23 May 2012

WW#9 jasamu dikenang

- medela harmony - 
- bukan dibeli tapi dipinjam dari along my sister - 
- sgt dihargai kerana berjaya memerah susu sayee berbelas oz sehari - 
- tq medela - 
 


 


21 May 2012

majlis aqiqah Abdullah Solleh

majlis aqiqah - seekor kambing - untuk abdullah solleh - jumaat - 18 mei 2012 - umah makabah sayee -

majlis ni mmg sgt kelakar. sebab sgt short notice. jumaat lepas solat jumaat nak ajak org makan, tapi khamis tghari baru confirm kan kambing seme. mmg dah plan nak buat, tapi abg abdul sebok dengan borang tender dan kedai lagi, maka dia x sempat nak uruskan kambing. ni pun mak sayee yang tolong cari kambing. kambing smpi pun dah maghrib, mmg tak sempat nak sembelih ari khamis. maka, di pagi hari jumaat yang mulia itu, abah sayee kumpulkan kawan2 dia. ajak sembelih dan menyiang daging. mak sayee dan abg abdul plak pagi2 dah g pasar borong cari barang2. sayee dan solleh je tak buat ape2. untung sungguh jadi orang dalam pantang kan. hehehe.

dipendekkan citer, sempat la siap memasak kambing dan beberapa juadah lain untuk santapan tghari lepas solat jumaat tu. lepas majlis doa selamat sempena mak sedare sayee nak g umrah, jemaah dari masjid tadi berselawat untuk majlis cukur jambul dan belah mulut untuk abdullah solleh. masa ni, abg abdul yang dokong solleh, adik amir (my BIL) yang bawak dulang gunting seme tu. solleh bukak mata ok, sket pun tak nangis. mmg memberikan kerjasama yang tip top. hehehe. masa selawat jemaah masjid tu takde sape amik gambar. maka takde la gambar.

lepas solat asar plak, mak sayee ajak kaum ibu desa jaya untuk bacaan yasin di umah. terus marhaban dan terus la buat majlis cukur jambul dan belah mulut (again) untuk abdullah solleh. masa ni baru sempat nak amik gambar. oh, sempat plak mak sayee sediakan endoi untuk abdullah solleh. simple je. endoi pun pinjam makcik sebelah umah. hehehe. jom tgk gambar.

+ semasa bacaan yasin +
+ abdullah solleh lom duduk dalam endoi +

+ kaum ibu taman desa jaya +

+ solleh tdo dengan nyenyaknyeee +

+ masih tdo tanpa mengetahui dia akan dibotakkan +

+ majlis dimulakan dengan seorang ustazah +

+ solleh tdo dengan nyenyaknye +

+ diakhiri dengan wan solleh (mak sayee) +

+ baru la berendoi +

+ mak solleh sengeh over +

majlis diakhiri dengan makan2. masa tu, sayee cuma makan nasi dengan ayam goreng aje. kambing, ikan patin, puding koktel, tapai, nasi ujan panas, bla bla bla seme hanya untuk dipandang. huhuhu. ketidakseronokan menjadi org dalam pantang. 

nti entry lain sayee tunjuk gambar solleh dah botak. sabtu tu, abg abdul pun botakkan kepala jugak. siap buang janggut kesayangan semata2 nak sehati sejiwa dengan anakanda dia. hehehe.






19 May 2012

satu pencapaian ~ breastfeeding

seperti biasa, entry breastfeeding mesti dimulakan dengan Alhamdulillah.......

semalam kami ada buat majlis aqiqah untuk solleh. (entry lain sayee citer n tunjuk gambar). maka, malam tadi sayee agak kepenatan wpun x buat byk keje. penat sbb kurang berehat. ye lah, kat umah ada majlis takkan sayee nak berehat baring2 dalam bilik kot kan. dipendekkan citer, sayee tdo awal dan sayee langsung tak mengepam sepanjang mlm tadi. cuma direct feeding aje. tu pun solleh kurang menyusu agaknye sebab penat jugak.

pagi tadi sayee bangun awal sbb dah lencun. bukan lencun disposable diaper solleh bocor ye. tapi lencun dengan breastmilk. sedikit kerugian di situ. lepas siap mandi seme, sayee mengepam sambil belek2 gambar majlis smlm. tibe2 terasa botol dah berat. ye, sayee berjaya dapat 5oz sebelah kiri dalam masa 10 minit. sebelah kanan sayee tadah yang menitik, dapat 1oz. syukur alhamdulillah. sayee mengepam tu selepas solleh menyusu. syukur, susu sayee makin banyak untuk buat stok solleh.

ni susu yang sayee citer sayee tumpang dalam peti aiskrim kat kedai.
lebey kurang 120 oz.
tutup putih tu botol jingle jungle, tutup kuning botol medela.

ni plak susu yang ada dalam freezer kat umah. seme dalam plastik n ada sket dalam bekas dadih tu.
lebey kurang 140oz.

selain doa mohon dari Allah untuk murahkan rezeki susu badan  untuk solleh, sayee ada amalkan makan supplement shaklee untuk kesihatan selepas berpantang dan jugak sebagai milk booster. dan sayee maseh minum protein soya untuk memekatkan susu badan supaya anak kenyang dan kurang berjaga di waktu malam. selain tu, sayee jugak minum secawan horlicks sekali setiap hari. kadang2 twice. sekadar berkongsi, mungkin salah satu dari apa yang sayee amalkan membantu membanyakkan susu sayee. dan solleh jugak membesar dengan sehat, alhamdulillah.

16 May 2012

stok susu sayee

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

solleh maseh dimurahkan rezeki dengan susu sayee. syukur sangat2. mudah2an solleh membesar dengan sehat sentiasa. 

tadi pagi sebelom mak g opis, sayee baru susun stok susu sayee. sayee ni perah susu buat stok tapi bercampur2 storage nye. ada dalam botol, ada dalam plastik 5oz, ada dalam plastik 12oz. maka nak susun elok2 bagi jimat space freezer pun xdapat. oleh itu, sayee pun pos kan stok susu yang dalam botol ke peti aiskrim kat kedai moto mak sayee. hahahaha. jangan tibe2 ada org tanye brape sen sebotol aiskrim tu sudeh laaa...

ingt tadi nak amik gambar, tapi lupe plak. nnti nk mintak kakak sayee amikkan gambarnye la. sayee susun elok2 dalam tupperware besar. tupperware tu patutnye muat 25 botol, tapi sayee cuma letak 24 botol je. satu botol lagi tinggal untuk pasang pada pam. 25 je botol yang sayee ada. 7 botol set dengan pam medela harmony, 18 botol lagi sayee order jingle jungle dari fabulous mom.

setakat ni paling banyak skali perah pun dapat 6oz. alhamdulillah. sayee bersyukur sangat wpun dengki  jgak ngn org lain skali perah je dah 7/8 oz untuk sebelah. tapi kite mesti bersyukur kan supaya rezeki sentiasa ada.


13 May 2012

abdullah solleh 0 month


14 april 2012 ~ 13 may 2012


ini yang pertama

 
SELAMAT HARI IBU
BUAT
SEMUA IBU-IBU DI DUNIA
TERUTAMA
MAK SAYEE ZAINAB BINTI YUSOFF
DAN
MAK MERTUA SAYEE SITI ZABIEDAH BINTI DERAMAN

istimewanye hari ibu tahun 2012 ialah buat pertama kali, sayee akan menyambut hari ibu sebagai seorang emak dan sayee dapat menyambut hari ibu bersama dengan mak sayee. sbb sayee kan masih lg dalam pantang kat umah mak sayee. kalau la mak mertua sayee datang sini ke besok, lagi istimewa kan.

hari ibu lebih bermakna bila diri sendiri dah menjadi ibu. sebab sayee lebih memahami erti dan perasaan seorang ibu. dan menjadi ibu jugak buat sayee lebih menghargai mak sayee dan lebih berterima kasih dengan pengorbanan mak sayee. sayee amat bersyukur masih diberi peluang untuk bermanja dengan mak sayee.

buat mereka yang ibunya telah tiada, sedekahkan al-fatihah sempena hari ibu ni. semoga roh mereka di kalangan insan-insan yang beriman. amin.


12 May 2012

solleh look-a-like siapa?

dlu2 sayee penah buat look-a-like meter ni. tapi muka sayee dan mak sayee dan abah sayee. masa tu sayee belom ada anak. pregnant pun belom. skang, bila sayee dah ada anak harus la sayee buat ni. yang membuatkan sayee lagi rase nak buat ni, sebabnye kadang2 org kata solleh ikut muka sayee. kadang2 org kata solleh ikut abah dia. maka, terhasillah ini.

kalau ikut look-a-like meter ni, solleh lebey ikut abg abdul. takpe lah. yang penting solleh sihat sejahtera membesar bak juara dengan susu sayee. hehehe. lgpun, 3% aje. small matter la.



MyHeritage: Look-alike Meter - Dynasty - Genelogy

 

09 May 2012

WW#8 kekanda dan anakanda

ini kekanda abdul ku..

ini anakanda abdullah ku..


aku bersyukur kepadaMu Ya Allah.........


berpantang cara mak sayee

sayee nak kongsikan pengalaman berpantang anak pertama ni dengan cara mak sayee. bila diri sendiri tgh berpantang ni, baru tau mak sayee rupenye jenis yang kuat berpantang jugak. ingtkan moden2 je. hehehe.

sayee balik ke umah hari ke 4 lepas bersalin. itupun smpi umah dah maghrib sbb dah kul 5 baru settle seme proses nak discaj. maka, smpi umah pun dah lmbt la. sesi berpantang sayee bermula la pada hari ke 5.

rutin harian sayee untuk diri sayee sendiri ialah;
 
630am ~ mak sayee dah kejut suruh bersalai. sambil bersalai tu sayee kena bertungku. dah jadi ikan salai dah sayee ni sbb panas bawah pun ye, panas tungku pun ye. oh utk yg tatau bersalai tu ape,  situasinye camni; sayee baring atas katil tanpa tilam dan bawah katil tu ada api. tapi bersalai moden sket la, sbb guna dapur gas je. kalau org dlu guna bara kayu supaya panas tahan lama. yg moden sket dari bara kayu ada yang guna dapur arang. tujuan bersalai ni untuk memanaskan badan dan memecahkan lemak2 degil yang terhasil semasa mengandung dlu. bertungku plak, panaskan batu sungai atau besi (yang bole dibeli di cowboy) pastu tekan2 di bahagian tertentu kat badan esp perut. tujuan nya untuk naikkan dan kecutkan peranakan selepas bersalin.

930am ~ lebey kurang 2 jam lepas bersalai dan bertungku, sayee mandi. tapi mandi pun guna air daun yang direbus smpi menggelegak. org dalam pantang mmg sentiasa kena panas2 berpeluh je. tak bole sejuk2 langsung. daun2 yang digunakan untuk sayee mandi tu, sayee pun tatau daun ape. tapi bau wangi la. daun sireh pun ada. daun pandan pun ada rasenye. tapi ok la, seme yang wangi2. bila mandi tu, rase segar je. tapi daun2 yang ada tu cukup untuk mandi seminggu je. lepas abis daun tu, sayee mandi guna mandian herba TYT.

