Showing posts with label tercipta untuk ku. Show all posts
Showing posts with label tercipta untuk ku. Show all posts

18 January 2016

Husband and Wife ~ Perkara kecil yang boleh jadi besar

Hai..

Topik hari ini agak macam serius tapi bukan lah serius sangat. selepas 6 tahun kawen baru boleh terpikir benda-benda yang kecik tapi tak perlu dibesarkan. awal-awal perkahwinan, semua benda kecil pun akan diperbesarkan. dua belah pihak pulak tu. kalau sayee tak besarkan, abg Abdul akan besarkan. so, kekerapan berantakan tu boleh bayangkan sendiri lah kan.

cara sidai tuala/sejadah/telekung/pelikat.
sayee tak suka buat benda yang memenatkan, tak suka berusaha lebih. sayee dah tetapkan, sidai tuala mesti kat bahagian bawah, sejadah telekung pelikat kat bhgn atas. tapi sayee tak suka bila nak sidai tuala tu, sayee kena selak sejadah dll tu sbb panjang meleret sampai ke palang bawah tu. so sayee ckp kat abg Abdul suh lipat dua dlu sejadah tu baru sidai, maka dia akan jadi pendek dan bole sidai tuala dengan senang hati tanpa berusaha lebih. ngengada kan. masalah abg Abdul ni, dia selalu lupa nak lipat dua sejadah dll tu. dan sayee selalu kena berusaha lebih yang mana sayee tak suka tu kan. lepas 6 tahun, sayee belajar untuk diamkan, dan betulkan je silap dia sidai sejadah pelikat semua tu. sebelum ni, mmg sayee moncongkan bibir mungil ni tanda merajuk sbb kena berusaha lebih masa menyidai tuala. stupid me!

cara pasang cadar.
kalau pakai fitted tu, sayee nak bucu cadar betul betul terletak kat bucu tilam. kalau sayee pasang, sayee akan make sure bucu bertemu bucu. tapi, kalau abg abdul pasang, paham2 sendiri je lah.. opsss.. bila perlu pasang cadar dengan kadar segera, (terpaksa tukar cadar bila anak muntah atas katil contohnya) dan sayee plak terlalu utamakan bucu what so ever, perkara kecil begini lah yang bole menjadi perkara besar. sebab sorang nak cepat bila anak dah nangis nak sambung baring2 tapi sorang lagi terlalu obses dengan bucu bertemu bucu. haaa, selepas 6 tahun sayee bole mengabaikan bucu what so ever tu lantak kau la nak dok mane, asalkan anak2 bole baring semula dengan kadar segera.

 cara susun barang dalam bakul susu anak
setiap kali outing, sayee akan sediakan segala mak nenek perkakas botol anak2 dalam bakul. bila letak kat lantai kereta, barang2 mak nenek semua ni takkan berterabur. they will stay inside the basket instead of bergolek-goler merata ceruk dalam kereta sampai susah nak cari. (again, sayee kan tak suka buat kerja lebih haha). sebelom keluar, mmg sayee dah susun siap2, botol air masak dok mane, flusk air panas dok mane, tin susu dok mane, botol2 susu dok mane, etc blah blah. bila bakul tu terlalu padat, setiap kali keluarkan, salah satu mesti akan tumbang sebab tibe2 takde support kiri kanan kan. (bole ke paham ape sayee bebel ni?). bila abg abdul yang buat susu, dia tak susun semula ikut turutan yang sama macam sebelum tadi. ini jugak perkara kecil yang bole menjadi besar. sebenarnya tak susah pun nak susun semula, cuma sayee kena adjust sedikit ketidakupayaan untuk buat kerja lebih sedikit dari biasa. tu je. selepas 6 tahun, baru sayee berupaya utk buat semua ni. tak kisah lah berapa kali dia nak tumbang pun, sayee susun semula. kalau tak larat sgt, sayee pun sama naik je buat exactly macam abg abdul buat. i just dont care anymore. hahaha.

procrastinate
abg abdul adalah seorang yang sangat sukeeeee menangguh, kalau mintak tolong dia, mesti akan ditanya, "nak buat sekarang jugak ke? nanti2 tak bole?". iye, bole mmg bole, tp kebiasannya kalau tak buat segera, dia akan lupa. manusia biasa kot, kalau saya pun selalu lupa nak buat sesuatu kalau menangguh2. solat pun pernah lupa sebab asyik menangguh2 di awal waktu. selalunya, saya cuma akan mintak tolong abg abdul buatkan kalau tgh menyusukan anak. sbb takut saya tertidur terus smpi ke pagi. contoh, "tolong masuk kain dalam mesin basuh ke dalam dryer". iye, mmg bole tunggu. tapi kalau sampai ke pagi esok, tak ke busuk kain baju tu nnti? haaa gtu je la bende2 remeh yang selalu menjadi sengketa dalam rumah tangga. sekarang selepas 6 tahun kawen, saya dah tak kisah, kalau busuk kain tu basuh je la semula. kalau tertdo tak siap keje umah, bangun je la awal2 pagi. time anak tgh lena diulit mimpi. lepas siap keje umah bole minum kopi di awal pagi sementara anak2 belom bangun. me-time yang sangat amat jarang dapat dikecapi. ;)

telefon bimbit
abg abdul suami ku yang sangat dicintai. dia seorang yang sangat payah nak cas telefon dia. mak aiii, geram kekadang bila telefon dia mati saya tak dapat nak call dia. masa tu mmg rasa nak start kereta g cari je dia kat mane. sangat amat selalu, saya yang cas kan telefon dia, bole? bila ada powerbank, sangat amat selalu jugak saya yang cas kan power bank dia. haish, tahap mmg manja teramat dah abg abdul ku ini. power bank kami ada seorang satu. saya pakai yang 10000mah. je sbb cuma nak ada sebagai backup je. sebenarnya telefon saya boleh dipakai sepanjang hari dr pagi smpi ke malam tanpa perlu di cas. cuma, in case kalau terlebih guna telefon mungkin akan abis bila petang kan, so saya rasa satu keperluan jugak. satu hari powerbank saya buat hal, saya beli lagi satu yang 20000mah. bila dah beli, yang lama tadi elok je pulak. masih boleh pakai. maka, kami ada 3 powerbank. makin rancak la tahap kemanjaan abg abdul tidak mengecas telefon mahupun powerbank. sbb dia tau, kalau abis powerbank dia, ada lagi satu yang saya tak pakai. hhmmmmppphhh. tapi walaupun begitu, saya redha je jadi tukang cas dia. hahahha.

agaknya, ini lah sahaja contoh perkara kecil yang boleh menjadi besar dapat saya kongsikan kali ni. lain kali sambung lagi part 2 kalau ada. hehehhe. perkahwinan adalah hubungan antara 2 insan yang berlainan keperibadian tapi perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. kalau dedua rajin cas telefon kang, tinggi pulak bil letrik kan. hahahhaha. i love you abg abdul.


29 September 2014

weekend saya

>>> mula dari sabtu pg. g keje bawak siddiq. sbb jumaat mlm tu mak dia tertdo skali masa tdokan anak2. abg abdul pun tertdo skali. biasa kalau dia tak tdo lagi n nmpk botol n pam tak basuh, dia akan basuhkan dlu sebelom tdo. tapi sabtu kul 4 terjaga tgk botol pam seme lom basuh. maka, terus decide nak bawak pam original (siddiq lah) g opis. solleh hntr umah mama mcm biasa. ske lah dia bermanja sorang2. kt opis siddiq bertukar ganti tgn didokong. tak lama tu dia tdo. bole la buat keje kejap. 


>>> balik keje, amik solleh terus balik umah masak nasi. abg abdul smpi dia masak lauk sbb siddiq mengempeng. bila time mkn ajak solleh mkn. dia bole plak tanak makan nasi. order mee telur. mak buat resipi baru. tumis onion+garlic+olive oil. buh air+garam+pepper sket. tggu gelegak. buh mee suah+telur. kacau2 tggu telur masak, buh brokoli. siap! seb baik solleh makan. siap mkn dan zohor, sayee melipat kain baju dah bertimbun. abg abdul masuk bilik tgk kain yg sayee timbunkan dr bakul ke atas katil, "mane nak tdo mlm ni?". terasa tercabar, terus siap lipat dlm masa stgh jam. lain kali abg abdul kena bg ayat pedas cmni slalu kot. haha.

lunch anak sulung

sebelom

selepas

>>> ptg tu solleh main ngn abg abdul kat padang depan umah. jatuh. berdarah lutut. merengek2 ajak g umah doktor. mcm2 la awak solleh. luka kat lutut baru lah macho. cuba cek lutut mak abah macho tak? haha. mlm tu kluar. misi, mencari walker utk siddiq. mula2 g giant. oleh kerana parking penuh smpi ke luar pagar giant, cancel lah. maka, kami ke tmn tas. g anakku. takde yg berkenan (kenan di hati dan di wallet) hahha. masuk tunas manja. jmpa la yg sesuai. terus grab dan balik. abg abdul dok dlm kete je tggu siddiq tdo. solleh ikut sayee g beli. tapi berkali2 kena bgtau dia ni 'basikal' siddiq. bagitau berkali2 pun, dia sebok dok pinjam. lebih dari owner sndiri. huhuhu.




>>> esok pagi2 sayee masak kari daging. utk cicah ngn roti canai segera. kul 9 baru dpt bfast. tgh masak, siddiq nak mandi lah, nak susu lah. keje jadi delay sokmo. kul 11, abg abdul tlg jiran angkat barang nak pindah. solleh nangis nak ikut. dok pujuk2 smpi tertdo dia. dr 1130 - 230. budak ni mmg ske tdo siang. siddiq plak tdo bgn je sbb tak dpt buai. abg nye rembat. haha. 1030 tdo. 1130 bgn. abg masuk buai. 1230 bg siddiq mandi, kul 1 tdo. mak sempat masak sos marinara. buat stok beku utk solleh. senang bole preheat bile2 dia order mee daging. haha. kul 130 siddiq dah bgn. tak dapat melena ye. skali abg dia bgn je, terus masukkan buai. 230 tdo, kul 4 baru bgn. sempat lah mak basuh botol. lunch nasi ngn kari daging lg. abg abdul lunch ngn jiran yg pindah tadi. solleh bgn tdo lunch ngn mee daging dia lerrr. budak tu mmg penggemar pasta. 

adik baru merasmikan walker. yg belakang tu dok merengek nak pinjam basikal siddiq. haha

mee daging pendek2. (macaroni)

beberapa batch sos marinara utk buat stok beku.

>>> kul 6 ptg smlm siddiq dah tdo. ingtkn nak bgn smula. tapi dia bgn nyusu je. mata pejam semata. solleh bermanja ngn makabah sepuas hati lah. smlm dia dinner mkn mee daging lg. abg abdul mkn oat+kari daging. solleh tumpang sekaki. mak dinner nasi+kari daging. solleh tumpang jugak sekaki. haha. mlm tu abg abdul kluar kejap lepas anak2 dah tdo. jmpa prospek. mak pun tdo je lah. sekian, tamat cerita weekend kami ber4.





28 January 2014

after a very long hiatus

mengimbau 2013

january***sayee ada citer kat sini

february***solleh 10mo. ada masuk wad 3 hari sebab demam. masa yg sama, abah sayee kena heart attack. dr hospital jka terus ke CCU Hoshas dan terus ke IJN. bile solleh dah discaj, sayee g IJN. masa tu abah dah bole balik. Alhamdulillah.

jom layan gambo solleh masa 10mo++.

















mac***seperti biasa, weekdays sayee berdua di kuantan dengan solleh, weekend balik kampung. mengepam seperti biasa. ada naik dan turun hasilnya pun seperti biasa. bulan mac jugak solleh dapat car seat baru. facing forward sbb dah big boy. ske dia leh tgk luar. sbb car seat yg lama tu mcm rendah xleh pandang luar. 




april***yeay, dapat kete baru. proses nk beli kete baru ni dah lamaaaa sangat. byk betul tangguhannye. malas nk panjang citer,  akhirnya 4/4 dapat kete. terus abg abdul bawak balik kuantan. amik sayee balik keje n amik solleh kat umah pengasuh naik kete baru. mlm tu nak g ronda ngn kete baru, maka kami g giant. hehhe. 14/4 solleh cukup setahun. yeaaaayyy. abah beli adiah. mak tak beli ape2. ari bday tu ahad, solleh lepak 2org ngn mak je kat kuantan. mak masak penuh kasih sayang je ari tu.



mei***kete baru eksiden langgar lembu. masa tu abg abdul ngn solleh otw balik jengka. sayee kat kuantan. uwaaaa, x sampai sebulan pun. takpe, yg penting abg abdul n solleh selamat. Alhamdulillah. kami ke cameron highlands ngn family jengka. syoookkk jalan2 tempat sejuk. masa ni sayee kena keje kat opis jengka selama 6 minggu. seronok btul hari2 solleh dapat jmpa abah dia. ujung bulan mei plak sayee kena g audit kat opis terengganu. sayee angkut solleh ngn abg abdul skali. tapi x sempat jalan2 sangat pun. sbb kena keje. jadual agak padat. hari last tu plak solleh sepatutnya g hoshas. terkejar2 balik. tapi x sempat . maka, apmnt tunda esok nya. masa kat tganu tu solleh betul2 belajar berjalan. akhirnya 13mo++ anak mak dah bole berjalan. yeaaayyyy...




june***kete dah siap repair. kami g mandi air terjun kat lata meraung. celebrate father's day. skali ngn bday abah. tgh bulan tu sayee start keje kat kuantan semula. bermula semula rutin jumpa di ujung mggu sahaja. sesobs. abg abdul plak start berniaga kat kolej matrik waktu malam. mmg langsung tak leh balik weekdays. tapi masa bday sayee, dia balik sini n blanje sayee bday dinner. syoookkk. abg abdul bg sayee organizer bag yg baru. dan blanje sayee herbaline.

july***awal bulan tu my buddies datang kuantan. celebrate our bday yg ke30 bersama2. kami lepak di cherating. 1st time solleh g pantai. ske dia. 15july, sayee buat pregnancy test and its positive. yeaaay. bulan 7 jugak solleh kena sup panas kat peha. sesobss.




ogos***selamat hari raya!!!


sept***solleh masuk wad lagi. sbb terjatuh dalam mesin basuh. masa tu sayee ada kat tepi. dia mmg selalu main air kat situ. tapi sayee tak penah pun biar dia sorang2. tapi ari tu nak terkena, dia terjatuh dalam mesin yg dah ada sabun. kena dok wad semalaman sebab nk monitor. syukur sangat takde ape2. seme org marah sayee. sesobs. ada satu hari tu, mama ngasuh dia cuti. solleh balik ikut abah ari jumaat. sabtu tu sayee keje. maka, jumaat mlm tu sayee dok sorang kat kuantan. 1st time solleh berpisah ngn mak. mak yg sedey beria. dan bulan 9 tu jugak 1st time sayee n solleh g stadium bola sepak!!!



okt***masa ni solleh dah sangat kurang menyusu dengan sayee. byk minum susu botol je. solleh ikut sayee kursus kat ikram. sbb kursus 4 hari, sayee tak sanggup nak berpisah lama2 ngn solleh. solleh start ralik (focus) tgk buku2 bergambar masa ni. pandai anak mak ni.


