Showing posts with label MySelf. Show all posts
Showing posts with label MySelf. Show all posts

20 January 2016

pencapaian tahunan

2010 - saya mendirikan rumahtangga

2011 - own a house

2012 - menjadi mak

2013 - upgrade sedan to mpv

2014 - menjadi mak kepada 2 heroes

2015 - nada nada nada

dua ribu lima belas adalah tahun yang sangat sukar, too tough to handle, involved a lot of tears, lebih duka dari suka, lebih airmata dari tawa. T_____T

tapi, alhamdulillah berjaya melepasi semua rintangan dan dugaan. syukur Ya Allah kerana mengasihani hambaMu ini.

dua ribu lima belas, yang bole dikenang cuma bawak anak2 merasa naik flight. mmg budak budak ni tak kan dapat ingat pun memori naik flight ni bila besar nnti. tapi at least dalam setahun dua ni bole la bercerita pengalaman dia naik kapal terbang. ;)

selain itu, yg takkan dilupakan ialah memori stress siddiq masuk wad 3x tahun 2015. bulan jan, bulan ogos, dan bulan september. sambut hari raya korban kat wad bole? mmg pengorbanan sungguh. wuwuwuwuwu taknak ingat dah kalau bole. semoga tahun 2016 ni siddiq dan solleh dan semua sihat2 sahaja. insyaAllah aamiin.















ok, cukup segala memori tak indah. ;) di kuantan, rumah impian perdana adalah berhadapan dengan padang permainan. saya sebut "padang permainan" bukan "taman permainan" adalah kerana padang tu mmg besar. ada budak2 main bola sepak. tepi tu ada court badminton/takraw lagi. dan jugak ada buaian dan gelongsor. mmg boleh dikatakan setiap hari abg abdul bawak solleh siddiq turun ke situ. sejak siddiq dah berjalan mmg saya serahkan aktiviti riadah petang tu bulat2 kepada abg abdul. saya dok rumah buat keje lain yang patut. keje yang perlu diselesaikan dengan segera tanpa gangguan siddiq nak berdokong la contohnya. semenjak berpindah ke jengka, budak budak ni mmg kurang aktiviti luar. sbb nak ke taman mainan mmg agak jauh dari rumah makabah saya. agak kerap jugak lah, bila balik dari taska saya akan bawak mereka ke taman permainan. bertukar ganti. hari ni di taman desa jaya 2, esok di taman jengka indah, lepas tu ke taman permatang shahbandar pula, dan pernah jugak di taman permatang shahbandar 2. bila pulang ke rumah, mood mereka lebih baik. badan penat mungkin. sampai rumah terus mandi, lepas mandi terus makan dengan senang hati, lepas maghrib dah ajak berbaring2 utk tdo. part ni mmg indah. :D








lagi kisah indah di tahun 2015 ialah potty train solleh. 3y++ dah budak bertuah tu. akhirnya berjaya jugak diaper-less. beberapa kali mencuba akhirnya berjaya. masa tu, dia sendiri yang tak nak pakai diaper. berkejaran lah mak dia g beli seluar dalam utk dia. try beli yang jenis brief tu dia tak suka. maka, pakai la yang macam boxer tu tapi jenis yang ketat mcm legging tu. tak pandai nak explain bentuk seluar kecik dia tu (perlukah explain? hahaha).

kongsi pengalaman potty train mmg mengundang stress jugak sebenarnya. byk kali kena mop lantai tau. sudah lah tinggal bersama makabah, rumah yang byk fabrik (sofa, karpet etc). mmg kena bersabar sangat2. kejadian terlepas poopoo merasa jugak lah sekali. masa tu dia main panjat2 kat cermin dalam bilik. pastu dia terbe.rak. dia jerit "mak, tolong aleh ni, tolong, tolong!!!" saya berlari dan jumpa 3 tompok ta.hik dia. mujur tak cicir2 merata. nak gelak pun ada, sebab kat sebelah meja cermin tu siddiq tengah mkn pisang goreng dengan penuh selera. kahkahkah.

