Showing posts with label solid feeding. Show all posts
Showing posts with label solid feeding. Show all posts

10 November 2014

pengalaman pertama siddiq taking solid

siddiq: mak cepat amik gambar, siddiq nak tunjuk gigi ni.

mak: tak nmpk lah, bukak mulut besar sket.

siddiq: biar siddiq nganga camni je (smbil tgn dia mengalihkan tgn mak dr mulut dia)

hahaha. dialog tipu2 tu nak bgtau siddiq dah ada gigi. 7 bulan baru tumbuh gigi. solleh dlu, belom 6 bulan dah ada. solleh tumbuh bawah dlu, siddiq tumbuh atas dlu. lain anak lain pembesarannya kan.

ok, berbalik pada citer asal.  officially siddiq tidak lagi exclusive breastfeeding. sbb sayee penah bg dia buah tembikai susu masa kat melaka (siddiq teman mak g kursus tinggal abah dan abang). masa tu dia dok ngacau sayee nak mkn, sayee bg pegang buah tu. skali dia masuk mulut, ingt dpt isap2 air je, skali dia dpt gigit. ye lah, masa tu dia dah ada gigi. jenuh sayee korek2 takut lekat tak reti nak telan.

balik dr kursus tu, 5hari dia tak poopoo. biase nye 3 hari paling lama. (siddiq mmg jenis tak berak hari2 unlike solleh. tapi doktor kata ok, sbb dia fully breastfeed). sayee tgh mkn pisang masa tu, picit2 sket pastu sayee suap dia. esok nye terus berak. hahaha. tatau la pisang tu membantu or tak.

yang latest skali, smlm sayee betul2 dah bersedia mental fizikal nak bg dia mkn. sayee beli epal nama pink lady kat giant 4 hengget sebijik tau tak. pagi2 lepas masak nasi lemak utk solleh, gigih keluarkan baby bullet (nnti sayee review) nak blend epal. 

*google*

elok2 siap blend, siddiq bgn. terus sayee suap dia. jenuh nak paksa bukak mulut. buat muka "ape-mak-suap-aku-ngn-sudu-bagai-ni". cuba2 lagi smpi dia bukak mulut. pastu dia buat muka pelik lg. "ape-bende-rase-tak-mcm-susu-mak-ni". dapat la 2 suap masuk mulut dan dia telan dengan rela. sebelom yg telan tu xyah citer la byk mane dia lueh smula. tibe2 dia buat loya2 pastu muntah. keluar lah epal berlendir2. terus mak give up. lain kali kite try lagi adik ye.

sayee rase anak2 sayee mmg jenis tak ske puree2 ni. tekak melayu nak mkn nasi aje. nti mak try masak bubur kosong ye sayang. solleh dlu pun taknak puree2. 1st skali mkn kurma. esoknye mkn delima. esoknya suap pisang dia loya2. pastu mkn kurma seminggu. pastu terus makan bubur kosong je seminggu. pstu sayee start buh sayur2 ijau. cukup 7bulan sayee bg ayam ikan segala dah. bila dah start mkn oat, sayee campur sket ngn baby food cap heinz tu. sejak tu baru sayee buat puree buah2 ni utk bg mkn ngn oat. ye lah, puree buat sendiri better dr beli kat kedai tu kan. bebas pengawet ni seme.

sekian la citer kelakar siddiq di hari makan puree epal. hahaha.



04 September 2014

delay solid intake

abdullah siddiq. harini dah genap 6bulan dia. tapi sayee belom start bg solid lg. sbb? i have my own reason. chewah, bajet glam lah nak rahsia2.. sayee rase siddiq ok je kalau nak lmbt sket bg mkn. belom mkn pun dah 8kg hoih.

berdasarkan pengalaman dlu, solleh start mkn umur 5m2w. masa tu dia dah tumbuh gigi. dan sayee ibu muda masa tu (muda lah sngt) tak menyabar nak menyuap anak. dan faktor org keliling dok push suh bg mkn. sayee pun bg lah sebelom dia 6mo. berat badan dia ok sebelom dia start mkn. mmg graf menaik je. tgk dia pun mmg bambam. sihat segar minum susu mak.

tapi, bila dah start mkn, dia kurang menyusu di umah pengasuh. dgn sayee masih on demand lah. sbb mmg direct feeding sahaja. tatau brape oz dia minum. tapi berat dia macam tak cantik sangat lepas start mkn. ni lah antara sebab2 sayee belom start bg siddiq mkn. lgpun ramai lagi budak2 lain tak mkn smpi umur setahun. bila dah start mkn pun, yg utama bg seorang bayi bawah setahun, masih lagi susu. go google kalau tak caye.

siddiq ni sayee ingt nak delay smpi umur 9 atau 10mo kot. tgk keadaan. dia pun takde lah beria sgt kalau tgk org mkn. nmpk mcm dia pun belom ready utk solid food. so, kita lihat lah nnti bila dia mkn, i'll blog here.

tapi, sayee dah beli siap2 baby bullet utk siddiq. siddiq umur 4mo dah beli ini. zaman solleh dlu guna blender biase je. tapi zaman siddiq ni sayee beli baru sbb blender lama dah kena banjir. haha.

review later ok. photo i google.


08 October 2012

new routine...

dlu masa solleh belom makan, rutin sayee bila balik keje;

simpan susu yg baru pam kat opis
basuh, sterilize botol yang guna kat umah pengasuh
bilas cd
mandi, solat

sambil2 buat seme ni dapat la main ngn solleh. tu pun sebelom dia tdo je la. sbb solleh ni jenis tdo awal. kadang2 tu lom maghrib dah nk tdo, tapi sayee saje tahan kan nk tunggu masuk maghrib dlu. bila dia dah start tdo, biasenye tak bangun dah kecuali time menyusu.

skang ni bila solleh dah start makan, rutin sayee bertambah la sket. im not complaining, cuma bercerita je.

balik keje, lepas simpan susu yg baru pam kat opis tu, sayee akan terus kuarkan 2 ketul solleh punye frozen homemade baby food. botol2 n cd kotor letak tepi dlu.

frozen baby food tadi sayee panaskan semula dalam microwave. cepat dan mudah. lepas tu terus bagi solleh makan. maka, masa sayee main dengan solleh lama la sket. sbb kami sgt enjoy time makan tu. solleh punye la selera mkn, dan sayee pun seronok je dapat tgk dia makan. dan bangga jugak la sbb dia mkn my homemade baby food tu. walaupun bukan tiap2 hari sayee berperang kat dapur nak masakkn utk dia, tapi frozen pun sayee jugak yg prepare. solleh tetap dapat merasa air tangan sayee setiap hari kan.

pengorbanan yang terpaksa dikorbankan oleh ibu bekerja. kalau ikutkan, seme ibu nak tgk anak membesar depan mata hari2. tapi apakan daya, kehidupan perlu diteruskan. hehhe. jauh plak melalut.

oh, lagi satu nk citer. solleh dah ada gigi. tumbuh gigi umur 5 bulan 3 minggu. mak skeeee!!

tapi penat la nak menjerit bila dia test power gigi dia tu time menyusu. huhuhu.

merangkak : belom lg. baru pandai pusing2 masa meniarap. dah macam jarum jam dinding. hehehe.

tadi g check up 6 bulan. seme nye normal je. alhamdulillah. bcg scar pun dah ada. 

berat latest : 7.0 kg. patut la lenguh tangan dah dokong dia. hehehe. mak skeee anak mak membesar bak juara!!

masa ni mak dia baru tau dia ada gigi dah...!! yeayy !!


03 October 2012

WW#17 solleh dan makanan pejal nya

sayee mak yg excited. tak abis2 nak citer dia suap anak dia makan. hehehe.

ni muka selepas mkn his 1st solid food.
tgk tu, smpi kembang idung ske sgt. haha.
abaikan novel adam dan hawa kat ujung tu ye. opssss.


kurma utk solleh.
lepas buang kulit luar tu, sayee steam kan dengan hot water.
then penyek2 kan kasi solleh.
pinjam sudu merah kak nena sbb mak solleh lom beli sudu dan mangkuk utk solleh.


solleh and his solid feeding gadgets.

mangkuk biru tu MAM punye. dapat sudu skali. sudu tu plak bole bertukar warna mengikut susu makanan. sayee beli sbb dia ada 2 bahagian. nti dah mkn snacks bole la asingkan main dish dan snacks. ngade sgt mak dia kan..

botol air biru tu pun MAM punye. sayee nk ajar solleh minum air kosong dalam botol ni. kalau ok, nnti2 bole bg EBM guna botol ni jugak. hehehe.

yang solleh tgh pegang tu plak mangkuk pureen. skali ngn sudu jugak. sayee beli sbb comel sangat.


variasi muka kekenyangan kot ni. hehehe.


29 September 2012

solleh ~ taking solid

alhamdulillah. akhirnya solleh dapat menjamah mknn selain susu mak.

smlm solleh umur 5 bulan 2 minggu. di tghari jumaat yang mulia, sayee dan abg abdul sama2 suapkan solid utk solleh. kami pilih buah kurma sebagai makanan pertama solleh. masa nk suap tu, sayee rase berdebar sgt. tak sabar pun ada. sedey pun ada. ye lah, tak sabar sebab bila suap anak mkn, rase mcm anak dah besar sgt. tu yg tak sabar nak anak besar sehat bla bla blaaaa... sedey plak, selama ni dia hanya minum susu sayee kan. sedey la nak suapkan dia sesuatu yang bukan dari sayee. takpe lah. dah smpi masa dia mkn kan.

pasal umur dia plak. sayee mmg niat nk tggu smpi 6 bulan. tapi sayee rase dia dah bersedia nak makan. ye lah, Bella anak barely supermommy pun makan masa 5 bulan ++ jugak. doktor tu. pun bole bagi. takkan engineer tak leh bagi. hehehhe. takpe, instinct mak lebey baguz dari buku perubatan doktor. ekekeke.

ok lah, details nnti sayee citer entry lain. solleh dah bgn tdo ni. takleh nk sambung blogging.

daaaaaa...



Related Posts with Thumbnails

ads