08 November 2014

breastpump - my review

sepanjang menyusukan 2 orang anak ni, sayee penah guna 3 jenis breastpumps. harini sayee nak share pengalaman sendiri pakai dan review ttg 3 jenis breastpumps ni.

1) medela harmony

*google*


pertama kali sayee pam susu adalah guna medela harmony. masa tu kat hospital. solleh kat nicu, sayee kat wad post natal. sayee pam sbb dah bengkak. sakitttttt sgt. ok, cukup lah mengimbau.

medela harmony adalah pam manual yang sgt sedap. sbb suction kuat tapi tak sakit. hasil tuaian adalah ok. yang paling best, dia bole stimulate mcm baby isap. bila dah start susu keluar, bole pam macam biasa.

parts, tak byk yang perlu di basuh. senang pakai, senang basuh, senang kering. susu byk. mak senang hati.

sayee pakai harmony sepanjang mengepam dlm pantang solleh. dapat kumpul beratus2 oz jugak lah.. refer here dan here dan here.

2) spectra 3

*google*


sayee beli pam ni masa dah start keje lepas pantang solleh. bile start keje, sayee byk dok opis sahaja. belom keje luar lagi. mengepam di bilik sendiri tanpa kekangan. tapi, bila pam sebelah kanan sebelah kiri pun kluar skali smpi lencun. bila pam sebelah kiri plak, hasil dah tak sama ngn sebelah kanan tadi. sbb banyak dah melencunkan pakaian. itu lah punca utama sayee beli spectra 3. sbb nak double pump.

suction sangat selesa. mula2 rase sakit sbb 1st time guna electric kan. tapi lama2 dah biasa. susu makin byk sbb tiada lagi masalah lencun di pakaian. setiap titisan bole dijadikan stock. gembira!

parts lagi lah senang. cuma basuh corong dan valve SAHAJA. tiub tu cuma bilas dengan air paip dan keringkan. tu pun sayee buat seminggu sekali je.

yang tidak best dengan spectra 3 ialah, kena guna plug. maka, ngadap la dinding sambil mengepam. hehehe. skang sayee tinggal je spectra 3 di opis. kalau kat luar, sayee pam guna manual sahaja.

3) unimom mezzo

*google*

ni pam manual yang sayee beli. medela harmony tu pinjam along punye je. hehe. reason sayee beli pam ni ialah, spectra hntr servis. tibe2 takde suction. maka, sayee beli mezzo utk jadi double pump dengan harmony. kelakar jugak sbnrnye. hahha.

suction mezzo lebih lembut dr harmony. hasil, cam biasa je. tapi parts dia masyaAllah. jenuh nak basuh satu2. jenuh nak keringkan satu2. tapi sayee masih pakai sampai sekarang. sbb harmony dah pulang kat along.

sekian sahaja review sayee dengan semua breastpumps yang penah guna. beberapa hari ni mezzo ni mcm buat perangai. susu terpercik sana sini. macam kurang suction. macam valve bocor ke ape taktau lah. teringin plak nak beli spectra M1. keperluan atau kemahuan???



2 comments:

  1. Thanks good info ni...

    jom singgah sini:
    http://www.cintavitamin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang mencari breastpump ke? hehehe.. semoga post ni bermanfaat ye..

      Delete

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads