Showing posts with label wedding teman2. Show all posts
Showing posts with label wedding teman2. Show all posts

10 June 2015

celoteh wedding bff

assalam semua.

ada beberapa cerita nak dikongsikan. sayee mula dengan yang paling indah dan suweet lah. weddingggg. sayee mmg ske wedding. sangat ske. sbb semuanya cantik. baju, makeup, pelamin, hantaran. semualah. ske ske ske.

kali ni wedding kawan sayee masa matrik dlu, zita!!! kawan baik sangat ni. sayee ada jenis kawan yang sangat baik, dah kenal lama tapi masih update cite each other. wpun bukan lah jenis berwasap hari2, tapi kami tau kisah terkini masing2. dan paling penting wpun jarang jumpa tapi bila jmpa kami tak kekok. itu istilah kawan baik to me. hehehe.

wedding ni kat penang sbb zita org penang. sayee mencari tiket flight ke penang. sbb sambil2 nak bawak anak2 merasa naik flight. dan tak bg anak2 penat sgt dok dalam kereta lama2. kebetulan, dapat la tiket murah airasia. promo cuti sekolah.

tgh beratur nak check in. kul 6 pagi. @klia2

solleh mmg dok cium simut busok dalam pram je. takde nye dia nak berjalan kalau tgh ngntuk2.

disclaimer: anak2 tak mandi, kami berdua je mandi. haha mak bocor rahsia korang pertama kami naik flight tak mandi pagi. hahaha


mula2 mendarat di penang. kul 8 pagi.

masa akad nikah kat masjid sayee tak join. risau bawak budak2 yang tak cukup tdo. nti takut melalak kat masjid. nti dorg bising sayee jugak yang stress nak suh diam. nti sayee start marah2, anak2 start tak happy. so, kite bg dia rehat puas2 siang tu sebelom wedding mlm nye. maka, siang tu kami check in dan rehat di bilik sahaja.

pose terlebih bahagia dr the bride haha

ok, ni pose lebih sopan haha

midd, the MOH. n mummy yg tgh pregnant 4bulan++

ok, wedding mlm tu sepatutnya kena pakai kaler lavender. tapi sayee tak sempat nak prepare baju sedondon kaler lavender. end up kami pakai ske hati je. abg abdul pakai peach, sayee pakai koko bunga peach. anak2 pakai oren. hahaha.

kami kawan2 baik pengantin perempuan. syahdu!

group selfie with solleh

group selfie with solleh+marissa hehee

masa ni plak sayee dah balik. anak2 dah penat sgt.
sayang korang ketat2 sangat2, muahmuah.

esoknya, lepas bfast kami siap2 nak balik dah. flight balik kl petang tu. tapi kami check out awal nak g pusing2 penang. lepas check out terserempat ngn zta n husband. rupenye hotel kami sama dengan hotel rombongan pengantin lelaki. sempat nak jmpa zita lagi n sembang. sempat loklok brapa kali tak terbilang. terharu la tu angah datang dari jauh angkut anak2 walaupun zta lmbt bgtau angah tarikh kawen. hahahahha. ok, nak merajuk jap. hihihihihi.

ok, doa ku untuk mu. semoga perkahwinan ini sentiasa dirahmati oleh Allah. semoga korang cepat2 dapat baby. semoga korang sentiasa bahagia. dan semoga persahabatan ini kekal smpi kite bercucu plak nnti ok. 



14 June 2011

weddinggggg

sayee kan, sebenarnye ske tgk org kawen. ske g kenduri kawan2 kawen. tapi kalau org dekat2 umah, x ske sgt. ntah la knape.

2 mggu lepas, kawan abg abdul kawen. kebetulan plak mggu tu dia cuti. agong's birthday kan. maka, terkedek2 la kami g kenduri tu. tapi ada 2 ketoi je gambar. x kira, nak tunjuk jugak.

abg abdul memanjangkan leher, cari geng sekolah.

masa ni kami smpi awal. kul 1230 dah siap mkn. lepas mkn, dia cari la geng2 nak sembang. pastu, sembang2 smpi dekat kul 2 baru balik. punye la lama g kenduri ni. dasat btul. bergelas2 air abis. haha.

macam kami plak pengantin baru.

ni satu2nya gambar yg ada ramai2. gambar lain dlm camera lain. cari jugak dlm fb abg abdul kot ada yg tag, tapi macam xde pulak. huhuhu.

