18 January 2016

Husband and Wife ~ Perkara kecil yang boleh jadi besar

Hai..

Topik hari ini agak macam serius tapi bukan lah serius sangat. selepas 6 tahun kawen baru boleh terpikir benda-benda yang kecik tapi tak perlu dibesarkan. awal-awal perkahwinan, semua benda kecil pun akan diperbesarkan. dua belah pihak pulak tu. kalau sayee tak besarkan, abg Abdul akan besarkan. so, kekerapan berantakan tu boleh bayangkan sendiri lah kan.

cara sidai tuala/sejadah/telekung/pelikat.
sayee tak suka buat benda yang memenatkan, tak suka berusaha lebih. sayee dah tetapkan, sidai tuala mesti kat bahagian bawah, sejadah telekung pelikat kat bhgn atas. tapi sayee tak suka bila nak sidai tuala tu, sayee kena selak sejadah dll tu sbb panjang meleret sampai ke palang bawah tu. so sayee ckp kat abg Abdul suh lipat dua dlu sejadah tu baru sidai, maka dia akan jadi pendek dan bole sidai tuala dengan senang hati tanpa berusaha lebih. ngengada kan. masalah abg Abdul ni, dia selalu lupa nak lipat dua sejadah dll tu. dan sayee selalu kena berusaha lebih yang mana sayee tak suka tu kan. lepas 6 tahun, sayee belajar untuk diamkan, dan betulkan je silap dia sidai sejadah pelikat semua tu. sebelum ni, mmg sayee moncongkan bibir mungil ni tanda merajuk sbb kena berusaha lebih masa menyidai tuala. stupid me!

cara pasang cadar.
kalau pakai fitted tu, sayee nak bucu cadar betul betul terletak kat bucu tilam. kalau sayee pasang, sayee akan make sure bucu bertemu bucu. tapi, kalau abg abdul pasang, paham2 sendiri je lah.. opsss.. bila perlu pasang cadar dengan kadar segera, (terpaksa tukar cadar bila anak muntah atas katil contohnya) dan sayee plak terlalu utamakan bucu what so ever, perkara kecil begini lah yang bole menjadi perkara besar. sebab sorang nak cepat bila anak dah nangis nak sambung baring2 tapi sorang lagi terlalu obses dengan bucu bertemu bucu. haaa, selepas 6 tahun sayee bole mengabaikan bucu what so ever tu lantak kau la nak dok mane, asalkan anak2 bole baring semula dengan kadar segera.

 cara susun barang dalam bakul susu anak
setiap kali outing, sayee akan sediakan segala mak nenek perkakas botol anak2 dalam bakul. bila letak kat lantai kereta, barang2 mak nenek semua ni takkan berterabur. they will stay inside the basket instead of bergolek-goler merata ceruk dalam kereta sampai susah nak cari. (again, sayee kan tak suka buat kerja lebih haha). sebelom keluar, mmg sayee dah susun siap2, botol air masak dok mane, flusk air panas dok mane, tin susu dok mane, botol2 susu dok mane, etc blah blah. bila bakul tu terlalu padat, setiap kali keluarkan, salah satu mesti akan tumbang sebab tibe2 takde support kiri kanan kan. (bole ke paham ape sayee bebel ni?). bila abg abdul yang buat susu, dia tak susun semula ikut turutan yang sama macam sebelum tadi. ini jugak perkara kecil yang bole menjadi besar. sebenarnya tak susah pun nak susun semula, cuma sayee kena adjust sedikit ketidakupayaan untuk buat kerja lebih sedikit dari biasa. tu je. selepas 6 tahun, baru sayee berupaya utk buat semua ni. tak kisah lah berapa kali dia nak tumbang pun, sayee susun semula. kalau tak larat sgt, sayee pun sama naik je buat exactly macam abg abdul buat. i just dont care anymore. hahaha.

procrastinate
abg abdul adalah seorang yang sangat sukeeeee menangguh, kalau mintak tolong dia, mesti akan ditanya, "nak buat sekarang jugak ke? nanti2 tak bole?". iye, bole mmg bole, tp kebiasannya kalau tak buat segera, dia akan lupa. manusia biasa kot, kalau saya pun selalu lupa nak buat sesuatu kalau menangguh2. solat pun pernah lupa sebab asyik menangguh2 di awal waktu. selalunya, saya cuma akan mintak tolong abg abdul buatkan kalau tgh menyusukan anak. sbb takut saya tertidur terus smpi ke pagi. contoh, "tolong masuk kain dalam mesin basuh ke dalam dryer". iye, mmg bole tunggu. tapi kalau sampai ke pagi esok, tak ke busuk kain baju tu nnti? haaa gtu je la bende2 remeh yang selalu menjadi sengketa dalam rumah tangga. sekarang selepas 6 tahun kawen, saya dah tak kisah, kalau busuk kain tu basuh je la semula. kalau tertdo tak siap keje umah, bangun je la awal2 pagi. time anak tgh lena diulit mimpi. lepas siap keje umah bole minum kopi di awal pagi sementara anak2 belom bangun. me-time yang sangat amat jarang dapat dikecapi. ;)

telefon bimbit
abg abdul suami ku yang sangat dicintai. dia seorang yang sangat payah nak cas telefon dia. mak aiii, geram kekadang bila telefon dia mati saya tak dapat nak call dia. masa tu mmg rasa nak start kereta g cari je dia kat mane. sangat amat selalu, saya yang cas kan telefon dia, bole? bila ada powerbank, sangat amat selalu jugak saya yang cas kan power bank dia. haish, tahap mmg manja teramat dah abg abdul ku ini. power bank kami ada seorang satu. saya pakai yang 10000mah. je sbb cuma nak ada sebagai backup je. sebenarnya telefon saya boleh dipakai sepanjang hari dr pagi smpi ke malam tanpa perlu di cas. cuma, in case kalau terlebih guna telefon mungkin akan abis bila petang kan, so saya rasa satu keperluan jugak. satu hari powerbank saya buat hal, saya beli lagi satu yang 20000mah. bila dah beli, yang lama tadi elok je pulak. masih boleh pakai. maka, kami ada 3 powerbank. makin rancak la tahap kemanjaan abg abdul tidak mengecas telefon mahupun powerbank. sbb dia tau, kalau abis powerbank dia, ada lagi satu yang saya tak pakai. hhmmmmppphhh. tapi walaupun begitu, saya redha je jadi tukang cas dia. hahahha.

agaknya, ini lah sahaja contoh perkara kecil yang boleh menjadi besar dapat saya kongsikan kali ni. lain kali sambung lagi part 2 kalau ada. hehehhe. perkahwinan adalah hubungan antara 2 insan yang berlainan keperibadian tapi perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. kalau dedua rajin cas telefon kang, tinggi pulak bil letrik kan. hahahhaha. i love you abg abdul.


2 comments:

  1. Hehehehe seronok baca. Biasalah awal awal kita nak adapt dengan orang baru dalam kehidupan kita. Baru nak nampak true colors masing masing. Benda kecil pun boleh buat kita stress hehe, lama lama rasa macam tak berbaloi nak masam masam muka kan? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe betul betul. berkawan lelama sebelum kahwin pun belum tentu kenal sangat. dah sebantal seselimut setilam sekatil baru tau. camni rupenye. tapi pokok pangkal hati kita, kalau kata positif, jadi positif. pk negatif sokmo, berantakan la dunia kecil kita ni. rasenye paling penting komunikasi kena jelas dalam semua bab. tu kot penilaian saya selama 6tahun kahwin ni. semoga dapat bersama sehingga 16tahun 26tahun 36tahun insyaAllah hingga ke syurga...aamiin...;) btw, thanks husna sbb baca blog saya..

      Delete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads