Showing posts with label tonsillitis. Show all posts
Showing posts with label tonsillitis. Show all posts

14 June 2011

Tonsilectomy ~ entry dengan gambar

dah hampir 2 bulan sayee buat tonsilectomy ni, baru skang nak kuar entry bergambar neh? ape kes? ntah lerrr, kekangan byk sgt nak mengadap blog ni.

ni pon, pasal sayee baru teringat yang cheque utk prudential sayee belom dapat. haisshh di mana kau duit???

ok lah, citer sebelom operate, sila klik entry sini. pastu klik sini utk citer dlm wad. citer 2mggu lepas operate, klik sini plak.

ok, entry ni nak tunjuk gambar je.

ini adalah pesakit.

masa ni baru nak g OT. dia suh sayee tukar baju yang kancing kat belakang tu. dan pakai ITU SAHAJA. bila dia suh naik atas katil sbb dia nak tolak g OT, sayee mintak nak jalan sendiri sbb belom sakit. tapi x dpt. dia kata kena ikut prosedur. lgpun sayee tgh "seksi" masa tu. huhuhu.

ni plak tonsil nye. nurse tu bg nak suh tgk.

satu tonsil belah kanan, satu lagi tonsil belah kiri.

haa, nmpk? macam jeruk kelubi kan?

*google*

nak citer sket la masa sayee berpantang kat umah. mak sayee beli aiskrim bapak byknyeee! pagi2 dah suh mkn aiskrim. pastu hari ke2 sayee kat umah (isnin). masa tu abg abdul dah balik ktn, keje. mak sayee masak bubur nasi. hari2 mkn bubur nasi je. pastu sayee nmpk ada kerdas. mak plak buat nasi goreng. sayee yg kena tinggal sorang2 kat umah (yg lain keje) dan sayee yang dah kebosanan mkn bubur ni pun, menjamah la sket nasi goreng tu sbb terliur ngn kerdas. nak tau ape jadi????? luka sayee pedih gilerrrrr sbb kena tulang ikan bilis dlm nasi goreng tu. dpt bayangkan? sakit weyh!!!

ni la kerdas *google*


pastu hari esoknya plak sayee cuba gosok gigi geraham. sbb dah byk hari gosok gigi, bhgn depan je. masa gosok tu, terjolok ke dalam sket, pedih dan perit lagi skali!!!

masa dah balik ktn, sayee g umah SIL kat bukit goh. sbb MIL seme dtg jugak. masa tu sayee lom abis berpantang. cuma mkn nasi biasa, tapi kena kuah byk2 dan xpedas. masa smpi bukit goh tu, MIL tgh tumbuk sambal belacan. bapok terliur nye. masa mkn tu, sayee pun mintak hulurkan sket sambal belacan tu. (lupe ni xleh mkn pedas). terus seme org jerit, "TAK BOLEEEEE, takyoh lerrrrr". hahaha. diri sendiri lupa...

itu la serba sedikit pengalaman sayee berpantang. masa sayee mkn nas goreng ngn kerdas tu, mak siap mengeluh lagi, "camne la mak nak jaga angah dalam pantang bersalin nnti. tinggal kejap dah curi2 mkn macam2". opssss.



10 May 2011

update~2 weeks after tonsilectomy

hai all..

udah 4 hari takde entry langsung. movie review untuk Thor n Pantas dan Garang pon lom kuar. sbbnye, balik dr tgk Pantas dan Garang ari jumaat tu, kepala sayee sakit tidak terkata sakitnye. plan after movie pon seme hancur. keciwa abg abdul ku. dan, sakit kepala yg tidak terkata sakitnya itu ditambahkan lagi dengan high fever smpi 39.8 degree celcius. bole?

sabtu, sayee takleh bgn langsung. lepas subuh tumbang semula. kul 10 bgn, sbb abg abdul suh mkn sket. tu pun x abis. lost my appetite. pastu sayee sambung tdo, smpi kul 3. baru larat nak bgn mandi n solat. dasat kot kan?

lepas mandi, rase dah ok sket. sbb sejuk kepala agaknye. tapi bila rambut kering, start berdenyut semula. mmg sakit tak terkata lah. dah petang tu, start badan panas. suhu naik mendadak smpi 38.8 degree celcius. dan diiringi dengan tdo mlm yang menggigil tapi abg abdul tak bg pakai selimut. arghh geram!

ahad pagi, abg abdul ajak g klinik. tapi mak nak datang. lepas mak singgah sebelom g meeting tupperware, kitorang g klinik. sayee mintak doktor check blood pressure. takut tinggi sgt sbb tu sakit kepala. (teori sendiri). tapi doktor kata BP ok. dia bg ubat demam, antibiotik, ubat cair kahak & ubat utk kumur.

dan lagi, doktor ckp, kalau dah buang tonsil, kebarangkalian untuk kuman masuk ke paru2 adalah sangat tinggi. (pulak dah!). tapi masa dia dengar dgn stetoskop tu, katanya paru2 ok. sbb tu dia bg ubat kumur (matikan kuman kat luka tonsilectomy yg belom elok sepenuhnya).

lepas g klinik, sayee ikut mak g hostel adik. nak celebrate ari ibu dan ari jadi mak skali. (later, citer celebration plak). mlm tu, sayee menggigil lagi. isnin pagi pun demam lagi. tghari tu, mmg dah sangat amat panas. sejuk / kebah bila mkn ubat je. dan lagi, tulang2 kaki sayee seme nye sengal ok. rase nak baring je taknak buat ape2.

kul 5, sayee bgn nak asar. mcm xberapa sedar je masa tu. sbb kepala sangat sakit. lepas solat, sayee tak sedar ape2. tibe2 sedar, abg abdul dah balik keje. nak cabut telekung sayee. abg abdul bg mkn ubat demam lagi, pastu dah ok sket, kami g klinik again. doktor amik darah kiri kanan tgn. sbb belah kanan tanak kuar, dia cucuk belah kiri plak. masa tu sayee dah ok sket sbb baru pas mkn ubat demam kan. kami g makan, then balik umah. smpi umah, abg abdul bg minum 100+, buah oren, yogurt etc etc. pastu dia pasangkan hot belt kat kaki, sbb tulang sengal sangat. dan sayee tdo lebey kurang kul 11.

terjaga kul 2 pagi, suhu tinggi semula. kena jerlum ngn air sejuk, kena paksa mkn ubat demam. lepas tu berpeluh2, maka terpaksa mandi kul 3 pagi. bole?

dan skang, dah cukup 60 jam kot lebey kurang, sayee demam / kebah / demam / kebah. mungkin harini result darah kuar. smlm doktor suspek denggi. mintak2 la dijauhkan. sayee perlu sehat minggu ni utk ke wedding achikss yaya.

YA ALLAH YA TUHANKU, BERILAH KESIHATAN YANG BERPANJANGAN KEPADA 
ALIFAH AHMAD SABREY. 
AMIN...


btw, arini umur anak bonda dah 3 bulan 3 minggu 3 hari. dia dah pandai gelak terkekek2. tapi sayee belom berjaya nak amik video dia gelak. mandi 3 kali sehari dah. sbb panas sgt kan skang. dia dah pandai tunjuk perangai 'baik'. takleh mummy lmbt bg nyusu, nnti dia majuk. kalau majuk, terus tdo tanak nyusu. pastu kejap je jaga, sbb perut lapo la kot. bila dia bgn, kena terus bg nyusu, kalau tak dia majuk lagi. 'baik' kan anak bonda? hehehe.


Lilypie First Birthday tickers


27 April 2011

Happy Birthday Luqman

arini bday anak sedare sayee lah. bday yg ke 5. nama dia luqman. sayee tak jumpa cari gambar dia la. maka, sayee korek2 dalam album fb kazen je. ni gambar dengan adiknya imran masa raya puasa tahun lepas.

luqman dah sekolah tadika. dr 4 tahun dah ummi hntr sekolah. skang dah pandai baca. dah mengaji iqra' dengan tok dia. siap bole tlg ajar kawan dia lagi. tok dia citer, ada sorang kawan umur 6 tahun. dok sebelah umah. dia susah nak dapat ngaji, pastu dia tanak ngaji. luqman ckp, biar dia ajar. nti leh cepat pandai. bijak budak ni. kan?

kalau org datang umah, dia tgh mkn pun bole benti, sbb nak cari buku nak baca. hehehe. 

luqman ni dlu, isap puting smpi umur 4 tahun. last skali dia muntah, terus tanak puting dah.

gambar kat bawah ni, luqman dengan adiknya imran. imran umur 3 tahun bulan 12 nnti.

HAPPY 5TH BIRTHDAY, LUQMAN !!!
tante loves you. 


~~ari last kat ward tu, sayee dapat bil hospital. tgk la nama doktor bius yg cocok ubat kat sayee tu. nama dia Dr Md Lokman. hehehe. bangga tok dia dengar.


26 April 2011

update~after tonsilectomy

hai all..

sayee dah selamat pulang ke umah ari sabtu lepas. discharge dah kul 2 lebey. seb baik lom sempat mkn colgate. ahahaha. sabtu tu makbonda n mak sedare dtg. dorg smpi masa sayee dah hampir2 bole discharge. abg abdul ada ngn sayee. tlg larang sayee mkn colgate. biul sungguh rasenye diri ini bila teringat citer nak mkn colgate sbb lambat bole discharge.

ok, berbalik pada citer ari rabu tu. sayee masuk OT kul 940am dan kuar kul 12tghari camtu. sayee pun mamai2 je tgk jam. tapi sayee ingt MIL suap eskrem masa mula2 sampai ward. dasat kan. ingt kan kena tunggu sedo sepenuhnye dlu. rupenye mamai2 tu dah dpt eskrem. agak heaven lah jugak.

abg abdul ckp sayee nangis je masa mula2 kuar OT tu. sayee pun x sedo sgt masa tu. sakit gak sebenarnye bila dah abis ubat bius kot. tp nak citer la, doktor bius tu pengasar. dia main cucuk2 je ubat bius tu. tapi sayee lawan xnak pengsan lagi. smpi la dia ajar suh baca bismillah dan mengucap. masa tu baru sayee betol2 tak sedo. takut weyh. perasaan kena operate bergelar isteri ni cam ngade2 lah. manja lebey2 plak. nyampah. hahaa..

lepas kul 12 sayee balik ward tu, sayee tdo smpi kul 3 lebey kot. sbb dpt 1 das ubat tahan sakit. kul 3 lebey MIL bgtau nak balik umah solat. sayee bgn sbb rase lapo. puasa dr kul 4 pagi je padahalnye. tapi lapo lebey2. sayee panggil nurse nk tnye bole mkn bubur ke tak. nurse kata bole mkn, sayee pun suap. satu suap dah nak meraung. sakit ok. terus rase diri sendiri akan kurus lepas ni sbb tak leh menelan. hahhaa.

tak lama lepas mkn tu, tertdo lagi. bukan sengaja, tapi ubat ni lom abis kot. tibe2 jaga, ada ramai org dalam bilik. SIL dan family dia dtg. masa tu dah bole borak2 ngn orang tapi suara ni mcm tanak kuar je. pulak dah. sakit dan perit jugak la.

lepas tetamu seme balik, abg abdul smpi. dia bawak sayee bgn g tandas, amik wudu'. nak solat. tapi larat solat duduk je tepi birai katil. lepas solat, nurse bgtau dapat bilik sorang. abg abdul heret bawak pindah. bilik dekat je tapi rase xlarat betol nak jalan. macam pening2. bilik single tu agak luas. bole solat duduk atas lantai.

lepas maghrib, abg abdul nak balik amik alat2 nak tdo. sbb dia nak teman sayee tdo kat wad. tak lama lepas abg abdul turun, kakak sepupu dan mak sedare belah abg abdul dtg. masa tu sayee tgh nak isya. borak2 pun sket2 je sbb maseh sakit.

besoknye, maseh cont dengan ubat tahan sakit dan antibiotik. doktor datang visit, dia kata luka sayee nmpk elok. tapi xleh balik lg sbb nak sambung ubat tahan sakit dan antibiotik ikut jarum tu. takpe, sayee sabar lagi. lgpun dok bilik single tak stress sgt. malam abg abdul leh teman.

akhirnya, lepas abis ubat 2 hari ie khamis dan jumaat, doktor pun bg balik ari esoknye. alhamdulillah.

skang sayee maseh di jengka. abg abdul hntr balik jengka sebab dia tak berani nak tinggalkan sayee sorang kat umah xde sape jaga. ntah nape, masa kat wad tu tekanan darah rendah je. abg abdul takleh nak cuti lama2 jaga sayee. maka, ke jengka la sayee.

khamis nnti ada follow up ngn doktor. jumaat patutnye kena keje. tapi tgk la keadaan camne. badan lemah je lagi. minor op tapi kesannye cam major op plak.

ok, nnti sayee tunjuk gambar tonsil tu ek. lain entry. dan lain kali sayee citer camne sayee kena berpantang. dan ape yg sayee langgar pantang. mmg cari pasal. hahhaa.

ok, more later.


20 April 2011

update~tonsilectomy

yesterday 19 april: isteri masuk wad. lebey kurang pukul 630 ptg baru settle dengan admission. ada problem dengan insurans masa awal-awal tu. alhamdulillah, dah ok. selamat masuk wad dah pun. around 9, saya hntr dia g sana. g check in kata dia. wad makmur timur tingkat 2. bilik 225.

today 20 april 
8 am: saya sleep over kat wad skali dengan dia. dia dah start puasa dari kul 4 pagi tadi. kul 730 dah mintak teh tarik pulak. dia mmg begitu. suka mintak benda yg dia tau dia takleh mkn. kami maseh menunggu mak abah gelanggi datang. dah on the way ke sini. mak abah jengka plak, tak dapat datang arini. mungkin besok. insyaAllah. according to nurse, doctor akan panggil kul 10 nnti nk g OT. again, doakan ye. 

btw, hari ini hari lahir adik bongsu kami. yg ke 15. happy birthday adik. belajar rajin2 utk PMR ye.

sekian utk setakat ni. nnti saya update lagi time to time. doakan ye. thanks.

yang benar,
-suami blogger-


17 April 2011

makan colgate + minum shampoo

di pagi ahad yang hening ni, tibe2 sayee teringat kesah sayee mengamok kat KMC arituh. pasalnye sayee belom dapat discharge padahal dia dah janji ngn sayee. masa tu sayee dah sangat amat nak balik, lgpun dia yg janji kan... rupenye pagi tu doktor ada kes, kena masuk OT dan abis pun masa dah pukul 3 lebey. nak settlekan proses discharge tu amik masa jugak. nak settle billing nye, insurans nye, GL nye. macam2 ler yg sayee tatau pun camne nak buat kan.

lepas bfast pg 28feb tu, sayee semangat g buat fisio dan bgtau seme org yg sayee nak balik dah. lepas abis fisio, sayee dah kemas barang, dah pakai baju cantik. mmg dah standby nak balik je. tapi smpi kul 12 tu, org hntr mkn tghari lg. sayee dah cuak. takkan tak dpt balik kott kan..