ada satu kesah pak pandir dan mak andih tau mggu yg sama tu. hahhaha, lawak bile ingt balik.

kesahnya bermula begini; sayee dan abg abdul gerak ari jumaat ptg. dlm kul 630 ptg lepas keje. btul2 dekat nak masuk highway gambang, sayee baru teringat baju kurung yg sayee nak pakai tu kena ada inner. dan sayee terlupa nak amik. nak patah balik, cam dah jauh. sayee pun plan nak pinjam tshirt MIL je. teruskan je la perjalanan. masa dah masuk highway plak, abg abdul baru perasan dia pakai selipar je. kasut plak x bawak. lagi la xleh nak patah balik dah..

dgn pantas dia call adik dia, nak pinjam kasut. seb baik dpt. smpi kat maran, mak call ajak teman g paloh hinai. sbb kawan rapat dia nak kawenkan anak. esoknya dah byk sgt kenduri lain dekatttt ngn umah. tu pasal nak g jugak mlm tu. bincang2 ngn abg abdul, dia kata ok jom tmn makabah. smpi jengka, dia tukar baju dlm kete je. (sbnrnye kami berdua x sempat mandi pun balik keje tu). hahahaha.

yg pandirnya, paloh hinai tu dekat je ngn kuantan ni. kiranye, kami buat keje ulang alik la mlm2 buta tu. baru smpi dr kuantan, dah patah balik ke kuantan jugak. hahaha.

lepas jmpa2 tuan umah, mkn2 seme. sembang2 gelak2 macam2. baru balik. smpi jengka dah kul 230 am. terus tdo. kul 6 bgn subuh, smbung tdo lagi. smpi kul 1030 kot. lepas tu baru rase laporrr, bgn mandi2 baru g kenduri kawan abg abdul tu. dan sayee pakai inner along la, amik kat umah jengka.

sape rase cite ni pandir sila angkat mouse.. ekekekeke..


04 May 2011

may 2011

sayee sangat teruja dengan bulan may. yeay, dah smpi may...... :)

sayee ske may kerana sayee akan :-

1) oh yg ni dah lepas. ari tuh dok menunggu2 may sbb sayee akan ada cuti 2 hari berturut2. sayee kan keje alternate sabtu. so, jarang lah dpt cuti 2 hari berturut. tapi at least ada jugak. tapi yg sayee teruja sgt ialah sbb abg abdul pun cuti 2 hari berturut. dan, kami abiskan cuti di umah Impian Perdana. best sungguh lepak2.

dan 2 may jugak our bride to be akan balik. sape? jeng jeng jeng.. nnti ujung entry sayee letak gambar dia. ok?

2) katalog tupperware yang baru akan kuar tgh bulan ni. i loikeee...

3) 8 may, bday makbonda ku. dan bulan may jugak kan mother's day. sayee kan dah prepare adiah awal2. skali harung utk bday mak dan mother's day. hehehe.

4) 12 may, lagi sorang yg dinanti2 pun akan balik. adekss tenit ku. balik utk wedding yg sama. oh, i cant wait to see u all galsss...

5) akhir skali my big event utk bulan ni ialah, my another-best-friend's wedding!!! my achikss nyetttt. pedot's gurujee. ekekekeke.

tentatif :-

  • 14 may pagi, nikah @ masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
  • 14 may mlm, henna nite @ umah bangi
  • 15 may tghari, reception @ putrajaya lake club (sayee tak sure la nama tmpt ni. kad jeliter tu kat umah dan sayee kat opis ni)



ape-ape pun, I really really really want to attend all events. amin. 

the bride

the groom

they on their engagement's day :)
silver is sooo pweetttyyy kan?


~~baru pas call yaya. baru terkedek2 nak say hai. sejak balik x call lagi. tapi, bole pulak dia tak kenal suara sayee. bole majuk tak?? hahaha...


29 October 2010

cerita basi tak berapa basi

haish, sayee confident aje sayee dah citer pasal wedding cikdian ni. arituh kemain beria lagi letak tajuk entry my best friend's wedding, tapi citernye pasal mengimbau2 plak. terus jadi sendu dan syahdu. terus x citer pasal wedding. apeee arrrr..

satu hari tu nak clear folder, apsal plak gambar ni dok ada kat folder yang belom publish lagi?? pelik..! rupenye sayee yang nyanyuk. ampunkan laaa tuan punye blog yang pemalas dan pelupa dan penyanyuk ni ye. arini sayee citer pasal wedding di kala pengantin pun dah balik dari honeymoon. hahahaha

16 oct 2010, tarikh keramat mereka. arituh masa bertunang 9 may 2010, sayee tak dtg sbb dia bgtau sehari sebelom majlis. terjerit terloncat termengalir air mata sayee tau! geram n nak marah punye pasal kan. ok, citer tunang-tunang dah lepas, orang ni dah selamat kawen pun...

ijab dan qabul telah selesai pd hari jumaat tuh. sayee terlepas jugak waktu ni sbb sayee dan abg abdul keje. sabtu pagi baru lah terkedek-kedek ke KL. sampai kat dewan, tepat kul 2. belom lagi duduk, dah dengar bunyi kompang menandakan pengantin nak berarak dah.


sungguh cantik pengantin pompuan tu kan? nmpk kurussss sgt pakai baju camni


ayu sangat cikdiancomel ni


lepas berarak, terus bersanding. masa bersanding plak sayee dan abg abdul mkn. sungguh sedap mknn tu. mmg menyelerakan. sedapppppppppp sgt. lepas mkn, sayee dan abg abdul berposing dengan anak EJ. baby Nur Zahra.

zahra malas nak layan tante


dgn Om pun dia malas nak layan. jeling skettt je
tembam nye pipi, geram!!!

ada byk lagi gambar berposing kat meja tu, ada kat FB. ramai yang dah tgk gambar kat FB tu kan? entry ni je lambat, baru nak di publish. hehehehe. lepas berposing, kami ber3 bergosip pasal as plak. she is d only one yang belom berdua. kami pun korek2 sket rahsie dia pasal 'ehem' tu. dah mcm mami J plak. hahahhaa. lepas pengantin mkn, baru lah dpt jmpa pelok2 dengan cikdian. akhirnya. masa ni dah hilang keayuan dah. bila kami berjumpa mmg xde nak kontrol2 dah. jerit2 bagai. x hengat.

lepas dah puas sembang, dah kul 4 pun. jamuan smpi kul 4 je. kami pun cepat-cepat naik atas pelamin nak bergambar. pelamin tu cantik jugak. haisshhh, rase nak ajak abg abdul naik pelamin lagi skali je.


rupa kami ada persamaan ke? tang mana???


alaa, gambar dari dslr cam murah ni gelap laaa. sayang sungguh!!


lepas dah say gudbye kat pengantin, kami pun gerak ke KLCC. (refer: sini) dengan baju kurung nye kami berarak ke KLCC. tapi lantak lah. kat KLCC xde orang kenal sayee.


masa ni zahra dah penat tunggu mama dia cari tepon baru. sipi lagi nak ngamok. sempat ler kami mencipta permainan baru. tgk, kemain lagi gelaknyeee. comey kan???


gelak lagiiii..... camni punye gelak, amik bawak balik kuantan pun bole kan? hehehe..
ske ske sayee je nak amik anak orang. angah, go get one!! hehehe


lepas solat, kami lepak kat BK. tapi, sempat bawak masuk Auntie Anne's. dah lama sayee mengidam. arituh penah sayee tulis kat status FB, masa tu mmg mengidam sgt. kat kuantan takde BK malahan takde AA. sadis sungguh, tapi sayee saaaaaaaaaaaayang kuantan. hhehhee.

cobaan nak capture all of us tapi x nmpk abg abdul.


penyudahnye, suruh budak BK tu yang snap kan. byk sgt cobaan yang tak menjadi. hehehe.


ini adalah doorgift. dlm nye ada baulu yang sungguh sedap.


sungguh besarrrrrr dan sedappppp...


oh, sebelom terlupa. ini adalah kali pertama sayee jmpa baby nur zahra. sayee ada bawak adiah untuk dia. mesti lah barang tupperware brands kan? jeng jeng jeng.......

oh, ini catalog lama. harga x sama ye dengan yang sayee bg EJ. canister tu pun lain. yg sayee bg ada prints.
eheehehhe.



~~sebelom pegi kenduri, sayee g umah dina kat area the mines. nnti entry lain saye bgtau knape sayee ke sana. dan, selepas say gudbye kat ej n as, dr KLCC sayee dan abg abdul ke subang jmpa mummy n the gang. entry lain jugak ye.