cara yang betul2 menjadi ialah cara yang direka oleh abg abdul. abg abdul kata, "kalau solleh ken.cing be.rak kat tandas, abah bg duit syiling. bole masuk tabung, nak?" kebetulan dia mmg baru dapat tabung RHB yang warna pink tu. kalau masuk syiling dia menyala lampu. suka la dia. siap tanya, "kalau aleh kentut, abah bg duit tak?" "amboihhhh, kentut pun nak jual kat abah jugak?". dia jawab dengan deraian gelak ketawa. kahkahkah. bila tabung dia dah berat, abah dia janji nak keluarkan duit tu utk beli toys yang dia pilih sendiri. seronok la dia.

seluar kecik solleh jenis camni lah. tak sangka jumpa dalam google ;)


hadiah sbb berjaya potty train.


ok lah. till next entry. bai.......


15 January 2016

selfie 2015

sejenis yang belom bole move-on dari tahun lepas. saya ni bukan la jenis yang kuat selfie. kengkadang je, bile abg abdul mintak selfie ke, bile terasa best-tudung day ke, selfie ngn anak2 ke, bile tgh menunggu dan taktau nak buat ape. masa-masa camni je saya selfie.

masa ni solleh ikut abah dia keluar

selfie sebab pakai baju kuning sama2, tapi baju mak tak nampak

ni contoh best-tudung day hahahha

ni baru lepas interview, tggu abg abdul jemput

sama seperti di atas

lepak tgk tv masa abg abdul bawak anak-anak main kat luar rumah

solleh kaki selfie

spec baru masa ni

ni abg abdul mintak suruh selfie

adakah selfie 2016 akan lebih banyak dari selfie 2015? hehehe nanti lah plak upload kalau ada. bye.
















12 June 2015

celoteh; travel

as salam semua.

sayee dan keluarga kecil kami ni jarang travel sana sini. kecuali ada kenduri kendara ke penah la jugak g road trip ngn anak2. awal tahun 2015, abg abdul menyuarakan hasrat nak bawak isteri dan anak2 g jalan2. tak jauh pun takpe, asalkan dapat bercuti bawak anak2 seronok2. (maknye yg sengeh lebih2) hahahha.

masa tu sayee cuma reply, "ok je. nti kite plan lah." dalam kepala dah terbayang nak g jalan2 ke penang. sebab, sayee rindu penang! dan sebab kedua pasal wedding bff ni lah. selain tu, sayee bayang cuma nak ajak abg abdul bawak anak2 mandi manda kat gambang je. dekat sket.

tibe2 rezeki nak jatuh ke riba. ada family day opis sayee. buat kat lost world of tambun, ipoh perak. dapat lah sesambil family day sesambil jengjalan ngn keluarga kecil kami ni. siap belikan baju mandi utk anak2 sebelom gerak. comel giler tgk budak 2 org tu pakai baju mandi. rase nak puk montot tu. hahha. gerak seawal pagi ke ipoh. ikut jalan genting sempat-batang kali-tanjung malim tu. tdo kat ipoh. esoknye, gerak ke lost world of tambun dan beraktiviti kat situ smpi petang. mlm tu dinner dan karaoke dan cabutan bertuah. tapi kami balik awal ke bilik hotel sbb anak2 sayee jenis tdo awal. lgpun penat mandi manda siang tu.

esoknya, sebelom check out bg dorg mandi manda kat pool hotel pastu smbung plak kat bath tub dlm bilik. baru lah check out. gerak balik ikut batang kali jugak. singgah kat mini cameron highlands. jalan2 kat situ kejap. terus balik ke kuantan. smpi kuantan terus pengsan. yang tak best nye, sabtu kat tambun tu sayee tibe2 kena sakit mata. bgn pg tu rase pelik je. masa kat waterpark tu dah makin kelabu. terus g klinik kat ipoh cari ubat dlu. tak tahan btul. dapat la mc 3 hari. bole la rehat sket balik dari tambun tu.