tp sayee tunggu lg. smpi kul 2 sayee x tahan dah nak tunggu, sayee tanye nurse, dia kata doktor dlm OT lg. sayee balik bilik nak nangis dah. smpi kul 4 sayee bgtau nurse, sayee nak balik jugak wpun doktor tak bg. pastu nurse ckp doktor dah kuar OT, tgh buat proses discharge sayee. smpi kul 5 tu takde jugak doktor dtg. abg abdul pun xsmpi lagi. sayee pun msg abg abdul, sayee ckp nak mkn colgate n minum shampoo sbb konon2 dah jadi giler dok wad lama2. hahahhaa.

mmg tak masuk akal. abg abdul dah cuak dah. dia terus pecut dtg kat sayee. tapi takde la sayee minum betol2. akhirnye kul 630 baru doktor datang. bg pesanan terakhir. kul 7 lebey jugak smpi umah sbb settle kan bill pun lama giler jugak. ngn nak amik ubat berbondong2nye. mmg jerih arr...


~~nak tau kenapa sayee teringat bende2 ni semula? sbb besok sayee bakal ke KMC semula. dan if dpt GL, kena warded again utk tonsilectomy. hmmmpfff..


29 March 2011

tangan gatal nk dpt duit ke?

penulis mengalami kegatalan di bhgn tgn yg agak terus minggu lepas. salah satu sebab kenapa penulis tidak dapat menaip sebarang entry. oh, alasan alaf baru ok... ;)

sbnrnye sayee amat sangat konpius dengan fenomena gatal tgn ni. tatau la kenapa. tapi skang dah mcm elok sket. sbb sayee berhenti menggaru. kalau gatal sgt, sayee lomorrr kan dengan minyak angin. atau pun sayee tepuk tangan cara pengakap. hahahha. eee, kalau tgh gatal sangat tu, bole terjaga dari tdo tau. mmg gatal betooolllll..

sayee agak mungkin salah satu ubat yg sayee mkn skang ni x sesuai dengan sayee kot. sbb sayee perasan ubat2 yg sayee mkn semasa dlm wad dan ubat yang sayee bawak balik sebelom follow up tu adalah ubat yang sama. tapi lepas follow up tu sayee dapat ubat yang lain sket. mungkin ubat tu yang x sesuai dengan sayee. sejak 3 hari lepas, sayee dah stop taking any pills... mmg takut. even masa tgn tgh teruk tu pun sayee tak g klinik. sbb dah sangat seriauuu dengan ubat-ubatan ni.

alhamdulillah, gatal tu hilang jugak. cuma kadang2 tu jadi jugak la gatal. tapi tak teruk sangat. next follow up baru sayee nak citer kat doktor sbb skang ni takut nak jmpa mane2 doktor pun. bole gtu?










tatau la bole nmpk clear ke tak. gatal tu mcm biji2 air tapi bawah kulit. tapak kaki pun ada jugak rase gatal tapi takde biji2 air tu. tapak tgn je byk.



27 March 2011

pemandangan bosan sepanjang 11 hari

sayee penah janji nak citer details pasal kesah dok wad KMC ari tuh kan? dah sangat lama berhutang ni. baru skang dpt byr balik. ok, kita mula dengan gambar2 pemandangan 'indah' dlm wad ye.

sepanjang 11 hari berkampung di KMC arituh, sayee bertukar 4 org rumet. sayee dok bilik berdua. sbb sayee takut dok sorang wpun hari siang masa abg abdul g keje. hahaha. untuk lebih selesa, sayee tarik semua tirai selagi ada supaya sayee tak malu dan segan nak tdo golek2 atas katil. ceh, tadi kata takut dok sorang. kalau dah tarik semua tirai takde maknenye dok berdua. hehehhe.

pada sayee, selagi ada bunyi org sebelah pun dah cukup. tak perlu la nak sembang2 24 jam. sekali sekala tu ada la jugak sembang2.

ntah hari ape yang sayee sangat bosan, sayee snap gamba ape2 yg sayee nmpk bila berbaring kat atas katil. giler loser dok tgk bende yg sama je 11 hari. diulang suara 11 hari ok!!! haish..

tv satu sorang, itu flask dan jug adalah hospital punye. dan gelas jugak.

katil sayee depan pintu. sbb tu kena tarik tirai sokmo.

almari tanpa baju. sbb abg abdul amik baju kotor dan bawak baju bersih setiap hari.
iye, guna beg tupperware tu lah.. :D

traction kot nama bende ni. sayee kena pakai 4 kali sehari selama sejam setiap kali pakai.
untuk betulkan tulang sayee yg berganjak tu.

bantal yg sgt byk sbb sayee guna traction, maka kena alas dgn bantal.



so, basically ni aje bende yg sayee tgk selama 11 hari dok dlm wad tu. tp penah jugak beberapa kali sayee kuar g tmn abg abdul dinner. hehehe. ada skali tu opismate sayee dtg, tapi sayee kat kedai mamak bawak spital tu. hahaha.

~~to be continued...


11 March 2011

PINK rose..

hello, haiii, pekabo semua???

lamaa sayee tak buat entry kan? bukan ape.. pinggang ni maseh sakit xleh nak ngadap lappy lama2..

sayee dah masuk keje semula 8mac arituh. tapi sayee sebok giler.. atas meja sayee penuh ngn keje terbengkalai. mmg banyak. tak reti nak citer betapa banyak nye keje sayee. sepanjang pagi, sayee buat keje dengan bersungguh2. mmg tak sempat nak bersembang langsung. petang tu plak g pejabat CIDB, SOCSO n MBB. urusan claim2 ni la. sayee kan jatuh waktu bekerja, safety officer cadangkan suh buat claim seme tu. sayee pun nak cuba je la.

arini sayee nak recall semula kesah sayee warded arituh. tapi sayee buat part by part ler. tak sempat nak mengarang byk2. kena recall satu persatu.

arini nak tunjuk gambar sayee dapat bunga kaler pink di hari ke5 masuk wad. masa ni dah kecewa giler. ingtkan dapat balik ari ke4, rupenye sayee dapat jarum di hari ke4. syian. pastu mula ar rase nak nangis jer. oleh itu, abg abdul pujuk dengan bunga PINK ni.

dia sebok nak amik gambar, sayee sebok nak tgk tv. tu yg mata juling ke atas.


yg ni baru lah chomeyl menjadi. uhuk uhuk uhuk..

iye, bunga tu skali dgn famous amous cookies. hehehe. katanye dia nak cari bunga hidup, tapi dia pusing2 dlm megamall tu x jmpa2. masa tu sayee dah call berkali-kali dok tanye dia knape x smpi lagi. hehehe.


hehehe, mcm best plak masuk wad dan dpt bungeeeee. bahgiyeeee.


02 March 2011

quick update..

as-salam to all..

sayee nak buat quick entry ni. pasal sayee dah lama x buat entry. last skali 17 feb. sebabnye, sayee warded dari 18 - 28 feb.  sayee terlepas beday party qaiser zahrin 26feb arituh.. sob sob..

skang ni sayee dah ada kat umah. maseh lagi on medical leave smpi 7 mac. oh, pasal warded tu minor injury je. back pain melibatkan sedikit pressure di bhgn lumbar spine. dan sayee skali gus refer kat doktor pasal tonsilitis tu. sayee maseh buat physiotherapy skang ni. and keep taking antibiotic untuk tonsillitis tu. doktor advice suh buat tonsillectomy tapi bukan skang sbb maseh bengkak, if proceed skang darah akan kuar byk. oh disclaimer, im an engineer not a doctor. tatau camne nak explain ikut bahasa doktor. hehhe.

kesah sayee menginap di Kuantan Medical Centre selama 11 hari akan diciter dlm entry-entry seterusnya. insyaAllah.

  


Related Posts with Thumbnails

ads