24 June 2014

Oh my solleh!

As salam.

Sayee nk cite pasal anak sulung sayee ni. Sejak dia nk dapat adik lg dia mmg petah sungguh bercakap. Dan dia plak mmg jenis tak pelat.

Skang dia dah 2y2mo. Makin hari makin byk bende kelakar kluar dr mulut dia. Kadang tu nk marah pun tak jadi.

Bab emosi plak baru je pandai. Rasenye sejak ada adik ni lah. Mungkin kah dia rase diabaikan? Kasih sayang terbahagi dua? T-T

Situasi 1. Br siap be.rak nk pakai sluar dgn abah. Dia main2 masa nak pakaikan sluar. Pstu abah cubit sket peha dia. Dia nangis. Abah lari. Sayee pujuk ajak tgk tv. Nak alih perhatian dr cite psl kena cubit. Konon taknak bg dia masuk dlm memori lah. Mmg dia stop nangis n tgk tv. Tibe2 abah dia nk dtg kt dia. Dia mcm mengelak smbil ckp "abah cubit solleh"..nada mmg meruntun jiwa abis lah..sayee pun emo skali. Dia mmg rapat sgt ngn abah. Huhuhu.

Situasi 2. Sayee buat2 merajuk sbb dia gurau ngn sayee tp kasar sket. Sakit gak lah. Sayee tutup muka tapi still dapat intai dia dr celah jari. Dia muka mmg cuak. Tapi masa tu tak nangis pun. Dia usap2 tgn sayee (nak pujuk kot). Sambil tu dia dok panggil mak. Tapi suara perlahan sgt amat mcm mendayu2 je. Dia rase bersalah agaknye. Tp ada ego sket nk pujuk secara terang2an. Sayee pun stop merajuk. Pstu dia sengeh. Bercahaya muka dia tgk mak dah tak merajuk. Pstu dia tny "mak kawan solleh tak? Mak kawan solleh ke?" Sendu btul mak. Ish2..

Masih dgn selimut busyuk dia. Kongsi ngn adik ok. Ngn org lain xboleh. Kalau bgn pg2 tgk adik x selimut, dia siap bgn selimutkan adik. Suweet sgt. P/s: Teruskan menyayangi adik ye. Jgn gaduh2 rebut2.

Mknn kegemaran masih lg nasi goreng banjir. Dapat nama tu sempena nasi goreng yg sayee goreng pd hari banjir, dia selera sgt mkn. Mknn kedua kegemaran ialah macaroni dgn white sauce. Buh brokoli dlm white sauce tu dua akan kutip smpi abis. Seronok btul tgk dia mkn selera. Aiskrim? Xpandai mkn lg. Sayee siap buat aiskrim sndiri nk ajar dia mkn tp dia xske. Sejuk kot. Vitagen br je pandai minum. Tu pun br beberapa kali je minum smpi abis. Byknye minum sket pstu dia buh smula dlm fridge. Haha. Anak mak tau air masak je. Sian plak.

Susu botol? Masih minum. Pediasure perisa coklat. Dia panggil susu milo. Nmpk la badan dia mcm berisi sket sejak minum pediasure ni. Alhamdulillah.

Diaper? Masih! Tp biasenye yg tukar sebelom tdo tu kering aje smpi pg. Bole sgt dah nk betul2 potty train. Tp apekan daya mak dia keje. (Alasan je ni)

car seat? masih! kalau pegi/balik dr umah mama je bole dok bebas sket. tu pun kadang2 dia panjat sndiri nak dok kat car seat dia. ske sgt ada geng dok belakang. sama2 ngn adik dalam car seat.



gambar di pagi hari. sayee ske tgk anak2 tdo.


masih dok di car seat. 



ske sgt dpt rak baru. mak rimas tgk mainan awak bersepah.


nasi goreng banjir kegemaran!

Semoga awak terus membesar dgn sihat sempurna ye anak. Mak sayaaaaang solleh!
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LUAHKAN RASA ANDA DISINI

Related Posts with Thumbnails

ads