ok, gambar tak byk pun. layan je la ape yg ada.


dalam kereta. siddiq kongsi selimut busyuk solleh haha.


mandi kolam dlm bilik hotel.

dinner sabtu malam

selepas dinner, nak balik dah

singgah mini cameron highlands otw balik kuantan

"mak, amik gambar aleh pegang tgn patung ni"

"patung ni plak mak"







seminggu lepas balik dari tambun, kami ke penang plak utk wedding zta tu. sempat la bawak anak2 g naik feri. plan nk g bukit bendera. sbb lepas renovate, sayee tak penah g lagi. tapi sbb masuk lunch kt gurney plaza dan stuck kat parking lot kemain lama, maka tak sempat nak naik bukit bendera pun.

masa mula2 smpi penang tu, sementara nak tggu kul 2 check in, kitorang g nyeberang naik feri. tapi anak2 tdo masa ni. sayee ajak abg abdul g usm engineering campus. rindu sgt tempat tu. mmg ternganga tgk usm tu dah byk pokok. masa zaman sayee student situ dlu, takde pokok pun. panas kelenting2. bangunan2 baru pun byk jugak. ada hangar lagi kat belakang skul mekanik tu. pastu ada bangunan koperasi kat tepi padang. teringat btul zaman dolu2. siap g mkn kat cafe ok. abg abdul mmg kagum la mkn ayam goreng 2 hengget je. penang mmg heaven la bab makan. murahhhh. lepas mkn sebelom kluar tu kami siap benti kat gate ok, amik gambar ngn anak2. smbil mulut pot pet2 bgtau anak, "ni la skolah mak dlu". hahahhha.

lepas tu kami balik ke island naik jambatan kedua. tak enjoy btul naik jambatan ke2 ni sbb tgh ngntuk. smpi island terus g check in dan tdo. ngntuk btul bgn kul 4 pagi sbb nk siap2 g airport kul 5. mlm tu g kenduri zta. esoknye lepas bfast g repeat nak naik feri lagi. tapi anak2 tdo lagi. maka, kami g nyeberang naik jambatan pertama plak. smpi seberang, terus beratur nak naik feri. mujur2 anak2 dah bangun.

ok, gambarrrrr.




USM kesayangan

tgh beratur nak naik feri.
anak2 seme nak dok depan sbb cari mana feri. mana bot. 
lenguh peha mak riba korang tau tak. haha

mak mmg diva, x drive pun nk pakai cermin mata hitam.

siddiq layan angin feri.
solleh peluk tiang hahha


mmg bersungguh dia peluk tiang.




dlm flight nk balik dah.
siddiq tdo sepanjang flight balik.


seterusnya, cerita g gambang waterpark. ibu sayee (mak sedare) bawak anak2 dia jalan2 ke kuantan. tdo hotel semalaman, tdo umah sayee semalaman. pastu dia ajak g mandi manda kat gambang waterpark ni. sbb dorg tak penah g. sayee pun baru 3x je pegi sini. masa ibu smpi tu, sayee mmg tgh cuti mc sakit mata. anak2 hntr pengasuh n sekolah. tibe2 ibu ajak g, kami pun tinggal anak2. kejam betul rase diri ini. g tmpt seronok2 main air tapi tak bawak anak2. hihihihi.

ain, anak ibu yang bongsu

abg abdul, sayee dan cikdin (suami ibu)

ibu yang depan sekali tu.

dalam pada keluarga kecil kami g travel sana sini ni, kakak sayee balik ke kampung suami dia kat taiping. mak abah sayee yang kebosanan tggl berdua je, g naik ke cameron highlands jugak berbulan madu berdua. chewwaaaahhh. hehehhe.




 
Related Posts with Thumbnails

ads