10 June 2015

celoteh wedding bff

assalam semua.

ada beberapa cerita nak dikongsikan. sayee mula dengan yang paling indah dan suweet lah. weddingggg. sayee mmg ske wedding. sangat ske. sbb semuanya cantik. baju, makeup, pelamin, hantaran. semualah. ske ske ske.

kali ni wedding kawan sayee masa matrik dlu, zita!!! kawan baik sangat ni. sayee ada jenis kawan yang sangat baik, dah kenal lama tapi masih update cite each other. wpun bukan lah jenis berwasap hari2, tapi kami tau kisah terkini masing2. dan paling penting wpun jarang jumpa tapi bila jmpa kami tak kekok. itu istilah kawan baik to me. hehehe.

wedding ni kat penang sbb zita org penang. sayee mencari tiket flight ke penang. sbb sambil2 nak bawak anak2 merasa naik flight. dan tak bg anak2 penat sgt dok dalam kereta lama2. kebetulan, dapat la tiket murah airasia. promo cuti sekolah.

tgh beratur nak check in. kul 6 pagi. @klia2

solleh mmg dok cium simut busok dalam pram je. takde nye dia nak berjalan kalau tgh ngntuk2.

disclaimer: anak2 tak mandi, kami berdua je mandi. haha mak bocor rahsia korang pertama kami naik flight tak mandi pagi. hahaha


mula2 mendarat di penang. kul 8 pagi.

masa akad nikah kat masjid sayee tak join. risau bawak budak2 yang tak cukup tdo. nti takut melalak kat masjid. nti dorg bising sayee jugak yang stress nak suh diam. nti sayee start marah2, anak2 start tak happy. so, kite bg dia rehat puas2 siang tu sebelom wedding mlm nye. maka, siang tu kami check in dan rehat di bilik sahaja.

pose terlebih bahagia dr the bride haha

ok, ni pose lebih sopan haha

midd, the MOH. n mummy yg tgh pregnant 4bulan++

ok, wedding mlm tu sepatutnya kena pakai kaler lavender. tapi sayee tak sempat nak prepare baju sedondon kaler lavender. end up kami pakai ske hati je. abg abdul pakai peach, sayee pakai koko bunga peach. anak2 pakai oren. hahaha.

kami kawan2 baik pengantin perempuan. syahdu!

group selfie with solleh

group selfie with solleh+marissa hehee

masa ni plak sayee dah balik. anak2 dah penat sgt.
sayang korang ketat2 sangat2, muahmuah.

esoknya, lepas bfast kami siap2 nak balik dah. flight balik kl petang tu. tapi kami check out awal nak g pusing2 penang. lepas check out terserempat ngn zta n husband. rupenye hotel kami sama dengan hotel rombongan pengantin lelaki. sempat nak jmpa zita lagi n sembang. sempat loklok brapa kali tak terbilang. terharu la tu angah datang dari jauh angkut anak2 walaupun zta lmbt bgtau angah tarikh kawen. hahahahha. ok, nak merajuk jap. hihihihihi.

ok, doa ku untuk mu. semoga perkahwinan ini sentiasa dirahmati oleh Allah. semoga korang cepat2 dapat baby. semoga korang sentiasa bahagia. dan semoga persahabatan ini kekal smpi kite bercucu plak nnti ok. 



No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads