18 January 2016

Husband and Wife ~ Perkara kecil yang boleh jadi besar

Hai..

Topik hari ini agak macam serius tapi bukan lah serius sangat. selepas 6 tahun kawen baru boleh terpikir benda-benda yang kecik tapi tak perlu dibesarkan. awal-awal perkahwinan, semua benda kecil pun akan diperbesarkan. dua belah pihak pulak tu. kalau sayee tak besarkan, abg Abdul akan besarkan. so, kekerapan berantakan tu boleh bayangkan sendiri lah kan.

cara sidai tuala/sejadah/telekung/pelikat.
sayee tak suka buat benda yang memenatkan, tak suka berusaha lebih. sayee dah tetapkan, sidai tuala mesti kat bahagian bawah, sejadah telekung pelikat kat bhgn atas. tapi sayee tak suka bila nak sidai tuala tu, sayee kena selak sejadah dll tu sbb panjang meleret sampai ke palang bawah tu. so sayee ckp kat abg Abdul suh lipat dua dlu sejadah tu baru sidai, maka dia akan jadi pendek dan bole sidai tuala dengan senang hati tanpa berusaha lebih. ngengada kan. masalah abg Abdul ni, dia selalu lupa nak lipat dua sejadah dll tu. dan sayee selalu kena berusaha lebih yang mana sayee tak suka tu kan. lepas 6 tahun, sayee belajar untuk diamkan, dan betulkan je silap dia sidai sejadah pelikat semua tu. sebelum ni, mmg sayee moncongkan bibir mungil ni tanda merajuk sbb kena berusaha lebih masa menyidai tuala. stupid me!

cara pasang cadar.
kalau pakai fitted tu, sayee nak bucu cadar betul betul terletak kat bucu tilam. kalau sayee pasang, sayee akan make sure bucu bertemu bucu. tapi, kalau abg abdul pasang, paham2 sendiri je lah.. opsss.. bila perlu pasang cadar dengan kadar segera, (terpaksa tukar cadar bila anak muntah atas katil contohnya) dan sayee plak terlalu utamakan bucu what so ever, perkara kecil begini lah yang bole menjadi perkara besar. sebab sorang nak cepat bila anak dah nangis nak sambung baring2 tapi sorang lagi terlalu obses dengan bucu bertemu bucu. haaa, selepas 6 tahun sayee bole mengabaikan bucu what so ever tu lantak kau la nak dok mane, asalkan anak2 bole baring semula dengan kadar segera.

 cara susun barang dalam bakul susu anak
setiap kali outing, sayee akan sediakan segala mak nenek perkakas botol anak2 dalam bakul. bila letak kat lantai kereta, barang2 mak nenek semua ni takkan berterabur. they will stay inside the basket instead of bergolek-goler merata ceruk dalam kereta sampai susah nak cari. (again, sayee kan tak suka buat kerja lebih haha). sebelom keluar, mmg sayee dah susun siap2, botol air masak dok mane, flusk air panas dok mane, tin susu dok mane, botol2 susu dok mane, etc blah blah. bila bakul tu terlalu padat, setiap kali keluarkan, salah satu mesti akan tumbang sebab tibe2 takde support kiri kanan kan. (bole ke paham ape sayee bebel ni?). bila abg abdul yang buat susu, dia tak susun semula ikut turutan yang sama macam sebelum tadi. ini jugak perkara kecil yang bole menjadi besar. sebenarnya tak susah pun nak susun semula, cuma sayee kena adjust sedikit ketidakupayaan untuk buat kerja lebih sedikit dari biasa. tu je. selepas 6 tahun, baru sayee berupaya utk buat semua ni. tak kisah lah berapa kali dia nak tumbang pun, sayee susun semula. kalau tak larat sgt, sayee pun sama naik je buat exactly macam abg abdul buat. i just dont care anymore. hahaha.