1030am ~ lepas mandi, sayee kena berbarut / berbengkung plak. mak sayee guna cara tradisional jugak. sbb kena sapu BOLE kat perut. lepas tu baru la berbarut. barut pun bukan jenis yang bole dibeli di kedai2, barut sayee mak sayee jahit sendiri. dengan tali yang sangat sangat panjang. kena pakai ketat2 untuk mengempiskan perut yang geleber selepas bersalin ni. (BOLE = sejenis tanaman yang kelihatan seperti halia. digunakan untuk berbarut. tidak bole dimakan. bau dia pun lebey kurang cam bau halia jugak)

11am ~ lepas berbarut, baru bole telan air / minum pagi. mmg dahaga. dah la kena dok atas api. mmg rase nak sangat dah minum air. tapi mak sayee sesungguhnya tak izinkan sayee minum air selagi tak pakai barut.

lepas dah setel seme proses ni, baru la sayee bole berehat semula. biasenye sayee tdo je kalau anak tak menyusu. kalau anak menyusu, lepas menyusu sayee tdo lagi. hehehe.

proses segala mak nenek ni akan bermula semula untuk sesi petang plak. biasenye start kul 4 tu mak sayee dah bunyi2 dah. tak bg minum makan dah sbb nak bertungku tak bole perut kenyang. biasenye dah maghrib baru tamat semua proses. maka, sayee memilih untuk tidak makan mlm sebab dah lewat. biasenye sayee cuma minum air horlicks cicah biskut je sebagai santapan makan malam.

tapi menjadi seorang angah alifah, wajiblah ada mengelat disana sini situ dan merata. biasenye sayee akan guna alasan anak nak menyusu. kadang2 tgh bersalai sayee lari g kat anak. masa bertungku plak kadang2 sayee tdo2. hahahha. tapi time mandi air daun tu mmg sayee ske. bersungguh la sayee mandi tanpa mengelat langsung. time berbarut plak, lepas 2 mggu sayee dah hebat nak pakai sendiri. maka, sayee pun longgarkan sket ikatan barut tu. untuk keselesaan diri sendiri. hahahha. lagi satu, kalau nak minum air, sepatutnya sayee kena minum sket2. tak bole minum byk skali gus. tapi sayee mengelat jugak. sayee slalu minum air masak terus dr botol. mmg puas. hihihihi.

pasal makan plak. lauk yang sayee makan hanyalah ikan tenggiri masak singgang, ikan selar masak singgang, sup sawi, sup ayam kampung, ikan bilis goreng tanpa minyak, ikan haruan masak singgang, ikan talam dibakar, ulam pegaga. itu sahaja. yang lain tak penah makan lg selama 26 hari sayee berpantang ni.
 
pasal ubat2an plak. sayee ada beli set bersalin nona roguy. tapi bukan satu set lengkap. sayee cuma beli minyak urut dan phytonatal tu je. tapi smpi skang belom makan lg. sayee cuma makan vitamin shaklee aje. hehehe.
 
hmmm, ape lg ek? stokin, mmg pakai 24 jam kecuali masuk tandas aje. kain batik, mmg pakaian harian. mak tak bagi pakai suar lg. keje berat, langsung tak buat. sayee cuba nak gosokkan kemeja utk abg abdul. tapi mak sayee citer dia penah kena tumpah darah 2mggu lepas bersalin sbb gosok suar abah sayee. terus sayee tak berani nak pegang seterika. lipat kain sayee ada buat. tapi kain baju anak je.
 
rasenye ni je la rutin harian sayee dalam pantang ni. arini dah hari ke 26. tak sabar nak tggu 27mei. hari terakhir sayee berpantang iaitu hari ke 44. 28mei sayee abis pantang. hooraaayyy...!!!
 



07 May 2012

2010... 2011... 2012...