nov***bday abg abdul. kami celebrate kat kuala besut. beramai2 g umah adik abg abdul. sayee bg hadiah jam tgn kat abg abdul sbb jam tgn dia dah rosak. tapi hadiah dia yg lebih bermakna ialah kemenangan pahang dapat menjulang Piala Malaysia. kakak sayee jugak selamat melahirkan anak ke2. baby boy. 29/11/13. muhammad aqil yusri. solleh ske sgt cium baby tu. berebut2 ngn kakak aina nak cium baby. 

dis***sayee akhiri tahun 2013 dengan perasaan sedih. umah kami kena banjir. bagi sayee sendiri ini lah pengalaman pertama. air naik smpi paras pinggang. nti sayee citer dalam entry lain la pasal banjir ni. sedih. smpi hari ni dah nak abis bulan 1 pun, umah tu belom siap kemas dengan sempurna lg.



sekian dlu coretan sayee kali ni. semoga sayee lebih rajin menulis di sini lepas ni. insyaAllah.



05 June 2013

kesah sepanjang januari 2013

awal januari, sayee masih cuti cooling period smpi 15jan. masih menetap di umah jengka (kadang2 umah gelanggi). so gambar awal2 jan tu byk gambar kat jengka la.

+  1jan abg abdul mula berniaga kat dalam Kolej Matrikulasi Teknikal Jengka. untuk makan tghari. rezeki jangan ditolak ye tak..

+ solleh belom merangkak. dia cuma pandai angkat badan dalam posisi merangkak tapi bila dia nak ke depan, dia akan meniarap semula. take ur time son.


+ solleh masih dok dalam walker masa ni. tapi kadang2 kakak nena yang dok dalam. teringin kot. kecik dlu tak sempat puas dok dalam walker sbb 9mo dah berjalan. 


+ mak dan anak kemho dalam kete masa nak g kedai tlg abah. (ok, mak kemho sorang anak malas melayan) hahha


+ kalau hari ahad best buffet tutup, so sayee angkut solleh ke kolej skali g berniaga. buh dalam walker so sayee bole bebas buat keje lain.


+ seronok dia main pusing2 keliling dewan makan kat kolej tu. luasssssss.



+ penah skali sayee tukar kete ngn mak. tapi lupe nak amik carseat dia. maka, abg abdul reka carseat baru utk solleh. hahhaha. (dun try this at home)



+ latest achievement solleh masa ni ialah berpaut utk berdiri.


+ oleh kerana 16jan sayee start keje smula, maka 14jan kami balik ke umah kuantan. 15jan sayee hntr solleh kat pengasuh sbb nak biasekan dia semula. lama dah tak sap botol. takut lupe. hehe. lgpun bole la sayee kemas umah yg dah sebulan ditinggalkan.


+ tibe2 bgn pagi dia pandai duduk. mak touching.....


+ masa ni dia dah semakin kerap berpaut utk berdiri dan seterusnya menapak sambil pegang kerusi dll, maka mak dia kepung dengan sofa. so, takde la luas sgt kwsn jajahan dia. mak bole duduk tgk dia meniti2 sofa tu smbil tgk tv. hehehe.


+ kalau dok carseat dr umah pengasuh, mmg sayee tak buckle up sbb dekat je jarak umah. maka, budak yang dah pandai memanjat ni tunjuk kehebatan la memanjat nk tgk mak bukak pintu pagar. hehehe.


+ kepandaian lain sejak pandai memanjat ialah sepahkan seme tupperware mak kat rak. thank you son. sbb tambahkan keje mak. hahhha.


+ memanjat lagi...



+ dapat benjol di dahi sbb jatuh masa memanjat. tercium dinding.


+ baru try letak dia kat baby chair. siap sendal dengan beg kat belakang tu. hehhe


+ panjat lagiiii. masuk dalam beg plak.




Related Posts with Thumbnails

ads