procrastinate
abg abdul adalah seorang yang sangat sukeeeee menangguh, kalau mintak tolong dia, mesti akan ditanya, "nak buat sekarang jugak ke? nanti2 tak bole?". iye, bole mmg bole, tp kebiasannya kalau tak buat segera, dia akan lupa. manusia biasa kot, kalau saya pun selalu lupa nak buat sesuatu kalau menangguh2. solat pun pernah lupa sebab asyik menangguh2 di awal waktu. selalunya, saya cuma akan mintak tolong abg abdul buatkan kalau tgh menyusukan anak. sbb takut saya tertidur terus smpi ke pagi. contoh, "tolong masuk kain dalam mesin basuh ke dalam dryer". iye, mmg bole tunggu. tapi kalau sampai ke pagi esok, tak ke busuk kain baju tu nnti? haaa gtu je la bende2 remeh yang selalu menjadi sengketa dalam rumah tangga. sekarang selepas 6 tahun kawen, saya dah tak kisah, kalau busuk kain tu basuh je la semula. kalau tertdo tak siap keje umah, bangun je la awal2 pagi. time anak tgh lena diulit mimpi. lepas siap keje umah bole minum kopi di awal pagi sementara anak2 belom bangun. me-time yang sangat amat jarang dapat dikecapi. ;)

telefon bimbit
abg abdul suami ku yang sangat dicintai. dia seorang yang sangat payah nak cas telefon dia. mak aiii, geram kekadang bila telefon dia mati saya tak dapat nak call dia. masa tu mmg rasa nak start kereta g cari je dia kat mane. sangat amat selalu, saya yang cas kan telefon dia, bole? bila ada powerbank, sangat amat selalu jugak saya yang cas kan power bank dia. haish, tahap mmg manja teramat dah abg abdul ku ini. power bank kami ada seorang satu. saya pakai yang 10000mah. je sbb cuma nak ada sebagai backup je. sebenarnya telefon saya boleh dipakai sepanjang hari dr pagi smpi ke malam tanpa perlu di cas. cuma, in case kalau terlebih guna telefon mungkin akan abis bila petang kan, so saya rasa satu keperluan jugak. satu hari powerbank saya buat hal, saya beli lagi satu yang 20000mah. bila dah beli, yang lama tadi elok je pulak. masih boleh pakai. maka, kami ada 3 powerbank. makin rancak la tahap kemanjaan abg abdul tidak mengecas telefon mahupun powerbank. sbb dia tau, kalau abis powerbank dia, ada lagi satu yang saya tak pakai. hhmmmmppphhh. tapi walaupun begitu, saya redha je jadi tukang cas dia. hahahha.

agaknya, ini lah sahaja contoh perkara kecil yang boleh menjadi besar dapat saya kongsikan kali ni. lain kali sambung lagi part 2 kalau ada. hehehhe. perkahwinan adalah hubungan antara 2 insan yang berlainan keperibadian tapi perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. kalau dedua rajin cas telefon kang, tinggi pulak bil letrik kan. hahahhaha. i love you abg abdul.


15 January 2016

selfie 2015

sejenis yang belom bole move-on dari tahun lepas. saya ni bukan la jenis yang kuat selfie. kengkadang je, bile abg abdul mintak selfie ke, bile terasa best-tudung day ke, selfie ngn anak2 ke, bile tgh menunggu dan taktau nak buat ape. masa-masa camni je saya selfie.

masa ni solleh ikut abah dia keluar

selfie sebab pakai baju kuning sama2, tapi baju mak tak nampak

ni contoh best-tudung day hahahha

ni baru lepas interview, tggu abg abdul jemput

sama seperti di atas

lepak tgk tv masa abg abdul bawak anak-anak main kat luar rumah

solleh kaki selfie

spec baru masa ni

ni abg abdul mintak suruh selfie

adakah selfie 2016 akan lebih banyak dari selfie 2015? hehehe nanti lah plak upload kalau ada. bye.
















01 January 2016

thank you 2015

Alhamdulillah, berganjak kita ke tahun 2016. dengan senyuman ikhlas. dengan himpunan kenangan di tahun 2015. terima kasih 2015 untuk semua bahagia, sedih, gelak, tawa dan air mata yang telah kita ukir bersama-sama. terima kasih untuk semua pengajaran buruk baik yang akan dibawa ke tahun 2016. yang mana elok akan diperelokkan lagi. yang mana buruk akan diperbaiki lagi. semoga tahun 2016 akan lebih bahagia lebih ketawa lebih berganda baik dari yang sebelum ni. insyaAllah.