 2010 ~ pencapaian hidup sayee ialah berkahwin. menjadi suri kepada abg abdul. selain bekerja sepenuh masa sebagai technical exec, sayee jugak bekerja sepenuh masa di teratak kami berdua. bila kenang2 semula masa mula2 kawen dlu, indah sungguh rasenye. bangun pagi2 terus buat sarapan untuk suami, sebelum g keje jemur baju suami dlu, nak g keje salam cium tgn suami dlu, dah kat tmpt keje hntr msg rindu suami, dah balik keje tggu suami balik keje plak, buat dinner untuk suami, mlm2 lepak tgk tv dgn suami. indah sungguh. rase dunia ni ada sayee dan dia je. hehehhee. sudah2 la mengenang dan terkenang.


2011 ~ pencapaian hidup sayee dan abg abdul ialah beli umah. hari pindah umah iaitu 26mac2011, mmg rase seronok betul. seronok tak ingat punye. rase tak caye pun ada. cam tak sangka kami dah beli umah. wpun umah tu umah bank lg, kami tukang bayar je. tp tetap dalam geran tu ada nama sendiri. mau tak bangga. kan? mmg pencapaian paling wow la utk tahun 2011.



2012 ~ pengalaman melahirkan Abdullah Solleh bin Abdul Sahaairul ada pencapaian hidup sayee untuk tahun 2012. belom tamat tahun 2012 sayee dah declare melahirkan anak adalah pencapaian yg paling wow laa. terasa terserlah kewanitaan dan keperempuanan sayee selepas melahirkan tu. insyaAllah akan sambut hari ibu buat kali pertama tahun ni. tapi sambut dalam pantang, takleh makan kek etc. sambut dengan mengulit solleh je la nmpknye. tapi kalau abg abdul belikan bunga sempena hari ibu ke, syok jugak ek.. hahahha

di satu petang solleh temankan mak dia bersalai. tapi dia dok katil lain la.



06 May 2012

kata ustaz don

beberapa malam lepas, sayee ada tgk 30 minit ustaz don yang special tu. edisi ke100 rasenye. dalam edisi mlm tu, ada org soal dia jawab. org tu tanye pasal kisah dia masa sekolah dlu, pastu ada la cikgu2 dia datang jadi tetamu. pastu ada jugak dorg call kakak ustaz don. ni seme mmg suprise la. ustaz don tak tau langsung.

sayee terpanggil nak kongsi ustaz don kata pasal ibu bapa. masa tu ustaz don diminta bagi ucapan istimewa untuk mak ayah ustaz don. dia mcm terdiam, kelu, tatau nak bg ucapan ape kat mak ayah dia. pastu dia citer pasal kisah zaman Rasulullah. ada org bgtau Rasulullah dia dokong mak dia sejauh beribu2 batu jauhnye. adakah terbalas jasa mak dia? Rasulullah jawab, setitik susu ibu pun belom terbayar.

masyaAllah, betapa agungnye seorang ibu kan. jujur sayee kata, bila dah jadi seorang ibu ni sayee lebih menghargai kasih dan sayang mak sayee terhadap sayee. terbentang seme dosa2 silam sayee dengan mak masa zaman kejahilan dlu. menyesal sangat. kalau dapat diundurkan masa, sayee takkan buat salah kat mak sayee.

tambah2 lagi bila skang ni sayee dalam pantang dok ngn mak. mak bersusah payah sepanjang hari menyiapkan keperluan berpantang sayee dan membantu sayee menyiapkan solleh. bertambah2 hutang jasa dan budi mak belom tentu sayee mampu nak balas balik. masyaAllah.

Mak, Angah sayang sangat kat Mak. angah sayang abah jugak. semoga makabah sentiasa dalam lindungan Allah SWT. amin.....

04 May 2012

khasiat susu ku..

arini umur solleh 21hari. sepatutnya misi datang smlm ke umah untuk lawatan ibu dan anak. sekali gus amik berat baby pd hari ke 20. tapi mungkin misi tak sempat semalam. maka, mereka datang harini.

berat solleh masa lahir = 3.47 kg
berat solleh masa 10 hari = 3.50 kg
berat solleh masa 21 hari = 4.30 kg

yeayyyyy. anak mak dah besar dan sehat. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. berkhasiat susu sayee. terus membesar ye anak mak.

gambar solleh umur 21 hari..


entry mata bengkak.. hehe

hehehe.. kenapa entry mata bengkak? sebab abdullah solleh ske berjaga waktu mcm ni. maka mak dia pun dipaksa berjaga sekali..

2 mlm lepas solleh berjaga dari kul 1030pm smpi 230am. mlm smlm plak dari kul 1130pm smpi 330am. mlm ni alhamdulillah berjaya tdo lebey awal. dia jaga dr kul 1030pm smpi 1230am je. skang masih tdo. sayee amik peluang untuk mengepam. alhamdulillah, dapat jugak buat stok susu.

lepas2 ni kalau solleh berjaga mlm lg, sayee kena pandai2 la amik peluang untuk mengepam dengan lebih konsisten. insyaAllah. lepas mengepam, bole la update blog, buat entry mengarut2 camni. hehhee.

ok lah, later sambung. 

03 May 2012

semoga terus berjaya

untuk mengingati saat indah bersama anak teruna kesayanganku ini. walaupun kecewa pada mulanye sebab nurse bagi susu tambahan dan sayee sendiri pun penah bagi dia susu tambahan, tapi biarlah lewat mula asalkan sekarang smpi saat ini abdullah solleh masih dimurahkan rezeki untuk menikmati susu terbaik. insyaAllah.


Lilypie Breastfeeding tickers


02 May 2012

sayee dan breastfeeding

kali ni sayee nk citer pasal sayee, solleh dan breastfeeding plak. hamboih, sejak beranak dan dalam pantang ni asyik update blog citer pasal anak je. ye lah, org baru dapat anak kan. lgpun sape lagi nk citer pasal anak sayee kalau bukan sayee sendiri.

dalam entry kelahiran solleh tu, sayee ada bgtau dia kena masuk wad nicu sbb masa lahir dia bernafas laju sangat. kena masuk oksigen dan kena puasa. maka, sayee tak dapat peluang nak menyusukan dia dalam jam yang pertama. 

sayee dipindahkan ke wad postnatal dalam kul 530pg. masa tu badan masih lemah. sayee baring2 je lepas mak dan abg abdul balik umah. dalam kul 6++ sayee nak g tandas. sayee tekan loceng panggil nurse, dia suh sayee cuba duduk atas kerusi dlu sebelom g ke tandas. sbb takut pitam. seperti yang dijangkakan, sayee mmg pitam. maka, sayee baring je la atas katil lepas nurse papah sayee balik dr tandas. lepas doktor melawat, baru la sayee cuba bangun dan mandi. lepas mandi, sayee mintak nurse hantar sayee ke nicu naik wheelchair. tak sabar nak g belek anak.

diependekkan citer, kul 11++ baru sayee dapat jmpa solleh utk menyusukan dia. masa tu, dia dah tak pakai oksigen dan dah dibenarkan bukak puasa. tapi nurse belom bagi minum susu lagi. sayee pun amik peluang untuk bagi dia minum susu sayee wpun sebenarnye tak yakin pun sayee ada susu. cubaan yang pertama, sayee gagal. mungkin sbb sayee tak pandai dan solleh plak baru dikejutkan dr tdo. sayee cuba lagi dan lagi, akhirnya berjaya dapat lekapan yang pertama. solleh pun pandai isap. tapi, sayee tak pasti ada susu ke tak. sayee dok kat nicu smpi waktu melawat. abg abdul datang, sayee masih bagi dia menyusu. dr kul 11 smpi kul 130. mudah2an solleh dapat kolostrum sayee, amin.

selepas abis waktu melawat, sayee g nicu lg. dok dekat ngn anak sayee rase lega, dok kat katil rase terseksa tgk org sebelah seme ada baby dok dekat. masa ni, solleh tdooo je, kejut2 pun tak bangun. sayee nmpk kesan susu kat mulut dia. mungkin nurse baru bg dia minum susu tambahan. sbb tu dia tanak bgn minum susu sayee. kecewa sket, tapi apalah daya sayee. sbb sayee jauh ngn dia. mungkin dia nangis sbb lapar. terpaksa sayee relakan susu tambahan masuk ke dalam perut dia.

sayee dok kat nicu smpi waktu melawat. pastu sayee balik ke katil jmpa mak dan abg abdul. lepas abis waktu melawat sayee ke nicu lg. dapat menyusukan dia lagi. smpi 830, sayee kebocoran. terpaksa balik ke katil. rupenye nurse tak bole hntr ibu-ibu ke nicu lg bila dah mlm. sayee rase nak nangis, mesti solleh kena minum susu tambahan lg mlm ni. kecewa tak terkata.

besok pg, sayee mintak nurse hntr tapi takde yang available untuk hntr sayee. smpi kul 12 waktu melawat baru sayee dapat jmpa solleh. tu pun pegi dengan abg abdul sbb nurse seme sebok. masa smpi kat solleh kul 12, dia baru lepas menyusu. sayee tak dapat bg dia. sedey lagi. bila balik ke katil, sayee dah bole discaj. maka, sayee nak pindah ke katil dekat nicu, supaya senang nk bg nyusu. gembira sangat. mlm tu sayee bg dia nyusu kerap2. sayee nmpk kesan susu sayee dalam mulut dia. masa tu baru yakin sayee ada susu. tapi solleh tanak tdo2. sayee mintak susu tambahan dari nurse kul 11 mlm sbb sayee pk susu sayee sket tak cukup utk kenyangkan dia. tapi dia masih tanak tdo. smpi kul 2, sayee mintak lg susu tambahan. nurse mintak sayee cuba jugak susukan dia. sayee cuba. tapi dia masih tanak tdo. kul 5, sayee mengalah. sayee mintak nurse bg susu tambahan jgak. lepas tu baru dia tdo. lama...... smpi kul 10 pg.

akhirnya sayee diserang bengkak susu. sebab 5 jam sayee tak menyusukan. sangat menyesal sayee rase. rupenye susu sayee mencukupi, cuma sayee yg tak yakin. mungkin dia tak tdo sebab tak selesa dengan tali pusat dia atau diaper dia atau lain-lain. 

kul 5pg 16 april 2012, itulah kali terakhir susu tambahan masuk ke perut solleh. lepas tu, sayee nekad nak susukan solleh walau ape cara pun. alhamdulillah, sehingga saat ini rezeki solleh murah utk minum susu sayee. bengkak susu pun dah kurang lepas sayee balik ke umah 17 april tu. hari yang ke 8 dalam pantang, sayee mula perah susu untuk buat stok masa dah mula keje nnti. selagi mampu, sayee nak susukan solleh hanya dengan susu sayee. insyaAllah.

nnti sayee sambung kesah sayee memerah susu plak. nak tunjuk stok, baru ada sket. sayee maseh tercari-cari ilmu breastfeeding, ilmu nak simpan ebm, nak cairkan ebm, etc etc. nnti sambung lg.


01 May 2012

di sebalik nama Abdullah Solleh

Abdullah, Hamba Allah. Solleh, Yang Baik. nama ni pilihan bersama sayee dan abg abdul. kami sepakat panggil dia Solleh. tapi makabah sayee panggil dia dengan nama penuh, Abdullah Solleh.

nama Solleh tu dah lama sayee berkenan. akhirnya tercapai jugak hasrat nak namakan anak sendiri dengan nama tu. wahai anakku, semoga kamu benar-benar menjadi Hamba Allah Yang Baik. amin.


Related Posts with Thumbnails

ads