susu ngn adik. padahal takde masalah pun sebenarnya asalkan mak dia cukup khasiat dan cukup zat utk tampung mak, anak menyusu dan anak dalam perut.

akhirnya, 29 october 2013 tu kali terakhir dia minum susu mak dia. sayee mengamalkan konsep, offer-tak-tapi-bila-dia-mintak-bagi-aje. ada lah beberapa kali sebelom 29 oktober tu dia langsung tak mintak, paling lama smpi 3 hari tak mintak langsung. dok minum susu botol aje. tapi sayee malas nk ingat detik weaning off tu. sayee nak ingat detik terakhir dia minum susu sayee je. sedih smpi nangis tengah2 malam masa tu. sbb rase anak sendiri dah besar sangat dah tak perlukan mak dia lagi dah. abg abdul penah skali tersedar dengar sayee nangis tgh malam. cuak kejap kot dia.

sebagai penutup my breasfeeding journey ni, harapan sayee solleh nak cont minum ebm lepas sayee bersalin nnti. solleh sangat susah nak sesuai dengan susu. kalau minum yg ada lactose, dia cirit birit. kalau minum free lactose dia sebelit sometime. maka, sayee campur2 bg susu dia. bg free lactose tapi kadang2 bg dia minum susu dutch lady kid tu bila dia sembelit. selain itu, sayee nak bg dia ebm sbb susu formula sangat mahal oh. ebm kan free aje. ngeeeee.


ni gambo solleh masa teman mak dia kursus kat ikram.
masa kat sini lah kali terakhir dia minum susu mak dia.
oh-my-solleh.

ni pulak persediaan menyusu anak ke2 nnti
beli storage bottles n storage bags banyak2 sbb ada offer



17 May 2013

kesah di bulan dis 2012

sayee nak kembali aktif berblogging..so nak share smula kesah lama2 dlu yang sayee lom share kan dalam blog ini... tapi mungkin tak dapat nak ingat semua ler.. mane yang penting2 je la bole ingat.. hehhe..

++ bulan 12 tu kami botakkan solleh lagi. sebab rambut dia jenis panjang tapi tak lebat. smpi dah masuk telinga. dia pulak jenis kuat berpeluh. masyam kepala dia. pastu tak lama lpas tu dia demam batuk. sian dia. tapi tak perlu antibiotik pun. demam biase je. teething rasenye masa tu.

++ sayee ada bawak solleh g pekan tgk anak kak yati. bersalin bulan 9 tapi bulan 12 baru sayee g tgk. haish..
 

 
++ mengepam masih seperti biasa.. tapi hasil tuaian ada la pasang dan surut nye.. hmmm... tapi alhamdulillah masih ada rezeki solleh nak minum susu mak dia..
 

++ solleh giat belajar memanjat masa ni.. tapi belom merangkak.. mmg dia pandai menapak sambil berpaut pada kusi/org dlu baru pandai merangkak. hehehe.. takpe syg, take ur time..
 

++ masih makan bubur wpun dah ada gigi. sbb kalau masak bubur senang seme ada. karbo protein sayur. seme lah.. tapi sayee blend kasar je.. sbb dia ske blajar mengunyah..
 


++ g klinik masa 8mo. tdo ternganga. hahahhha
 

 
++ masa ni solleh dah pandai mogok tanak dok kat carrier (cum car seat) kalau dia berjaga. so, sayee pun usha car seat baru utk gantikan carrier yang dia pakai tu. sbb carrier tu takleh pandang ke depan. n carrier tu tak tinggi tak leh tengok ke tingkap.


++ 15 dis sayee tamat kontrak keje. sebelom sambung sayee kena cooling period dlu sebulan. maka, sayee unpaid leave la sebulan. oleh kerana abg abdul keje kat jengka, maka sayee dan solleh pun terkedek2 la balik ke jengka utk sebulan ni. tu gambar ternganga tgh teman mak dia kemas bakul brg2 dia la. stokin pink?? opsss..itu recycle kakak nena punye.. hehehe
 

++ ini gambar tdo kat playpan kakak nena kat jengka. baby cot tinggal kat umah kuantan. solleh mmg tdo sendiri. mak dia train tdo sndiri sejak dia jatuh katil masa bulan 11 dlu. sejak tu terus tak tdo atas katil ngn mak abah dah. sedih dgr anak nangis sbb jatuh katil.
 



 ++ koleksi gambar solleh di jengka dan gelanggi. hehehe.


++ abah sayee masuk wad ujung bulan 12 tu. sebab apendix. dah ada 4 org anak besar2 dan 2 org cucu dah, baru 1st time masuk wad. hebat betul abah sayee ni. hehehhe.



++ adik sayee yang no 3 tu ada balik cuti krismas. solleh dapat baju ini. hehehe. muat2 je dgn dia. pandai pokde pilih.



Related Posts with Thumbnails

ads