kenangan januari
~ 5th anniversary di azam roasters
~ episod kemas rumah selepas banjir
~ siddiq masuk wad di DMMC

kenangan februari
~ cant name even one

kenangan mac
~ happy birthday siddiq

kenangan april
~ happy birthday solleh
~ mak bawak kek bentuk 3 ke skolah kipsas

kenangan may
~ dapat surat tukar :(
~ family day di tambun
~ stop mengepam, siddiq cuma abiskan stok yang ada dan df cam biasa

kenangan jun
~ bawak anak2 naik kapal terbang
~ bertukar ke jengka
~ episod amukan anak2 tanak dok jengka, tukar skolah etc :(
~ happy birthday to me

kenangan julai
~ selamat hari raya

kenangan ogos
~ siddiq masuk wad KSH

kenangan september
~ umah impian perdana disewakan :(
~ siddiq masuk wad HOSHAS
 ~ selamat hari raya korban dari wad melur 2 hoshas :(

kenangan oktober
~ surat warning kerap lewat thumbprint :(

kenangan november
~ happy birthday abg abdul

kenangan disember
~ bawak anak2 naik train/lrt

2016, pls be nice to us.







28 December 2015

Solleh dan camera

setiap pagi bila sampai opis, rutin aku adalah check gambar2 dalam gallery. macam2 gambar ada. kegemaran solleh la tu, amik handphone aku dan main camera. tah ape2 gambar dia snap. meh nak tunjuk sikit.



living hall umah wan aki





buat muncung itik sambil selfie
 




posing kegemaran, dok silang kaki pastu ambil gambar peha sendiri ekekekke


posted from Bloggeroid

22 December 2015

Bawak anak-anak naik train

Dah menjadi kebiasaan sejak tinggal bersama mak abah aku, hujung minggu kami akan habiskan di rumah mertua. Satu hari yg hening, kami balik rumah mertua tapi takde org kt umah. Rupanya mereka ke rumah SIL di kuantan. Abg abdul ajak ke sana jugak, tapi aku dalam spontan mengajak abg abdul ke KL. hahaha seriously. dan dalam spontan jugak abg abdul membelok ke KL. hoi, 2jam perjalanan jugak tu. tapi kekadang seronok jugak buat kerja yang agak gila ni. dan kekadang perjalanan tanpa perancangan ni yang menjadi, berbanding dengan dengan perancangan yang terlalu awal. ;)

Maka, ke KL la kami. bermalam di rumah SIL jugak. (abg abdul ada 1 abang 3 kakak 3 adik perempuan dan 1 adik lelaki). sampai rumah SIL dan kul 8++ malam. duduk kejap, pastu kami keluar dinner. lepas tu balik umah rehat dan tidur je.

Esoknya, kami yang ke KL tanpa plan ni, mencari-cari ape aktiviti yang nak dibuat. tiba-tibe terpikir nak bawak anak2 jalan naik train. LRT ke komuter ke ape2 je lah. asalkan buat sesuatu yang kurang memenatkan. sbb ptg tu nak balik dah kan, esoknya nak kerja/sekolah. lepas bfast, kami keluar ke stesen kepong, naik komuter sampai bank negara. jalan g sogo, mkn tghari kat food court. lepas makan, kami naik lrt pulak. patutnya nak turun di KL sentral tapi solleh nak minum susu dalam keretapi katanya, kami pun bertapa dalam train smpi la ke kelana jaya. sampai tertidur belaka solleh dan siddiq dan ain (SIL's daughter). turun semula ke kl sentral naik komuter ke kepong semula. masa bertukar2 kat kl sentral tu, solleh langsung tak sedar, berdokong sampai naik sado dah mak dia ni haa. abg abdul dokong siddiq. mmg tak bawak stroller dan ergo pun tak bawak. tak kesah, yang penting solleh siddiq happy sangat2. mak abah dia pun happy sbb seronok jugak dapat naik train lama2 camtu. hahaha.

sampai ke rumah SIL, rehat2 kejap. lepas maghrib kami gerak balik ke jengka semula. sampai sini kul 10++. anak2 tdo je. overall, semua happy.


ini ain
ini siddiq atas dokong abg abdul
solleh sebok bercerita memacam. masa ni belom tdo
momcong haruslah begitu menampakkan kesungguhan bercerita. hehehe
posted from Bloggeroid
Related Posts with Thumbnails

ads