Showing posts with label hati ku tersentuh. Show all posts
Showing posts with label hati ku tersentuh. Show all posts

29 December 2010

current mode: hating


sayee penah dan sedang dan akan membenci budak tu sampai bila-bila.

sumpah sayee menggigil tiap kali tgk gambar dia.

darah sayee menyirap setiap kali sayee baca setiap status dia.

bila sayee teringat nama dia pun, sumpah sayee rase nak tampo orang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mode kembali insaf: taknak blog ni jadi blog tempat luahan perasaan marah.

cuma tadi tu mmg tak tahan.

kenapa dalam kehidupan bahagia sayee bersama orang tersayang, perlu wujud dia?

kenapa ada nye dia?

kenapa sayee belom dapat menerima ketentuan ini?

kenapa berat sungguh dugaan untuk sayee?

Ya Allah, berilah hambaMu ini petunjuk. berilah ketenangan kepada ku. bantulah diri ini Ya Allah.

**************************************************


01 December 2010

2 things I really hate


  • betrayed by the most trusted and loved.

  • my opinion is ignored.



27 November 2010

TTC


Lilypie Trying to Conceive 15 to 80 day cycle tickers


~~tatau kenapa sayee buat ni. mungkin takde keje. mungkin bosan. mungkin jugak stress. opss, takleh stress. nnti susah nak concieve. so, sayee saje2 buat ni. tgh dok selok main dengan lilypie / daisypath ni. hahaha. korang layan je lah ye.


23 October 2010

MoM's LOvE


"I have carried a human life inside my body. I have comforted a baby on my chest. I have been puked, peed & pooped on. I've woken up to a hungry baby & stayed up all night with a sick baby, but I wouldn't have it any otherway. My body isn't magazine perfect, but when I look in d mirror, I see a Mother and there is no greater honor or blessing."

i found this at nurulnadiah's FB wall. i am glad she is now a mommy. happier becoz she is proud to be one. and praying hard to be like her one day..... amin...

~pic from NurulNadiah's FB.


to my mak, thanx a lot for this;
  • carried me inside your body.
  • comfort me on your chest
  • sorry because bothering you when I puked, peed and pooped on you.
  • woken you up when i am hungry
  • when I got sick, you stayed all night to take care of me
  • when I look into the mirror, I see you, MAK. 

because you are my soul and there no greater honor or blessing.

I LOVE YOU SO MUCH, MAK.

Mak sayee, sayee dan MIL
270609~my engagement day



~~harini ada tazkirah kat opis sayee, nnti sayee citer sedikit sebanyak yang dapat sayee kongsikan ye. insyaAllah.






12 October 2010

konflik sungguh lerrrr..

sayee rase, orang-orang yang ada akaun facebook ramai dah yang baca bingkisan notes yang dikongsikan bertajuk "Faedah Memeluk Isteri" kan? 1st time sayee baca, terus sayee share kat wall fb sayee. byk laa komen2 dari rakan-rakan kesayangan sayee.

tibe-tibe timbul persoalan dalam benak fikiran sayee. camne kalau orang tu ada 2 isteri? lumrah suami zaman skang yang ada lebey dari 1 isteri, mesti lagi ske peluk yang muda, yang baru. bukan isteri yang tua, yang lama kan? ini lumrah dan ini sekadar contoh aje dan ini jugak sekadar pendapat sayee saje.

sebenarnya sayee baca kesah ni kat wall seseorang yang berstatus isteri 2, dan suami dia bole komen-komen plak. (tak perlu lah sayee copy paste plak komen dia kan). hmmm, sebelom ni lagi sayee agak kurang setuju bila orang yang berstatus isteri 2 bole terang-terangan 'bermesra' dgn suami orang a.k.a suami sendiri di internet. dia tak pk ke perasaan isteri 1 atau anak-anak isteri 1? sungguhpun dia dpt kebenaran berkahwin dari isteri 1, atau isteri 1 mmg dah x sayang kat suami dia, atau ape ape je lah tapi rasenye lebey manis kalau segalanya dilapik dan dialas sket. skang kan kemudahan internet ni tanpa batasan. dah mcm takde privacy. ada kemungkinan anak-anak isteri 1 tu bole baca seme ni kan? tak pk ke? hmmm tapi sape lah sayee nak masuk campur hal orang lain kan. sekadar bole membebel di blog sendiri saje.

cukup la membebel, sayee share kan aje lah di blog ini plak.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
  
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

~~bila baca part nak suh isteri cepat turunkan berat badan kena slalu peluk, ada yang secara tak langsung anggap abg abdul jarang peluk sayee sbb tu sayee gumukkk.. hiksss... lepas ni, akan slalu paksa abg abdul peluk sayee lah. hhihihihi..


