05 February 2016

Precious Moments with Kids

saya pernah baca tapi tak ingat di mana, kita sebagai ibu bapa hanya diberi peluang sekali sahaja untuk melihat anak-anak membesar. dan anak-anak pula sangat pantas membesar. terasa baru semalam melahirkan, hari ini dah bijak dan petah berkata-kata. huuuuu T___T

tapi, sebagai ibu bekerja kita tak ada peluang untuk bersama dengan anak-anak sepanjang masa. waktu mereka berjaga lebih banyak dengan pengasuh/cikgu taska. waktu mereka tidur yang lebih banyak dengan ibu bapa. ditolak dengan waktu makan mandi dan perkara-perkara rutin yang lain, berapa jam saja tinggal untuk kita bertul-betul menumpukan perhatian dengan anak-anak. tak masuk lagi dengan waktu anak-anak meragam dan kita marah-marah. aduhai sian anak-anak, kecil lagi dah buat pengorbanan besar macam ni. sedih lah T___T

tak banyak pun kenangan gembira yang mereka simpan agaknya kan. saya perasan, bila saya dan abg abdul bawak anak-anak buat aktiviti yang jarang-jarang dapat, mmg terserlah kegembiraan terpancar kat wajah solleh dan siddiq. kadang tu aktiviti kejap-kejap saja pun. kita sendiri pun belum puas, inikan mereka. kan?
layan anak-anak bagi makan kat kucing je aktiviti hari ini

mandi kolam di jerantut.

di teluk chempedak, malam minggu mmg meriah kat situ.

teman solleh main basikal je. di koridor kedai je.


haaaa, yang ini feveret anak-anak. naik motor! tapi bole bawak dekat-dekat saje lah. risau jugak perkara yang tak diingini.

5 je yang dapat dikongsi? aduhai, sedih betul anak-anak saya ye. ada juga beberapa perkara yang dibuat bersama-sama, anak-anak gembira, ibu bapa gembira. tapi gambar-gambar takde. harapnya mereka ingat la memori itu.

anak-anak saya ni, sangat rajin dan minat ke dapur. suka tolong sata kat dapur. banyaaaaak kali saya bagi mereka buat kerja-kerja. penah bagi solleh letak kismim atas puding roti. penah bagi mereka tabur filling atas pizza. basuh pinggan, selalu sangat. keluarkan/masukkan kain baju dari dryer pun selalu sangat. vacum rumah pun minat jugak. saya harap perkara-perkara ni biarlah mereka rajin sampai bila-bila. jangan dah besar nnti, mak suruh korang tak nak buat. siap lah! hahahaha. dan paling penting, biarlah mereka gembira walaupun buat kerja-kerja rumah je. biarlah mereka ingat memori ni simpan sebagai memori yang gembira, bukan memori penat sahaja. 

dear solleh dan siddiq,
mak sayang awak dan awak tau!

till then, babaiiii.






04 February 2016

Dialog anak beranak

situasi baru jemput anak2 dari taska

mak: solleh sayang adik siddiq tak?
solleh: sayang! 
mak: solleh nak lagi tak adik? ;)
solleh: nak! nak yang sama macam adik siddiq.
mak: hah? nak adik lelaki jugak lah?
solleh: ye, aleh nak adik lagi. banyak2. nak yang sama macam adik siddiq ni. (siddiq tgh menyusu sama tu, sambil tepuk2 dada dia. dia tau la tu org tgh cakap pasal dia)
mak: solleh tanak adik perempuan ke?
solleh: tanak, aleh nak kawan ngn lelaki je, sbb aleh kan lelaki. macam abah macam siddiq. aleh kawan la sebab lelaki.
mak: yelahhhhh! siddiq, nak adik tak?
siddiq: (tgh nyusu lagi maka dia angguk je)
mak: nak lelaki ke perempuan?
siddiq: UAN! 
 
hahahhaha, saya tak tau la siddiq tu memandai jawab uan tu sbb uan dok kat penghujung soalan. atau dia betul-betul dah tau beza lelaki ke perempuan. baru teringat, kami tak pernah menyoal dia tentang lelaki dan perempuan. harus praktis kan ni, lepas tu baru bole tanya semula dia nak adik lelaki atau perempuan. ;)

situasi suami isteri minum pagi di rumah. jam menunjukkan pukul 550 pagi. (saje mention waktu, nak bgtau kami suami isteri mmg bangun awal hahahhaa)

suami: abg rasa kita kena mkn supplement lah. 
isteri: kenapa pulak?
suami: sbb banyak sangat tdo.
isteri: hahahha, tu abg lah. kuat tdo. syg kejut-kejut berkali baru bangun.
suami: eleh, syg pun sama.
isteri: ape pulak, syg hari2 bgn kul 3 ye. (hidung sengaja ditinggikan nak bangga)
suami: yeke? syg buat apa bgn kul 3 hari2?
isteri: macam-macam la kena buat. 
suami: XXXXXXXXXX (mungkin bebel dalam hati terus bangun ke sinki basuh cawan)

hahahahaha. sebenarnya pada hari kejadian mmg saya bangun kul 3, lepas solat isyak terus ke dapur basuh pinggan mangkuk dan kemas-kemas dapur. lepas tu basuh botol anak-anak. tgh nak bilas botol, siddiq bangun plak nak nyusu. masa tu kul 5. awal lagi nak suruh dia terus bangun. maka, saya pun mengulit la dia nak suruh lena semula. dengan saya sekali terlena. jaga dah kul 6. tgk2 abg abdul dah siap. terus keluar buat air dan minum bersama abg abdul. masa tu la dia mula bercakap pasal supplement tu. saya tak nak lah mengaku yg saya pun kuat tdo kan. sbb tu jawab hari2 bgn kul 3 pagi. HAHAHA. padahal, 2 malam sebelum tu berturut-turut saya bangun dengan alarm 530. turun dari katil pun dekat kul 6 dah. TAPI selain dari yg 2 malam tu, mmg bole dikatakan saya akan automatik terjaga sendiri kul 3 pagi terus bangun. masa tu lah nak belek tepon tanpa gangguan, nak siapkan kerja rumah, lipat baju ke, minum kopi ke, me-time ke. tapi tak pernah saya kejut abg abdul. ye lah, saya tidurkan anak kul 830-900 camtu, terus lena. abg abdul tidur lagi lewat dari saya.

saya pernah baca sesuatu tulisan tentang kerja rumah. bila kerja-kerja rutin dapat disiapkan dengan sempurna, cthnya, baju berlipat tersedia di almari suami bole terus pilih dan ambil je, pinggan cawan bersih tersedia di kabinet, hidangan di dapur dah siap atas meja suami bole terus ceduk dan suap je, rumah bersih berkilat suami bole duduk tgk tv dengan selesa, anak-anak terjaga bab mandi makan tidur semua tak merengek, sabun mandi ubat gigi dalam bilik mandi tak pernah takde sentiasa ditukar baru bila perlu. SUAMI TAKKAN PUJI PUN, "eh sayang, bila masa syg buat semua ni? semua keperluan keluarga lengkap je." tapi bila semua contoh-contoh kat atas ni tak disiapkan dengan sempurna, suami akan komplen je kan. isteri pemalas lah, tak pandai jaga rumahtangga lah, macam-macam lah. sekadar berkongsi apa yang saya pernah baca. bukan berlaku pada saya ye. ahakss..

till next time. bye.



Related Posts with Thumbnails

ads