19 October 2010

my bestfriend's wedding


*kemungkinan besar anda akan dibawa berhijrah dari mood ceria kepada mood sedey.
dun blame me, ok*


hmmmmphhhhh...

sungguh sayee kehabisan dan kekeringan idea. tatau camne nak mulakan entry kali ini. perasaan bercampur baur. ada gembira sbb kawan baik sayee dah menamatkan zaman bujang nya. ada jugak sedey sebab lepas ni, mungkin keadaan akan jadi lain. ada jugak terharu yang teramat sangat sbb abg abdul sanggup bercuti untuk g kenduri kawan baik sayee ni. hmmmmm..

ok lah berbalik pada tajuk asal. my best friend tu adalah CIKDIANCOMEL. 

~ini lah cikdiancomel. comel kan dia?


kitorang berkawan sejak tahun 2002. terus jadi baik baik baik baik sangat sampai sekarang. asalnya tahun 2002 dlu ada 6 orang. tapi lagi 2 orang tu dah meninggalkan kami sebaik saje berjumpa dengan teman istimewa. hiksss. tinggal la kami berempat. saiz badan yang lebey kurang. sampaikan ada yang panggil kami 'geng kaki pukul'. tak percaya? percaya lah kerana ia nya benar!!!! hehehehe..(sayee maseh mencari dimana lah gambar kami ber6, belom jmpa)

sebelom sayee tunjuk gambar2 hari kawen arituh, layan dlu gambar-gambar lama yang ada muka sayee dan cikdiancomel...

~gambar masa 1st year. di zaman kejahilan. huhuhu.


~gambar masa 2nd year, di khemah geomatik


~khemah geomatik gak


~sama jugak


~kat parking gurney plaza kot. xtvt wajib kami ber4 di ujung minggu, 3rd yr


~4th year, makan2 kat pizza parit buntar


~khemah geomatik gak!

sayee dah cikdian mmg rapat. masa 3rd year, kami dok sebilik. 2 orang je. mmg kami sangat rapat. berkongsi perasaan dan citer mcm2. sayee ske PINK, tapi cikdian ske BABY BLUE. barang-barang sayee seme PINK, barang-barang dia seme BABY BLUE. sayee sgt dengki tgk set desktop dia biruuuuuuuuuu je. keyboard pun biru. sayee punye laptop kaler itam. untuk memuaskan hati, sayee pun beli la sub woofer kaler PINK gak. hehehhehe.

kalau nak citer, mmg banyak sangat citer nak share. xpe lah.. nnti sayee buat by parts. hehehhee. gambar seterusnya ialah gambar kami berempat. kat langkawi masa 1st year.


~from left; cikdian, EJ, sayee, as


~sayee dan as, gambar ni terserlah sayee pendek kan? mmg sayee paling pendek antara 4 orang ni.


~ni obviously masa EJ jadi pengantin. ni masa akad nikah.


tibe-tibe sangat rindu kat mereka. dan sayee dan tak bole nak menaip lagi dah. huhuhu. citer kawen, sayee sambung nnti yer. tunggguuuuu...


TO ALL MY FRIENDS....... 


My wish for you is a man whose............ 
love is honest,
strong,
mature,
never-changing,
 uplifting,
protective,
encouraging,
rewarding
and unselfish.



~~masa kami dok sebilik, sayee dan cikdian ske masak-masak guna rice cooker. tapi seme yang instant la. paling kami ske ialah bubur nasi. hehehhee. dan cikdian sangat ske mkn bihun pama dan maggi ruski. kadang-kadang kalau sayee rindu dia, sayee akan turun 7E dan beli bihun pama / maggi ruski sebungkus je. hehehhee.



14 October 2010

update !!

salam...

sayee selalu runsing bila dah lama x update blog. pasalnya, terlalu byk citer, terlalu byk drafts kat post sayee ni tapi tak tau camne nak publish. pasalnye, takut nnti ada yang terkeliru, ada yang jadi runsing mcm sayee plak.

ari ni, bila baca entry mommy qastalani, sayee dapat idea camne nak buat bila perkara camni jadi kat sayee. mommy, kalau tante tiru cara mommy, itu dikira sebagai satu kesalahan ke tak mommy? hehehehe.

contohnya, sampai sekarang sayee maseh belom publish citer raya sayee kan? itu adalah kerana sayee takde gambar. rase tak syok sungguh kalau buat entry takde gambar. mcm kurang menarik plak. (konon letak gambar tu blog menarik ke angah oii???) hehehe.

takpe lah, nnti kalau dah nak masuk bulan puasa 1432H, sayee publish la kot. insyaAllah kalau diberi peluang untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan lagi.

hari ini, wpun belom diberi kebenaran oleh mommy qastalani untuk tiru cara dia, sayee cuba-cuba la untuk tiru. last week agak lama jugak sayee berdiam diri kan? dari 5 oktober sampai 10 oktober. 5 hari gak tuh takde updates.