~~abaikan entry membebel kali ini ye, ini adalah sekadar luahan perasaan tidak puas hati, wpun bukan sayee anak-anak dari isteri 1 orang itu. sayee cuma tertanya-tanya aje. 




02 September 2010

DI SAAT AKU DITALKINKAN !!

Salam...


Sebak dada bila membaca....Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah.. .



***************************


Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.



Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.



Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap. .......Asyhadual lailahaillallah. ........" ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.



"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah... .. Tapi mataku...... .semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan, abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku. 


"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin..... .".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???



Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi..Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.



"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga, haus,panas. .......". tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek. ......... .". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".



"Ibu.......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi......" . Ayah.......kau datang ayah......." . "Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kau kah tadi??Kenapa kau berubah laku? ?Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailaha illallah. .....".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.



Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya" Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......! !!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah....... ".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.



Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....".



"Assalamualaikum. .....".

"Siapa yang memberi salam itu?".

"Aku".

"Kau siapa wahai pemuda???".


Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya. .....jijik, loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.



"Kau tak kenal aku?".

"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".

"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".

"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".

"Akulah amalanmu yang keji........ ..".



Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak.  Tiba-tiba badanku disirami air.Air apa ini?????



"Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu. ....malu. .....!!!! !!". Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu! !jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas. .......". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?



Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku' ,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.



Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah! "Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".. Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!" . Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.



"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar....... .".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.



"Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!! Gelap! Panas! Tolong! 


***************************

THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH..... "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU  ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."





~~Nauzubillah...mintak2 la kita semua ni mati dalam Islam. Amin...




31 August 2010

part of marriage


To those who are married, .. Not married .. and soon to be married, hope you will be touched with this story...

===========================

When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I've got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.


Suddenly I didn't know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce.. I raised the topic calmly.



She didn't seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why?



I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn't talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Dew. I didn't love her anymore. I just pitied her!



With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company.



She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Dew so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.



The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn't have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Dew.



When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.



In the morning she presented her divorce conditions: she didn't want anything from me, but needed a month's notice before the divorce.



She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month's time and she didn't want to disrupt him with our broken marriage.



This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day.



She requested that everyday for the month's duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning.. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request.



I told Dew about my wife's divorce conditions.. . She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully..



My wife and I hadn't had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mummy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don't tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.



On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn't looked at this woman carefully for a long time.. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.



On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me.



On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn't tell Dew about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger.



She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.



Suddenly it hit me... she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head.



Our son came in at the moment and said, Dad, it's time to carry mum out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.



But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn't noticed that our life lacked intimacy.



I drove to office.... jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind...I walked upstairs. Dew opened the door and I said to her, Sorry, Dew, I do not want the divorce anymore.



She looked at me, astonished, and then touched my forehead.. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Dew, I said, I won't divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn't value the details of our lives, not because we didn't love each other any more. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart.



Dew seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away.



At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I'll carry you out every morning until death do us apart.



That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed - dead.:(

===========================

~~the small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves. So find time to be your spouse's friend and do those little things for each other that build intimacy. Do have a real happy marriage! Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.



19 August 2010

untuk tatapan abah~~i'm soooo touched





********************************************************

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan Maknya..Lalu bagaimana dengan ABAH?





Mungkin kerana Mak lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata Abah lah yang mengingatkan Mak untuk menelefonmu?





Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, Mak lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahAwa sekembalinya Abah dr bekerja dan dengan wajah lelah Abah selalu menanyakan pada Mak tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?





Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil. Abah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah Abah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, Abah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Mak bilang : "Jangan dulu Abahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana Mak takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....





Tapi sedarkah dikau? Bahwa Abah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan saksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.





Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, Mak menatapmu hiba. Tetapi Abah akan mengatakan dengan tegas: "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, Abah melakukan itu kerana Abah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.





Saat kamu ditimpa sakit, Abah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!". Berbeza dengan Mak yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu Abah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..





Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada Abah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan Abah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa Abah melakukan itu untuk menjagamu? Kerana bagi Abah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada Abah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...





Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah Abah.Tahukah kamu, bahwa saat itu Abah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa Abah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?





Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu, Abah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') Abah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati Abah merasa cemburu?





Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan Abah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya. Maka yang dilakukan Abah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang. Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut. Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati Abah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti Abah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"




Setelah lulus SPM, Abah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan Abah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi Abah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan Abah.





Ketika kamu menjadi gadis dewasa. Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain. Abah harus melepaskanmu di bandar. Tahukah kamu bahwa badan Abah terasa kaku untuk memelukmu? Abah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. Padahal aBah ingin sekali menangis seperti Mak dan memelukmu erat-erat. Yang aBah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang". Abah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.





Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah abah. Abah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain. Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan abah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...





Kata-kata yang keluar dari mulut Abah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Abah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti abah belikan untukmu". Tahukah kamu bahwa pada saat itu Abah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?





Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Abah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu. Abah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada abah untuk mengambilmu darinya. Abah akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Abah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.





Dan akhirnya....






Saat abah menikahkanmu dengan seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Abah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu abah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Abah menangis karena abah sangat berbahagia, kemudian abah berdoa....



Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Abah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"


Setelah itu Abah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. dengan rambut yang telah dan semakin memutih. dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya. Abah telah menyelesaikan tugasnya. PAPA, AYAH, BAPAK, atau ABAH kita. adalah susuk yang harus selalu terlihat kuat bahkan ketika dia tidak kuat  untuk tidak menangis. dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu. dan dia adalah orang pertama yang selalu yakin bahawa KAMU MAMPU dalam segala hal...





********************************************************


hati sayee sangat-sangat tersentuh bila baca ni. terus teringat segala dosa-dosa sayee pada abah back in 1999. sungguh jahil sayee pada ketika itu untuk memahami takdir yang Allah tentukan untuk sayee. tapi Alhamdulillah, hubungan sayee dan abah yang penah renggang seketika dlu kembali pulih. walaupun abah tak penah mintak maaf dengan kesilapan yang dia lakukan, tapi sayee dah lama maafkan abah. buang yang keruh, ambil yang jernih. sesungguhnya, untuk sayee tiada Abah lain yang lebih baik dari Abah sayee. 

"Abah, Angah sayang Abah so much..."



~~i did cried while typing this. suddenly my phone's ringing and "AYAHANDA" appear on the screen. it was very hard to control my voice. huhuhuhuhuhuuuuuuuuuuuu.....


~~(disclaimer: sayee copy paste ini dari FB)



16 August 2010

doa untuk kesejahteraan keluarga

beberapa hari lepas, sayee berasa sedikit tidak tenang. dan sayee meng'google' doa untuk kesejahteraan keluarga sayee. supaya tidak lupa, sayee nak kongsikan dengan semua orang, untuk ingatan kepada diri sendiri dan seluruh pembaca blog ini. insyaAllah.



Artinya : 
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al Furqaan : 74)











Artinya : 
“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri” (Al Ahqaaf : 15).
Keterangan : Doa ini diajarkan oleh Nabi Muhammad kepada Abu Bakar RA.







11 June 2010

SadNess~~




yes, this S**T really really really S*CKS..!!!

i extremely hate my life right now...





adat dan lumrah hidup
tak selamanya kita gembira, tak selamanya kita senyum dan ketawa
akan tiba masa dan ketika, mendung pun menjengah di jendela...







sebagai seorang Muslim, sayee redha..
sayee pasti dan yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.


I trust that everything happens for a reason, 
even when we're not wise enough to see it.

-Oprah Winfrey-




so, DON'T ASK..!!






Related Posts with Thumbnails

ads