hai all..
udah 4 hari takde entry langsung. movie review untuk Thor n Pantas dan Garang pon lom kuar. sbbnye, balik dr tgk Pantas dan Garang ari jumaat tu, kepala sayee sakit tidak terkata sakitnye. plan after movie pon seme hancur. keciwa abg abdul ku. dan, sakit kepala yg tidak terkata sakitnya itu ditambahkan lagi dengan high fever smpi 39.8 degree celcius. bole?
sabtu, sayee takleh bgn langsung. lepas subuh tumbang semula. kul 10 bgn, sbb abg abdul suh mkn sket. tu pun x abis. lost my appetite. pastu sayee sambung tdo, smpi kul 3. baru larat nak bgn mandi n solat. dasat kot kan?
lepas mandi, rase dah ok sket. sbb sejuk kepala agaknye. tapi bila rambut kering, start berdenyut semula. mmg sakit tak terkata lah. dah petang tu, start badan panas. suhu naik mendadak smpi 38.8 degree celcius. dan diiringi dengan tdo mlm yang menggigil tapi abg abdul tak bg pakai selimut. arghh geram!
ahad pagi, abg abdul ajak g klinik. tapi mak nak datang. lepas mak singgah sebelom g meeting tupperware, kitorang g klinik. sayee mintak doktor check blood pressure. takut tinggi sgt sbb tu sakit kepala. (teori sendiri). tapi doktor kata BP ok. dia bg ubat demam, antibiotik, ubat cair kahak & ubat utk kumur.
dan lagi, doktor ckp, kalau dah buang tonsil, kebarangkalian untuk kuman masuk ke paru2 adalah sangat tinggi. (pulak dah!). tapi masa dia dengar dgn stetoskop tu, katanya paru2 ok. sbb tu dia bg ubat kumur (matikan kuman kat luka tonsilectomy yg belom elok sepenuhnya).
lepas g klinik, sayee ikut mak g hostel adik. nak celebrate ari ibu dan ari jadi mak skali. (later, citer celebration plak). mlm tu, sayee menggigil lagi. isnin pagi pun demam lagi. tghari tu, mmg dah sangat amat panas. sejuk / kebah bila mkn ubat je. dan lagi, tulang2 kaki sayee seme nye sengal ok. rase nak baring je taknak buat ape2.
kul 5, sayee bgn nak asar. mcm xberapa sedar je masa tu. sbb kepala sangat sakit. lepas solat, sayee tak sedar ape2. tibe2 sedar, abg abdul dah balik keje. nak cabut telekung sayee. abg abdul bg mkn ubat demam lagi, pastu dah ok sket, kami g klinik again. doktor amik darah kiri kanan tgn. sbb belah kanan tanak kuar, dia cucuk belah kiri plak. masa tu sayee dah ok sket sbb baru pas mkn ubat demam kan. kami g makan, then balik umah. smpi umah, abg abdul bg minum 100+, buah oren, yogurt etc etc. pastu dia pasangkan hot belt kat kaki, sbb tulang sengal sangat. dan sayee tdo lebey kurang kul 11.
terjaga kul 2 pagi, suhu tinggi semula. kena jerlum ngn air sejuk, kena paksa mkn ubat demam. lepas tu berpeluh2, maka terpaksa mandi kul 3 pagi. bole?
dan skang, dah cukup 60 jam kot lebey kurang, sayee demam / kebah / demam / kebah. mungkin harini result darah kuar. smlm doktor suspek denggi. mintak2 la dijauhkan. sayee perlu sehat minggu ni utk ke wedding achikss yaya.
YA ALLAH YA TUHANKU, BERILAH KESIHATAN YANG BERPANJANGAN KEPADA
ALIFAH AHMAD SABREY.
AMIN...
btw, arini umur anak bonda dah 3 bulan 3 minggu 3 hari. dia dah pandai gelak terkekek2. tapi sayee belom berjaya nak amik video dia gelak. mandi 3 kali sehari dah. sbb panas sgt kan skang. dia dah pandai tunjuk perangai 'baik'. takleh mummy lmbt bg nyusu, nnti dia majuk. kalau majuk, terus tdo tanak nyusu. pastu kejap je jaga, sbb perut lapo la kot. bila dia bgn, kena terus bg nyusu, kalau tak dia majuk lagi. 'baik' kan anak bonda? hehehe.
get well soon dear..! btw..tak online kahhhh... ;)
ReplyDeleteget well soon angah..speed recovery. sakit ialah ujian, sakit juga penghapus dosa. semoga Angah tabah menghadapi ujian ini.
ReplyDeletetq ej. aku tau kau syg aku.. :P
ReplyDeletetq yatie. smlm dah check darah, alhamdulillah takde denggi. cuma infection kat tmpt operate tonsil arituh je.
ReplyDeleteye betol, ada hikmah di sebalik setiap kejadian kan...