1) seme dah tau, adik suami sayee dah selamat melahirkan pada 5 oktober tu kan. pada hari yang sama jugak, adik mak sayee meninggal dunia. umur dia baru 27 tahun, tapi Allah lebey sayangkan dia. sayee sempat melawat jenazah di HTAA, masa tu belom usai urusan untuk dibawa pulang. oleh kerana, hari bekerja dan kebetulan mmg byk laporan nak disiapkan ari tuh, maka sayee dan abg abdul tidak ke Keratong untuk sama-sama ketika pengebumian. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. amin.

petang tu, mak sayee dan mak sedare sayee datang umah sepakat-membawa-berkat. sbb dah lewat sampai dari keratong, mereka berdua tdo di sini saje. besok pagi tu sayee goreng nasi versi MIL untuk sarapan.

2) mak sedare sayee (makcu) yg dok kat melaka tu dapat cooti 3 hari sbb ada kematian kan. kebetulan plak 10.10.10 ada kenduri nenek sedare kat kuantan ni. maka, makcu pun terkedek-kedek la 'check in' di sepakat-membawa-berkat. hehehhe. dari hari khamis sampai isnin dorg lepak sini. ye lah, nak dok umah kenduri mesti bersempit-sempitan kan. sarapan pertama (jumaat), mee goreng sedap!! sarapan kedua (sabtu), nasi goreng versi MIL lagi!! sarapan ketiga (ahad) sayee balik gelanggi, jadi mereka jadi tuan umah. taktau mkn pe. kat umah kenduri kot. sarapan keempat (isnin) cekodok pisang enak!!

3) majlis perkahwinan rosdiana dan helmi. ari sabtu 9 okt, sayee ke temerloh sbb ada kenduri kawen diana n helmi. dua-dua ni adalah rakan sekerja sayee. tahniah ye!!! sayee ske g kenduri kawen!

pic source, diana's FB


4) balik dari kenduri diana, sayee dan kaksarah dan kak as terkedek-kedek ke MS garden sbb ada Tupperware Brands, Directors Recognition Rally 2010. sungguh best tgk orang lain naik pentas dan dihargai camtu. dapat adiah byk. mcm-mcm lagi. terus semangat berkobar-kobar nak jadi cam dorg jugak. insyaAllah, one day nnti. hehehhe. korang sokong lah sayee. bisa nggak?

sayee sebagai tetamu saje, berjaya membawa pulang door gift yang sangat hebat. kat dlm beg tu ada 2 botol air 470ml. versi couple kot. satu gambar pompuan naik bot. satu gambar lelaki naik bot jugak. nnti sayee pos gambar ye. selain itu, dpt jugak cash voucher 50 hengget dan jgak kad resipi. ada 3!! best!!!!

comey kan?

5) balik dari program tupperware, sayee terus berkemas-kemas dan balik ke gelanggi dengan abg abdul dan SIL bukit goh. sbb anak sedare baru demam panas, kami nak melawat dia. sampai gelanggi dah kul 11 mlm. terus tdo. sok pagi lepas bfast dan bersantai-santai tunggu waktu melawat, baru kami ke hospital.

6) balik dari hospital, sayee belajar buat laksam. wah, senang aje rupenye. SIL sayee yang penah belajar dengan  jiran, pastu dia nak praktis. orang kata kalau nak cepat ilmu terpahat dlm otak, kita kena ajar orang lain. insyaAllah pasni sayee ajar orang lain plak. baru lah sayee cepat ingat jugak. kan??



~~ini saje yang sayee teringat buat masa ni. oh, 4 hari makcu dok umah sepakat-membawa-berkat, sayee berjaya pujuk dia join sebagai consultant tupperware. best!!!


09 June 2010

abg abdul's cousin

hari ni tibe-tibe rase syahdu dan sendu. ntah la kenapa. tibe-tibe teringat kan bakal-bakal ibu, ibu-ibu baru, teringat kan baby-baby (patut tulis babies kan), teringat kan usia perkahwinan ku, teringat pasangan-pasangan lain yang dah berkawen tapi belom menjadi ibu. hmmm.


macam-macam bende ada dalam kepala ini. harus diluahkan agar tidak memudaratkan diri sendiri dan diri orang-orang di sekeliling.


last weekend, sayee dan abg abdul balik umah PIL. sbb ada kenduri kawan kitorang kat batu balai, jerantut. tahniah sarip dan shima. semoga rumahtangga korang bahagia dan aman selalu. semoga cepat-cepat timang cahaya mata.

photo source: kak linda's FB


masa g kenduri dorg, kami sempat menghadiri majlis ijab dan qabul kat masjid berdekatan. in fact, kami sampai lebey awal dari pengantin. abg abdul sungguh bersemangat nak bg semangat kat kawan baik dia tu.


sayee yg ketika itu sedang menstrual period tidak yakin untuk mejejakkan kaki ke dalam masjid. hanya duduk di tepi pintu sajee. tibe-tibe kena sound ngn seseorang, "eh dah lama kawen ni, dtg bulan lagi ke? bila nak dpt baby?" berdesing telinga sayee tau. sesobss. takpe lah, sayee maafkan kelantangan dia bersuara. kita kan dok kat msia ni seme orang ada hak bersuara. takpe, takpe.


bila pulang ke rumah, sayee dpt 2 berita tentang sepupu-sepupu abg abdul. satu good news, satu sad news. berita gembira; sepupu belah FIL. dah lama kawen tapi belom ada rezeki untuk menimang cahaya mata pengikat kaseh rumah tangga. dorang ada jaga sorang anak angkat. sayee kurang arif tentang kesah dia mengambil anak angkat tu. tup-tup dia mengandung, due date bulan 9 ni. anak angkat tu baru umur setahun lebey rasenye. rezeki Allah nak bg kan. syukur. tahniah kaklong..!!


berita sedey plak; sepupu belah MIL. baru kawen. kalau tak silap, tarikh dekat-dekat ngn tarikh kami bertunang. dia dah pregnant. rezeki Allah nak bg cepat kan. syukur. due date 3 mggu dari skang. tapi ada dugaan Allah nak uji pasangan ni plak. baby tu ditarik balik nyawa sebelom sempat bernafas di atas bumi Allah ni. Ya Allah, beratnya dugaanMu untuk pasangan tu. sayee jugak kurang arif tentang kesah baby mereka meninggal. katanya baby melintang/songsang.


hari ini, tibe-tibe sayee teringat kan kesah-kesah mereka. mmg sayee sedey sbb belom diberi peluang untuk hamil. tapi sayee redha. insyaAllah kalau diizinkan, masa itu pasti akan tiba. entah esok atau lusa, sayee hanya mampu berdoa dan berusaha.





31 March 2010

"where have you been?".....................part 2

i am writing this entry to explain why i didnt publish any post between 19july09 - 7mac10..

time range: aug09 - early dis09
what happened before this time range dah dicoretkan dlm entry "where have you been?".....................part 1

24ogos sayee start keje as site engineer (1st tym neh) kena jaga bangunan arkib negara cawangan kuantan. full time kena dok kat site. dah ar bulan puasa. dasat gak ar lembiknye tidak terkata owww.. sayee ada sorang assisstant (site supervisor) budak lelaki muda lagi. sayee anggap mcm adik je. takde ar malu sgt nak tanye mcm2 (since sayee ni kan takde pengalaman jaga site). keje ngn kontraktor kena pandai bodek-bodek kissing ass. lg2 plak projek ni JKR yang jaga. hari ke2 sayee masuk keje dah kena marah ngn JB pompuan. (biase ar pompuan takleh keje ngn pompuan kan, dia jadi envy sket ar tgk ada pompuan lain bole panjat bangunan tinggi jugak) (ingt muka sayee ayu dan perangai cam lembut ni takleh panjat bangunan ke?lembut ke muka sayee)


     
gaya perlu ada ye. tudung pun ada kepit-kepit jugak. harus! hehehe.

keje kat site 6 hari seminggu weyh!! x skee! sbb sayee biase sabtu lepak kedai moto aje. sentap gak ar kena keje ari sabtu. tp i like the money. woweeee. sayee berjaya menghabiskan bulan puasa keje kat site ni. kira berjaya ar lawan perasaan nak benti keje sbb tak tahan dok tgh panas. DAN yang paling best, baru keje 3 minggu tp sayee tetap dapat ANGPOW rayee dari BOS!! best!!! best!!!


wpun cuti raye kejap je tp sayee tak kesah. datang je keje hari raye ke5. makan kueh raya sama2 ngn SSV tu. tp sayee byk lari2 waktu keje kalau ada urusan2 peribadi. time is very flexi kat site. i loikeee. 


caught in action!! lari waktu tgh keje bole g mkn durian. this tym dina dtg ktn ada site visit, merangkap visit bestpren dia skali. hehehe


16 and 17 oct 09, my buddy's wedding.. kat penang. sayee dpt tiket airasia yg murah!! best..! 15hb naik bas sani ekspress 2 tingkat!! ktn-s.alam. best oh!! 1st tyme. si jakun yang peghakkk kejap. hehehe. 16hb pg2 tunang sayee (pd ketika ini dah jadi suami) amik kat umah ibu then hntr ke LCCT. sanggup dia bgn pg2. yang paling penting, dtg dengan sekuntum bunga ros purple ok. sebagai menyokong tema sayee pakai purple utk both majlis nikah n sanding ej neh! hehehe. sumpah, sayee sayang tunang sayee!! 


 
gambar dgn bride disnap dgn menggunakan P1i ku masa lepas majlis nikah selesai. baju ni laa sayee pakai pg2 naik flite ke png. hahaha. ayu kan bakal menantu mak bedah ni (pada ketika ini dah betol2 jadi menantu mak bedah)

source : ej's fb




ni plak gambar masa majlis sanding. dewan ni sgt cantik jelita tp sayang ej xde bersanding atas permintaan keluarga. (mereka bukan anak2 sayee tp anak2 mummy ye, ni la kunyil2 yang menyebabkan nama ku bertukar jadi TANTE!)

posing2 menarik membuatkan sayee gelak terbahak2. 
masa ni tatau lagi betapa susahnye nak posing2 begini di hari bahagiyee. dah kena kat batang idung sendiri baru tau susah!

SEMOGA HUBUNGAN SUCI INI KEKAL BERPANJANGAN OK!! ej skang dah mempunyai 'isi' dlm perut!! due bulan 7 nnti. bunting pelamin tau! im soooo jealous...

hari-hari seterusnya dilalui tanpa cerita-cerita menarik pon. g keje balik keje. mkn. gosip ngn housmate comel ku di malam hari. ataupun xtvt MAKAN bersama housemate comelku sehingga badan kami menjadi bertambah comel. kadang2 sayee g amik dia kat opis dia dan kami sama-sama pusing cari umah sewa untuk sayee sewa lepas kawen. gigih kan. 




ni la housemate comel ku. gmbr ketika mkn2 hasil mknn kutip kat pasar mlm. kitorang g mkn kat buaian dekat ngn umah. feeling feeling diva. she said. hahaha.

xtvt harian kami ini dilakukan sehingga la pada satu hari sayee sakit perut dan disahkan kena bedah sbb appendix. sayee dpt MC 11 hari sehingga ke raya haji 27 nov 09. sepatutnya 28hb sayee kena keje tp masa tu sayee belom pulih semangat. mood raye menguasai sebenarnye. jadi sayee g check kat klinik dan dpt lg mc 6hari smpi 3dis09. 4dis tu sayee g keje, amik gaji dan elaun seme. pastu sayee yang maseh lom sehat untuk memanjat2 sana sini amik keputusan nak benti keje. 9dis la last day sayee keje kat site arkib tu.

to be continued........

**update: kisah yg lama, tp baru teringat. 14 nov 2009. very bad day. sayee g keje dr jengka sbb nak jmpa makndak yang nak berangkat ke tanah suci. dr jengka sayee gerak agak lewat. (1) sayee lmbt (2) tayar pancit masa otw (3) sampai site, hp jatuh dan pecah berderai. oh P1i ku. sadness. abis seme sms bercinta2 yang sayee simpan since jun2008. (4) g tukar tayar, smpi depan kedai tayar, lagi satu tayar plak pecah. melayang duit tukar 2ketol tayar. siap tak cukup duit, uncle tu bg diskaun 3hengget. (5) otw balik jengka semula, tayar baru terlanggar ular!!!! 

PERFECTO !!!  
Related Posts with Thumbnails

ads